Monday, June 20, 2011

Baldi merah.. wanted!!

Salam ceria sedikit...

Pagi ni bangun terus terasa lenguh-lenguh badan. Mungkin disebabkan peristiwa mendaki gunung semalam. Gila ah.. punya la penat..

Okay, saya bukan mendaki gunung everest, banjaran titiwangsa atau gunung itik.. haha opps.. bukan.. bukan.. Just saya mendaki gunung di bilik tv. Erm.. budak  Umt tahu la kot pasal kewujudan gunung tu kan.. haha.. Okay, semalam, kawan saya hendak mencari baldi dia yang ditinggalkan di stor di bilik tv. so, baldi dia warna merah. So, kami pun berpakat la mencari baldi merah. Oleh kerana bilik tv berkunci, So, kami terpaksa memanjat masuk ke bilik tv melalui tingkap. Kira macam perompak pun ada.. Mujurlah pak guard tak buat rondaan.

sumber : google

Sebab nak mencari baldi merah, abis satu bilik kena redah. Erm.. kiteorang siap susun lagi barang dalam bilik. haish.. Tapi kan.. baldi merah kawan saya tu takde kat tempat yang dia letak dulu. so, kami terpaksa la mencari baldi tu. Yang tambah masalahnya, banyak pulak baldi merah. Haish..satu.. satu check.. lama jugak la misi mencari baldi merah tu. nampaknya, naik sem nanti.. budak-budak yang tinggal barang kat stor konfem pening kepala sebab kena daki gunung nak cari barang.. haish..

last-last jumpa jugak baldi merah tu.. nasib baik jumpa.. Ingat dah hilang.. hhaa
sebab bilik stor tu ada habuk.. So, sekarang saya merana dengan selesema plak.. haish.. takpe la janji baldi dah jumpa.. haha

4 comments:

  1. syabas lh jumpa baldi merah..berenang dlm lautan barang2 y bertimbun tu..

    ReplyDelete
  2. huhu.. tak terkata penatnya.. nasib baik jumpa..kalo tak beli yang baru la jawabnya.. hehe

    ReplyDelete