Tuesday, December 27, 2011

Random Talk: Tunang-tunang...Kahwin-kahwin..

Salam kurang ceria semua...^^v

Apa khabar? 
Sihat? 
Hah! Demam?

Sebab apa?
Rumah banjir.. Habis semua lembu, kerbau yang nak buat kenduri lari.. hehe.. 
Tabahkan hati ye.. hhehe

Okay.. straight to the point. Tahun 2011 ini kan dah nak abis ke penghujungnya. Sebelum korang semua melalak kat mana-mana dataran sambil mengira detik-detik untuk melangkah ke tahun baru sambil diiringini dengan konsert yang tak habis-habis, cuba korang fikir sejenak... apakah tahun ini semua azam yang korang buat tu tercapai? Okay.. saya tinggalkan soalan itu untuk korang fikir okay.. Tak payah nak share-share.. just random.. ok..
sumber google.. 


Tahun 2011 ini, ramai kawan saya yang sudah menukar status. Yalah, dulu single-mingle... sekarang ni dah berpunya.. Dulu orang panggil cik... sekarang ni orang panggil Puan.. (Erk.. saya pun orang panggil Puan juga.. hehe Puan pangkat.. Bukan puan status) ..Dan ramai juga yang sudah dichop oleh orang. Erm.. maksud saya... Bertunang...
Hasil carian google


Tak sangka, kawan-kawan yang dulu zaman sekolah...
Yang sama-sama main kejar-kejar dalam kelas,
Yang sama-sama kena denda sebab tak siap kerja sekolah,
Yang sama-sama gila-gila...
Akhirnya melangkah ke alam baru.
Tahniah saya ucapkan.

Nampaknya, kuranglah kawan nak diajak melepak tak tentu pasal. Yalah.. Kalau dah kawin, payah kan nak join aktiviti orang bujang yang tak tentu hala ini kan. Haha.. Tahun ni sahaja... dekat dalam sepuluh orang bertunang dan mostly diorang akan dijangka kahwin next year yang beberapa hari je lagi. Tadi saya buka facebook. Siap dah ada invitation untuk ke majlis kahwin lagi bulan Jan ni. Harap tak ada apa-apa.. Bolehlah datang majlis kawan ni.. Kecik hati dia kalau saya tak datang. Dahlah time dia tunang hari tu, tengah gila nak buat presentation progress.. hehe..

Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai, ramai kawan-kawan saya dijangka akan melangsungkan perkahwinan tahun hadapan. Hurm.. yalah umur pun dah nak masuk 23 tahun... (Oh okay.. saya dah tua)..So, kenalah cari calon cepat-cepat. hehe..  Okay.. saya bergurau..

Dah.. dah.. Saya nak tulis thesis ni.. Hujung minggu ni dah nak hantar kepada coordinator. Harap dapat A... 5 jam kredit tu. Kalau dapat A, masyuk!!.

P/s: congrats pada yang nak menukarkan status  tahun depan. Semoga kalian berbahagia selalu. And remember, perkahwinan itu satu komitmen yang melibatkan toleransi antara dua pihak. okay..

Thursday, December 22, 2011

Random Talk: thesis, Kitchen dan Lab terakhir

Salam sejahtera semua,

Hurm.. dua tiga hari ni, tangan asyik menaip jep. Yalah, hari-hari menaip tesis dan semalam, draf tesi telah selamat dihantar kepada supervisor untuk disemak. Harap-harap next week boleh dapat balik thesis tu untuk buat pembetulan. Harap-harap...

Sebab dua tiga hari ni tangan asyik duduk menaip, jadi jari jemari saya agak gatal nak menaip. So, apa salahnya saya hilangkan rasa gian tu dengan menaip entri kat sini kan? hehe

Hari rabu  21/ 12/2011 hari tu, tamatlah kelas pembelajaran secara official di kampus.  Erm... Maksudnya, lepas ni dah tak payah nak masuk kelas dan dengar lecture dah. Dan ironinya, kelas last tu merupakan lab therapetic nutrition iaitu kena masuk MPM dan masak makanan untuk patient. Dah namanya budak food service kan. MPM dan budak food service memang tak boleh dipisahkan. Memang rasa rindu sangat nak masuk kitchen dan memasak ramai-ramai macam komersil kelas waktu tahun 2 dulu. Zaman-zaman 'dapur neraka' dulu. 

Sebabkan ni lab last, kami semua tak tidur malam itu sebab nak siapkan report dan betulkan calculation exchange bagi meal plans bagi pesakit. Last-last satu group datang ke lab dengan muka tak cukup tidur. Waktu presentation, muka saya dah macam zombi pun ada sebab nampak sangat tak tidur semalaman. Huhu, sudahlah hari sebelum tu dah kurang tidur sebab nak siapkan thesis. 

Habis je lab, terus balik bilik dan qada' tidur sampai roomate keluar masuk bilik pun tak sedar. Haha.. teruk betul kan.. hehe
Esok, saya nak balik Kuantan. Ada family gathering. hehe.. Tak sabarnya nak balik Kuantan. Harap semuanya berjalan lancar.

p/s: kawan-kawan sekalian. Please.. please..please... jangan rindukan saya ok. hehe

Sunday, December 11, 2011

FYp cases: Langkah-langkah keselamatan Thesis.

Assalamualaikum,

Minggu ini, mood saya sedikit stabil. Yalah, final presentation kan dah habis semalam. Jadi, hari ini saya dan teman-teman telah pergi berpoya-poya di GIANT, Kuala terengganu. Alah, kat KT apalah yang ada sangat. Nak pergi Mesra Mall rasa macam tak berbaloi pulak. Baik la pergi outing beli barang-barang harian yang memang lama dah habis stok.

hasil carian di google.

Okay, berbalik kepada tajuk hari ini, setelah hampir setahun memerah keringat untuk menyiapkan FYP, saya rasa terpanggil untuk berkongsi langkah-langkah untuk keselamatan thesis dan juga data-data fyp sepanjang pembikinan thesis.

hasil carian google
1. Install antivirus yang berkualiti.

-Penting ni tau. Bukan apa, mana la tau ada infection pada laptop atau file-file yang kita download. Sebab biasanya, time buat FYP ni banyak jurnal-jurnal yang kita download untuk buat rujukan. Jadi sebagai langkah keselamatan, sila install antivirus. Kalau nak install yang internet security pun boleh. Terpulang pada bajet masing-masing.

2. Remove semua movie/ pictures dalam laptop

- Movie-movie korea, drama-drama jepun dan benda-benda yang langsung tak ada kaitan dengan ilmiah tu , sila removekan ke tempat lain. Kalau ada external hardisk lagi bagus. Sumbat je semua movie dan gambar kat dalam tu. Lagu-lagu yang tak selalu didengar pun boleh sumbat dalam tu. Ini untuk mengelakkan laptop hang dan masalah-masalah lain lagi.

3. Backup semua maklumat dekat beberapa tempat

- Kisah sadis ini pernah berlaku kepada saya. Disebabkan semester lepas saya sangat tak organize, saya save semua kerja dalam pendrive. And suddenly, beberapa hari sebelum nak hantar proposal, pendrive itu telah hilang. Oh my.. Jadi berbekalkan apa yang ada, saya pun menaip balik proposal dari awal. Mujurlah, saya pernah menghantar satu salinan kepada lecturer menggunakan emel. Jadi, bolehlah saya sambung menaip, cuma apa yang dah saya betulkan dan jurnal-jurnal yang baru didownlaod semua telah lesap bersama pendrive itu. Kesimpulannya, Backuplah semua data dan maklumat dekat  pendrive, emel, hardisk dan juga D dalam  komputer anda.

hasil carian google

4. Defrag laptop sekali sekala.

-Yang ni rasanya ramai yang tak berapa nak buat. Defrag laptop. Penting tau buat ni sebab ia akan menyusun file-file dalam komputer dan mengurangkan kelambatan untuk membuka folder. Lebih kurang la, nak tau lebih lanjut, tanyalah budak yang belajar komputer. Tau la diorang pasal benda alah ni.

5. Jangan save file atau folder di desktop

-Save dekat desktop tu memang memudahkan untuk mencari file tapi kalau dah penuh satu desktop, tak ke lambat loading nanti? Lagi satu, kalau buatnye tetiba laptop hang atau terpaksa diformat? Sila ucapkan selamat tinggal kepada file-file anda. Hehe

6. Remove benda-benda yang bukan akademik atau uninstall software yang memang tak guna.

-Baru-baru ini saya punya laptop selalu hang. Sampai cik dayah dengan baik hatinya tolong mencari apa masalahnya dengan laptop saya ni. Lepas defrag laptop guna tune up, cik dayah meng'uninstall'kan software-software yang memang berkurun tak pakai. Dan disebabkan banyak giler game yang dah lama tak main, game-game itu juga telah selamat diuninstallkan oleh cik dayah. hehe Best tau ada orang tolong kemaskan laptop ni. Thanx cik dayah. hehe

7. Buat satu folder FYP

- Last sekali, sila simpan semua data, chapter 1-5, references, slide, gambar -gambar dan jurnal-jurnal  semua tu dalam satu folder dan letak nama FYP. Senang nak cari nanti. Takdelah nanti pening kepala nak cari kan.  Dan macam saya cakap tadi sila copy folder tersebut di beberapa tempat. Save dekat emel pun boleh. Ini untuk kebaikan bersama.hehe
hasil carian dari pak cik google

Akhir kata, buat yang baru hendak memulakan FYP sem ini. Selamat berfyp. Dan buat yang tengah writing thesis, selamat menaip thesis. Moga semua yang kita lalui sepanjang menjalankan FYP ini membuahkan kenangan yang paling manis apabila menerima scroll nanti. Okay. 

