Friday, November 25, 2011

Random Talk: Lagu-Lagu Jiwang yang terhangit.

Salam satu Malaysia semua.

Saya baru sahaja menghantar draf thesis buat kali pertama kepada penyelaras PITA. Dan yang bestnya, selesai menghantar draf thesis semalam, hari dan esok saya terpaksa menghadiri bengkel Halal. Okay, penat. Tapi, tak apalah. Bukan selalu penat kan.. ? (Ayat perli ni.)

Sekarang ini, saya tengah memainkan playlist lagu-lagu jiwang karat tahap boleh reput besi. Aiseh. 
Dalam banyak-banyak lagu yang saya ada, hanya ada beberapa sahaja yang top rating dalam laptop saya. 

Kita mulakan dari yang menduduki dari tangga paling bawah.

5. Felix- Warkah berlagu pilu.



Saya sendiri tak tahu macam mana boleh terdengar lagu Felix ni. Nak kata saya ni peminat AF, tak jugak. Tapi sebab lagu dia best. Saya pun layan je la.. Saya suka nyanyi lagu ni bila nak mewujudkan suasana sedih time sesi luahan perasaan.. Konon-konon ala-ala teater muzikal la.. hehe

4. Azie-Kau tetap dalam anganku


Lagu ni diperkenalkan oleh salah seorang kosmate saya. Mula-mula tergelak jugak dengar lirik dia lama-lama bila dengar baik-baik.. Lagu ni memang sedih kot. Amaran: Jangan dengar lagu ni, kalau anda ada kisah pakwe/ makwe atau orang tersayang dah pergi ke alam lain. Okay.

3. Khai-Dambaan Pilu

Dulu saya tak minat lagu ini, sebab penyanyi dia Khai. Sampailah satu hari, ada seorang budak lelaki buat persembahan menyanyi lagu ni versi akustik  atas pentas sekolah waktu saya form 3. Memang syahdu betul. Lepas tu saya perasan, kawan saya dah tersedu sedan sambil kesat muka dengan sapu tangan. Dan baru saya tahu, yang nyanyi atas pentas tu pakwe dia. Okay saya slow... hehe.. 
Bolehlah kalau korang nak try, nyanyi lagu ni kat awek korang. Mana tau boleh tersedu sedan nangis macam tu. hehe

2. New boyz-Sejarah Mungkin Berulang



Saya suka lagu ini sebab  ada kenangan di sebalik lagu ni. Oleh sebab lagu ni sangat popular time sekolah dulu. Kawan saya sampai beli album lagu ni dan salin lirik lagu dalam buku. Lepas tu pakat ramai-ramai nyanyi dalam kelas petang. hehe.. Okay tu zaman sekolah rendah.

1. Mariah Carey-My All



Lagu ni selalu ada dalam saya punya playlist. Tak kiralah dalam hanpon atau laptop ke.. Lagu ni memang wajib ada la. Tak tahulah kenapa. Saya dengar lagu ni dari form 3 lagi dan lagu ni dah dimainkan beribu kali kot dalam masa 7 tahun ni. 

Ada banyak lagi lagu jiwang karat tapi tak semua yang saya tahu. Saya sedang mencari satu lagu tapi saya tak ingat tajuk dia. Sedang berusaha dengan gigih mencari lagu tu. Korang jangan nak cakap tak layan lagu jiwang la, tu semua dusta belaka. Even lagu korea pun jiwang. Cuma bahasa je lain. Kalau tak, takkan tempat karaoke tu penuh dengan orang kan.. hehe..Lagu pulak penuh dengan rock kapak plus lagu jiwang .. Jangan nak tipu ek.. hehe

P/s: Lagu korea pun best jugak.  Oppa Saranghae.. ceh..oh ya semua sumber gambar dari hasil carian google.. thanx pak cik google.. ^^

5 comments:

  1. semua lagu pernah dengar kecuali lagu 'kau tetap dalam anganku

    ReplyDelete
  2. Oh yeke? Try la dengar.. hehe lagu sedih tu.. hehe

    ReplyDelete
  3. betul2x..semua lagu aku dengar dah kecuali 'kau tetap dalam anganku'

    tapi lagujiwang korea je yang terbest..hahaha.. (lupa daratana jap)...

    hehehehe

    ReplyDelete
  4. ahh.. ko tu kan miss k-pop.. alih-alih kore jugak yang best.. hehe

    ReplyDelete
  5. Lagu MY ALL adalah lagu paling berhantu. I started to listen to this since i was form 3.. Dan sampai sekarang..
    Lirik dia sangat sedih, pasal gadis yang rela serahkan segala gala pada lelaki yang dia sayang walaupun dia sendiri tak tahu jika lelaki itu sayangkan dia..
    Listen to these, you might like it.
    Looking in mariah carey.
    Kau kekasihku siti Nurhaliza

    ReplyDelete