Sunday, June 19, 2011

Kelab anak jutawan, nak join jugak boleh?

Salam semua,

Saya mulakan dulu entri kali ini dengan ucapan Selamat Hari bapa kepada semua bapa-bapa sekalian terutamanya kepada abah saya yang berada di rumah sekarang.

Tadi baru sahaja saya menjenguk ke arah Fyp checklist. Hurm masih banyak kerja yang harus dilakukan. hajatnya hari ni nak ke library, tapi lupa pulak hari ni kan terengganu cuti sebab menag bola itu hari. Kalau nak buat kerja dalam bilik, hurm.. alamatnya jadi kerja lain la.. Kalau duduk kat library okay sket. At least boleh jalan kat rak-rak buku kalau bosan.

Dua tiga malam ni, asyik hujan je kat terengganu ni. Semalam lagi la, siap dengan guruh lagi. Hujan lebat toksah nak kata la. Nak on laptop pun pakai bateri. Mujurlah bateri penuh, boleh jugak on laptop semalam.

Hari ni buka surat khabar metro, erm bukak surat kabar online je la.. jimat kertas .. sayangi pokok!!! yihaa..
Keluar berita pasal keab anak jutawan. Fuyoh!!!.. Anak jutawan pun ada kelab.
Muda-muda lagi dah pakai kereta mewah. Ish-ish dasat. Kalau saya? haha.. alamat pakai kereta lembu pun tak mampu. Err.. lembu kan mahal.. haha

Tapi okay la, at least diorang belajar urus duit lebih. Tapi kan yang pelik, kenapa semua perempuan? kalau ada yang lelaki konfem saya nak mengorat haha.. Opps.. okay.. okay.. tak buat dah.. Tapi kan mostly yang diinterview oleh pihak metro ni kan, umurnya dalam 21-24 tahun. Still muda lagi.

Tapi kalau saya la, takut nak dedahkan status diri anak jutawan ke tak. Cukuplah kalau orang label anak orang senang.. Sebab pendedahan oleh media kadang kala, boleh  sebabkan kes-kes culik mintak duit tebusan. Err.. sori dah macam dalam novel la pulak. haha but serious.. kalau dah masuk surat khabar, erm.macam mendedahkan diri kepada bahaya la kan. 

Well, orang kurang baik pun dah semakin ramai. So berhati-hati la..Ceh, tetiba buat iklan pulak.. haaha
Okay tata..

sumber: sini

No comments:

Post a Comment