Wednesday, January 5, 2011

Kisah minyak masak...

Dulu,  satu malaysia kecoh dengan isu gula. sekarang pula isu minyak masak. bawang dah la naik harga. tadi kan aku baca la paper berita harian, pun masih lagi ada kes minyak masak. minyak masak yang botol tu pun dah kurang/ habis stok inikan pula yang dalam peket.

Soalannya.. ke manakah minyak masak kita menghilang? 

Pelik kan... masalahnya masakan di Malaysia ni banyak guna minyak masak sebagai contoh dalam penghasilan sambal ikan bilis untuk nasi lemak.. kan guna minyak tu.. sebab tu kot penyakit jantung semakin mendapat tempat dalam kalangan penduduk Malaysia. hehe
jadi bila tak ada minyak, benda ni terus jadi isu nasional. 

Jadi saranan aku la, apa kata kalau kita:

tukar cara masakan. contohnya kalau hari-hari makan ikan goreng, kita tukar jadi ikan stim.. atau singgang ikan.huhu.
nak masak sayur pula, apa kata kita celur je sayur tu. tak pun makan ulam-ulaman?
sebenarnya banyak jugak senarai makanan yang tak memerlukan minyak. cuma kita kena cari la.. 

saranan ini sesuai bagi mereka yang tak jalankan perniagaan. tapi bagi yang berniaga? hurm masalah besar tu.
takkan nak buat minyak sendiri? buat minyak kelapa sendiri.. alah macam orang dulu-dulu. hurm.. tapi harga kelapa pun dah naik. jadi? masalah jugak.  mungkin peniaga juga patut kurangkan minyak dalam makanan. Jual makanan yang kurang minyak dan.. rakyat Malaysia akan kurang menghidap penyakit kronik.. haha

ok tak cadangan aku ni? just joking.. 

hehe

No comments:

Post a Comment