Friday, December 25, 2009

birthday aida...

sony ericsson w595


semalam 24 december 2009.. birthday adikku yang bongsu.. tak sempat nak wish kat die..

kakak yang tak prihatin betul kan? tap as long wish kat die dah okay kan.. janji kite ingat...tak belikan hadiah pon kat die... hmmm..kalau ikut planning nak balik semalam tapi nak buat macam mane... ade kerja.. lagipon ade ko-k sabtu ni... jadi tak dapat la nak balik.. tak pelah..

nak beli telepon baru... tapi tak sure nak beli kat kuantan atau kat kuala trganu..



telepon rosak, walaupon ade kawan yang sudi meminjamkan telepon die,tapi macam tak best je nak pakai lame2 telepon orang kan?

aku dah check la beberapa model telepon yang nak dibeli.. model sony ericsson w595 dan sony ericsson k770i...harga lebih kurang je dan function pon lebih kurang. sekarang ni tinggal withdraw duit and beli je.. tu pon rase malas..

kalau kat kuantan boleh beli kat kuantan parade, east coast mall tak pon megamall...

tapi kalau kat kuala terengganu? beli kat mydin mall tak pon kat astaka..

hmmm poning2....

telepon!!!!! poning den...




Wednesday, December 23, 2009

perbarisan pagi rabu..

sem 4..
hari ni disebabkan kelas pukul 2, aku dengan rajinnya turun untuk perbarisan pagi rabu...
well macam biasalah ..bangun kul 5.30 pagi... bersiap2...dan dalam kul 6.18 pagi aku dah turun ke luar rumah..
nak kejutkan rakan2 yang tak bangun2 lagi..
lagipon nak berkumpul kat b2 lagi sebelum bergerak ke dataran canseleri.
tapi plak.. kawan aku ni.. tidur lagi... aiseh man... dah la kena kumpul kul 6.30 kat b2.. dia plak tengah bergolek atas katil lagi...
ape lagi den pon dengan jayanya mengejutkannya dan mengugut dia supaya bangun awal..
(hehehehe... kena ugut dulu baru bangun)

terkocoh nak bersiap... hehehe.. akhirnya dalam kul 6.40 kami bertolak ke b2...
well macam biasa la.. semua dah masuk baris...
heheheh..malu weh kat junior..mesti diorang pkir senior ni malas..
kawat sket pastu jalan ke dataran canseleri untuk perbarisan..

well, hari ni.. suksis ambil kawalan kehormat.. so perbarisan pon bermula seperti biasa...
hmm..
lepas dengar ucapan... macam biasa lah ... bersurai...
dan akhirnya aku pulang sambil membimbit nasi lemak ayam yang baru dibeli di warung..
well pagi ni dapat la jugak makan nasi lemak..'

lepas ni nak prepare untuk kelas komersil and gosok baju...
hope... tak de buat silap hari ni....

P/s: rasa ngantuk tak abis lagi... rasa cam nak tido plak..

Sunday, December 20, 2009

pagi ahad yang sibuk...

pagi ahad...
kalau kat kuantan den biasanya akan tido balik lepas subuh..hehehe...bangun2 je...matahari dah tinggi.. tapi kalau kat terengganu ni.. kena la bangun awal.. walaupon tak de kelas...
tak nak bangun lewat sebab nanti dah terbiasa bangun lewat nanti liat pulak nak bangun awal bile kelas dah start nanti..

well pepagi lagi den dah bangun, mengalahkan org yang ade kelas pukul 8 pagi...
hehehehe
pastu den pun bersarapan secawan neslo...tanpa oat dan biskut..
dalam pukul 9.30 pagi ... den keluar ke HEPA..setelkan hal2 yang kena setel...

jumpa lec dapatkan tanda tangan..
and then pergi library, pinjam buku yang Encik H suruh beli....
apa lagi ya?

haa.. lastly pergi pejabat asrama, buat report pasal masalah plug bilik den yang tak boleh pakai..tension betul...

akhirnya dalam pukul sebelas den sampai kat bilik dan bersedia untuk ke kelas den ..
pukul dua nanti kot.. yang penting dalam kul 12 den nak tengok melodi...hahahahaha..
seronok tengok fara dan wahid...

hmm ape lagi ek?
petang nanti plak nak ambik surat kat bahagian akademik... dalam pukul empat..
sibuknye hari ni.. harap benda ni boleh setel cepat... takyah nak pikir2 lagi... pening den..

hehehehe

Saturday, December 19, 2009

kelas ko-k pertama sem ni..

hmm baru balik dari kelas ko-k tadi.. dengar taklimat ko-k untuk sem ni..
ala bukan ape sangat.. lagipon die tekankan untuk budak baru yang second intake..

