Friday, November 26, 2010

nutrition and me!!

seperti biasa penghujung semester pasti tiba. Dan semester ini, sem 5, penutup semester adalah paper nutrition and health. aku tengah menelaah tapi macam tak masuk pun ada jugak. bukan ape, aku kan study last minit punya orang. mana la nak masuk kalau awal-awal macam ni. tapi bukan last minit sangat-sangat.. setakat 2 hari sebelum exam, baru aku study.. sekarang ni tengah study tapi sempat jugak bukak blog. saje. tadi baru blogwalking kat blog gadis kampung separa bandar. best jugak blog dia.

termimpi-mimpi jugak la pasal exam ni. last killer paper. hurm.. dan untuk meredakan tension, aku dengar lagu baru yang aku baru download. haha.. lagu rihanna and one nation emcees yang tengah meletup kat carta. nak exam killer paper, banyaklah jugak movie yang kawan-kawanku bagi. ni yang rasa nak tengok movie, bukan apa macam dah jadi tradisi. kalau nak exam kena tengok movie. haha..

lepas exam, kalau orang lain balik, aku pulak kena stay kat sini. aku ada latihan kawad secara intensif dan aku akan ke uitm shah Alam sebagai wakil UMT dan wakil negeri terengganu. pertandingan dan pentauliahan leftenen muda pertahanan Awam. hope kami semua dapat menang di sana dan membawa balik paku dibahu dengan megah. can't wait!!

sebab pentauliahan ini, banyak ertinya pada aku. kalau boleh aku harap mama dan abah dapat pergi ke pentauliahan itu. tengok aku ambil pangkat. surat jemputan pun ada untuk mama dan abah. at least i have achieve something in my life. sesuatu yang tak semua orang ada. what we call, niche area of me.. i can cook.. and i can kawad!!
nak sambung study, tauliah-tauliah jugak tapi exam still on!! i am preparing mentally and physically for FYP. haha..

FYP..FYP..???

No comments:

Post a Comment