Friday, December 2, 2011

FYp cases: 3rd stage- Final presentation

Hai.

Sedar tak sedar, kita dah melangkah masuk ke dalam bulan disember kan. Maknanya semakin hampir melangkah keluar dari u ni. FYP pun sudah berada di peringkat ketiga iaitu penulisan thesis dan final presentation. Ya, minggu depan final presentation FYP. Tak sangka saya sudah bertahan sampai ke tahap ni. Dulu tak pernah pun sangka saya akan bertahan ke tahap ini. 

Sekarang ini saya sedang menyiapkan data-data analysis yang tak sempat disiapkan dan bersiap sedia untuk menyiapkan slide untuk final presentation. Doakan saya untuk berjaya menangkis serangan balas dari panel ya. Saya amat neves ni.

Okay.. tata.^^v


Friday, November 25, 2011

Random Talk: Lagu-Lagu Jiwang yang terhangit.

Salam satu Malaysia semua.

Saya baru sahaja menghantar draf thesis buat kali pertama kepada penyelaras PITA. Dan yang bestnya, selesai menghantar draf thesis semalam, hari dan esok saya terpaksa menghadiri bengkel Halal. Okay, penat. Tapi, tak apalah. Bukan selalu penat kan.. ? (Ayat perli ni.)

Sekarang ini, saya tengah memainkan playlist lagu-lagu jiwang karat tahap boleh reput besi. Aiseh. 
Dalam banyak-banyak lagu yang saya ada, hanya ada beberapa sahaja yang top rating dalam laptop saya. 

Kita mulakan dari yang menduduki dari tangga paling bawah.

5. Felix- Warkah berlagu pilu.



Saya sendiri tak tahu macam mana boleh terdengar lagu Felix ni. Nak kata saya ni peminat AF, tak jugak. Tapi sebab lagu dia best. Saya pun layan je la.. Saya suka nyanyi lagu ni bila nak mewujudkan suasana sedih time sesi luahan perasaan.. Konon-konon ala-ala teater muzikal la.. hehe

4. Azie-Kau tetap dalam anganku


Lagu ni diperkenalkan oleh salah seorang kosmate saya. Mula-mula tergelak jugak dengar lirik dia lama-lama bila dengar baik-baik.. Lagu ni memang sedih kot. Amaran: Jangan dengar lagu ni, kalau anda ada kisah pakwe/ makwe atau orang tersayang dah pergi ke alam lain. Okay.

3. Khai-Dambaan Pilu

Dulu saya tak minat lagu ini, sebab penyanyi dia Khai. Sampailah satu hari, ada seorang budak lelaki buat persembahan menyanyi lagu ni versi akustik  atas pentas sekolah waktu saya form 3. Memang syahdu betul. Lepas tu saya perasan, kawan saya dah tersedu sedan sambil kesat muka dengan sapu tangan. Dan baru saya tahu, yang nyanyi atas pentas tu pakwe dia. Okay saya slow... hehe.. 
Bolehlah kalau korang nak try, nyanyi lagu ni kat awek korang. Mana tau boleh tersedu sedan nangis macam tu. hehe

2. New boyz-Sejarah Mungkin Berulang



Saya suka lagu ini sebab  ada kenangan di sebalik lagu ni. Oleh sebab lagu ni sangat popular time sekolah dulu. Kawan saya sampai beli album lagu ni dan salin lirik lagu dalam buku. Lepas tu pakat ramai-ramai nyanyi dalam kelas petang. hehe.. Okay tu zaman sekolah rendah.

1. Mariah Carey-My All



Lagu ni selalu ada dalam saya punya playlist. Tak kiralah dalam hanpon atau laptop ke.. Lagu ni memang wajib ada la. Tak tahulah kenapa. Saya dengar lagu ni dari form 3 lagi dan lagu ni dah dimainkan beribu kali kot dalam masa 7 tahun ni. 

Ada banyak lagi lagu jiwang karat tapi tak semua yang saya tahu. Saya sedang mencari satu lagu tapi saya tak ingat tajuk dia. Sedang berusaha dengan gigih mencari lagu tu. Korang jangan nak cakap tak layan lagu jiwang la, tu semua dusta belaka. Even lagu korea pun jiwang. Cuma bahasa je lain. Kalau tak, takkan tempat karaoke tu penuh dengan orang kan.. hehe..Lagu pulak penuh dengan rock kapak plus lagu jiwang .. Jangan nak tipu ek.. hehe

P/s: Lagu korea pun best jugak.  Oppa Saranghae.. ceh..oh ya semua sumber gambar dari hasil carian google.. thanx pak cik google.. ^^

Friday, November 11, 2011

11.11.11- hari last berada di rumah.

Cuaca dilaporkan mendung hari ini. Rumah saya pula senyap sekali. Dah rasa macam home alone pun ada. Adik saya yang nurse tu sedang menonton movie mat salleh dalam bilik sambil pakai headphone, yang lain pergi sekolah. Arghhh.. bestnya macam ni. Tak payah nak fikir benda-benda lain. Tapi esok dah nak berangkat pulang ke kampus. Sakit kepala.

Saya berada di ruang tamu kala ini. Entahlah, nak buat apa. Tengah melayari internet sambil duduk bersandar di sofa baru mama. Rasanya dah agak sempit rumah ni. Penuh dengan perabot. Janganlah nanti rumah ni jadi ala-ala muzium sudahlah. kang ada pula yang kena buka kaunter jual tiket. Hehe..

Pukul 6 pagi tadi, rumah saya dah kecoh. Nak tak nak kenalah bangun dan tengok apa yang berlaku. Ala, biasalah, kalau dah ramai-ramai dekat rumah, mesti nak happening-happening. Tambah-tambah pula, hari ni mama buat nasi kerabu. Sedapnya. Bangun pagi makanan dah terus ada atas meja. ***Jangan ikut perangai anak dara ni tau..***

Bila buka facebook, semua tengah nak post status mengenai tarikh hari ni. 11.11.11. Entah apa yang best pun saya tak tahu. Yang pasti esok, 12. 11.11, kena balik kampus pukul 9.30 pagi. Alahai. Sadisnya. Bila buka blog pun sama, ramai juga la yang buat entri pasal tarikh hari ni. anniversarry couple la. Apa-apa lah, I tak kisah pun. Opps maaf, tergedik pula. 

Hurm, saya sedang bertahan untuk menyiapkan thesis dan semester 7 ni dengan jayanya. Semester yang menekan jiwa dan raga. Tiba-tiba rasa bersyukur pula sebab ditrain oleh lecturer yang ehem.. strict waktu tahun 2 dulu. Mungkin sebab tu, saya masih lagi bertahan. 

Tapi bila diingat kembali semasa tahun 2 dahulu, perasaan tak percaya pun ada. Macam manalah saya boleh tahan dengan Hell Kitchen selama dua semester? Dapur yang panas, chef kot yang tebal, tudung tuck in siap dengan inner hitam lagi pakai. Bila ingat-ingat balik, memang menguji kesabaran. Sudahlah tu, dengan semester tu juga, kena belajar microbe. Bila kita sibuk dalam kitchen, tiba-tiba ada orang lain sibuk nak suruh ambil result dekat lab. Memang stress.  

Semester 4 lagi la sibuk tahap gaban. Dua kali kelas komersil dalam satu minggu. Ahad, isnin, selasa, rabu.... semua dihabiskan dekat dapur. Mis en place tak abis-abis. Lama-lama, kitchen tu dah tak jadi apa dah. Semua barang dah tahu kat mana lab staff letak. Dah arif dengan tatacara penggunaan makmal sebab dah kena teruk waktu sem 3 dulu.

Sekarang ni sem 7, sem last berada di kampus. Dua bulan sahaja lagi sebelum saya pergi LI. Ahad ni masih perlu ke lab. Mungkin buat kali terakhir, sebab selepas ni, dah boleh tumpukan kepada thesis writing. Terasa malas nak jumpa supervisor. Nanti-nantilah jumpa. Jumpa awal-awal pun, bukan dia ada pun kan. hehe.. 

Ok, nak buat kerja lain.. Maaflah kalau entri ni bersifat personal..*** memang selalu personal pun***

Tata


Tuesday, November 8, 2011

Selamat hari raya Aidiladha

Assalamualaikum.

Selamat hari raya korban semua dan selamat bercuti pertengahan semester. Dah masuk hari ketiga kan raya korban. Tahun ini, saya beraya di Kelantan. Baru havoc sikit. Dengan sepupu sepapat yang havoc satu rumah, memang rasanya macam nak pecah rumah kat kampung tu. 

Baru beberapa hari saya tak buka facebook, berlambak notifications kat situ. Saya tak kisah sangat kalau notifications mengenai like2 status ni, tapi kalau post-post yang melibatkan kos dan assignment.. Ish.. itu satu kerugian kalau tak bukak facebook. 