dah la pagi tadi bangun awal... bangun2 je terus je den kiwi kasut but yang tersadai hampir dua bulan tak dipakai.. nasib baik berkilat...lepas tu den basuh baju dan barulah mandi..
banyak perkara yang den buat hari ni..

semalam entah pukul berapa, kwan den telefon.. tapi disebabkan den tidur mati...
gara2 shopping seharian di mydin and giant....hanya missed call je yg tertera di skrin telefon den..
hahahaha...kesian die... tapi kalau fikir kan la.... dah la tepon org pukul 1 pagi... mana la org nak layan... org kan nak tido...kalao pukul 10 tu boleh la jugak...huhuhuhuhu

lagi satu den ada berita yang agak gembira tuk sem ni... yelah setelah sekian lama tak dapat elaun yang kiteorg perjuangkan akhirnya masanya hampir tiba.. ketua bg unit den telah menyuruh den dan rakan2 membuka akaun bsn....wah... harapan tu memang ada tapi tak tahu la dapat ke tak... nantikan...huhuhuhuhu..

tp den memang dah ada akaun tu.. tunggu je la...
tak payah la nak buat... huhuhuhu
ok la den nak buat assignment yang encik H bagi... nanti mengamuk pulak org tua tu..

Friday, December 18, 2009

awal muharam...


hmmm.. macam mana ek nak cakap.. sekrang dah tahun baru..
18 dec a.k.a 1 muharam..
tahun baru bagi kalendar islam..
well pagi2 lagi den dah bangun.... baju berlambak2 (ade la dekat dua baldi den basuh)
semangat tahun baru la katakan...heheheeh

apa yg best 1 muharam ni...? well mengikut persepsi den. ia satu permulaan baru bagi umat islam untuk memulakan azam baru.. tapi x semestinya kena ada tahun baru, baru kena berazam.. tak semestinya..

dan di tahun baru ni.. den nak sucikan hati den dari sifat cemburu dan buruk sangka a.k.a sifat2 mazmumah dan diganti dengan sifat2 mahmudah....insyaallah...
den harap tahun ni emosi den akan lebih stabil dan den tak cepat melatah dengan sindiran2 dari lec2 kesygan budak foodservice..

hmmm...macam2.. apa2 pon nak tegaskan di sini..marilah kite menyambut tahun baru ni dengan kesyukuran kerana kita masih berpeluang untuk hidup di alam fana ni..
kita masih dapat menghitung tahun hijrah... melihat angka hijrah bertambah... pada yang tak sempat, sedekahkan Al fatihah buat mereka dan moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman... amin..



Thursday, December 17, 2009

hujung minggu tiba!!

first week kuliah.. walaupun kelas sudah bermula tapi takdela penuh..
hmm..so far macam okay..
maybe tengah2 sem nanti havoc sket kot..
tengoklah macam mane..

sekarang ni sedap je tengok roomate tidur.. tapi nak join sekaki macam tak leh je..
huhuhu
apa la nasib..
semalam practise nak jadi waitress..
okay la so far..
den dah jadikan sem lepas sebagai pengajaran..
lagipon sem ni okay kot..
sebab kebanyakkan problem den dah settle..
hmm lega sket..
nak beli barang untuk kelas... tak tahula macam mane..

banyak benda nak beli ni..
hphone den rosak.. hope boleh dapatkan phone baru..
thanx to Miss F sebab bagi gune phone die satu lagi..
thanx...

hmmm..mata ngantuk..tapi pusing2 tak jugak tidur..
entah la..
nak basuh baju.. hujan plak..

esok la basuh..
kelas komersial sem ni, mungkin akan penat.. tapi tekanannya harap x lateruk sangat..
sebab sem lepas sangt tertekan..
yelah..x biasa kena marah2 ni..
kalo penat tu den dah biasa...
kena marah.. mesti la nak nangis.. takpon terasa hati je..
huhuhuhuhu

okay la..nanti den tulis lagi .. tata

Monday, December 14, 2009

kelas pertama sem ni...

semester empat baru bermula.. dan kelas pertama sem ni adalah food law...
a.k.a perundangan makanan.. subjek yang susah..dan banyak menghafal..
nak hafal undang2.. akta2..
huhuhuhu...

dan paling tak best nye..
lec den suruh den dan kawan2 sekuliah amik major foodservice..
involvekan diri dalam bidang food service..
peluang lebih cerah dari nutrition dan food tech..
maybe sebab kos kiteorng kot...
hmmm tah lah..

nampaknye kena la tanamkan minat kat food service..
sama2 lah kita berusaha..

