Monday, May 30, 2011

Selipar jepun, Oven dapur gas dan Kitchen..

Salam ceria semua..

Ini entri pertama setelah saya berusia 22 tahun tahun ni ok..Ceh. Tak tahu la kenapa otak saya macam senget sikit hari ni. Nampaknya berlaku ketidakseimbangan bendalir dalam badan and bla..bla.. bla.  Dah start sesi mengarut ni. Jangan layan ok. HAHA

Okaylah, macam biasa, hari ni ahad. Okay.. time saya tulis entri ni, jam dah pukul 12 lebih.. err maknenye dah isnin. Tapi tak kisah la kan... sebab saya belum tidur lagi. Ok.. jadi ini still hari ahad.

Macam biasa, hari ahad adalah hari untuk keluar bersosial. Hah? bersosial? Tak la. Mana ade, saya kan budak baik .. ahaks..

Okay berbalik kepada cerita saya tadi. Bila dah hari ahad, jadi abah pun ada la kan. So, mama, abah, saya dan adik bongsu pergi la keluar membeli barang dapur. kihkihkih.. One happy family. kah3..
Takdela, saya just nak beli selipar jepun je, disebabkan selipar jepun pink yang striking tu, telah tamat riwayatnya pada minggu lepas. Kesian selipar tu. Semua tempat dah pergi, tapi hayatnya sampai kat situ je. Takpelah .. terpaksalah ganti dengan selipar jepun baru. OkOk..

 Selipar jepun ni pernah la jugak tersarung kat kaki saya dulu. (source: google)

kalau ikutkan mama, nak je dia belikan selipar jepun yang ade biji-biji tu.. Dia kate ade refleksologi dan sangat baik untuk kaki, tapi saya tak nak. Alang-alang nak beli selipar jepun tu, belilah yang fancy sket. Baru ada gaya, mutu dan keunggulan.  Biarlah boleh bawak masuk East Cost Mall kat Kuantan. Kahkahkah..
Tapikan selipar jepun je pon. lagipun tak nak beli kasut, sebab ada orang nak hadiahkan kasut. Huhuhu

P/s: kepada yang berkenaan, sila poskan kasut dan handbag kepada saya secepat mungkin tau.. haha.. Nak GUCCI atau PRADA je tau.. aish.. Gila besi betul saya ni.. haha

Kita sambung balik cerita, lepas habis-habis pilih dan komen kesemua selipar yang ada yang kat kedai tu, kami bergerak ke arah kedai barangan elektrik. Tetiba teringat pasal seterika yang sudah dipendekkan jangka hayatnya sebelum cuti sem. Teruk betul, semua rosak. Heater, seterika... selipar.  Jadi ingat nak beli satu so tengok punya tengok sampailah kat bahagian oven.

Tiba-tiba mama excited. Saya dah naik pelik. Kenapa mama excited sangat.Saya tengok alat itu. berbentuk petak warna hitam. Nampak macam oven biasa. Takde yang pelik pun. Mama bukak oven tu, dan dari situ saya nampak point mama. Baru la saya tahu yang oven tu tak perlu pakai elektrik. Just guna dapur gas je pun boleh atau dapur minyak tanah.
 Siap ade telinga lagi untuk angkat. hahaha..  Gambar kat bawah ni..
                                                                                       jenama butterfly    (source:thoughtsandcurhat.blogspot.com)

Okay, jangan main-main tau.. siap ade temperature lagi. Dasat.. Dasat..Mula-mula tak percaya, So saya pakat duk gelak kat situ. Dah la ramai jugak la orang kat situ. Okeh, hilang keayuan saya. kahkahkah..
Lepas tu, tangan saya pun gatal jentik oven tu, nak tengok tahap kekebalannya. Mane la tahu boleh suggest kat kitchen staff  UMT, boleh la UMT beli letak kat Makmal Perkhidmatan Makanan tuh. haha..
Mama cakap waktu dia kecik-kecik dulu, arwah nenek selalu buat biskut guna oven ni. Saya macam tak percaya je. Memang macam tin. Ala, Tin biskut tu, kalu kita kerat buat pintu , boleh la jadi oven ni.. haha

Contoh macam tin biskut julie ni .(source: google)

Tetiba saya rasa bagus tau, kalau ada oven ni. Tak guna elektrik pun. Guna dapur gas atau dapur minyak tanah. Okay la tu. Tetiba rasa nak cadangkan kepada En. A atau En H. supaya beli dapur. Ala kan selalu je takde elektrik kat kitchen tu.  Ingat lagi time buat komersil, disebabkan elektrik tak cukup kat dapur tu, semua oven tak boleh guna. Yang boleh guna, dapur gas je. Dah la kitchen tu, panas giler. Suhu boleh cecah 41 C tau. Tambah pulak dengan baju chef yang tebal + tudung masuk dalam chef kot tu. Boleh pengsan kalau sape yang puteri lilin tuh..
 puteri lilin.. (source : google)

At least, kalau takde elektrik, boleh la jugak buat kek. Kempunan tak boleh jual kek banyak-banyak time kelas komersil hari tu. Penat je saya siapkan list menu nak buat kek, and choux paste tapi tak boleh nak buat sebab oven tak boleh pakai. Erm..erm..

Tapi takpe la at least sekarang elektrik dah ada. Boleh la guna convection oven yang besar gedabak kat kitchen tu. HAHA..
 Commercial convection oven (Source: google)

8 comments:

  1. antik giler kalau ada oven tu kat mpm..

    ReplyDelete
  2. dik, boleh tak bg tahu akak...kat mana mama adik beli oven tu..dah lama akak cari.. email akak asap ye.. ayumasri@yahoo.com tq.. :)

    ReplyDelete
  3. Nk tya blh ada beza ke klu guna oven gas dgn oven elektrik?sye confius lorhh..kek akan jd cpt masak,cpt garing or klu guna oven gas nie lg bgs?dan ssh x klu nk guna oven gas nie?

    ReplyDelete
  4. Nk tya blh ada beza ke klu guna oven gas dgn oven elektrik?sye confius lorhh..kek akan jd cpt masak,cpt garing or klu guna oven gas nie lg bgs?dan ssh x klu nk guna oven gas nie?

    ReplyDelete
  5. kat mane ye nak beli oven yang kaler hitam tu?

    ReplyDelete
  6. kat mane ye nak beli oven yang kaler hitam tu?

    ReplyDelete