Nampaknya, banyak kerja yang menanti naik cuti ni. Oh please, tak nak balik u. Nak duduk rumah. Lagi senang, aman damai sentosa. Tak payah nak fikir masalah. Duduk je diam-diam kat rumah.

Raya ni seronok betul makan nasi dagang kelantan. Sedap. Kalau nasi dagang terengganu, nasi dia warna putih. Nasi dagang kelantan, nasi dia warna merah (perang). Makan sikit pun kenyang. hehe..
Tambah-tambah pula time raya ni, kena jaga makan. Kalau tak, boleh jadi bulat macam tembikai naik cuti nanti. hehe...

Ahh.. dah merapu. Rasa nak makan daging. Ok chow.

Thursday, November 3, 2011

Random Talk: Lelaki bermata biru

Lelaki bermata biru...

sumber: sini

Macam misteri je kan tajuk entri kali ini kan? Saya bukan nak cerita mengenai pelajar antarabangsa kat tempat saya belajar. eh.. bukan.. bukan.. Jadi jangan nak merapu meraban lagi.. Marilah saya mulakan cerita.

Tarikh : 2 November 2011 (Rabu)
Tempat : DSM
Program: Okestra Jepun: Mugenjuku Troupe Tour
Masa: 7.40 malam

Saya terpacak di hadapan tangga di DSM. Sedang menunggu gerangan manusia yang memegang mandat untuk mengambil kehadiran bagi subjek elektif bahasa bagi sem ni. Maklumlah, kehadiran akan memberikan extra markah yang memang penting untuk mendapat dekan sem ni. Jadi, alang-alang takde kerja nak dibuat kat bilik tu, saya bersama kosmet pun menghadiri okestra Jepun itu.

Tunggu punya tunggu. Orang yang diberi mandat pun tak sampai-sampai lagi. Lecturer sudah naik panik. Sudahlah lecturer tu, AJK protokol. Mahunya nak kena goreng budak sekor ni. Last-last.. Kosmet saya keluarkan pen dan kertas untuk attendance dan buat kertas ala-ala kaunter kat tepi tangga. Senang nak bagi orang lain tahu yang ada attendance malam tu.

Sorang demi sorang datang. Tapi hamba Allah tu, masih lagi tak tunjukkan muka. Saya dah gian nak masuk dalam. Kemudian, ada dua orang datang. Sorang tu, rasanya budak yang ambil elektif sama dengan saya tapi yang seorang lagi, tak pernah nampak pun datang kelas. Tapi dalam hati, awat saya tengok dia ni pelik sket ek? Tak macam melayu yang normal.

source google

Last-last baru saya perasan...
"Mak aii.. mata dia kaler biru."
Saya buat-buat tak terkejut. Mula-mula ingat mata saya dah kelabu. Almaklumlah orang tua. Dah tak berapa nampak. Hehe.. Tapi bila pandang 2-3 kali. Memang sah. Kaler biru. hehe
Lepas tu, kawan dia tegur pasal mata dia. Dan mereka ketawa dengan riangnya.

Dalam hati saya, kalau nak pakai kontact lens pun, agak-agaklah. Kalau warna kelabu, hazel, coklat atau hitam ala-ala big eyes tu bolehlah diterima lagi. Ni kaler biru? hehe... Apa-apa pun, mujurlah kaler biru dia tak nampak macam biru sangat. Kena perhatikan betul-betul baru nampak kebiruannya. Tapi saya lebih suka kaler hijau. Hehe..

Owh mengenai si budak yang ambil attendance tu, nak dekat pukul sembilan baru dia datang yakni apabila saya dan kawan sedang mengambil tempat di dalam dewan. Hehe.. bertuah punya budak. hehe

P/s:
Okestra tu best sebenarnya..lebih-lebih lagi bila time sesi demonstrasi pakai kimono tu. Cute je. Cuma sebab saya sedikit mengantuk dan ditambah pula ada yang bersembang kencang, jadi ia jadi tak berapa seronok. TAPI, saya tak tidur tau.

Monday, October 31, 2011

sibuk pada hari Isnin 31 oktober 2011

Hai...

Suram. Tu yang saya nampak pagi ni. Dengan tahap kemalasan yang tahap dewa, saya bangun juga dari tidur. Jam masih menunjukkan pukul 5.00 pagi. Dalam hati, nak sahaja saya tarik balik comforter dan terus tidur sambil peluk kuma-kuma warna hijau. Nikmatnya... tapi... tak boleh. Saya tak habis study lagi subjek Nutrition and therapy.

Sebelum ni asyik sibuk masuk lab, sampai tak study apa pun. Malam semalam dah pulun 3 bab. Pagi tadi, saya bangun juga walau mata asyik nak pejam jek. Jadi bermulalah study. Habislah jugak 3 bab pagi tu. Lepas solat subuh, saya tengok jam. Awal lagi. Sempat lagi nak sambung tidur ni. Sebab iklan dalam tv tu kata otak manusia berkembang sewaktu tidur. So, apa lagi, Kuak lentanglah atas katil. Hish.. kalau mak mentua tengok konfem, reject. Tapi, saya bukannye ada mak mentua lagi, jadi adalah boleh dimaafkan kan..? Eleh, jangan dok sembang cakap korang tak pernah buat. 

Saya pun mengambil langkah berjaga-jaga. Kunci handset kaler pink yang tak boleh nak touchscreen tu. 7.20 pagi.  Konon-konon nak pergi lab sekejap. Nak buat streaking atas plates. Salmonella dan listeria ni, memang menyusahkan saya. Seminggu buat lab pun tak habis-habis lagi.. Esok pun kena gi lab jugak. Agaknya, lab staff tu dah jemu tengok muka saya kat lab. Haish.


teeet.. teeeet.. teeeet.. alarm handset pun berbunyi. Dengan bermalasan, saya tengok skrin telepon. Sudah pukul 7.20pagi. Dengan malas.. Saya mengeluarkan baju kurung kaler putih. Nak gosok. Hari ni pukul 10 ada presentation. Tema kaler, hitam , putih dan yang sewaktu dengannya. Hujan-hujan macam ni, nak pakai baju kurung kaler putih memang malas. Gosok baju kejap, dan pergi mandi. 
Pukul 8 pagi terus ke lab... 

Dengan wajah yang tak siap dan mamai campur stress sebab petang nanti test, saya buat lab dengan cepat dan tangkas. Rasanya dah boleh streaking dengan jayanya atas plates. Hehe..Bla... Bla... Bla...
Tiba-tiba test dah tamat. Lega rasanya hari ni. Malam ni pulak ada perjumpaan blok B2 bersama pengetua kolej. Sibuk tak habis-habis. 

Esok pagi-pagi morning dah perlu ke lab. Nak setelkan sikit je lagi lab sebelum pulang beraya dengan jayanya. Tak sabar nak makan daging lembu korban. Hehe.. Nak makan daging.. HEhe.. dah macam gumiho pulak.. hehe

P/s: Entri ini adalah bosan. Sila jangan ambil hati dengan apa yang dituliskan di sini. Harap maklum.

Saturday, October 29, 2011

Novel dan kisah dongeng.

Assalamualaikum..

Salam sejahtera semua.
Saya tahu semua tengah sibuk tengok bola kan sekarang. Almaklumlah terengganu lawan negeri sembilan. So what? Saya still nak post entri jugak. Tak kira. hehe..


Oleh sebab saya memang tak layan bola sepak, tak kisahlah dalam atau luar negara, so saya habiskan masa dengan membaca blog dan cerpen dan novel online kat penulisan2u . Yalah, dah tiga hari berturut-turut kot duduk terperap dalam lab dan mengadap mikrob kesayangan yang enak membiak atas piring petri yang dilapisi dengan agar yang penuh dengan nutrien. haha. 
cinderella.


B.O.S.A.N...
Tu sahaja yang boleh saya cakap apabila saya membaca novel atau cerpen online. Sebab kebanyakkan cerita novel atau cerpen dalam website itu, mesti cerita pasal anak datuk, anak tan sri, kerja keparat korporat, jurutera dan boleh kata kerja yang best-best la. Yang melibatkan pejabat. Lagi satu, lelaki tu mesti kaya dan yang perempuan atau a.k.a heroin mesti miskin dan susah. KLISE okay.

Yalah, takkan semua perempuan miskin mesti dapat kahwin dengan lelaki kaya a.k.a anak datuk, anak tan sri atau kerabat diraja? Nonsense. Habis tu, lelaki-lelaki yang tak kaya ni macam mana? Kesian diorang tak dapat kahwin kan? hehe..

Lagi satu, yang peliknya hanya perempuan miskin yang cantik sahaja plus baik hati plus pandai masak boleh kahwin dengan anak datuk, anak tan sri dan lain-lain. Habis tu, yang hidung tak berapa nak mancung, kulit tak berapa nak cerah ni macam mana? Yang muka penuh dengan jerawat ni macam mana? Tak kahwinlah sampai ke tua? Haha.. 

Bila saya baca novel, selalu saya rasa irritate bila cik writer menceritakan mengenai kekacakan dan dan kecntikan watak-watak utamanya. Tanpa kita sedar, sebenarnya novel atau cerpen ni dah jadi macam kisah dongeng a.k.a fairy tales bagi orang dewasa. Semua indah, dan akhirnya happily ever after kan. Kalau budak-budak ada kisah cinderella, snow white dan lain-lain. Orang dewasa ada pelbagai novel yang kalau saya baca, memang tak logik. Mungkin ada terjadi tapi, entahlah mungkin takkan sesempurna seperti yang dikarang dalam novel atau cerpen.

