Tuesday, August 16, 2011

School days: Mr Bola

Salam ceria semua,

Minggu ni tak terasa nak menulis kehidupan di universiti. So, saya just nak mengimbau kenangan lalu which is zaman sekolah rendah.

Okay, timeline di sini berlatar belakangkan tahun 1999 which is saya darjah empat. See.. i've grown up men.. kihkihkih
Saya tak tahu mengapa waktu zaman sekolah dulu, cikgu selalu memasang-masangkan pelajar. Pelajar lelaki mesti duduk sebelah pelajar perempuan. Tempat mesti disusun oleh cikgu. Hurm nonsense.

Alasannya,
"Nanti perempuan merajuk, lelaki boleh tolong pujuk."
Oh okay.
Tapi tipulah. Sebab budak lelaki kan selalu mengusik dan buli budak perempuan. No way diorang akan pujuk kan? lagi nak buat budak perempuan menangis ada la. hehe


Alkisahnya, ya. Saya kena duduk sebelah budak lelaki. Hurm.. biar saya bagi nama dia Mr bola sebab dia pemain bola sekolah. Okay stop. Well, waktu kene ubah tempat memang la muncung panjang sedepa. hish. Yela, mestilah nak duduk dengan kawan baik kita kan.. kan..kan.. Ala lagipun tak best la duduk sebelah lelaki. Bukan diorang tahu pun pasal perempuan.  Kalau cakap pasal bola boleh la. Cuba cakap pasal benda lain, gosip artis ke, sailormoon ke? Hurm sure diorang tak tahu. hehe

Yes, Mr bola tu suka benar main bola. Dan quite annoying sebab bila pensel patah, sesuka hati je ambil pensel saya. Pemadam takde, sesuka hati je nak kongsi. Kalau mintak izin dulu boleh la diterima ni sesuka suki je amik. Lepas tu buat muka tak bersalah. Time tu geram sangat. Nasib baik kerja sekolah dia siapkan sendiri. hehe..

Tu mula-mula la. Beberapa bulan selepas tu, kami okay je la. Nak buat macam mana kan. Dah 5 kali seminggu kena mengadap muka dia kat sekolah. Redha je la. Lagipun abang dia hensem. Kihkihkih.. gatal. Sila abaikan.

Paling tak tahan apabila ada kawan sekelas yang suka benar suruh hantar surat cinta kat dia. Hehe.. Eh apasal saya jadi posmen pulak kan. tak patut.. tak patut... Yang jeles pun ade jugak. Tah ape yang dijeleskan pun saya tak tahu. Tapi satu persamaan kiteorang yang paling ketara ialah kiteorang paling suka pendidikan seni dan tak suka matematik. haha..


Saya ingat lagi, hari last cikgu praktikal mengajar kat sekolah. Kami sekelas mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena hari terakhir dia mengajar di situ. Mr. bola senyap saja. Makan pun sikit. Biasanya dialah yang riuh. Last-last, saya perasan dia nangis. Hehehe.. hello tak macho la bro nangis. Nasib baik saya je perasan. Kalau orang lain? Jatuh saham beb! hehe.. Saya pun dengan baik hati bagi la tisu. Suruh dia kesat hingus tu.  Buruk menangis. hehehe..

Lepas tu, kehidupan kami seperti biasa. Bertekak? Itu satu kebiasaan. Dan bila dia tak datang sekolah sebab demam, sunyi je meja sebelah sebab tak de partner yang nak gaduh hari-hari. Hahaaha..Dan tak pasal-pasal jadi kaunter pertanyaan kepada peminat dia. Haish ingat saya ni PA ke?hehe

Tapi tu semua zaman sekolah dulu. Sekarang? Hehe.. Mintak jauh okay.. 


4 comments:

  1. hahaha..betul tu time sek rendah cikgu selalu pasang-pasangkan studnt..bdk prmpuan kena duduk sblh bdk laki..kawan-kawan pun selalu pasangkan ketua darjah dgn penolong ketua darjah..

    ReplyDelete
  2. Yelah.. tak tahu la apa motif sebenar cikgu tu. hehe.. tapi maybe dia nak kita biasakan diri dengan budak lelaki. Bagi tak kekok. hehe

    ReplyDelete
  3. Tah ke mana Mr bola tu. Ada yang cakap dia amik seni muzik kat Uitm. Erm.. tak tahu la. hehe

    ReplyDelete