Wednesday, June 8, 2011

Ingat senang ke nak kahwin?

Salam semua..

Saya masih lagi dalam mood kenduri-kendara rumah orang kahwin.Dua tiga hari tak update blog, terasa rindu pulak kan. Tapi saya bukan sengaja. Betol, tak tipu ni. Saya pergi menolong rumah orang kenduri kahwin. Ceh padahal sebelum ni kalau mama ajak, liat jek... haha

Meh sini saya ceritakan kronologinya... Mula-mula sehari sebelum nikah, saya dan rerakan datang la buat mis en place( pre-preparation before cooking)  wah.. speaking london gitu. Macam biasa la kenduri, kupas bawang tu perkara WAJIB.  Kalau tak, gulai hanya tinggal dalam kenangan je la. Takde bawang, mana boleh buat gulai. Anda faham.

Time kupas bawang tu, ramai la yang menitiskan air mata. Ada yang kupas bawang putih pun menitis-nitis air mata. Macam kisah bawang putih bawang merah. Kene dera dengan mak tiri.. haha.. Saya ? Of coz la tak menitis air mata. ada bau-bau riak di sini ye.. haha.. Macam-macam cara diorang guna bagi tak menitis air mata. Contohnya cara cucuk bawang hujung pisau la bagi tak pedih mata. hurm.. tak sure menjadi ke tak.. tu kene tanye yang mempraktiskannya.

Selesai sesi kupas bawang yang berguni-guni.. Saya pergi menolong menyiang ayam. Kawan yang lain, potong lada kering. Okay ada 100 ekor ayam tau.. diulangi 100 ekor. Rasanya nak patah pinggang kot, buat ayam tu. Mujurlah ramai jugak yang siang ayam tu..


Ahh.. tak nak cerita panjang-panjang.. yang penting kami balik pukul 10 malam selepas habis menolong.. 12 jam kot..balik semua dah berbau ayam, bawang, cili,  halia..semua dah lekat kat baju dan tangan haha

Semalam pulak, hari nikah. So kami semua siap-siap pakai baju cantik. So, mula-mula siapkan hidangan pengantin..head chef forever and ever dari FSC telah menyumbangkan bakti bagi menghias hidangan meja pengantin. Ceh cayalah.. yang lain pun membantu jugak..

Lepas tu, pengantin sampai.Okay.. makan beradap pengantin telah diserve oleh dua orang gadis cantik dari food serve.. haha.. Diorang kan dah berpengalaman dalam meng'serve' orang ni.. huhu..So biarkan mereka. Dan yang lain, ada yang menolong kat dapur (mengalahkan tuan rumah) dan yang bagi door gift kepada tetamu. Okaylah...

And last-last saya dan rakan-rakan ke dapur bagi mengurangkan beban kerja. Lap pinggan dan gelas sebab dah ramai sangat orang ni. Takut tak cukup pinggan nak makan. Dari lap pinggan, kami basuh pinggan, sebab orang yang bauh tu, pergi makan kejap. Hish takkan la tak nak bagi makan. Pengsan pulak.. haha..


Sudahlah baju moden yang saya pakai semalam kain dia ketat sket. huish payah benar nak jalan. Tu la selalu sangat pakai baju kurung, pakai kain lipat batik sket pon dah terkial-kial.. haha
Selipar? tak payah cakap la.. Kami semua sepakat pakai selipar jepun jek.. Bayangkan tudung dan baju dah meletup... alih-alih pakai selipar jepun jek.. haha.. klakar...eh mujur saya beli selipar jepun yang fancy sket kalau tak.. hurm.. tak tahu la..

Akhirnya, majlis kahwin berakhir dengan selamat dan badan saya dah sengal-sengal. haha.. Dalam hati saya terfikir, payah benar nak kahwin ni. Persiapan kahwin pun dah pening kepala. Apa lagi tengok pengantin perempuan yang sangat sibuk, kejap pergi kat khemah, dapur, atas rumah.. Huish payah benar..
So, buat siapa yang senang-senang je nak bercerai tu, fikir-fikirkan lah.. ingat senang ke nak kawin lagi.. Satu majlis perkahwinan dah melibatkan ramai orang.Dah ramai berpenat lelah untuk majlis kahwin, jadi kalau ada masalah, jangan sesenang hati je nak cerai.. tak berbaloi usaha orang yang menolong time kenduri kendara tau..

Okay, apa-apa hal. Selamat pengantin baru.. semoga bahagia selama-lamanya.. haha

9 comments:

  1. hehehe.. nice3x.. tp zaman skrg dah ssh nak rasa merewang3x nie.. semo pakai... catering.. kan..huhu...

    ReplyDelete
  2. haha..betul2.. sesetengah tempat je ade rewang-rewang ni. tapi tu yang jadi kenduri tu.. kalau takde rewang, kenduri tak meriah.. haha

    ReplyDelete
  3. miss senorita,rewang2 ni bez kalo time ni kita dpt kupas bawang,siang ayam,daging n ape-ape jelah dengan kawan baik kita or saudara yang rapat.Sambil buat kerja sambil cter-cter kan..^^

    ReplyDelete
  4. beruntung betul kawen time belajar, coursemate tlg..

    ReplyDelete
  5. seronoknya berkenduri kendara camtu. walaupun penat tapi puas hati :)

    ReplyDelete
  6. khairani: citer2 sambil buat ketupat.. haha
    akak nourel: tu la akak, tak nak kawin time study dulu.. boleh kosmate tolong.. haha
    Redvixen: haha memang seronok, tapi time buat tu.. lenguh pinggang jugak la.. haha

    ReplyDelete
  7. org ckp, kalau xnk nangis masa kupas bawang, kunyah chewing gum.. heheh..

    ReplyDelete
  8. skg ramai yg pkai catering jer.... x rasa la nikmat yer..... aq ngat kawin t nk soh wat ala zaman batu.... pkai kayu api..... nk nyalakan api pon pkat genyeh ngn batu.... baru style..... hahaha

    ReplyDelete
  9. @solihin: haha..nanti nak try la..
    @Pijan: giler kejam.. haha konfem tak ramai nak gi merewang haha

    ReplyDelete