Friday, December 11, 2009

kursus HIV/ AIDS

bermula semalam aku menghadiri satu kursus mengenai reproduktif manusia.
alah, benda2 yang macam kita belajar dari cikgu sekolah.. waktu sekolah menengah.. tajuk pembiakan..hak2 yang berkaitan dengannya.
well, apa yang saya nak kongsi hari ini mungkin bagi orang lain sangat sulit..(mungkin) yelah, sebagai masayarakat timur, kita jarang didedahkan dengan pendidikan seks dan pembiakan manusia. oleh kerana itu, ramai yang tidak mengetahui cara-cara menjaga organ pembiakan di dalam badan manusia.


menariknya, kita banyak didedahkan dengan pelbagai masalah sosial yang terdiri daripada golongan remaja. seperti yang kita sedia maklum, remaja lebih emosi dan selalu memberontak apabila kemahuannya tak dapat dituruti..
kebanyakkan daripada remaja yang bermasalah ni melakukan hubungan seks pada usia yang muda dan secara tidak selamat.

kenapa tidak selamat? mereka tidak menggunakan sebarang alat untuk menghalang sebarang cecair badan dari menjengah masuk ke dalam badan mereka. ini menyebabkan boleh berlakunya kehamilan dan lebih teruk lagi jangkitan human immuno deficiency virus a.k.a HIV.

bukan menggalakkan untuk melakukan seks luar nikah tapi fikirlah secara logik. kalau HIV menyerang manusia, ia tidak akan mati walaupun ubat diberikan. ubat hanya boleh menyebabkan HIV lemah dan tidak berupaya menyerang CD4 yang dihasilkan oleh sel darah putih.virus ini tidak dapat dihapuskan dan akan menyesuaikan diri di dalam badan dalam tempoh jendela (3 minggu sehingga 6 bulan) selepas memasuki badan.

jadi jika anda melakukan seks yang tidak menggunakan kondom, tak kiralah oral, anal atau vagina seks, anda masih lagi berpotensi menghidap AIDS.


tak semestinya, seks membawa kepada HIV postif. ada juga yang cara lain seperti pemindahan darah, penyusuan anak, dan perkongsian jarum.
selalunya kita akan berfikir, hanya darah dan air mani sahaja akan menyebabkan HIV positif namun, air liur, air mata, bendalir faraj dan susu ibu juga mengandungi virus HIV.

namun virus HIV hanya banyak di dalam bendalir badan berikut:
1. air mani
2. darah
3. bendalir faraj
4. susu ibu

air mata dan air liur mempunyai kandungan HIV yang rendah. jadi ia tak cukup untuk menyebabkan seseorang untuk menjadi salah seorang daripada penghidap HIV.
HIV akan menjangkiti manusia jika:
HIV hadir di dalam seseorang dan berlaku sesuatu yang menyebabkan ia keluar dari badan manusia itu dalam kuantiti yang banyak contohnya pendarahan.
kemudian ia berpindah ke manusia yang lain yang masih belum dijangkiti. dan HIV itu mestilah masih hidup.

untuk pengetahuan semua, HIV hanya boleh hidup diluar badan manusia di dalam tempoh masa yang sangat pendek. apabila darah membeku di luar badan, HIV sudah mati.

HIV yang hidup akan masuk ke dalam luka dan ke dalam salur darah manusia.jika tiada luka, risiko untuk mendapatkan HIV positif adalah rendah berbanding mereka yang mempunyai luka.

P/S:sampai sini dulu, nanti aku cerita lagi. penat duduk satu hari dalam kursus.

Thursday, December 10, 2009

keputusan examku..

okay..
tajuk hangat hari ni adalah keputusan exam ku..
aku baru menjengah ke portal e pelajar tadi..
dan keputusan exam sem lepas sudah dikeluarkan.. well, result aku takdela baik mane..
tapi okay la kot..

kalau ingat sem lepas.. teruk sangat..sebab.. aku mengalami tekanan perasaan disebabkan pelbagai factor..
agak jatuh menjunam but bila fikir balik.. apa yang aku dapat tu.. memang setimpal dengan apa yang aku lakukan..

well ... for sure aku a bit disspointed dengan result... but..dah lepas kan?
nak buat macam mane...?
takkan aku nak menjerit kat lecturer sebab bagi aku result macam tu..
macam takde tamadun je kalo aku buat macam tu..

entah la.. bila aku tengok result tu.. heartless.. clueless pon ade..
tapi macam gembira pon ade.. ingat teruk sangat tapi boleh la..

kesimpulannya, result sem ni.. boleh la...
hehehe..
kalo aku rasa sedih.. org yang dapat lebih rendah daripada aku lagi sedih..
lagipon aku pernah dapat result yang lagi teruk daripada ni..
jadi kesimpulannya..sem ni kenalah berusaha lebih sikit..

jia you..