Monday, May 30, 2011

Selipar jepun, Oven dapur gas dan Kitchen..

Salam ceria semua..

Ini entri pertama setelah saya berusia 22 tahun tahun ni ok..Ceh. Tak tahu la kenapa otak saya macam senget sikit hari ni. Nampaknya berlaku ketidakseimbangan bendalir dalam badan and bla..bla.. bla.  Dah start sesi mengarut ni. Jangan layan ok. HAHA

Okaylah, macam biasa, hari ni ahad. Okay.. time saya tulis entri ni, jam dah pukul 12 lebih.. err maknenye dah isnin. Tapi tak kisah la kan... sebab saya belum tidur lagi. Ok.. jadi ini still hari ahad.

Macam biasa, hari ahad adalah hari untuk keluar bersosial. Hah? bersosial? Tak la. Mana ade, saya kan budak baik .. ahaks..

Okay berbalik kepada cerita saya tadi. Bila dah hari ahad, jadi abah pun ada la kan. So, mama, abah, saya dan adik bongsu pergi la keluar membeli barang dapur. kihkihkih.. One happy family. kah3..
Takdela, saya just nak beli selipar jepun je, disebabkan selipar jepun pink yang striking tu, telah tamat riwayatnya pada minggu lepas. Kesian selipar tu. Semua tempat dah pergi, tapi hayatnya sampai kat situ je. Takpelah .. terpaksalah ganti dengan selipar jepun baru. OkOk..

 Selipar jepun ni pernah la jugak tersarung kat kaki saya dulu. (source: google)

kalau ikutkan mama, nak je dia belikan selipar jepun yang ade biji-biji tu.. Dia kate ade refleksologi dan sangat baik untuk kaki, tapi saya tak nak. Alang-alang nak beli selipar jepun tu, belilah yang fancy sket. Baru ada gaya, mutu dan keunggulan.  Biarlah boleh bawak masuk East Cost Mall kat Kuantan. Kahkahkah..
Tapikan selipar jepun je pon. lagipun tak nak beli kasut, sebab ada orang nak hadiahkan kasut. Huhuhu

P/s: kepada yang berkenaan, sila poskan kasut dan handbag kepada saya secepat mungkin tau.. haha.. Nak GUCCI atau PRADA je tau.. aish.. Gila besi betul saya ni.. haha

Kita sambung balik cerita, lepas habis-habis pilih dan komen kesemua selipar yang ada yang kat kedai tu, kami bergerak ke arah kedai barangan elektrik. Tetiba teringat pasal seterika yang sudah dipendekkan jangka hayatnya sebelum cuti sem. Teruk betul, semua rosak. Heater, seterika... selipar.  Jadi ingat nak beli satu so tengok punya tengok sampailah kat bahagian oven.

Tiba-tiba mama excited. Saya dah naik pelik. Kenapa mama excited sangat.Saya tengok alat itu. berbentuk petak warna hitam. Nampak macam oven biasa. Takde yang pelik pun. Mama bukak oven tu, dan dari situ saya nampak point mama. Baru la saya tahu yang oven tu tak perlu pakai elektrik. Just guna dapur gas je pun boleh atau dapur minyak tanah.
 Siap ade telinga lagi untuk angkat. hahaha..  Gambar kat bawah ni..
                                                                                       jenama butterfly    (source:thoughtsandcurhat.blogspot.com)

Okay, jangan main-main tau.. siap ade temperature lagi. Dasat.. Dasat..Mula-mula tak percaya, So saya pakat duk gelak kat situ. Dah la ramai jugak la orang kat situ. Okeh, hilang keayuan saya. kahkahkah..
Lepas tu, tangan saya pun gatal jentik oven tu, nak tengok tahap kekebalannya. Mane la tahu boleh suggest kat kitchen staff  UMT, boleh la UMT beli letak kat Makmal Perkhidmatan Makanan tuh. haha..
Mama cakap waktu dia kecik-kecik dulu, arwah nenek selalu buat biskut guna oven ni. Saya macam tak percaya je. Memang macam tin. Ala, Tin biskut tu, kalu kita kerat buat pintu , boleh la jadi oven ni.. haha

