Saturday, June 18, 2011

kesunyian lagi..

Salam kurang ceria semua,

Di sini, saya sendirian lagi. Kawan-kawan yang seFYP telah pun pulang ke rumah masing-masing. Ada yang yang pergi collect data kat Cameron highlands, ada yang collect data kat hospital.. arggh  yang penting diorang tak duduk dalam UMT ni lagi..

Tadi, sorang lagi rakan sebilik saya telah pulang ke kelantan.. maybe akan ke kuala lumpur untuk collect data untuk FYP.. Dan saya masih di sini. Owh, sadisnya entri kali ini.

Insyaallah ,maybe next week dah mula masuk lab.. Bermakna payah sikit la nak update entri.. Harapnya semua berjalan lancar..
Tu, blok sebelah ( blok lelaki) asyik memekak je. Karaoke la konon. Suara kalau sedap boleh la layan.. ni sakit kepala saya dengar. hish.. dah la tengah layan sedih ni.. tiba-tiba blok sebelah ni memekak je. huish.. tak suka.. tak suka.. haha

Dah la, buat kisah sedih kat entri kali ni.. Miss Semut api cepatlah pulang temankan saya di sini.. Cik dayah.. I miss you.. cepatlah collect data.. haha

Ok dah mengarut.. tata

2 comments:

  1. kesiannya..tapi nape korang tak duk kt blok baru?

    ReplyDelete
  2. sebab blok baru hari tu peserta sukanun yang duduk.. sekarang ni, dia bagi penempatan luar.. huhu.. lagipun ok ape ANN.. bayar murah sket.. hehe

    ReplyDelete