Thursday, June 9, 2011

Dalam meniti hari-hari terakhir di sini.

Salam ceria semua..

Saya mulakan entri kali ini dengan perasaan yang ceria dan  erm.. gembira? Sedar tak sedar dah tiga tahun berada di UMT ni. Hish.. Dah nak masuk tahun keempat.


FYI, bukan FYP tau..For your info, sem depan adalah sem akhir. HUHU.. lepas tu kena menjalani latihan industri. Surat untuk menjalani latihan industri telah pun selamat dihantar dan disahkan oleh pegawai sana. Dalam entri sebelum ini, saya dah maklumkan untuk menjadikan KLAS sebagai pilihan pertama selepas prosedur pihak JPA tak benarkan saya buat latihan industri di luar negara.. huhu.. sadisnya hidup waktu itu..

Dalam selepas di timbang dan di fikirkan semula.. Akhirnya saya menukar keputusan di saat akhir apabila Supervisor saya mencadangkan saya untuk membuat latihan industri di UTM, iaitu research centre kat sana kursus dalam bidang food microbiology. Haish..


Bonus buat saya sebab final year projek saya berkisar mengenai microbe. So, basic skills dah ada sebab duduk mengadap microbe hari-hari.. Pagi tadi, saya telah berjumpa dengan pembantu makmal, selepas dilihat prosedurnya, hurm.. alamatnya, lab itu rumah kedua saya la lepas ni.

Sebab ada prosedur yang menyebabkan saya bermalam di lab. Welcome to the club..Tak kisah la, janji lab work siap dan saya nak siapkan thesis dengan cepat. haha..

Bakal meninggalkan UMT dan melangkah ke alam yang penuh dugaan.. huhu.. Err.. SPA simpan satu kerja kosong kat saya.. Kan kita dah janji.. errr....??? haha

6 comments:

  1. seronoknyaa... cita2ku dahulu.... huk3 T_T

    ReplyDelete
  2. yeke? tak sangka akhirnya jumpa jugak orang yang minat benda alah ni.. haha

    ReplyDelete
  3. lepas praktikal boleh smbg master terus..

    ReplyDelete
  4. haha.. betul kak.. tapi kene la fikir betul2 dulu..

    ReplyDelete