Bila saya baca novel, saya nak cari input. Bukan semata-mata kisah cinta antara adam dan hawa dan scene-scene romantik diorang. Saya just nak tahu benda lain. Tapi kebanyakkan novel atau novel sekarang hanya fokus pada kisah cinta sahaja dan pada usia yang menginjak awal 20-an ni, saya rasa macam dah tak relevan untuk membaca novel cinta. Serius macam tak ada pengisian kalau hanya semata-mata berkisarkan kisah cinta. Lainlah kalau diselitkan dengan kisah hidup yang sebenar. Kisah keluarga ke? Kes penderaan kanak-kanak ke? Mental disorder ke? Apa-apa je lah janji bukan sekadar love story, serius bosan tau.

Mungkin sebab itu kot, saya suka membaca karangan Ramlee Awang Murshid. Ada pengisian. Cinta itu sebagai rencah sahaja dan bukan topik utama. Sebab in real life, hidup kita bukan berpaksikan cinta sahaja. So, agak tak berapa relevan untuk saya membaca novel yang hanya berunsurkan cinta semata-mata dan melibatkan kisah orang kaya sahaja kan.

first novel yang saya baca. 

Tak adakah cerita mengenai cinta gadis kampung dengan penjual burger? Tak pun kisah cinta orang biasa-biasa sahaja? Yang tak melibatkan anak orang kaya? Yang mana bila diorang pergi dating just jalan kaki naik LRT atau Komuter dan kenderaan awam? Cinta orang biasa-biasa yang berkira pasal duit.  Hero yang tak mampu nak bagi bunga ros dan hadiahkan bunga kertas atau bunga kebangsaan sahaja ke? Hero yang tak mampu beli cadbury dan hanya mampu belikan gula-gula hudsen warna merah sahaja? Just a simple love story yang melibatkan orang biasa. Tak perlulah nak cerita mengenai kehebatan hero yang memandu kereta mewah dan mampu menghadiahi si gadis beratus-ratus kuntum bunga ros merah menjelang hari lahirnya. Tak perlu. Sebab saya rasa, tak ada lelaki macam tu tau. 

Tapi mostly memang dalam novel macam tu. Ada yang kata, baca novel ini untuk lepas tensen. Tapi buatnya si pembaca novel tu berangan nak kahwin dengan orang kaya dan tolak semua pinangan sebab nak tunggu lelaki macam dalam watak novel tu macam mane? Hish.. alamatnya tak kahwinlah sampai ke tua. Haha.

Tapi kalau sekadar nak baca untuk melepaskan tensen okay kot, cuma bila dan sepuluh buku yang saya baca dan cerita lebih kurang sama saja.. Apa hal? Hehe.. 
Okay dah mengarut. Saya nak buat FYP. Esok masih perlu ke lab.. Ke Terengganu cuti esok? Hurm....

Monday, October 24, 2011

Fyp cases: lab dan penulisan thesis.

Assalamualaikum,

Mood saya tak berapa stabil saat saya sedang menaip entri ini. Banyak benda yang berlaku dalam minggu ni dan minggu lepas. Sesuatu yang bisa menduga tahap kesabaran saya. Saya jarang marah. Serius. Biasanya semua masalah saya pendam sahaja. Simpan sorang-sorang dan apabila kapasiti hati saya dah penuh (macam external 1 terra), sudah tentu saya akan meletup.

Penat. Serius. Tak sabar hendak mengangkat kaki dari kampus. Tapi kan kerja biasanya akan lebih tertekan dari apa yang saya lalui sekarang kan? Huh... Masuk kali ini, dah banyak kali saya mengeluh. Tak tahulah mengeluh pasal apa. Ada sesuatu yang tak lepas. Kawan cakap jangan simpan semua masalah dalam hati. Kalau tensen sangat, kena menangis baru lega.  Tapi masalahnya, saya tak boleh menangis. Dah lama rasanya tak menangis. Paling saya ingat kali terakhir saya menangis pun sebab........ teeeeeeeet dirahsiakan.

Penat dengan sikap sesetengah orang yang bercakap putar belit. Tak mahu mengakui kesalahan sendiri. Saya penat dengan sikap orang yang terlalu memaksa. Penat dengan sesetengah pihak yang tak mahu memahami. Lalu yang tersepit siapa? Saya juga.

Sekarang masih lagi sibuk dengan penulisan thesis dan masih perlu masuk ke lab. Harap semuanya akan berjalan lancar.Sekarang sudah menghampiri minggu ke-12.  Apa khabar thesis dan lab?

Lama kelamaan saya jadi letih dan penat. Semangat dah semakin pudar dan saya masih perlu berjuang menyiapkan thesis dengan sisa-sisa semangat yang ada.  Makin lama, makin menekan jiwa. Saat ini, memang terasa mahu pulang. Berbaringan atas katil sambil melayan novel-novel kanak-kanak. Mesti best kan? Rindu suasana itu.

Entah mengapa dapat saya rasakan stress sewaktu tahun 2 dahulu berulang kembali? Cuma kali ini, mental saya lagi kuat berbanding dahulu. Saya harap saya akan lebih kuat dan bersemangat seperti mula-mula buat FYP. Tapi hati semakin tawar apabila diperlakukan seperti ini. Tanpa disedari, saya memang mengalami stress.

Semalam sedang saya berstressan saya ada terbaca mengenai fadhilat surah yassin. Dalam surah yassin ada ayat penerang hati. Jadi saya baca. Al-Waqiah untuk murah rezeki dan surah Al-Mulk sebagai penyelamat. Jadi saya tak nak menangis untuk hilangkan stress sebab buat apa menangisi sesuatu yang telah terjadi. Jadi doakan saya dapat stabilkan emosi dengan cepat. Saya masih banyak keje lain berbanding nak layan perasaan sedih dan stress ni.

 Ok dah  masuk maghrib. kena chow dulu.
Assalamualaikum.

Friday, October 14, 2011

Random Talk: Demam.

Demam. Satu simptom yang menandakan sistem imunisasi badan sedang berkerja. Yalah, kalau tak demam, alamatnya tak ada fungsilah antibodi.Ya tak?

Saya tak mahu mengulas perihal mekanisme yang menyebabkan demam secara terperinci. Saya bukan budak medik. Percaya tak, demam juga dipengaruhi oleh aspek mental? Kalau asyik fikir asyik demam, memang konfem dapatlah demam itu. Tak percaya, trylah.

Sori roomates sebab tengok perempuan rambut tak terurus sedang berlingkar atas katil.. hehe
Masuk hari ini sudah 3 hari saya demam. Mula-mula, macam biasa, cuba ignore dan buat konon-kononnya tak demam. Padahal bangun pagi badan dah rasa panas. Kepala dah start berdenyut-denyut sehinggakan rasa bagai nak meletup kepala otak saya.

Abah saya tentera. So, kalau dulu mengadu demam-demam mesti dia kata try la lawan. Jangan nak manjakan diri. So, hasilnya, saya memang takkan makan ubat kalau demam tu tak teruk tahap tak boleh bangun katil. 
First day... Okay.. Virus-virus demam yang tak berapa reti bahasa Melayu telah mula menjangkiti badan. Saya terfikir juga, dari mana datangnya demam ni? Mungkinkah saya terlalu menekan diri akhir-akhir ini? Ya, itu kita tak pasti... haha

Saya still boleh bergelak ketawa bagai nak rak walaupun ada yang tegur muka nampak pucat. Dan macam biasalah, jawapan stereotaip saya. Lupa nak letak mekap 4-5 inci kat muka.. Tak apply lipstic Maybelline yang merah menyala kat bibir.. hehe. Mungkin sebab tu kot nampak pucat.. hehe.. ehem.. Tapikan lipstic merah seksi kan.. maybe saya patut cuba.. haha.

Masuk hari kedua, tahap kedua.. Badan dah panas.. sampai satu tahap yang memang kena pergi jumpa Dr hensem dekat dengan Pusat Kesihatan UMT. haha.. gatal.. Dapatlah satu plastik ubat. Well done.. Memang saya penghabis ubat UMT.. hee.

Macam biasalah..bagi panadol,  EES (sejenis antibiotik yang bukan dari kumpulan ampicilin), Vitamin C (agaknya saya nampak macam tak cukup vitamin), Ubat sakit tekak.. (lozeng kaler hijau.. euww.. serius tak sedap), dan ubat-ubat peribadi yang lain.. hehe

Hari ini (hari ke-3).. Walaupun nampak sihat sebenarnya saya masih belum recover.. huhu.. Sebab makan nasi separuh pun tak habis.. Ape cer.. ini menandakan tak sihat lagi ... So, roomates mencadangkan beli sup dan nasi putih.. Tapi tak habis juga. So, ubat pun tak jalan.. Tidur je la kot.. Mungkin rehatadalah ubat terbaik bagi orang demam. Hehe..

Dan saya dah start sakit tekak dan selesema. hehe.. Sakit kepala dan panas badan dah hilang, selesema dan sakit tekak pula yang datang.. Welcome guys.. hehe

Sunday, October 9, 2011

Random talk: Hati dan perasaan.

