Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan, Fend dan Contengan Jalanan

Assalamualaikum,

Mood sekarang masih lagi hurm, murung plus terkejut sebab experiment tu kena hold dulu sampai satu masa yang diberitahu. Okay, yang sudah tu sudahlah. Malas nak fikir. Kalau ikutkan hati, nak je kemas barang dan balik Kuantan on the spot. Tapi deadline dah dekat. So, kena siapkan kerja. Oh ni bukan FYP. Ni kerja dan tuntutan lain yang hanya difahami oleh sesetengah golongan sahaja. Kena siapkan at least 80% progress dalam masa seminggu. Kalau tak habislah.

Esok, dah start berpuasa. Bila time puasa-puasa ni, semua jadi lemah. HEHE.. betul ke? Agak-agaknye bumper puasa APO? dan Ujang dah keluar ke belum? Suka baca komik melayu especially time puasa dan raya. Suka sangat.

Tapi puasa kali ini, terasa lain. Entahlah, mungkin hormon tak stabil sebab fyp ataupun sebab sendirian di hostel. Biasanya, mesti ada roomate yang sudi teman bila bersahur dan berbuka. Kalau kat rumah, pagi-pagi  simbah air kat abang, suruh bangun sahur.. haha.. ok gurau je. Liat benar nak bangun sahur.


sumber: sini

Bulan lepas, saya dah abiskan novel contengan jalanan karya Hlovate. Sebab latar cerita adalah bulan puasa, jadi bila nak masuk bulan puasa ni, terus teringat kepada Fend dan K square iaitu hero dalam cerita tu. Dah la time naik komuter hari tu, saya terjumpe lelaki sebijik macam Fend.


Lebih kurang la, mata sepet, lepas tu pakai glasses stail old skool. Rambut style korea sket-sket ..(erm.. tak reti nak describe rambut dia).. kulit gelap (bukan hitam legam ok  tapi ala-ala sawa matang).. Yang penting, kat telinga dia terselit earphone. Maybe dengar lagu. Sekejap-kejap tukar lagu. perhaps. Saya tengok dia bukan sebab hensem, tapi bila pandang dia terus teringat kat Fend. haha.. Tapi dia nampak pendiam. Lupa plak nak snap gambar dia. haha.. ok..ok..

Ok kita lupakan pasal 'Fend' yang saya jumpa dalam komuter. Lepas baca contengan jalanan, memang rasa lain. Contengan jalanan bukan novel cinta jiwang-jiwang.. euw.. euw. Ia bukan novel melayu yang tipikal. Ia lebih kepada novel mencari tuhan. Bukan macam novel ayat-ayat cinta yang ditulis oleh habiburahman el shirazy tu, yang berkisar mengenai dunia dakwah dan Al-azhar. Bukan. Ia lebih kepada budak jalanan, hurm bukan merempat ok. Budak yang kaki jamming, berjiwa seni, suka X-games dalam perjalannya mencari Tuhan.

Sebab novel ni berkisarkan bulan puasa, saya rasa korang try la baca. Erm, takde ayat jiwang-jiwang pun dalam tu. Novel tu memang banyak hadis yang dia selit kena pada tempatnya. Bulan ramadhan bukan berkisar mengenai makanan. Semua orang sibuk dengan bazaar, semua tv sibuk dengan rancangan masakan, semua pasaraya sibuk dengan sale.

Mungkin betul kata Hlovate yang bulan Ramadhan di Malaysia ni dah hilang ertinya.

Okok.. selamat menyambut Ramadhan AL mubarak.

8 comments:

  1. Assalamualaikum pc blum bca lagi krya contgn jalanan hlovate.xbli pun lagi..tp berdasarkan krya terdahulu spt versus, aA+bB, 5tahun 5 buln..the best.i give 5 stars.hehe.bg pc xske novel jiwang2 semuanya lagho.sbnarnya secara auto hlovate brdkwh brsama nvl2nya.may Allah bless her.amin..^_^ insyaAllah pc bli dlm ms trdekat.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam. Try la bace contengan jalanan. Islamik versi Malaysia. Ada bau-bau orang melayu dan bukan bau-bau timur tengah. eh, macam promoter la pulak..hehe

    ReplyDelete
  3. yup..contengan jalanan memang sesuai dengan situasi ramadhan di Malaysia..Nik selamat berpuasa..rindu nk berpuasa di UMT

    ReplyDelete
  4. haha.. akak dah baca contengan jalanan? huhu.. maybe next year.. nik pun akan rindukan pose kat UMT..

    ReplyDelete
  5. Bestkan novel tu.. Nak cari novel Versus dan Aa+Bb pulak. orang cakap best citer tu..

    ReplyDelete
  6. versus & Aa+Bb best..5 tahun 5 bulan, rooftop rant & [TUNAS]pun best gak.. tp akak minat rooftop rant..

    ReplyDelete
  7. Owh... tengok la.. balik kuantan nanti nik cari.. hehe.. hurm bila la nak ade lagi PBAKL ni?

    ReplyDelete