Thursday, July 28, 2011

Bangkok Trip: A journey to remember.

Sa wat dii kha..

Dah seminggu blog ni tak diupdate. Kesian blog ni, dah kurang kasih sayang dari tuannya. haha.. Okay, mood saya sekarang masih lagi dalam mood bangkok. Actually banyak benda nak cerita waktu pergi bangkok but kalau cerita banyak-banyak kan, ada pulak yang menyampah kan.. huhu.. hehe..

Seminggu di Bangkok. Memandangkan saya berada di UMT, terpaksalah saya memulakan perjalanan ke bangkok dari Kuala terengganu menaiki bas express menuju ke hentian putra. Dan dari hentian putra, kami ke KL sentral menaiki komuter dan akhirnya ke LCCT menaiki Airbus. Nampak macam smooth je kan. Tapi dalam hati, penat weh. Dah la sampai bangkok terus berjalan sampai ke malam. haish,...

Kalau nak cerita pasal bangkok, hurm.. rasanya boleh buat beberapa entri susulan la kot. Just nak cerita pasal bangkok but saya rasa takpelah, saya buat kesimpulan sahaja mengenai bangkok.


  1. Susah nak cari makanan halal kat bangkok. Dah la saya  ni pemakan nasi tegar. Ok. orang melayu sejati la katakan. mane-mane nak jugak cari nasi untuk mengenyangkan perut. Tapi yang sedih bila tak jumpe tempat makan halal. So, hanya biskut dan air milo dalam kotak je jadi makanan ruji di sana. huhu.. sedih
  2. Mostly perempuan and lelaki cantik dan hensem. Ok, bolehla cuci mate kat sane. Yela, lelaki dia dah putih, mate sepet (okay walaupun saya tak minat lelaki mate sepet ni) dan fashionable. Kalau perempuan, mest pakai yang skirt stok singkat-singkat bagi nampak kaki. Nasib baik slim-slim orang kat sane. Mungkin berkat makan pulut kot.
  3. Undergraduate student pakai uniform. Time ni, saya pergi la kat kasetsart university. Kebetulan hari tu hari Isnin, so, dapatlah tengok student dia sekali kat sana. Baju kemeja putih dengan seluar warna hitam/dark blue (tak sure la kaler dia) untuk lelaki dan untuk perempuan, kemeja dan skirt kembang/ skirt ketat bawah lutut. Kasut?  boleh je pakai kasut ape-ape.. janji pakai uniform. 
  4. If you're hot enough please wear the shortest skirt but if not, please don't. Waktu kat kasetsart university tu, mostly ada 2 jenis golongan student (perempuan ) yang hot dengan skirt pendek sendat atas lutut dan yang kurang hot (stail budak baik-baik) yang pakai skirt kembang bawah paras lutut. Agaknya perempuan Thai memang suka fashion kot. Sebab dari rambut sampai la ke kasut mesti pakai yang cantik dan kadang-kadang cute. 
  5. Kasetsart university. Sebabkan saya pergi atas lawatan sambil belajar,  university kasetsart merupakan salah satu unversity yang wajib dikunjungi. Memang besar lebar la university dia. Dan yang paling mengagumkan, alatan untuk tujuan pengajaran dan research diasingkan. Lab berlambak dan diorang ada lab untuk buat sensory. Ala yang macam kite belajar dulu.  huhu.. Memang terlopong la tengok. Yang best, semua lab asing. Lab microbe, lab chemical.. ala semua jenis, asing.. Desicator berlambak-lambak, incubator pun sama. Jalan-jalan, tersepak freeze drier, jalan-jalan tersepak vacuum drier.
Ada banyak lagi yang saya nak cerita tapi rasa nak tido la plak.  ok ok.. nak tido..tata

2 comments:

  1. seriyes payah carik makan halal?ingatkan senang sbb thai ramai muslim jugak.hu3

    ReplyDelete