Selamat pagi semua, 

Waktu saya menaip entri ini, jam dekat laptop saya dah menunjukkan pukul 12.50 am 9 oktober 2011. So, dah sah-sah saya sudah habis progress presentation semalam... And saya dah ada sindrom tak boleh tidur ni. Entahlah, mungkin waktu tidur dah berubah.

Entah apa yang saya mengarut tah. hehe... Pagi-pagi morning dah mulakan aktiviti mengarut. Inikah kesan sampingan daripada progress presentation? Ya, itu kita tak pasti.. hehe..

Kalaulah boleh renovate hati macam ni.. hehe


Berbalik kepada tajuk. Okay saya tahu entri kali ini agak kejiwangan sedikit. hehe.. 
Okay.. sejak bila saya tergolong stok-stok minah jiwang karat, saya pun tak tahu.. Ni mesti kes berjangkit cik  lagu jiwang ni.. hehe (identiti dirahsiakan)
Well, anggaplah ia sebagai kesan sampingan daripada progress presentation yang saya lalui semalam.. hehe..

Saya baca faceboook blog terfaktab. Dalam banyak-banyak status yang diletakkan di dalam fb tu, satu saja yang menarik minat saya. Pasal hati. Organ dalaman manusia yang paling unik. Lebih kurang beginilah bunyinya :
"Hati merupakan satu gumpalan darah menyimpan pelbagai rasa di dalamnya"
Okay, sila jangan salah faham. Korang ni kalau dibiarkan mesti salah faham.. hehe.. I'm not falling in love. Tak pernah sekali pun jatuh ___________. (geli pulak saya nak tulis benda alah tu. hehe)

Kita cakap secara general ok. Pelik kan organ dalaman manusia yang satu itu boleh menyimpan pelbagai rasa. Yalah, kejap emo, kejap marah, kejap tacing, kejap gembira. Ajaib kan?
Dulu, zaman sekolah kawan selalu cakap saya macam robot. Tak ada perasaan. Eh yeke? Well, mungkin saya skema kot.. dan sangat sibuk. Mana ada masa nak tacing-tacing atau lovey-dovey ni. Memang takde masa.

Tapi hakikatnya, semua orang ada perasaan kan. Cuma nak tunjuk atau tak? Tapi biasanya saya takkan tunjuk perasaan yang sebenar. Biar orang susah nak teka. hehe... 
Menurut psikologi.. biasanya orang yang ceria atau selalu gelak ni tak semestinya gembira. Kadang-kadang nak tunjuk gembira je, supaya orang tak risau kat dia. Lagipun ketawa pengubat jiwa lara.. Ceh.. nik.. nik.. sejak bila ko jadi minah jiwang hangit ni.. hehe


Ahh.. okay.. cool babe.. apalah yang saya mengarut ni. Mungkinkah saya sedang mengalami fasa penuaan? Oh my.. Mungkin sebab saya baru sahaja habiskan novel cinta stail jiwang karat terlampau tu?
Yalah , semenjak-dua menjak selalu jugak saya baca novel jiwang.. so, maybe emosi tak stabil.. 
Orang lain baca novel, gembira. Saya baca novel jadi stress sebab novel tu, konflik dan bila part romantik.. memang meloyakan.. hehe..

Baru screening novel ini.. romantik type novel.. dan konflik juga.. hehehe

Kalau dulu sukalah.. Novel yang hero romantik, sweet.. sekarang ni tak berapa nak suka sebab in real life, mana ada lelaki yang romantik except for yang propose depan DSM time konvo hari tu la. hehe.. So, girls janganlah nak berangan nak bf romantik-romantik sebab yang romantik tu hanya dalam drama korea je.. Tapi saya tak tahulah kalau ada yang wujud ke tak di Malaysia ni.. hehe Kalau ada yang romantik pun.. jaga-jaga.. tu buaya darat a.k.a playboy.. hehe

So, akhir kata.. Saya just nak pesan jagalah hati sebab ia organ yang istimewa. Jaga ia dari segi rohani dan juga jasmani. Pemakanan tu, jangan lupa jaga.. hehe.. Eh..eh.. nak jugak letak pasal nutrition ni.. hehe
Apa nak buat.. dah memang saya student food service and nutrition.. hehe..

P/s: saya tak boleh tidur.. Entah kenapa.. nak sambung baca novel online la.. hehe






Thursday, October 6, 2011

Jaskom di FST: satu tempat yang menarik.

Hai..

Saya sekarang berada di FST dan sedang menaip entri ini di dalam Jaskom. Okay, tengah guna komputer kampus. Malas la saya nak angkut laptop ke hulu ke hilir. hehe
Entahlah kenapa saya berada di sini. Eh, before saya proceed korang ni tau tak Jaskom tu ape? Jaskom tu, Jabatan sains komputer kat Fakulti Sains dan teknologi. Sekarang ni saya berada di dalam salah sebuah makmal komputer dekat Jaskom ni. hehe..

Saya sorang-sorang kat sini. Tak berteman. Lagipun tengah tunggu tur nak jumpa dengan co-supervisor. So, bagi nak mengisi masa lapang yang ada, saya ke sini.

Mula-mula sibuk nak mengupdate data dalam kepala, mengenai microbe dan benda-benda berkaitan FYP. Al maklumlah esok dah kena present prgress. Tadi co-sv dah bagitau suruh well prepared bila masuk bilik dia nanti.  tapi lama-lama jadi bosan la pulak. hehe

So, saya meluaskan pemandangan mata ke tempat-tempat lain. Saya duduk meja paling belakang. Senang nak usha orang.. Oh okay.. jangan ikut tau..hehe..

Depan saya ni ada budak laki, pakai jacket kos. budak kimia la kot. bagus, tak bukak benda mengarut.Dari tadi saya tengok asyik duk bukak slide baca slide. Sebelah dia, mungkin kawan dia, tengah baca komik. Tah komik apa tah.. Macam komik lawan-lawan yang ganas tu.. hehe hish tak minat nak join baca.. eh.. eh.. pulak..

Sebelah lagi, kawan die jugak.. dari tadi saya tengok duk main fb. Dasat betul penangan fb. Tapi mostly yang datang sini, bukak fb je.. Tapi saya lain.. siap update blog lagi.. tu la pasal kena duduk meja belakang. Kalau tak mesti orang usha saya..haha perasan.. hehe..
Okaylah..orang sebelah nak jeling-jeling.. Segan pulak ni.. Hehe..

Okay.. doakan saya boleh present dengan baik esok.. love you'lls

Wednesday, October 5, 2011

FYp cases: Progress presentation dan microbe yang stress.

Hai.

Hujung minggu ni ada progress presentation. Ya. Progress presentation. Stage ke-dua dalam penghasilan thesis. Dan data-data terkumpul bolehlah saya persembahkan ketika perbentangan nanti. Minggu ni saya dah habiskan dua jenis experiment. Tapi still lagi banyak sample yang saya kena buat. Dengar kata minggu depan lagi ramai yang berebut nak masuk lab. Haish. Kena berebut lab lagi. Tadi dah booking lab staff. Nak buat kerja hujung minggu. Nasib baiklah saya budak microbe. So, ada pengecualian di situ. Memang tak boleh buat apa dah.

Hurm, tadi pergi tengok anak-anak ** microbe**. Okaylah keadaan mereka. Cukup nutrients. hehe.. Hurm cuma saya rasa beban kerja dah kurang sikit sebab dah masuk lab. Ah.. tak kira .. next week nak masuk lab jugak. Tapi macam pelik, hari tu bila saya kira CFU/g setiap hari makin menurun disebabkan oleh storage. Tapi kenapa apabila masuk hari ke-5, bilangan CFU/g makin meningkat? Sepatutnya, takde kenaikan dalam CFU/g.
Tapi  setelah membaca jurnal dan buku, baru saya tahu yang microbe yang stress (diletakkan di dalam suhu 4C) akan melalui satu proses adaptasi yang membolehkan mereka tumbuh walaupun keadaan stress. and kalau saya berniat nak buat master/ phd.. boleh teruskan project dengan mencari apa genes yang di-express ketika proses adaptation tu berlaku. Erk tapi.. nak buat masterkah saya?

Hurm.. we'll see.. we'll see.. hehehe..
Berbalik kepada progress presentation, masuk ini , dah kali ke-tiga saya betulkan slide. Takpelah janji ok. Double check mana yang saya terlepas pandang. Hurm.. ada sapa-sapa yang tahu guna software minitab tak? Nak mintak tolong ajarkan. please... please...please...

hurm.. dah mengarut nih.. nak sambung betulkan slide dan baca-baca jurnal yang agak berhabuk tu. Okay.. Okay.. have a nice day. hehe

Wednesday, September 28, 2011

Selamat bergraduasi semua.

Salam sejahtera semua,

Entri kali ini ditujukan khas kepada senior-senior dan juga rakan-rakan yang bakal bergraduasi pada 1 dan 2 oktober ini. (Ceh.. ayat skema sebab saya ambil bahasa melayu ilmiah hehe..)

