Friday, December 17, 2010

perhimpunan dan pentauliahan kor sispa..

hurm..
aku baru je sampai ke umt pukul 4.30 pagi tadi. letih pon masih ade..
macam tak percaye je.. aku dah bergelar puan. hahaa.. bukan puan sebab status tapi puan pangkat ok..

selama 5 hari berkampung di uitm shah alam, semalam, hari yang paling manis aku rasakan. hari pentauliahan sebagai leftenen muda pertahanan awam yang membawa satu paku di bahu.
majlis yang dimulai dengan perbarisan berjalan lalu oleh pegawai yang ditauliahkan dan diakhiri dengan penyampaian watikah oleh timbalan menteri dalam negeri memang memberikan kenangan yang manis...

ucapan-ucapan tahniah dari pegawai kadet sispa dan juga pembantu peribadi (buddy) melebarkan lagi senyuman aku.
bagai ada semangat baru pulak. bila junior tak kisah lah dari ipta/s yang lain memberi tabik hormat dan ucapan tahniah kepada aku. senyuman lebar dan tergambar keceriaan di situ.

walaupon kami tak menang, dalam pertandingan. namun masih lagi ade kenangan manis yang terselit di situ. baru aku sedar, betapa kuatnya diriku. perjalanan daripada kursus pegawai di bangi selama 6 hari, kemudian diikuti dengan latihan kawad setiap malam pada minggu final exam, kemudian diteruskan dengan latihan pusat selama 6 hari dan diakhiri dengan pertandingan dan pentauliahan selama 5 hari di shah alam.

jadual pack, dan aku boleh lakukan. dengan penat final exam tak abis lagi. kekuatan mental dan fizikal aku diuji. dan baru aku sedar, bahawa mahalnya harga sebuah kejayaan. jika diberi lebih masa, aku yakin kami semua mampu menggondol juara keseluruhan, bukan rezeki namun, pangkat tetap pangkat... dah dapat. sem depan aku pakai..
jadi sila panggil aki puan!! haha.. gila kuasa...

5 comments:

  1. yes madam *angkat tangan tabik hormat* hahaha..tahniah..semangat eik update blog

    ReplyDelete
  2. tahniah diucapkan kepada pegawai2 muda kor sispa UMT...

    -nik abdullah, Kor SISPA UiTM-

    ReplyDelete
  3. nourel: akak pon.. baik2 tau buat latihan industri.. LI kat mane?
    nikabdullah: tahniah jugak Kor Sispa UiTM..

    peace ^_^

    ReplyDelete
  4. akak buat LI kat hospital jer..kat seremban

    ReplyDelete