Friday, December 31, 2010

7 jam 59 minit sebelum 2011

Salam semua,
sudah tercatat dalam kalendar yang hari ni, 31 dec 2010, 4.01pm. haha hurm.. apa yang aku nak tulis ni? ye lah sebagai penutup tahun 2010 ni..
macam akak nourelcahaya, dia review tahun ni sekali imbas.. aku pun nak buat jugak la.. (sori akak, plagiat idea akak jap) haha

31 dec 2009 yakni setahun yang lepas... aku beli telefon pink sony ericsson w595 yang aku pakai sampai ke hari ni. maknanya setahun  sudah telefon aku tu..
apa yang best ek tahun 2010 ni? hurm..  bulan januari sehinggalah bulan april, semester 4 berlangsung. maknenye aku sedang bergelumang dengan kitchen dan benda-benda yang dinamakan makanan. uniform putih (yakni pakaian chef and servis sentiasa menjadi baju utama. lab kot pun sama.)  komersil kelas, dan kelas menu planning yang memenatkan dan mencabar ketahanan mental dan fizikal aku. huhu..

dan cuti semester selama 3 bulan... aku habiskan dengan berkerja di fantasia beach resort.. boleh la buat duit poket aku.. hahah..kerja pon penat.. haha

dan semester lima pun bermula, yakni pada julai 2010. aku mulakan semester 5 dengan pesta konvokesyen punya event. acara tahunan yang menjadi kebanggaan kelab. huhu.. memang penat. nak kata ape ek? ingatkan sem 5 bolehlah aku berehat dari masuk MPM namun apakan daya apabila  kami membantu junior dalam menguruskan kelab.. jadi masuk dapur lagi sem ni..
 ada jugak subjek yang best.. sebagai contoh penilaian deria.. hurm... yummy boleh makan-makan dan jugak subjek yang.. tetttt... faham-faham sendiri la..haha..
dan aku tutup penghujung semester dengan aktiviti SISPA, latihan kawad, latihan pusat dan majlis pentauliahan di UiTM Shah Alam.hurm.. penat nye kan.. haha

sedikit sebanyak itu la yang aku buat tahun 2010 ni.. harap-harap 2011  menjanjikan kenangan manis dalam proses buat FYP.. huhu   maybe blog ni akan jadi buku log FYP jugak kot.. hahaha
dan pengaruhi semua orang bahawa banyaknya mikrob dalam makanan tanpa kita sedari.. hahaa (ketawa dengan jahat)

opsss.. jadi selamat tahun baru.. huhu.. esok perlu pulang ke UMT..

Mengapa Pink?

Dulu time aku kecik-kecik kan, mama selalu belikan aku barang-barang warna pink. sebagai contoh, gaun pink, kalau gaun tu tak warna pink, bunga dia warna pink pun jadi la. kasut pink, sepit rambut rama-rama warna pink boleh kata, semua pink la.
oleh kerana time tu, kami hanya 3 beradik ( sekarang dah lima), 1 lelaki dan dua orang perempuan, mama terpaksa belikan warna yang lain. maklumlah takut tertukar memandangkan jarak umur aku dengan adikku yang perempuan tu hanya beza setahun je.
jadi untuk aku, mama akan belikan warna pink semuanya. dah jadi significant item aku la pulak. Bukan apa, asalkan yang pink, mesti mama akan bagi kat aku. yang warna lain, biasanya warna merah atau ungu akan diberikan kepada adik aku. kasihan jugak tengok dia. dah la dia selalu tak puas hati sebab dapat warna lain. haha

bila dah masuk sekolah menengah, aku mula sukakan warna-warna yang garang and striking.. sebagai contoh merah. walaupun ramai kawan-kawanku sukakan warna biru, aku masih sukakan warna merah. boleh kata obses la. memandangkan aku ni memegang rumah sukan merah, bertambah-tambahlah koleksi merah dalam almari bajuku sehinggakan sakit mata mama memandang.
benda ni berterusan sehingga aku masuk matrik. habis bilik aku kat matrik warna merah. dari katil sehinggalah ke tikar, complete set warna merah.cuma tuala je yang warna pink. hmm pink jugak..haha

masuk ke universiti pulak, hurm.. aku still lagi suka warna merah sehinggalah pada suatu hari, aku terpandangkan telefon yang warna pink. comel sangat. pink dia takde lah striking. jenis pink lembut macam warna blog aku ni.. (hehehe).. dan tanpa aku sedari aku mula mengumpul balik semua koleksi pink. contoh, baju, hanphone, tudung, baju kurung, selendang,set penjagaan muka dan sampaikan selipar toilet pon warna pink. huhu

sekarang ni, kalau kawan-kawan kat u semua ingat aku ni minah pink.. huhu..  well tak kisah pon. janji aku suka.

Thursday, December 30, 2010

penantian itu satu penyeksaan


benarlah kata orang, penantian itu satu penyeksaan. aku dah rasakan sekarang ni. menanti result peperiksaan yang tak keluar-keluar lagi. sebelum ni, tak pernah pun aku nak ambil tahu pasal result ni.. dah keluar.. nanti tengok la..
tapi yang result kali ni.. extra lambat.. hurm.. tak tahu la.. masalah apa. tapi sangat lambat.. huhuh...
risau jugak aku.. almaklumlah memandangkan prestasi aku yang kurang bagus sem ni.. aku tak tahu la apa yang akan berlaku pada result aku.. harap2 result aku gempak...

huhuhu.. sabtu ni dah nak balik ke umt.. hope aku boleh teruskan sem 6 ni dengan lebih fokus. harap2 la.. huhuhu


Tuesday, December 28, 2010

barang lama




setelah 21 tahun hidup di muka bumi ni, baru aku sedar satu kegemaran aku yang pelik. agaknya apa dia la? aku cukup sukakan benda-benda yang lama dan antik.. hurm macam penggemar barang antik. tapi aku lebih sukakan bangunan.. contohnya rumah2 tradisional , rumah agam ataupun istana lama. perabot pon aku suke.. kadang kala.. kalau aku jumpe rumah terbiar pun aku suke nak tengok... hurm.. apa kena la dengan aku ni..

pernah sekali, aku tengok rumah terbiar dalam perjalanan nak balik ke kampung. aku tenung je rumah tu lama-lama sampai abang aku cakap
" jangan tenung lama-lama, nanti ada yang menurut."
kejam kan abang aku.. huhuhu..

tapi kesukaan aku terhadap barang2 lama tak pernah padam... kerusi, perabot, dan langsir pon kalau boleh aku nak yang lama.. huhu.. satu lagi.. aku suke sangat tengok kebaya arwah nenek aku. sangat klasik.. fully handmade.. giler kan.. dengan kerawang... almaklumlah.. arwah nenek memang suka bergaya.. dan setahu aku..sepanjang hayatnya dia tak penah pakai baju kurung.. dia pakai baju kebaya saja.. takpon kebaya moden.. tu je.. keluar rumah mesti la mekap... huhu..

aku pulak..? hehe.. paham2 sendiri la... berbalik pasal barang antik ni. aku harap. aku boleh ada satu rumah yang tradisional.. rumah aku ni dah moden.. batu jek.. ade la jugak perabot kayu yang berukir tapi takde la klasik sgt.. huhu



Sunday, December 26, 2010

3-0.. yay!!

Malaysia menang 3-0 melawan Indonesia malam ni.. eh mengapa pulak malam ni aku layan bola.. biasanya tak layan sampai macam ni...
well... tapi kan biasa la.. penyokong je lebih..tadi aku tengok beberapa kali mercun dilempar di tengah padang .. pancaran laser dikenakan ke mata marcus...hurm.. ape la nak jadi..
diorang ni nak tengok bola.. buatla macam tengok bola.. sokong la secara berhemah..
bukan dengan seludup mercun dan baling ke tengah padang... macam budak2..
kat tv1 tadi ada kate..
" jika ada rakan2 anda yang pergi menyaksikan di stadium.. sila menyekolah mereka pabila pulang nanti agar berhemah di stadium"
hurm memalukan...

so... nantikan perlawanan di indon pulak nanti... harap skuad kite terus mengaum di sana...

Friday, December 24, 2010

kawin muda?

apakah reaksi anda jika tiba-tiba ada yang masuk meminang dan perlukan jawapan secepat mungkin? huhu..
secara logiknya, dulu aku ingat ini semua macam dalam novel. pemikiran aku mase tu lebih kurang macam ni la...

' alah.. mana ada mak bapak zaman sekarang nak bagi anak diorang yang masih belajar dan berhutang dengan PTPTN kawin muda. tak pasal2 diorang yang kena bayar PTPTN anak diorang'

tu pendapat aku time dulu la, sekarang ni.. dah berubah sikit kot.. tapi kalau aku la dalam situasi tu, mungkin aku akan tolak kot.. bukan apa.. aku mahu nikmati hidup .. dah kawin nak keluar dengan kawan2 pun terbatas.. payah nak enjoy2.. haha..
tapi kawin muda pon okay jugak ape.
buat aku yang banyak SKANDAL ni.. tak sesuai sangat kot.. haha.. eh...maksud skandal di sini adalah... aku banyak gosip.. bukan skandal yang satu lagi tu..jangan salah faham tau..

pasal kawin muda ni.. hurm.. bukan apa la.. bagi aku time belajar ni takyah la nak kawin,, bukan apa.. sebagai contoh aku la..
konon la kalau aku kawin awal.. sebagai pelajar third year.. aku akan bergelumang dengan final year project yang memang mengambil banyak masa aku.. kebanyakkan masa aku akan dihabiskan di dalam makmal dan di hadapan skrin laptop.. so? bile mase nak jalankan tugas2 lain.. contoh masak, basuh kain.. kemas rumah? sedang kan makan pun.. siap tapau kat kedai.. kalau banyak kerja.. makan roti je kat bilik.. nak buat tugas lain? hurmm. tak dapat la.. huhu..

tapi buat yang berkawin sambil belajar ni.. aku respek la.. boleh bahagikan masa.. so.. tepuk dada tanye selera..
p/s:
tapi nak tunang time belajar.. aku rase ok kot... haha

Thursday, December 23, 2010

laptop mainan..

aku sedang melayari intenet streamyx dengan laptop mainan abang aku.. huhu netbook berjenama hp ni memang kecik dan menguji kesabaranku untuk menaip.. dah la jari-jemari aku ni besar.. payah nak menaip.. haha..

abang? huhu.. tu dalam bilik nak tengah guna laptop lama... so tengah explore laptop abang la ni.. haha..
result exam pon tak keluar lagi.. huu... risau jugak la.. ape citer la result aku.. aku ni bukan la pandai sangat.. setakat result tu ok la.. tak de 4 flat.. haha.. bukan ape.. tak mahu la konfiden sangat..

citer pasal result ni.. dah nak masuk sem 6 dah aku ni.. dah tua pon.. lepas tu.. habiskan FYP and then pergi LI and grad.. macam pantas je kan.. aku rase baru je abes matrik.. haha.. tahun depan aku dah nak masu 22 tahun.. huish.. aku grad umo 2012.. hopefully.. boleh la grad pada masa yang ditetapkan.. sekrang ni dah nak masuk 2011 maknenye setahun setengah lagi dah nak grad.. huhu.. nampak macam sekejap tapi aku rase.. mase satu setengah tahun ni.. pasti panjang tau.. aku dapat rasakan.. haha..

so.. berusahalah dengan jayanya..

Wednesday, December 22, 2010

a week before new year 2011

22nd december 2010

9 more days to 2011.. so good bye 2010 and welcome 2011.. and yet the new semester begin. since i'm going to celebrate new year in Kuantan, so there is no celebrating with friends. and this is the plan. on 31st dec 2010 night.. we're going to eat together with family.. at restaurant..

then.. countdown new year with family.. haaha.. sorry friends.. this is a family gathering..

okay.. happy new year 2011... i'm going to buy new diary.. haha..

Friday, December 17, 2010

perhimpunan dan pentauliahan kor sispa..

hurm..
aku baru je sampai ke umt pukul 4.30 pagi tadi. letih pon masih ade..
macam tak percaye je.. aku dah bergelar puan. hahaa.. bukan puan sebab status tapi puan pangkat ok..

selama 5 hari berkampung di uitm shah alam, semalam, hari yang paling manis aku rasakan. hari pentauliahan sebagai leftenen muda pertahanan awam yang membawa satu paku di bahu.
majlis yang dimulai dengan perbarisan berjalan lalu oleh pegawai yang ditauliahkan dan diakhiri dengan penyampaian watikah oleh timbalan menteri dalam negeri memang memberikan kenangan yang manis...

ucapan-ucapan tahniah dari pegawai kadet sispa dan juga pembantu peribadi (buddy) melebarkan lagi senyuman aku.
bagai ada semangat baru pulak. bila junior tak kisah lah dari ipta/s yang lain memberi tabik hormat dan ucapan tahniah kepada aku. senyuman lebar dan tergambar keceriaan di situ.

walaupon kami tak menang, dalam pertandingan. namun masih lagi ade kenangan manis yang terselit di situ. baru aku sedar, betapa kuatnya diriku. perjalanan daripada kursus pegawai di bangi selama 6 hari, kemudian diikuti dengan latihan kawad setiap malam pada minggu final exam, kemudian diteruskan dengan latihan pusat selama 6 hari dan diakhiri dengan pertandingan dan pentauliahan selama 5 hari di shah alam.

jadual pack, dan aku boleh lakukan. dengan penat final exam tak abis lagi. kekuatan mental dan fizikal aku diuji. dan baru aku sedar, bahawa mahalnya harga sebuah kejayaan. jika diberi lebih masa, aku yakin kami semua mampu menggondol juara keseluruhan, bukan rezeki namun, pangkat tetap pangkat... dah dapat. sem depan aku pakai..
jadi sila panggil aki puan!! haha.. gila kuasa...

