Tuesday, January 19, 2010

mis en place? cancel.. komersil? no way!!!

Bertemu lagi kita dalam edisi blog kali ini. ceh formal la pulak kan... okay la kita teruskan berbicara mengenai mis en place yang dicancelkan lantaran ketiadaan bekalan elelktrik.. masih ingat tak minggu lepas, mengenai ketiadaan elektrik di restoran? hish.... rupanya keadaan tu berlanjutan la.. kesian la kat lab staf.. duduk dalam kepanasan di dalam tu. hmm mengenai kelas komersil minggu ke tiga yang sepatutnya dijalankan esok terpaksalah dibatalkan. mana taknya.. kalau freezer, chiller, oven semua tak boleh pakai. macam mana nak simpan bahan mentah.. nantikan kena food poisoning lak.. tak pasal-pasal UMT dapat nama lagi.

Jadi esok kelas komersil dibatalkan dan diganti dengan kelas teori.. jadi dapatlah kiteorang berehat sket kan.. namun, nampaknya jangkaan aku meleset sama sekali. ini disebabkan oleh penimbunan assignment yang telah diberikan oleh lecturer-lecturer kesayangan kami. wuaaaaaaaaaaaa.. jadi tak dapat la berehat-rehat..
jadi kesimpulannya.. no way!!! no rehat-rehat la..

p/s: assignment nutrition, assignment food safety, assgment food law, lab report, menu planning... emm ape lagi ek?

1 comment: