Friday, May 20, 2011

Tak salah bagi pendapat.. Tapi..

Olla semua..

Saya baru sahaja buka satu group kat facebook tadi. Macam-macam hal kan? Cuma sedih je la dengan sikap segelintir orang yang bagi pendapat kat situ. Bukan apa, kata mahasiswa, jadi cakap la elok-elok sikit. Nak bagi pendapat tapi mengaibkan orang lain. Kenapa nak aibkan orang lain? ish.. ish tak baik..

Perlukah mengeluarkan satu statement yang mengundang kontroversi? Hurm.. nak cari populariti ke? Dan saya terfikir, perlukah bahasa-bahasa kasar digunakan untuk menyatakan pendapat. Dah la guna caps lock. Kalau dalam dunia penulisan ni, penggunaan caps lock untuk seluruh ayat tu menandakan biadap tau.. or ayat lembutnya tak sopan.. Ia seperti menjerit kepada pembaca. Hurm.. tak patut.. tak patut.
Sebab tu kot kat sekolah kita diajar supaya menggunakan huruf besar pada awal ayat, nama orang dan tempat.
sumber: google

Lagi satu, saya cukup tak berkenan menimbulkan isu pandai dan tak pandai ni. Kalau dia tak dapat dekan pun, masalah ke? Sebab kalau kat luar pun, pointer tu akan dilihat last sekali. Yang penting penglibatan, softskills dan juga.... Adab..
Kalau dalam dunia maya kita tak mampu nak bersopan dan beretika.. inikan pula dalam dunia realiti. Saya pun bukan la sempurna sangat, cuma perlian, makian yang telah ditukarkan ke dalam bentuk ayat sangat tidak menyelesakan saya sebagai pembaca group itu.


Semua isu nak dibangkitkan. Dan kadangkala saya rasa isu itu langsung tak relevan. Nak bangkang namun bangkangan itu langsung tak berasas.. Kita hanya boleh cakap-cakap kat belakang, namun nak ke depan.. Mampukah?

Pendapat peribadi saya, tak salah nak bagi pendapat tapi buatlah elok-elok. Ada cara dan etikanya. Takut nanti dikatakan orang ulu dari mana tah, tak tahu tamadun. Kan tak sedap nak dengar tu. Orang cakap mahasiswa ni, cakapnya pakai otak.Jadi, fikir-fikirlah sendiri.

Sudah cukup membebel.. Nak siapkan kerja lain lagi..
Tata

8 comments:

  1. huhuhuhu.. shhhh.. kite.. kite je tahu.. haha

    ReplyDelete
  2. ye sy pon cam kenal.. hahaha n rse cam mls nk bkk. bosan tgk owg bertekak

    ReplyDelete
  3. bukak group tu sebab nak tau ape yang jadi kat u kite.. tapi tak tahu plak jadi macam tuh.. huhu

    ReplyDelete
  4. mcm kenal jer grp tu..hahaha..masing2 xnak mengalah..semua nak menang..

    ReplyDelete
  5. tp sejak kebelakangan ni ak rajin bkak group tu, tggu ad org post psal result,haha.. kalu menunggu nemo tu,tercongok je dok dpn screen..hehe

    ReplyDelete
  6. kak ain: haha.. betul2 dah teruk benar group tu..
    Lan: excited benar nak tengok result.. haha

    ReplyDelete