Monday, August 22, 2011

Hobi : Novel


Saya suka baca novel. Suka sangat. Entah bila benda ni menjadi hobi pengisi masa lapang pun saya tak tahu. Yang saya ingat saya start baca novel sejak dari sekolah menengah. Saya kalau dapat novel, makan pon tak kisah. Pakwe hensem lalu depan mata pun tak pandang. Kira novel tu dah boleh membuatkan saya 100% berada dalam alam lain.


Erm kalau baca journal macam tu kan bagus. hehe.. Dulu saya suka baca novel cinta. Well, waktu tu hormon tak stabil kot. Ala novel-novel karya Alaf 21 memang ngetop la. Tapi lama-lama novel cinta dah jadi macam boring. Klise sangat. Tak ada variety. Yalah, asyik-asyik kisah cinta zaman sekolah. Laki gaduh dengan perempuan pastu jatuh cinta. But in reality mana ada kan macam tu. Ye tak?

Lepas tu ada pulak stail cinta kontrak la, kawin paksa la. Ikut amanat orang tua la. Mula-mula dulu layan la jugak tapi lama-lama jadi bosan. Entah, macam tak mencabar minda jep. Sampailah satu hari selepas Exam PMR. Kawan saya bagi saya pinjam buku karangan Ramlee Awang Murshid. Tajuk dia Mandatori. Well, novel Thriller tau.


Yelah, lepas PMR kan banyak giler masa terluang. Dari duduk layan bergosip atau main dam haji.. Erm budak lelaki selalu main chess.. Baik saya baca novel kan.. hehe..


Lepas dah baca Mandatori, saya baca ADAM a.k.a aku darah anak Malaysia. Novel thriller jugak dan hasil karya penulis yang sama. Lepas tu terbawa-bawa dengan tombiruo dan lain-lain.


Masuk U, lama juga la stop baca novel. Lepas tu, ada kawan beri novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang murshid. Yang ni genre Epik Thriller. Siap ada sequel lagi..Saya baca habis sequel dia kecuali yang last sebab tak sempat nak pergi PBAKL hari tu. hehe..


Dan yang latest saya baca Mikhail dan Sembilan Nyawa. Boleh tahan la cerita dia. Tapi setakat ini saya tak berpeluang lagi baca novel Pei Pan. Novel yang menang anugerah itu. Hurm.. Maybe kat library ada kot.
Semalam saya baca balik novel cinta. HEHE.. Karya Siti Rosmizah tajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.
Adess.. ayat nak jiwang. Tapi hakikatnya, tahap kejiwangan novel itu takde la sangat. Sebab novel tu lebih berkisar pasal kasih anak kepada bapa. Ahh.. lebih kurang macam tu la.

Sampai sekarang, saya masih suka novel cuma sedih bila tengok atau baca enovel online, banyak unsur-unsur barat diterapkan dalam novel tu. Dan agak terkejut budak berusia 13-16 tahun mengarang novel yang mempunyai unsur 18sx. Rendah moral. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya internet.. Segalanya di hujung jari anda. Yeah.. hehe

Okay la.. Nak sambung key in data untuk FYp. hehe.. Esok udah mau berangkat pulang ke rumah. yihuuu.. hehe

3 comments:

  1. akak pun suka cite psl laksaman sunan tu..best..

    ReplyDelete
  2. epik cerita laksamana sunan sangat best..cuma tak suka bila ayik bersambung je..bila nak tamat tak tahu lah..tapi dalam tak suka tu..aku tetap beli..hahaha

    ReplyDelete
  3. akak: ramai yang minat laksamana sunan tu. hehe..
    dayah: yela.. dalam tak suka tu ko beli jugak.. habis jugak RM.. kuikuikui

    ReplyDelete