Friday, December 31, 2010

Mengapa Pink?

Dulu time aku kecik-kecik kan, mama selalu belikan aku barang-barang warna pink. sebagai contoh, gaun pink, kalau gaun tu tak warna pink, bunga dia warna pink pun jadi la. kasut pink, sepit rambut rama-rama warna pink boleh kata, semua pink la.
oleh kerana time tu, kami hanya 3 beradik ( sekarang dah lima), 1 lelaki dan dua orang perempuan, mama terpaksa belikan warna yang lain. maklumlah takut tertukar memandangkan jarak umur aku dengan adikku yang perempuan tu hanya beza setahun je.
jadi untuk aku, mama akan belikan warna pink semuanya. dah jadi significant item aku la pulak. Bukan apa, asalkan yang pink, mesti mama akan bagi kat aku. yang warna lain, biasanya warna merah atau ungu akan diberikan kepada adik aku. kasihan jugak tengok dia. dah la dia selalu tak puas hati sebab dapat warna lain. haha

bila dah masuk sekolah menengah, aku mula sukakan warna-warna yang garang and striking.. sebagai contoh merah. walaupun ramai kawan-kawanku sukakan warna biru, aku masih sukakan warna merah. boleh kata obses la. memandangkan aku ni memegang rumah sukan merah, bertambah-tambahlah koleksi merah dalam almari bajuku sehinggakan sakit mata mama memandang.
benda ni berterusan sehingga aku masuk matrik. habis bilik aku kat matrik warna merah. dari katil sehinggalah ke tikar, complete set warna merah.cuma tuala je yang warna pink. hmm pink jugak..haha

masuk ke universiti pulak, hurm.. aku still lagi suka warna merah sehinggalah pada suatu hari, aku terpandangkan telefon yang warna pink. comel sangat. pink dia takde lah striking. jenis pink lembut macam warna blog aku ni.. (hehehe).. dan tanpa aku sedari aku mula mengumpul balik semua koleksi pink. contoh, baju, hanphone, tudung, baju kurung, selendang,set penjagaan muka dan sampaikan selipar toilet pon warna pink. huhu

sekarang ni, kalau kawan-kawan kat u semua ingat aku ni minah pink.. huhu..  well tak kisah pon. janji aku suka.

No comments:

Post a Comment