Sunday, May 22, 2011

Kisah disebalik anak patung barbie..

Hello..

Saya tak tahu apa yang buatkan saya tulis entri kali ni. Korang Familiar tak dengan anak patung? Maksud saya bukan yang softdoll, yang macam bear, rabbit atau patung doremon, tapi yang macam barbie, patung baby yang boleh bukak tutup mata tu.

(source: google)

Ceh tetiba keluarkan entri anak patung. Apa kes? Teringin nak main ke? Huhu.. Tak saje je nak buat entri ni. Ada kisah di sebalik anak patung tu dan sebabkan kes tu, saya langsung tak sentuh anak patung barbie.
Kisah tragis tu bermula apabila mama belikan saya anak patung barbie yang rambut blonde tu. Adik saya dapat yang rambut kaler coklat. Waktu tu mahal kot sebab mama beli guna matawang dolar. Saya ingat waktu tu umur saya dalam 5-6 tahun.

First mama beli tu, of coz la excited. Lagipun semua kawan-kawan ada anak patung tu. Macam trend la, sape yang takde, tak boleh masuk geng. Ish Ish. kecik-kecik dah pandai geng-geng ni. Lepas tu, baru je beberapa hari saya main, abah tegur.
Sumber: zaldeco.blogspot.com

    Abah buat cerita seram. Lebih kurang macam ni la ceritanya.

    'Nanti malam-malam time tidur, patung tu mintak nyawa. Nak nyawa.. Nak nyawa... Aku pun nak hidup jugak...' (okay sila bace dengan nada seram ok)

    (sumber: heartaf.blogspot.com)

    Lebih kurang macam tu la. Malam tu, saya tak dapat tidur. Esoknye, Patung barbie rambut blonde tu, dah selamat dalam tong sampah. Bukan tong sampah yang kecik kat dapur, tapi tong sampah besar depan rumah. Lepas tengok dah lama saya tak main dengan patung barbie tu, mama pun naik hairan.

    " mana anak patung Kakak?" mama tanye. So, dengan muka tak bersalahnya saya pun cakap.

    " Kakak dah buang dalam tong sampah."

    "Kenapa kakak buang?" Mama saya masih boleh bersabar. Cakap pun lembut je. Macam tak percaye.HEHE

    " Sebab abah cakap nanti patung tu ambik nyawa kakak." HAHAHA.. tak percaya saya cakap macam tu, suatu ketika dahulu. Memang budak-budak.

    Lepas abah balik kerja, mama pun mula bebel kat abah. Abah gelak je. Patung tu? Maybe dah selamat kat pelupusan sampah.After kejadian tragis tu, mama dah tak belikan apa-apa anak patung lagi kat saya. ERr... tapi.. anak patung tu dah tukar jadi kereta kontrol and hotwheel.. kihkihkih.. Ok tak?

    (sumber: google)

    Tapi disebabkan kejadian tu, saya tak boleh la nak tengok anak patung tu. Contohla, kalau kite pergi butik, mesti ada patung yang peragakan pakaian kan? Saya rasa semacam je tengok. Kalau boleh tak nak dekat.HEEHE...

    Tambah-tambah pulak, dulu ada filem pasal anak patung pembunuh. Err.. ape tah name die, Chuck? erm..lebih kurang macam tu la. Huhu.. Lagi la saya tak nak dekat dengan anak patung. HUHU..
    At least saya dah ada kuma-kuma. Dah tak perlu patung barbie kan.. HAHA

    kuma-kuma.. haha (source: google)
    Okay.. Dah lewat sangat ni.. Good nite..

    4 comments:

    1. kuma-kuma lagi cute dr barbie doll

      ReplyDelete
    2. tapi rasenye tuan kuma2 lagi cute kot dari kuma-kuam.. haha
      Opps perasan sket.. haha

      ReplyDelete
    3. Kuma-kuma lagi cute dari barbie doll huhu

      ReplyDelete
    4. Kuma-kuma lagi cute dari barbie doll huhu

      ReplyDelete