Sunday, January 16, 2011

masinnya udara?

Masinnye.. hari ni.!!!
kenapa saya berkata demikian? hari ni sangat masin.. sehinggakan sebotol air mineral yang saya minum belum dapat melegakan tekak yang kering. hurm.. apa kaitannya ek?

begini.. hari ni adalah hari untuk menguji tahap kelembapan dalam ikan masin yang telah diproses minggu lepas. so, saya dengan jayanya mencincang dengan lumat tahap debu. jadi saya telah bergelumang dengan ikan masin seharian. ikan masin yang telah dicincang akan diletakkan dalam alat untuk dianalisis kandungan lembapannya. So, memandangkan satu sampel boleh mencecah 20 minit untuk dianalisis, jadi kami semua terpaksa mengambil no giliran untuk menganalisisnya. huhuhu.. dengan Air-cond dan ditambah pula dengan ikan masin, menyebabkann makmal processing berbau masin dan bau ikan masin. adakah ini menyumbang kepada nilai relative humidity dalam udara? huhu.. ceh tersaintifik pulak.. hehe
tapi memang aku kerap minum air dan berasa cepat dahaga.. huhuhu..

hurm.. oleh kerana ada yang tak mencincang lumat ikan masin tu, masa yang diambil untuk analisis kelembapan sangat lama.. sehinggakan sempat la jugak saya membuat sedikit draf untuk FYP.. huhu.. jangan membazir masa.. kerana itu amalan setan.. huhu

esok pagi-pagi hari lagi nak kena beratur gunakan Alat tu lagi.. tapi kali ni guna untuk ikan pekasam.hehe.. tekak saya ni masih terasa lagi kemasinannya.. hehe dah berapa kali masak air dah ni.. still masin lagi.. mujurlah tak beli nasi goreng ikan masin.. hehe.. high sodium.. kih3.. hypertension.. hehe
dah dah.. nik jangan mengarut. hhuu

ok.. nak buat kerja EOP pulak.. tata

2 comments:

  1. wah dahsyatnya sampai 2 hari kena wat analisis..maknanya smua group jadilah ikan perkasamnya? xde yang ditumbuhi oleh kulat2 pelangi ker?

    ReplyDelete
  2. setakat yang ditengok tadi.. semuanya selamat.. masih takde pertumbuhan kulat2 pelangi.. hehe..

    ReplyDelete