Saturday, July 30, 2011

Hostel, rumah sewa dan unit beruniform..

Hai,

Beberapa hari lepas, ada la seorang hamba Allah ni tanya satu soalan cepu emas kat saya. Sebelum ni dah ada yang tanya soalan yang sama tapi saya just senyum je. Malas nak jawap. Tapi selepas ditanya berulang-ulang kali, saya akhirnya jawap soalan tu dengan beberapa hujah bernas. Oh okay, skema sket ayat di sini... huhu

Soalannya berbunyi begini,

Kau tak nak cuba duduk rumah sewa ke? Best tau duduk rumah sewa.
Okay, tu soalannya. Well, bukan saya tak nak duduk rumah sewa, tapi kalau  saya dah dapat asrama.. buat apa duduk rumah sewa kan.

First, kalau duduk rumah sewa, perkara pertama yang perlu ada ialah, kenderaan pergi dan balik kuliah. Oh okay.. Mungkin ada kawan sekos yang ada kenderaan yang sudi menumpangkan saya but sampai bila?  Mugkin hari tu, hanya saya je ade kelas elektif, takkanlah saya nak mengada-ngada suruh dia hantar kan? Hish macam tak senonoh je. Erm.. maybe kene cari boyfriend yang ade kete yang boleh amik dan hantar. huhu.. Okay itu mengarut...

Second, Kalau duduk rumah sewa mostly kita akan pilih kosmate sendiri. Payahlah. Sebab kalau hal remeh-temeh gaduh-gaduh mesti akan di bawa ke kelas. Hish tak syiok langsung. Kalau duduk asrama mesti dapat roomate lain-lain kos. Jadi tak payah la, nak mengadap muka kosmate setiap hari dari bangun tidur sampai la nak tidur. haha.. Lagi satu, kalau dah tinggal dengan lain-lain kos, bolehlah menambahkan networking. Macam saya, sem lepas roomate saya budak kaunseling dan marketing. So, sekarang ni, saya dah ada kawan dari kos marketing dan kaunseling. Okay, networking tu penting. Takkan nak kawan sekos je. Hurm.. tak berkembang langsung.

Roomate.. 
Third, Saya kan masuk unit beruniform. Penat je la saya kawad tetengah panas. Naik bukit turun bukit.. Tidur atas jalan tar.. Guling-guling atas jalan tar yang well agak panas..and then saya tak apply asrama. Hurm.. tak berbaloi langsung. Jadi saya gunakan aktiviti tambahan ko-k tu untuk apply asrama. Baru berbaloi sket. Lagipun asrama ada katil, meja study, dan almari dua pintu (B1). hehe.. suka-suka..

Forth, lastly sebab sem depan adalah sem last. Jadi cam membazir je nak duduk rumah sewa. takpela  satu sem je lagi di sini. Hurm.. nanti keje kene duduk rumah sewa jugak kan. Tapi bila dah keje mane nak duduk hostel lagi kan. huhu.. Ok Ok.. dah banyak mengarut ni..

Nak dapat asrama susah, kalau dapat just duduk je la. Jangan nak komplen.. komplen ..

Ok..tata

2 comments:

  1. setuju..akak pun suka duduk kat hostel dr umh sewa..semua point2 sangat disokong..akak pernah gaduh dgn coursemate @ housemate sendiri..memang sengsara hidup 1 sem..lagipun hidup kt hostel lg privacy..hidup kt hostel hidup sendiri2 tapi kat umh sewa segala benda kena consider housemate

    ReplyDelete
  2. huhu.. kan..kan.. kan. takkan la nak berkepit dengan kosmate 24/7 je.. mesti kena ade networking lain. Baru senang.

    ReplyDelete