Friday, May 13, 2011

How to reduce the R syndrome?

R syndrome? apekah itu?
R syondrome itu adalah Syndrome rindu.. haha gotcha..

Ceh, dah macam entri cintan-cintun pula kat blog ni kan. Takde apa-apa, just nak share apa yang kita perlu lakukan bila kita rindukan seseorang.

Jangan kata tak pernah rindukan seseorang. Entri ni bersifat universal ok, tak semestinya rindu kat kekasih, boleh juga dipraktikkan kepada mama, abah, dan juga kawan-kawan.


Ok, bila rindukan seseorang, bolehla mencuba cara-cara di bawah:

1- boleh jerit kat tepi pantai atau bukit. ini bergantung kepada kawasan kita tinggal. Ok, anda faham?
2-kalau dah jerit tapi still rindu juga, buat-buat la tulis surat menyatakan kerinduan anda dan gulung-gulung letak dalam botol dan lempar kat dalam kolam, paya, pantai, atau taman tasik titiwangsa. Erm.. dramatik tak? hehe
3- tapi kalau still rindu juga, hurm..cuba try buat aktiviti yang lain, contohnya skipping kat kompleks sukan ke, buat aerobik dalam bilik ke, atau jogging. bila penat mungkin kurangla rindu tu sket.
4- tapi kalau tu pun tak jadi juga, try la gunakan teknologi, hantar la emel, mesej, facebook, call.. ape-ape je asalkan dapat berhubung dengan orang yang tersayang.
5-tapi kalau rindu jugak.. hurm.. ape kata naik je flight terus pergi jumpa dengan yang tersayang.
6- Tapi... kalau dah buat semua tu tapi still rindu jugak...  

SILALAH JUMPA PAKAR SAKIT JIWA.. 

sebab anda ni dah kronik gamaknye..

P/s: kalau anda merindui orang yang telah tiada di dunia ini, sedekahkanlah Al-Fatihah. Mungkin itu lebih bermakna buat mereka.. Peace...v(^_^)v

No comments:

Post a Comment