Tuesday, December 28, 2010

barang lama




setelah 21 tahun hidup di muka bumi ni, baru aku sedar satu kegemaran aku yang pelik. agaknya apa dia la? aku cukup sukakan benda-benda yang lama dan antik.. hurm macam penggemar barang antik. tapi aku lebih sukakan bangunan.. contohnya rumah2 tradisional , rumah agam ataupun istana lama. perabot pon aku suke.. kadang kala.. kalau aku jumpe rumah terbiar pun aku suke nak tengok... hurm.. apa kena la dengan aku ni..

pernah sekali, aku tengok rumah terbiar dalam perjalanan nak balik ke kampung. aku tenung je rumah tu lama-lama sampai abang aku cakap
" jangan tenung lama-lama, nanti ada yang menurut."
kejam kan abang aku.. huhuhu..

tapi kesukaan aku terhadap barang2 lama tak pernah padam... kerusi, perabot, dan langsir pon kalau boleh aku nak yang lama.. huhu.. satu lagi.. aku suke sangat tengok kebaya arwah nenek aku. sangat klasik.. fully handmade.. giler kan.. dengan kerawang... almaklumlah.. arwah nenek memang suka bergaya.. dan setahu aku..sepanjang hayatnya dia tak penah pakai baju kurung.. dia pakai baju kebaya saja.. takpon kebaya moden.. tu je.. keluar rumah mesti la mekap... huhu..

aku pulak..? hehe.. paham2 sendiri la... berbalik pasal barang antik ni. aku harap. aku boleh ada satu rumah yang tradisional.. rumah aku ni dah moden.. batu jek.. ade la jugak perabot kayu yang berukir tapi takde la klasik sgt.. huhu



2 comments:

  1. hah...
    nenek kebaya rupanya...

    kau bila lagi nk amik status nenek kebaya?

    =)

    ReplyDelete
  2. haha.. mane ade nenek kebaya.. nak pakai kebaya kat u? huhu.. pengsan coursemate kite nnt.. haha

    ReplyDelete