Thursday, June 2, 2011

Tangan kasar sebab masak?

Hi all.

Entri kali ni berkisar mengenai dapur dan masakan. Memandangkan saya budak foodservice, isu masak-memasak ni adalah satu isu yang BESAR dan agak la sensitif.
Suatu hari yang hening, saya balik ke kuantan. Saya memerhatikan adik bongsu saya yang asyik duk buat manicure tangan. Naik pelik sebab sebelum ni tak pernah tengok dia buat manicure tangan. Nak suruh basuh tangan  guna sabun pun malas, ni kan pulak nak buat manicure , pedicure ni. Aish jauh panggang dari api.


Saya pun tengok la, kejap-kejap tengok kuku. Kejap-kejap tengok jari.. Aish macam-macam. Then, saya tanya.
" buat apa?"
Dia jawab.
" tangan dah kasar. kuku dah rosak."
Saya tunjuk muka pelik. Sambil-sambil tu tengok kuku dan tangan sendiri.
" sebab apa jadi kasar? bertukang ke? Buat rumah? angkat bata? ke kena tekan tubi?"
Dan jawapan yang dia berikan amat mengejutkan
" Sebab masak la ni. Habis kasar. Terhakis."
Reaksi saya..
" ERk? Macam tu ek?"

Saya terfikir.Kalau la masak boleh kasarkan tangan, ini satu isu besar. HAHA.. tapi saya rasa masak takkan kasarkan tangan. Yang jadi kasar tu sebab kena basuh pinggan mangkuk.. lap dapur.. dsb.. Sebab pakai detergent. tu yang terhakis.


Tak de hal la.
Dah lepas basuh pinggan tu, cepat-cepat la apply losyen nivea.. konfem lembut..
Takde nivea extra moisturising ? Pakai Vaselin (lotion tau) tak pun johnson baby.. Lepas ni lembut la kot tangan tuh.. haha

2 comments:

  1. kahkahkah.. kau kan pemakai vaselin yang tegar.. haha

    ReplyDelete