Sunday, December 12, 2010

hari pertama di uitm shah alam

salam semua.. dah lame aku update blog ni.. almaklumlah sibuk dengan aktiviti ko-k kat u ni.. well, baru sahaja lepas 6 hari di latihan pusat JPAM terengganu yang bermula 4 hb disember -10 disember. semalam 11 disember 2010 tepat pukul 10 malam, aku dan rakan seperjuangan bertolak ke uitm shah alam.
ada misi yang perlu diselesaikan di samping mentauliahkan diri ini sebagai leftenen muda sispa.
pagi tadi, tpat pukul 6.17 pagi kami berada di masjid shah alam menunaikan solat subuh dan bersarapan di perkarangan masjid.

kemudian terus bertolak ke uitm shah alam dan akhirnya pukul 9 pagi, proses pendaftaran selesai. sekrang ni pukul 4.25 ptg. aku baru sahaja selesai me'touch up kasut kawad dan menggosok baju. letih? tak pon.. aku tak rasa langsung nak tido ke apa.. yang penting aku siapkan proses alteration of baju no 3 yang besar gaban tu.. huhuhu..
penat pon ade.... jahitan tangan aku ni bukan cantik sangat tapi boleh la tahannya..
sekarng ni tgh berusaha alter baju dan nanti nak turun makan malam dan mengikut jadual. kalau tak silap malam ni ade taklimat. tapi tak sure sama ada ketua kontijen sahaja atau semua sekali.. sebab mesti tak muat bilik seminar tu..

aku sekarang ni tengah berdebar pon ade.. harap2 kawad formasi menjadi...Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami di sini.Amin.
###
note: sangat neves sampai nak menaip pon tak de mood...

1 comment: