Wednesday, June 1, 2011

Budak sekarang.. hurm

Salam ceria semua.

Baru je tadi saya buka facebook kenalan saya. Hish budak sekarang. Advance. Takut pula saya tengok facebook dia. Padahal waktu zaman sekolah dulu, span  sopan habis. Oh lupa! Sekolah saya diWAJIBkan bertudung. Jadi tak ada isu free hair di sini okay..

Sebab dia dah tukar profile pictures kat facebook, saya pun mengeklik la dia punya page. Saje nak tahu perkembangan.Tapi, loading je gambar. Mak aii.. baju dia. Seksa mata memandang. Saya kalau isu free hair tu, tak ada la nak pandang serong sangat, tapi kalau baju dah dedah-dedah. Erm peratus untuk berfikiran negatif  dah jadi lebih 50 %. 

Okay, saya tahu tak baik berfikiran negatif tapi kan kalau dah macam tu gayanya, saya memang la tak dapat nak  elak dari fikir benda-benda tak elok.Okay..

Tapi kan saya rasa budak sekarang lagi advance dari zaman kita dulu. Saya buat la spotcheck akaun facebook adik-adik saya yang tercinta tu. Okay, saya mengaku memang saya kakak yang baik. So, saja je nak tengok apa yang diorang buat kat facebook. So, check la kawan-kawan. Mak aii..banyaknye kawan.  bila buka friend list, penuh perempuan (yang cute-cute and seksi meksi). Ini profile adik laki saya la.

Bila tanya,
" amboi, ramai nye perempuan. Kenal ke ni?"
adik jawab
" Orang hensem, ramai la add."

Teeeeeeet... terkedu tak tahu nak jawab apa. Adik oh adik..
Maybe dah memang macam tu. Kalau adik perempuan pula, ramai laki-laki yang LEBIH TUA dari adik saya ada dalam friends list. Kalau setakat tua 2-3 tahun, still boleh terima. Ni kalau umur dah sebaya abah saya, tapi guna panggilan 'ABANG', ape kes?

Jadi saya tolong me'remove'kan PAK CIK itu dari fb adik saya. Hurm.. payah betol nak jaga adik perempuan ni. Lepas tu, check gambar, takut adik upload gambar free hair ke, pakai singlet la.. kita tak tahu pemikiran bebudak sekarang.. kat luar punya la pakai tudung, tapi bila gambar fb free hair.. So, check punya check... Ok clear. 

Betul la kata mama, payah nak pantau anak perempuan ni. (anak lelaki pun sama jek). So, sebagai kakak.. saya kena la selalu buat spotcheck. Ingat tak penat ke jadi KAKAK yang mithali ni. Penat tau. 

4 comments:

  1. hurm betul.. tak boleh berkeras sangat nanti dia pun keras jugak... kena pakai diplomasi.. payah

    ReplyDelete