Tuesday, February 15, 2011

:: final year project- satu pengorbanan::

Bahang kehangatan FYP semakin terasa saat ini. Saya sengaja mengulas mengenai FYP pada entri kali ini. sebagai seorang pelajar aliran sains di UMT, Fyp adalah satu kemestian. Kalau tak buat? Alamatnya.. tak grad la saya. Kalau tak pass? tak grad la jawabnya..Kalau fail proposal? extend satu sem lagi..

kenapa saya cakap macam tu? FYP adalah wajib bagi pelajar sains. Ia menuntut pengorbanan yang tinggi. Di samping itu, kena pandai membahagikan masa.
oleh kerana tajuk FYP saya melibatkan kerja-kerja dalam makmal, terpaksa la bersusah payah berebut menempah makmal dan peralatan yang perlu bagi menjalankan analisis. Assignment? itu satu kemestian, dalam sibuk nak menyiapkan Fyp, masih lagi perlu terkejar-kejar buat assignment, presentation, tutorial dan juga lab report. Kalau tak kuat mental, pasti sudah dibelenggu stress.

banyak yang perlu dikorbankan dalam menyiapkan fyp. korban masa, wang, tenaga, waktu tidur, waktu cuti dan waktu bersantai..dan yang paling penting.. korban duit!!.. bukan nak berkira, tapi saya harap ini semua berbaloi. Perjalanan saya di UMT ni hampir ke penghujungnya, cuma tinggal sedikit masa untuk menyiapkan FYP dan juga menjalani latihan industri..

Harap, saya tabah menghadapi semua ini. saat ini, tangan saya sudah hampir tumpul akibat menaip FYP
yang ingin diserahkan kepada supervisor. Saya kesiankan supervisor sebab saya nak buat kerja semuanya in advance.. perlu, supaya supervisor tak risau... harap saya tak dihinggapi penyakit demam.. haha.. kalau tak.. kiki tak bergerak la kerja saya..
ok la dah lama rasanya menaip entri.. nak sambung menaip FYP pulak.. haha tata..

** sekadar meluahkan .. nak release tension sekejap.

No comments:

Post a Comment