Okaylah. disebabkan saya akan masuk lab jugak dan menyiapkan FYP.. yelah, semua orang duduk grad dalam dsm.. saya still kena memastikan untuk grad tahun depan, jadi saya dengan senang hatinya, ingin masuk ke lab pada hari kamu semua bergraduat dan menerima skrol.. haha ** shh..sebenarnya taknak  bagi teddy bear dan bunga..hehe.. **

Oh sebelum saya terlupa, saya nak mempromosikan gerai konvo kali ini. Ala macam tak biasa. Gerai yang jual kek tu. Datang dan rajin-rajinkanlah diri untuk membeli kek, brownies dan juga tartlet. Kebab dan chicken teriyaki sandwich pun ada. 

Lagi satu, bagi mereka yang hendak check tahap kesihatan dan pemakanan, kami ada menyediakan nutrition corner (handle by foodservice fourth year) .Macam biasalah, boleh check Bmi, body fats, dan blood pressure. so, jangan malu dan segan.. marilah check kesihatan masing-masing. Hehe.. eh jangan risau, tak cucuk dengan jarum pun.

Eh tetiba boleh promosi gerai la plak. 
Kepada kawan-kawan saya yang bakal grad, especially kepada rumate saya tahun 1-Pija (biomarin), budak sispa- Fateh (IT), abas (fizik), aina (bio), iqbal (bio), kak mai (poseso), kak fizah (poseso), mira (poseso), wan (akua), azie (akua), sal (akua)...** lenguh pulak tangan menaip**

Eh.. tak lupa pula pada senior food service yang juga bakal grad tahun ni.. Lecturer kata lebih kurang 80% senior dah ade kerja.. So tahniah semua..

Dan... yang penting.. tak lupa juga pada rakan-rakan blogger yang bakal grad.. Mr lineputihline hitam dan dean dang dan juga yang lain.. 

Mr line: Nak bear..saya bagi picture je lah.. jimat duit untuk FYP. haha

hepi graduation



Friday, September 23, 2011

Selamat hari Jumaat.

Hai,

Pagi-pagi lagi roomate saya dah keluar ke Pulau Perhentian. Hurm.. Bestkan.. Pergi bercuti kat Pulau. Saya bilalah nak merasa pergi bercuti. Hehe..

So, disebabkan kami tinggal berdua sahaja, tinggallah saya berseorangan sampai hari Ahad. Ahh.. sadis.. malam ni kena tidur sorang-sorang dalam bilik.
Hari jumaat yang indah ni, tak tahulah nak buat apa kat dalam bilik. So, saya merajinkan diri membuka balik data-data yang telah beku di dalam buku makmal. hehe. Frozen data. Apa khabar agaknya?

Baru beberapa minit buka, dah rasa tak boleh fokus. Lepas tu, saya tutup buku dan .. sambung balik main fb dan sekarang update blog. Haish.. bilalah nak insaf ni. Hehe

Kene tunggu jumpa sv dulu, barulah terkocoh-kocoh nak siapkan data. Sudahlah tak reti guna Minitab. hehe.. Entah macam mana nak key in pun saya tak reti. Oh, well. Malas-malas saya pun, jurnal still saya baca tau. hehe.. At least kalau sv tanya, boleh jawab dengan konfidennye.. Erk yeke?

Dah bangun pagi-pagi ni, perut mulalah nak craving for food. So, nestum pun okay kot. Cepatlah tengah hari.. I nak makan nasi.. **Orang Melayu mesti nak makan nasi**. Saya tak nak spagetti, chicken chop atau mashed potato untuk lunch.. Saya nak nasi.....Eh.. tiba-tiba je. Hikhik..

p/s:Entri mengarut untuk melembutkan jari-jemari yang keras kejung nak menaip Fyp hehe.. So, tangan dah lembut sket. Okay kot.. hehe
tata

Thursday, September 22, 2011

Surat kiriman tak berapa nak rasmi



Hai, 

Salam sejahtera semua. Saja nak merapu meraban tengah hari ini. Entahlah, sejak bila penyakit merapu meraban ini menyerap dalam diri. hehe... Okay kita pergi kepada topik. 

Tuan/Puan,

Merujuk kepada gambar di atas, saya ingin menyatakan kekecewaan saya kerana tak dapat membeli novel seperti mana yang tertera di atas. 

2. Perkara ini terjadi disebabkan oleh penjualan yang melampau-lampau dan menyebabkan buku itu telah habis dijual di kedai-kedai buku berhampiran rumah saya dan juga di UMT. Erk.. umt ada jugak ke?

3. Justeru saya menyeru agar sesiapa yang mempunyai novel itu, sudi meminjamkan kepada saya agar saya dapat menghilangkan ketagihan terhadap novel tersebut.

Kerjasama anda saya dahului dengan jutaan terima kasih yang tak terhingga.

Sekian, terima kasih.

Yang kepingin nak membaca novel,

Tuan punya blog.


Tuesday, September 20, 2011

FYp cases: Homesick dan ekuliah

Hai.

Hari ini saya rajin sikit mengupdate blog. Sebelum-sebelum ni, tak berapa rajin sebab dalam mood homesick. Aiseh.. Homesick. Macam tak biasa duduk jauh dari family. Bukan tak bukak blog, cuma tahlah.. rasa malas saje nak update. Tangan dah keras kejung nak menaip. Bukak fb pun malas nak update status atau komen-komen. hehe

Bukan banyak kerja pun minggu ni. Nak masuk lab? haha.. lambat sket. Argh.. malas nak cerita kat sini. Biarlah, kata orang .. kalau tak susah tu, bukannya fyp tapi assignment. 
Sem ni, banyak free. Sebab 3 subjek sahaja. Takde subjek yang memerlukan masuk lab kecuali fyp. haish
Macam hari ni, memang takde kelas. So, bangun pagi terus je termenung kat tepi tingkap (elok benar la perangai)  sambil tengok bonggol yang dah membuatkan ramai manusia jatuh di depan pondok pak guard. Kasihan mereka.

Cantik kan microbe ni.. hehe ni Yeast. Adoi.. dah kronik saya ni.. hehe

Sekarang ni, dah tak tahu nak buat apa. Semalam dah buat slide progress. tapi.. hurm.. entahlah.. Bila tah nak jumpe lagi dengan sv. Hari tu jumpa pun, dia sibuk benar dengan budak junior yang baru nak menyelami dunia microbe. Okay budak-budak tu nampak excited nak belajar microbe. Well done.
Yang tak patut, ada ke diorang tanye, saya ni budak tahun satu ke? Ade ke patut? tak patut... tak patut.. hehe..

Bila dah jadi kakak senior sem 7 ni, haish.. memang rasa macam tua je. hehe.. lagipun batch kiteorang je kot yang guna kod lama. kalau orang lain pakai kod BBB, kiteorang pakai kod BBM. Memang old skool. Saya still lagi log in ekuliah. Kan dulu ada ruangan shoutbox? Sekarang ni, macam dah tak berapa nak function dah benda alah tu. hehe


Sekarang siap dah ade yang promote blog kot dalam tu. Well, saya tak sure la. sebab bila tekan je latest posting, terus keluar lomotech. Apakah? Scroll older post, tengok siap ada entri wordless wednesday gitu. Kalau saya, segan nak letak. Sebab lecturer kan boleh baca post tu. hehe..
Cuma suka tengok tengok orang scream.

Dulu orang luahkan pasal tak puas hati, pakai shout out kat ekuliah. Sekarang ni, dah ade group-group kat  fb. Zaman memang dah berubah. Terasa tua la pulak.. uhuk..uhuk..*** nenek tumpang batuk***
Dah la.. tiba-tiba pulak buat down memory lane kat sini.

Kepada rakan-rakan yang bakal bergraduat, happy graduation. Doakan saya dapat grad tahun depan.

P/s: Nasiblah jadi budak kos empat tahun. Nasib baik bukan 5, 6 tahun macam medik. hehe


Tuesday, September 13, 2011

FYp cases: kerja-kerja lab dan elektif

Hai semua,

Terlebih dahulu saya nak ucapkan selamat datang kepada junior-junior tahun satu yang baru menjejakkan kaki ke UMT ni. Dan untuk pelajar senior, selamat kembali menyambung pengajian selepas hampir empat bulan bercuti. Ececeh.. ayat nak gempak. haha..

Entah apa yang saya nak tulis pun tak tahu. Sebenarnya nak menyambung kembali Fyp yang saya tinggalkan sementara dek kerana raya, namun entahlah, perasaan malas dan berserabut tiba-tiba menjengah kepala. Lagipun, masalah mengenai elektif yang tak habis-habis. Mujurlah dah selesai satu elektif tadi. Dah konfem. Sekarang tinggal esok sahaja. Harap-harap subjek esok tak mengganggu gugat jadual saya. Eleh, bajet macam jadual penuh.

Lagipun sem ni, hanya ada satu sahaja subjek wajib iaitu nutrition therapy. So, jadual memang...memang.. free. Tapi disebabkan komitmen nak masuk lab, jadual tu dah jadi tak berapa nak free. Harap nanti jadual lab tak bercanggah dengan elektif. Kalau boleh tak naklah tangguh lab. 5 jam kredit tuh. Setelah diteliti, kerja-kerja fyp saya masih banyak. Banyak sangat kot. Alahai. apa la nasib. Tu belum masuk writing thesis. Hish..

Esok kalau ikutkan nak masuk lab, buat agar sebab nak simpan. Nanti senang la nak buat mikrobe tapi kan.. tiba-tiba ada hal lain plak. So, esok tak tahu la. Terasa membazir masa sangat kalau tak masuk lab.

