Sunday, June 5, 2011

Selamat pengantin baru Puan pengantin!!

Salam semua.

Tak tahu macam mana nak mulakan entri kali ni. Almaklumlah, entri kahwin-kahwin ni.. agak tak sesuai dengan saya yang masih bawah umur kan..(erkk yeke?)

Saya buat entri ni khas buat kawan saya yang telah pun selamat berkahwin semalam. Hai selamat dah sorang kahwin yang lain bila lagi nak belanja saya makan nasi minyak? haha.. jawab sendiri.

Sepanjang perjalanan ke rumah orang kahwin tu, (kami konvoi 4 buah kereta ye) macam-macam yang saya fikirkan. Yelah, kawan-kawan ramai yang nak tunang, ada jugak la yang dah sampai seru. Saya? haa.. duduk siapkan Final year project sampai pening-pening.

hurm.. saya buat fyp microbe.. haha


Orang lain, muka bahagia senyum. Almaklumlah seri pengantin. Saya? pucat lesi sebab buat FYP dan tak cukup vitamin C. haha..

Bercakap mengenai kahwin ni, saya nak mengimbau kembali perkenalan dengan kawan kosmate yang telah pun menaikan pangkatnya dari cik kepada puan. Eh saya pun orang panggil puan jugak.. Tapi bukan puan sebab kahwin tapi sebab puan pangkat.. wakakaa.. hurm gila kuasa sikit di sini.. haha

Erm.. biar saya ceritakan sedikit macam mana saya kenal puan pengantin ni ok.. Hurm of coz la saya kenal sewaktu menjejakkan kaki ke UMT nan indah ni. Okay?
First impression saya terhadap dia? Puan pengantin ni agak fashionable and boleh kata up to date. Sebab muka dia agak matang dan tubuh dia tinggi, saya nampak dia macam bukan sebaya dengan saya. haha..

Okay tu first impression, lepas tu semua budak kosmate mengalami kerunduman perasaan yang tertekan sewaktu tahun 2, sebenarnya kami lebih memahami antara satu sama lain. haha..
Sweet kan pengantin dengan rakan-rakan kosmate nye.. haha

Mengenai majlis kahwin semalam, rasanya kecoh rumah pengantin time kami datang. Almaklumlah empat buah kereta. Tempat makan pun kena serbu dengan askar-askar. Agaknya kalau kami datang sorang-sorang, mesti buat malu-malu kucing tapi sebab ramai kan, jadi tak berapa nak malu sangat la. haha


err.. macam ni la bebudak ni . pantang nampak kamera.. haa


Ada kawan saya yang komited, tengah-tengah duk makan pun sibuk cerita pasal FYP.. haha.. Maaf puan pengantin, majlis kahwin anda tak mampu menenggelamkan mood FYP kami haha..
Okay la.. ada juga la saya selitka sedikit gambar-gambar kami di sini.. Gambar encik pengantin saya tak letak.. saje je.. hahaha

bergambar dengan pengantin haha
Buat puan pengantin..
SELAMAT PENGANTIN BARU.. 

4 comments:

  1. tyme2 camni mmg rmai owg kawen kan... xpew2 tyme neh ar kite nk melawa jugak kan.hihi

    ReplyDelete
  2. haha.. jangan melebih pengantin udah ler....

    ReplyDelete
  3. kawin tu yaya kan? bukan dengar cite die dh kawin mse korang sem 5 ker? pastu dengar cite die dh mengandung? betul ker?

    ReplyDelete
  4. err tu kene tanye tuan badan sendiri..

    ReplyDelete