Contoh macam tin biskut julie ni .(source: google)

Tetiba saya rasa bagus tau, kalau ada oven ni. Tak guna elektrik pun. Guna dapur gas atau dapur minyak tanah. Okay la tu. Tetiba rasa nak cadangkan kepada En. A atau En H. supaya beli dapur. Ala kan selalu je takde elektrik kat kitchen tu.  Ingat lagi time buat komersil, disebabkan elektrik tak cukup kat dapur tu, semua oven tak boleh guna. Yang boleh guna, dapur gas je. Dah la kitchen tu, panas giler. Suhu boleh cecah 41 C tau. Tambah pulak dengan baju chef yang tebal + tudung masuk dalam chef kot tu. Boleh pengsan kalau sape yang puteri lilin tuh..
 puteri lilin.. (source : google)

At least, kalau takde elektrik, boleh la jugak buat kek. Kempunan tak boleh jual kek banyak-banyak time kelas komersil hari tu. Penat je saya siapkan list menu nak buat kek, and choux paste tapi tak boleh nak buat sebab oven tak boleh pakai. Erm..erm..

Tapi takpe la at least sekarang elektrik dah ada. Boleh la guna convection oven yang besar gedabak kat kitchen tu. HAHA..
 Commercial convection oven (Source: google)

Friday, May 27, 2011

Annoying-mouse.. Jangan main call-call la

Hello all.

Geram betul dengan gelagat anoying-mouse ni. Ade ke patut main call-call. Kalau setakat call hanpon kaler pink saya tu, okay la jugak. Tapi ni sampai tahap call telefon rumah, ape kes? Dah la bila angkat terus je letak. Okay, sekali okay la jugak. Ni berkali-kali tau. Baru je nak menaip FYP (ceh rajin kan saya.), telefon bunyi. So, berlari-lari la dari bilik ke ruang tamu nak angkat telefon. Alih-alih angkat, takde orang . Lepas tu, dengan tidak sopannya, terus putuskan telefon. 

Siapakah anony-mouse ni? Geram betul saya. Kang ade yang jadi chicken chop. Tak pasal-pasal. Habis berkedut muka sebab marah-marah. Nak kena pakai bedak sejuk ni. HAHA..

Siasat punya siasat baru tahu yang rupanya yang annoying- mouse tu ex GF adik. Okay tolong la. Macam la adik saya tu takde hanpom. Ape kes telefon rumah ni. Huish.
Adik cakap dia baru clash dengan GF dia. Ingat sebab nak naikkan market rupanya sebab dah bosan dengan gf die. 
huhuhu..Teruk punya adik. 

Okay nak buat kerja-kerja tertangguh. tata

Tuesday, May 24, 2011

FYP- my sleeping pills..


OLLA!!!

Kebelakangan ni saya selalu tidur lewat. Macam ada tanda-tanda nak insomnia la pulak. Memang mata ni takkan pejam kalau tak pukul 3-4 pagi. So, malam ni saya merajinkan diri membuka FYP yang saya dah seal dalam kotak tu. Apa kabar la agaknya FYP tu kan?

Almaklumlah dah nak balik U ni... Mestilah bersiap sedia. Kang supervisor tanya saya nak jawab apa? Takkan nak sengih-sengih cakap kat Supervisor.. 

" saya holiday giler hari tu. Heaven seh.."

Hish tak baik kan. Elok-elok dia nak bagi A, terus dah turun jadi B.
So, saya pun bukak la laptop, parking cantek kat meja kopi di tengah ruang tamu rumah. Bukan apa, nak tunjuk contoh baik kat adik-adik. HAHAA....

