Sunday, January 9, 2011

AJL? aku tak tahu pun.

setiap tahun mesti ade AJL aka anugerah juara lagu tapi tahun ni, aku cam tak berminat nak tengok. entahlah.. dah semakin membesar kot. jadi aku tak berapa nak kisah kalau tak tengok.. kalau dulu, sanggup tak buat kerja sekolah semata-mata nak tengok AJL. cess time tu Siti masih solo.. single mingle nyayi lagu nirmala.. aku paling suke tengok tang etnik kreatif.. sati batalion die bawak naik atas pentas. haha best.. best.. tapi sekarang ni dah takde kategori dah kan. yang ada hadiah  no satu , dua dan tiga and then, ade vocal terbaik..

baru lepas bace blog cik dayah.. sedih pulak dengar die punye sv batalkan sebab nak tengok AJL.. ape ke hal nye.? huhu.. kelakar pon ade.. hurm.. macam mane ek nak cakap? aku pun tak tengok AJL tapi dia? kih3.. takpe la.. maybe minat masing-masing

rabu ni ade taklimat latihan industri and taklimat FYP. almaklumlah taklimat LI oleh dekan FASM dan taklimat FYP oleh miss Z. huru-hara jugak la aku nak cari tempat nak buat taklimat ni.. kasihan pulak dengan my sv yang sibuk dengan kerja die..
so, aku bantu la die setelkan pasal tempat and tarikh nak buat taklimat LI. tak lupe juga pada mie, yang sudi membantu aku dalam pencarian tempat. time nak mintak buat kat auditorium FPE, berape kali staf kat situ tanye aku, betul ke nak buat  kat sini? siap tanye berape kapasiti lagi.. huhu.. sebab auditorium boleh muat 250 org.. plan asal aku nak mintak bina syarahan but then it happen to be not available.. so, aku terpaksa amik auditorium.. mujurlah dua kursus. jadi plus  minus semua sekali 150 orang la.. jadi boleh la diterima..

program: taklimat Latihan Industri dan Taklimat Final year project
tempat: auditorium mahyudin , FPE
tarikh: 12 jan 2011
masa : 12pm-2 pm

excited pulak nak tunggu rabu ni. agak-agak ape la yang akan jadi ek. just wait and see..


2 comments:

  1. mse belajar kt umt dulu pun x tgk AJL, tp semalam tgk setelah kian lama x tgk...tp xbest pun mcm zaman2 siti..hihihi

    ReplyDelete
  2. owh yeke... ade yang cakap best.. hurmm.. takpe la.. nanti ade la tu siaran ulangan hehe

    ReplyDelete