Sunday, December 12, 2010

hari pertama di uitm shah alam

salam semua.. dah lame aku update blog ni.. almaklumlah sibuk dengan aktiviti ko-k kat u ni.. well, baru sahaja lepas 6 hari di latihan pusat JPAM terengganu yang bermula 4 hb disember -10 disember. semalam 11 disember 2010 tepat pukul 10 malam, aku dan rakan seperjuangan bertolak ke uitm shah alam.
ada misi yang perlu diselesaikan di samping mentauliahkan diri ini sebagai leftenen muda sispa.
pagi tadi, tpat pukul 6.17 pagi kami berada di masjid shah alam menunaikan solat subuh dan bersarapan di perkarangan masjid.

kemudian terus bertolak ke uitm shah alam dan akhirnya pukul 9 pagi, proses pendaftaran selesai. sekrang ni pukul 4.25 ptg. aku baru sahaja selesai me'touch up kasut kawad dan menggosok baju. letih? tak pon.. aku tak rasa langsung nak tido ke apa.. yang penting aku siapkan proses alteration of baju no 3 yang besar gaban tu.. huhuhu..
penat pon ade.... jahitan tangan aku ni bukan cantik sangat tapi boleh la tahannya..
sekarng ni tgh berusaha alter baju dan nanti nak turun makan malam dan mengikut jadual. kalau tak silap malam ni ade taklimat. tapi tak sure sama ada ketua kontijen sahaja atau semua sekali.. sebab mesti tak muat bilik seminar tu..

aku sekarang ni tengah berdebar pon ade.. harap2 kawad formasi menjadi...Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami di sini.Amin.
###
note: sangat neves sampai nak menaip pon tak de mood...

Thursday, December 2, 2010

+ rules of being BFF +

notes:
while writing this, i was influenced by gossip girl. peace? err maybe not

+F.R.I.E.N.D.S +

What's actually those alphabet meaning? Combination of several alphabet formed one word that give huge meaning to us.

Have you heard BFF? Best Friend forever? we always said that .. BFF.. but the rules of being BFF is more than what's your say. it's follow with a heart and promises..

here are the rule

1. don't talk back of your friends no matter how bad they are.
2. if you do have problem with her/ his attitude, just say so but do that with some manner
3. what she/ he had tell you something , please keep it in secret. nobody should know about it.
4. when you and your BFF have catfight, please don't lets the secret revealed. you'll regret after the fight over.
5. heart to heart talk should be keep in secret, and please don't announce it to somebody that he/ she had crush.. it is irritating if you did talk to other about her/ his feeling towards that crush.
6. spend your time together but do not let his / her overshadow yourself.
7. stay with his/ her, when he/she have in trouble.
8. stay connected, no matter how busy you are. even a phone call would make it better.
9. do not fight for one boy/ girl. you'll look desperate.
10. you should support each other. maybe she/ he has the different taste in certain things. don't force his/ her to follow what you want. let's them decide with way and you'll see how this will make your life more colorful.
11. if she/ he had Bf/ Gf, please accept them. make them one of your friend but don't flirt with them. okay.
12. throw away negative thought about your friend. trust them.


BFF is more about spending the time together, keep the secret and get trusted. you'll stay with them in the happy or sad moments in their life. i already have.. for my BFF.. lets stay connected even though i always busy.. hehe..

credit for ain ,naj and pipah. thanx for being my BFF..
x0x0.. gossip girl.. haha


Wednesday, December 1, 2010

i'm almost ruined my blog!!

kesian kat blog aku.. habis tunggang terbalik. kononnya aku nak cantikkan blog, tukar layout kaler pink and buat comel2.. last2 habis tunggang terbalik. huhu.. banyak mende yang aku remove ..
dah sehari cube membetulkan blog and finally berjaya jugak aku betolkan blog.. hehe..

tapi gambar aku yang comel dah aku removekan.. kena la upload gambar baru.. huhu.. mjap. aku letak pas ni..
okey tata