Dah.. dah.. tak nak cerita pasal fyp. Sebab nanti tak pasal-pasal tak lalu makan. Orang lain raya, naik berat badan, alih-alih saya raya.. berat turun tau. Alahai nasib badan.

Banyak benda masih lagi tak menemui jalan penyelesaian. Masih ada kerja lain yang perlu disetel. Nasib baik tempat LI dah setel. Kalau tak haru biru kuning pink kepala saya.. hehe.. ok that's all.. tata..

p/s: tiba-tiba terasa nak makan bbq. Ada sapa2 nak buat?

Thursday, September 8, 2011

Raya dan deko-deko rumah..

Assalamualaikum semua,

Rasanya dah lama blog ni tak terupdate kan. Kekok rasanya hendak menaip. Hehe. Kalau menulis apatah lagi. keras kejung kot tangan nak pegang pen. Haha...Bukannya apa, bila cuti-cuti plus raya dan merdeka ni, nak buka internet jenguk facebook pun malas. Memang buruk perangai kan? haha. Lagipun rasanya tak salahkan menghabiskan masa dengan keluarga, lagipun time-time nak raya la paling sibuk sekali rumah.

So, macam biasa, bila time raya.. Semua sibuk nak mengalih perabot dalam rumah. Abang saya lagi bijak. Ada ke patut dia bawa balik empat tong cat. Pastu sengih-sengih ajak saya mengecat sekali. Haish.. Lagipun dia tak puas hati sebab tahun lepas raya, saya dan encik abah mengecat rumah kaler peach. Hikhikhik.. Yelah, mungkin dia perasan kot muka mama yang agak masam dan jeling je kami dua beranak tahun lepas.

So, tahun ni abang saya ni nak buat deko-deko dalam rumah. Sudahlah dia balik 2 hari sebelum raya, lepas tu nak siapkan rumah dalam masa dua hari. Termasuklah mengecat, pasang perabot dan dekorasi dalam rumah. So, mangsanya? Okay.. saya.. hehe..

Rasanya saya dah macam amah indonesia pun ada, dengan baju yang penuh dengan kesan cat, rambut sanggul-sanggul selebet. Seluar panjang dah sampai ke lutut.. Konon-kononnya dalam rumah banjir. Haha.. Erm, tapi mungkin amah indonesia pun tak selebet macam tu. Haish.. sadis bila teringat balik keselebetan diri beberapa hari sebelum raya. huhu..

Okay, tapi okay la.. Itu cerita sebelum raya. Bila hari raya pula, berduyun kot rakan-rakan abang datang ke ruamh. Hehe.. So, siapa lagi tukang bancuh air? Saya lagi.. hehe.. Adess.. rasanya raya tahun ni la yang paling penat. hehe..

Semalam pun masih lagi yang datang ke rumah. Cuma yang datang semalam  jiran sebelah. Kelakar pun ada. Semua malu-malu nak masuk. Kata mama, biasanya selamba je budak-budak masuk rumah. Tapi semalam semua malu. Mama kata sebab malu dengan saya. Kahkahkah.. kelakar betul budak-budak zaman sekarang. Siap ada yang sorok muka dalam baju lagi. Apa daa.. huhu..

Apa-apa hal, sabtu ni dah nak balik terengganu. Okay , babai kuantan..
Tak sabar hendak menghabiskan semester last di UMT. Raya tahun depan mungkin bukan sebagai student lagi.. Doakan saya dapat grad on time.. Fyp.. here i come .... huhu

Sunday, August 28, 2011

Bangkok Trip: Edisi Merdeka.

Assalamualaikum semua,

Memandangkan bulan ni bulan 8 yakni bulan kemerdekaan, sengaja saya menghadiahkan satu entri khas sempena hari merdeka ni. Hurm.. entri raya saya hold dulu. Mood tengah berkobar-kobar nak menyambut merdeka sebab baru saja tengok Majalah 3 pasal Raya Banzai. Kuikuikui.. Best woo.. Saya kalau bab patriotik ni, memang semangat sket. Hurm.. Mungkin sebab abah Tentera kot.. kehkehekeh.. tersampuk dengan abah. okay.. dah mengarut ni..

Macam yang saya war warkan.. hujung bulan lepas saya telah ke bangkok. Erm.. bukan bercuti ok.. Tapi sebagai lawatan sambil belajar. kuikuikui.. Pengalaman kat sana, Hurm..apa yang boleh saya cakap, Malaysia konfem lagi best. Sebab makanan halal bersepah dan boleh makan dengan banyak. hehe. Lagi satu, kat sana kebanyakkan tempat menarik adalah berkisarkan temple dan bangunan lama. 

yang ni tak ingat la ape.. rasanya green curry kot.. tak sure.

tomyam versi bangkok.. kuat giler rasa udang.. taubat dah saya tak makan.. sengsara kot.. hirup kuah sket  terus je alergik menjadi-jadi.. huhu

stri fried chicken with cashew... lebih kurang la.. sedap.. dan harganya pun.. alahai.. memang best...

Mula-mula sampai kat sana, memang la rasa excited.Yelah.. first time pergi bangkok. Okeh... ada la sedikit ke'ulu'an di situ. Semua tempat nak amik gambar. Rasanya, kalau memori setakat 4/8 GB tuh, alahai.. tak cukup nak menampung gambar yang diambil kot. hehe..

yang ni briyani mende tah.. yang saya makan.. 160 bath termasuk taxes. haish..tapi sedap.. hehe

suvarnabhumi airport..

Lama-lama, terasa rindu kat negara sendiri. Terutamanya time makan. Ade ke makan nasi goreng daging dengan cili potong, sampai 140 bath atau RM 14 ? tu nasib baik minum air kosong. Sadis.. Sadis.. Sadis.. Lagi kesian bila time nak membeli belah. Completely speaking kot. Hehe..Saya ni bukan la terror benar speaking, tapi kat sana tetiba macam dah berpuluh tahun makan keju je gaya speaking. kahkahah..

Kalau jumpa orang cakap dalam bahasa melayu, rasanya macam nak melompat kot kat situ. Punyalah excited. Hehe.. Kat sana, saya belajar la jugak cakap bahasa Thai sikit-sikit. Yalah, tak semua orang Thai reti speaking kan.. So, at least tahu nombor dan bahasa asas seperti makan, minum dan sebagainya. 

teksi thailand yang striking kaler dia.. hee

Kalau nak dikira pembangunan, rasanya Malaysia lebih maju dan terancang. Sebab kat Thai, wayar kabel elektrik tu, memang bersepah dan agak serabut. Jalan raya? tak payah nak cakap la.. Traffic light tu hanya hiasan sahaja tau. Pemandu teksi bawak kereta macam nak racing sahaja. Memang boleh semput la kalau sape-sape yang jenis penakut tuh. heehe..

Hurm.. Time duduk kat sana memang la terasa nak makan macam-macam especially nasi lemak dan teh tarik. Walaupun saya bukanlah peminat tegar nasi lemak, tiba-tiba time duduk kat sana boleh pulak nak makan nasi lemak. Hehe..

Suvarnabhumi Airport

And then, trip yang mengambil masa seminggu tu tamat. Bila naik flight Airasia ke Malaysia, rasa terharu bila tengok pramugari tersenyum sambil cakap selamat datang dalam bahasa melayu. Rasanya dah lama benar tak dengar orang cakap bahasa melayu.. Bila dah sampai kat LCCT lagi la, nampak je mak cik pakai tudung, dah rasa excited. Tah la kenapa. Rasa sayang sangat kat Malaysia ni. 

Apabila kaki saya melangkah masuk ke KL sentral, tiba-tiba ada background music. Lagu keranamu Malaysia berkumandang. Ceh... Memang rasa macam saya-dah-ada-di-Malaysia. Susah nak describe perasaan tu. Suka, terharu? Erm.. maybe.

Betullah pepatah orang dulu-dulu kate.. ape ek? Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. Erm.. korang sambung la sendiri okeh. kehkehekhe..

Dah la, saya nak mengalih perabot ni.. Esok abang dari KL balik. Dah sediakan to do list kat dia. Hahaha.. Siaplah dia nanti. haha

Selamat hari merdeka yang ke-54...
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. yeah..

Monday, August 22, 2011

Hobi : Novel


Saya suka baca novel. Suka sangat. Entah bila benda ni menjadi hobi pengisi masa lapang pun saya tak tahu. Yang saya ingat saya start baca novel sejak dari sekolah menengah. Saya kalau dapat novel, makan pon tak kisah. Pakwe hensem lalu depan mata pun tak pandang. Kira novel tu dah boleh membuatkan saya 100% berada dalam alam lain.


Erm kalau baca journal macam tu kan bagus. hehe.. Dulu saya suka baca novel cinta. Well, waktu tu hormon tak stabil kot. Ala novel-novel karya Alaf 21 memang ngetop la. Tapi lama-lama novel cinta dah jadi macam boring. Klise sangat. Tak ada variety. Yalah, asyik-asyik kisah cinta zaman sekolah. Laki gaduh dengan perempuan pastu jatuh cinta. But in reality mana ada kan macam tu. Ye tak?

