Friday, June 24, 2011

Cita-cita saya.. dulu dan kini..

Salam tak berapa nak ceria semua.

Pernah tak anda semua buat karangan mengenai cita-cita saya? Pernah tak? huhu.. Alah, dulu time sekolah rendah kan selalu cikgu suruh tulis, takkan dah lupa kot. haha..
Tapikan berapa ramai cita-cita yang dulu tu, menjadi kenyataan? Entah lah. lagipun life is unpredictable. Yang kita tak nak yang tu lah yang kita dapat kan..

Dulu, waktu darjah satu, cikgu saya selalu tanya.. besar nanti nak jadi apa? So, sorang-sorang kena bangun dan cakap nak jadi apa. Jawapan klise bagi budak tahun satu biasanya..

  1. Doktor
  2. Cikgu
  3. Bomba
  4. Polis
  5. Jururawat
  6. Angkasawan
Dah la tu, kalau kawan kita tu dah bagi tau nak jadi polis, kita tak boleh nak jadi polis jugak. nanti dia tak nak kawan. Huish apa-apa je la. budak-budak ni..haha
Tapi time saya kecik-kecik dulu, kalau orang tanya nak jadi apa, biasanya saya takkan jawab nak jadi doktor.. Sebab saya nak jadi pelukis. huhuhu.. jiwa seni la konon.. haha Tu darjah satu..

Lepas tu, nak dekat UPSR, kan selalu cikgu suka buat kem motivasi la, apa la.. yang tiap kali duk ulang benda yang sama je.. studi kena pakai peta minda.. bla..bla..bla..kena ingat mak ayah.. balas jasa.. 
Soalan tu kedengaran lagi.. time tu, soalan dia dah berubah sedikit..Lebih kurang macam ni la,
Ke manakah arah tuju hidup anda selepas ni? Matlamat hidup anda selepas belajar? 
So, waktu tu cita-cita saya dah berubah sedikit... Saya nak jadi Fesyen designer. haiya.. Glamer tuh.. huu..Oh,masih lagi melibatkan seni tau.. huhu .. Sebab nya.. saya suka lukis baju dan suka la nak letak benda-benda seperti ropol-ropol la.. kain lace la.. suka sangat..

Naik sekolah menengah, saya still nak jadi pereka fesyen. So, bila abah tanya nak jadi apa.. Saya dengan bersemangat cakap nak jadi pereka fesyen.. But sadly, abah cakap kerjaya tu tak menjamin. Well, abah lebih suka kalau saya cakap nak jadi cikgu atau nurse dan kerja-kerja lain yang klise...hurm.. tak seni betul..

And then, saya pun belajar la.. But kali ni, saya nak jadi psikologist.. So, saya cakap dengan abah and mama, and then.. guess what.. mama kata nanti saya yang jadi psiko.. sebab tertekan.. Oh please la...
But saya still continue nak jadi psikologist..

And then pmr menjelma..naik je form 4, saya ingat nak amik seni.. Well nak amik sebagai subjek elektif.. but still abah tak bagi.. Dia kata tak guna nak amik seni.. huhu.. sadisnya hidup.. So, sebab nak pujuk saya yang mogok sebab tak boleh nak amik seni.. abah belikan sketchbook plus crayon buncho, watercolour, pensel warna luna, dan alatan melukis lain.. So, saya hanya melukis untuk suka-suka je.. haish sedih je..

But at least, sebab saya amik biologi, boleh la jugak melukis jantung, peparu dan sistem pernafasan dalam laporan makmal.. haha.. still boleh lukis jugak kan.. lepas gian..
Salah satu karya seni saya hahaa


Lepas habis SPM... masuk matrix.. and then bila time masuk u pulak saya terambil sains makanan..Oh okay la kot.. ingat boleh la jadi nutritionist.. sebab foodservice and nutrition.. but then.. hurm.. saya sendiri tak pasti hala tuju kehidupan..

Ni, Fyp buat microbe, adakah saya akan terjerumus dalam bidang food microbe?Hopeless.. But kadang-kadang saya terfikir nak cari kerja yang lari je dari bidang ni.. Maybe yang lebih dekat dengan jiwa seni saya ni.. huhuhu...

But sekarang ni, kalau orang tanya nak jadi apa.. Saya nak je cakap.. Saya terima je kerja apa yang SPA bagi.. Janji bukan jadi CEO ladang anggur udah la.. huhu

Tu saya.. Anda pula? nak jadi apa?

2 comments:

  1. aku baru tau skrg ape aku nk keje...

    impian nk tolong parent.. huuu

    ReplyDelete
  2. Haha.. nak tolong parent.. bagus.. anak yang baik..

    ReplyDelete