Friday, December 11, 2009

kursus HIV/ AIDS

bermula semalam aku menghadiri satu kursus mengenai reproduktif manusia.
alah, benda2 yang macam kita belajar dari cikgu sekolah.. waktu sekolah menengah.. tajuk pembiakan..hak2 yang berkaitan dengannya.
well, apa yang saya nak kongsi hari ini mungkin bagi orang lain sangat sulit..(mungkin) yelah, sebagai masayarakat timur, kita jarang didedahkan dengan pendidikan seks dan pembiakan manusia. oleh kerana itu, ramai yang tidak mengetahui cara-cara menjaga organ pembiakan di dalam badan manusia.


menariknya, kita banyak didedahkan dengan pelbagai masalah sosial yang terdiri daripada golongan remaja. seperti yang kita sedia maklum, remaja lebih emosi dan selalu memberontak apabila kemahuannya tak dapat dituruti..
kebanyakkan daripada remaja yang bermasalah ni melakukan hubungan seks pada usia yang muda dan secara tidak selamat.

kenapa tidak selamat? mereka tidak menggunakan sebarang alat untuk menghalang sebarang cecair badan dari menjengah masuk ke dalam badan mereka. ini menyebabkan boleh berlakunya kehamilan dan lebih teruk lagi jangkitan human immuno deficiency virus a.k.a HIV.

bukan menggalakkan untuk melakukan seks luar nikah tapi fikirlah secara logik. kalau HIV menyerang manusia, ia tidak akan mati walaupun ubat diberikan. ubat hanya boleh menyebabkan HIV lemah dan tidak berupaya menyerang CD4 yang dihasilkan oleh sel darah putih.virus ini tidak dapat dihapuskan dan akan menyesuaikan diri di dalam badan dalam tempoh jendela (3 minggu sehingga 6 bulan) selepas memasuki badan.

jadi jika anda melakukan seks yang tidak menggunakan kondom, tak kiralah oral, anal atau vagina seks, anda masih lagi berpotensi menghidap AIDS.


tak semestinya, seks membawa kepada HIV postif. ada juga yang cara lain seperti pemindahan darah, penyusuan anak, dan perkongsian jarum.
selalunya kita akan berfikir, hanya darah dan air mani sahaja akan menyebabkan HIV positif namun, air liur, air mata, bendalir faraj dan susu ibu juga mengandungi virus HIV.

namun virus HIV hanya banyak di dalam bendalir badan berikut:
1. air mani
2. darah
3. bendalir faraj
4. susu ibu

air mata dan air liur mempunyai kandungan HIV yang rendah. jadi ia tak cukup untuk menyebabkan seseorang untuk menjadi salah seorang daripada penghidap HIV.
HIV akan menjangkiti manusia jika:
HIV hadir di dalam seseorang dan berlaku sesuatu yang menyebabkan ia keluar dari badan manusia itu dalam kuantiti yang banyak contohnya pendarahan.
kemudian ia berpindah ke manusia yang lain yang masih belum dijangkiti. dan HIV itu mestilah masih hidup.

untuk pengetahuan semua, HIV hanya boleh hidup diluar badan manusia di dalam tempoh masa yang sangat pendek. apabila darah membeku di luar badan, HIV sudah mati.

HIV yang hidup akan masuk ke dalam luka dan ke dalam salur darah manusia.jika tiada luka, risiko untuk mendapatkan HIV positif adalah rendah berbanding mereka yang mempunyai luka.

P/S:sampai sini dulu, nanti aku cerita lagi. penat duduk satu hari dalam kursus.

No comments:

Post a Comment