Lepas tu ada pulak stail cinta kontrak la, kawin paksa la. Ikut amanat orang tua la. Mula-mula dulu layan la jugak tapi lama-lama jadi bosan. Entah, macam tak mencabar minda jep. Sampailah satu hari selepas Exam PMR. Kawan saya bagi saya pinjam buku karangan Ramlee Awang Murshid. Tajuk dia Mandatori. Well, novel Thriller tau.


Yelah, lepas PMR kan banyak giler masa terluang. Dari duduk layan bergosip atau main dam haji.. Erm budak lelaki selalu main chess.. Baik saya baca novel kan.. hehe..


Lepas dah baca Mandatori, saya baca ADAM a.k.a aku darah anak Malaysia. Novel thriller jugak dan hasil karya penulis yang sama. Lepas tu terbawa-bawa dengan tombiruo dan lain-lain.


Masuk U, lama juga la stop baca novel. Lepas tu, ada kawan beri novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang murshid. Yang ni genre Epik Thriller. Siap ada sequel lagi..Saya baca habis sequel dia kecuali yang last sebab tak sempat nak pergi PBAKL hari tu. hehe..


Dan yang latest saya baca Mikhail dan Sembilan Nyawa. Boleh tahan la cerita dia. Tapi setakat ini saya tak berpeluang lagi baca novel Pei Pan. Novel yang menang anugerah itu. Hurm.. Maybe kat library ada kot.
Semalam saya baca balik novel cinta. HEHE.. Karya Siti Rosmizah tajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.
Adess.. ayat nak jiwang. Tapi hakikatnya, tahap kejiwangan novel itu takde la sangat. Sebab novel tu lebih berkisar pasal kasih anak kepada bapa. Ahh.. lebih kurang macam tu la.

Sampai sekarang, saya masih suka novel cuma sedih bila tengok atau baca enovel online, banyak unsur-unsur barat diterapkan dalam novel tu. Dan agak terkejut budak berusia 13-16 tahun mengarang novel yang mempunyai unsur 18sx. Rendah moral. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya internet.. Segalanya di hujung jari anda. Yeah.. hehe

Okay la.. Nak sambung key in data untuk FYp. hehe.. Esok udah mau berangkat pulang ke rumah. yihuuu.. hehe

Sunday, August 21, 2011

FYp cases: kisah Saya, Supervisor dan Water activity.

Salam ceria,

Sedar tak sedar dah masuk 21 hari kan kita semua puasa. Maknanya semakin dekatlah nak raya dan kenapa ye saya masih bertapa di UMT yang tersayang ni? Why? Why?Arghhh.. I tak faham. i tak faham.. hehe

Ya, saya masih di UMT dan sedang bertungkus lumus menyiapkan FYp yang semakin bertambah beban kerjanya. Why? Ingat dah buat banyak-banyak boleh la at least 50% siap. Alih-alih bila check balik, macam tak 50% pun. Haish.


Minggu lepas, sewaktu saya nak mengambil sampel kat MPM a.k.a Kitchen, tiba-tiba saya terserempak dengan supervisor saya dekat Cold room. Haish... Tetiba je sakit kepala. Hish tak baik betul kan saya ni.
Well, macam biasa la My dear sv tanya pasal FYp. Saya cakap okay je sebab nak kejar masa ke lab MSM pulak. Maklumlah, sampel saya memang terikat dengan masa. So, seminit tu amat berharga. Dan saya memang penatlah kalau nak kekalkan sampel 0 hours. Memang payah.

Dan tiba-tiba conversation yang pendek itu telah menambahkan lagi beban kerja yang sedia ada. Elok-elok tak payah buat test Salmonella, alih-alih kena buat pulak. Elok-elok sampel storage simpan seminggu je, terus extend jadi dua minggu. Alamak, memang haru dah rasa ni. Rasa kaki ni nak laju-laju je melangkah keluar dari bilik sejuk. Bilik sejuk pun dah tak terasa sejuknya.

Itu cerita minggu lepas. Tadi saya buat sampel sandwich. Kali ini saya tak buat microbe dah. Sebab hari selasa ni dah nak berangkat pulang ke kuantan. So, saya just check pH dan water activity bagi sampel sahaja. Oleh kerana hari ni presentation bagi pelajar LI Unpad di restoran, jadi sv saya pun ada sekali.
So, conversation di bawah pun berlaku,

Sv: Aziemah, macam mana FYp? Okay?
Sv saya suka panggil nama belakang.. hurm tak tahu la kenapa.

Saya: Okay je Dr. 
Sambil sengih-sengih pikir nak lari ke mana.

Sv: Awak buat apa hari ni?


Saya: Hari ni saya buat sampel, check pH dan water activity je Dr.


Sv: Tu je?


Saya : a'ah. Tu je. Sebab selasa ni dah nak balik. Kalau buat microbe tak sempat nak tengok.


SV: okay.


Aqualab water activity meter yang boleh didapati di MTKM..

Lepas tu Sv terus berlalu keluar dari lab. Saya pelik dengan ayat 'tu je'. Sadis tau. Ikutkan hati, 18/8 hari tu lagi saya balik. Tak payah nak stay buat water activity dan ph  ni.. huhu. Takpe... takpe.. Lagipun hari ni saya bukan buat empat sample, saya run 10 sample sekali tau.. esok lagi 4 sample dan lusa iaitu hari selasa saya run lagi 4 sample. So total up 18 sample minggu ni sahaja. Minggu sebelum ni dah 23 sample dan sebelum tu dah 17 sample. See. tengok la punya la nak kejar masa sampai  berbelas sample dalam seminggu saya run.

Kalau boleh nak buat 7-8 agar sekali gus tapi kan incubator tu kan bukan saya seorang je guna. Takkan la nak pentingkan diri. Penuhkan plates saya sahaja dalam incubator tu. Bukan saya sahaja yang buat microbe kan. .. hehe..

Tah la nak kira pasal FYp ni tak tahula beraya ke tak tahun ni. Eh, tak boleh. raya tetap raya. Fyp kita tolak tepi dulu. Dah la.. nak key in data yang minggu lepas pulak. Mana la tahu boleh buat slide untuk progress terus.. haha.. berangan.. Hurm.. slides untuk progress kena ada ape ek? Esok nak tangkap gambar banyak-banyak.. Senang nak masukkan dalam slides. heh.. Ini tanda saya buat kerja tau. Perlu ke masukkan gambar buku lab MSM untuk buktikan saya guna lab? hehe.. oh okay idea mengarut je tu.. hehe




Friday, August 19, 2011

Perfume dan saya.


Saya suka perfume. Suka sangat sampai selalu je tukar perfume every sem. Habit buruk ni berlaku sejak dari sekolah menengah lagi. hehe.. Erm.. payah nak ubah. Malah kadang-kadang saya rasa saya lebih kenal bau perfume berbanding kenal orang. Erm.. macam mane ek? Hurm.. contohlah kalau ada seorang hamba Allah ni, lalu sebelah saya dengan perfume Hugo boss ( erm.. suka bau dia)... Saya akan ingat hamba Allah tu kalau terbau hugo boss. 
Ya, saya sangat sensitif dengan bau. Tapi ada sesetengah bau perfume yang saya tak pernah bau. Jadi bila saya jumpa bau yang sama, saya akan cepat teringat dengan si pemakai perfume itu.
Entahlah.
Dunhill Desire Blue

Waktu keje kat resort dulu, saya pernah terbau satu perfume yang best sangat. Tapi bukan Dunhill Desire Blue. Last-last waktu saya window shopping, baru saya tau yang perfume tu intimately beckham. Well, bau dia takde lah sampai sakit hidung. So, sekarang ni kalau ada orang pakai perfume intimately beckham, saya biasanya akan cepat save dia dalam otak. hehe
Intimately beckham

Kalau perfume for women, Waktu sekolah dulu, kawan saya suka pakai perfume dari Avon, Far Away. Ramai yang cakap perfume tu wangi tapi saya rasa macam sakit hidung. Entah, bila terbau perfume tu rasa macam nak pengsan dan pening. 
Jadi saya lebih prefer bau Georgie On Ice Pink dan Georgie on Ice Gold. 

Georgie On Ice Gold

Perfume jenis ni, saya pakai time form 3 sampai la habis sekolah. So, kalau terbau perfume georgie on ice ni mesti teringat zaman sekolah. HEHE..
Zaman matrix, saya pakai perfume Haiku from Avon. Yang ni saya tak beli. Ada orang hadiahkan. So, dah orang bagi. Pakai je la kan.. Jangan banyak songeh. hehe

Masuk UMT ni, banyak jenis perfume yang saya pakai. Tapi yang last sem, saya pakai Silky Girl Stunning. ALa yang kaler bottle dia warna pink. Setakat ni still pakai perfume yang sama. Tapi tak tahu la kalau saya tukar lagi. Hehe..
Walaupun ramai yang selalu nak mempromote one drop perfume, tapi saya tak rasa nak pakai one drop tu. Maybe sebab tak boleh spray kot. hehe.. 

Tapi walau apa pun keadaan, minyak atar yang paling best kan? saya paling suka bau minyak atar yang abah pakai time nak pergi surau atau pagi raya. Memang syahdu la. Ni la terasa nak balik. hehe..
Semalam anniversary abah dan mama yang ke-25.

So, happy anniversary. Saya dah belikan hadiah wallet dan purse couple untuk abah dan mama waktu gi bangkok ari tu . Sweet tak? hehe.. Okay saya tahu saya sweet. Sila menyampah. hehe