Padahal saya nak tengok citer pretty little liars kat TV.. haha.. Sambil menyelam sambil minum air. Dah selalu buat waktu sekolah dulu.Study sambil tengok TV.. ahha..

source: google

So, bukak la buku manual microbe, buku lab.. check method. Baru je baca sikit, dah menguap bukan main.Bile drama pretty little liars start, tangan pun tak jalan. Hahah..
Last-last abah tegur sebab tengok tangan tak bergerak. Saya sengih-sengih dan tangan pun start taip. Betulkan mana yang salah. 
source : google

Suddenly, mata dah rasa nak pejam. Tapi tahan lagi sebab drama tak abis lagi. Tahan punya tahan... Last-last tak tertahan dan.....
source: google

Saya nak pergi tidur sekarang..!!
Agaknya kalau saya tak buat FYP.. konfem saya punya mata masih lagi ok.. haha tak mengantuk.. 

Tak nak bebel banyak.. Nak tidur...
TATA...

Sunday, May 22, 2011

Kisah disebalik anak patung barbie..

Hello..

Saya tak tahu apa yang buatkan saya tulis entri kali ni. Korang Familiar tak dengan anak patung? Maksud saya bukan yang softdoll, yang macam bear, rabbit atau patung doremon, tapi yang macam barbie, patung baby yang boleh bukak tutup mata tu.

(source: google)

Ceh tetiba keluarkan entri anak patung. Apa kes? Teringin nak main ke? Huhu.. Tak saje je nak buat entri ni. Ada kisah di sebalik anak patung tu dan sebabkan kes tu, saya langsung tak sentuh anak patung barbie.
Kisah tragis tu bermula apabila mama belikan saya anak patung barbie yang rambut blonde tu. Adik saya dapat yang rambut kaler coklat. Waktu tu mahal kot sebab mama beli guna matawang dolar. Saya ingat waktu tu umur saya dalam 5-6 tahun.

First mama beli tu, of coz la excited. Lagipun semua kawan-kawan ada anak patung tu. Macam trend la, sape yang takde, tak boleh masuk geng. Ish Ish. kecik-kecik dah pandai geng-geng ni. Lepas tu, baru je beberapa hari saya main, abah tegur.
Sumber: zaldeco.blogspot.com

    Abah buat cerita seram. Lebih kurang macam ni la ceritanya.

    'Nanti malam-malam time tidur, patung tu mintak nyawa. Nak nyawa.. Nak nyawa... Aku pun nak hidup jugak...' (okay sila bace dengan nada seram ok)

    (sumber: heartaf.blogspot.com)

    Lebih kurang macam tu la. Malam tu, saya tak dapat tidur. Esoknye, Patung barbie rambut blonde tu, dah selamat dalam tong sampah. Bukan tong sampah yang kecik kat dapur, tapi tong sampah besar depan rumah. Lepas tengok dah lama saya tak main dengan patung barbie tu, mama pun naik hairan.

    " mana anak patung Kakak?" mama tanye. So, dengan muka tak bersalahnya saya pun cakap.

    " Kakak dah buang dalam tong sampah."

    "Kenapa kakak buang?" Mama saya masih boleh bersabar. Cakap pun lembut je. Macam tak percaye.HEHE

    " Sebab abah cakap nanti patung tu ambik nyawa kakak." HAHAHA.. tak percaya saya cakap macam tu, suatu ketika dahulu. Memang budak-budak.

    Lepas abah balik kerja, mama pun mula bebel kat abah. Abah gelak je. Patung tu? Maybe dah selamat kat pelupusan sampah.After kejadian tragis tu, mama dah tak belikan apa-apa anak patung lagi kat saya. ERr... tapi.. anak patung tu dah tukar jadi kereta kontrol and hotwheel.. kihkihkih.. Ok tak?

    (sumber: google)

    Tapi disebabkan kejadian tu, saya tak boleh la nak tengok anak patung tu. Contohla, kalau kite pergi butik, mesti ada patung yang peragakan pakaian kan? Saya rasa semacam je tengok. Kalau boleh tak nak dekat.HEEHE...

    Tambah-tambah pulak, dulu ada filem pasal anak patung pembunuh. Err.. ape tah name die, Chuck? erm..lebih kurang macam tu la. Huhu.. Lagi la saya tak nak dekat dengan anak patung. HUHU..
    At least saya dah ada kuma-kuma. Dah tak perlu patung barbie kan.. HAHA

    kuma-kuma.. haha (source: google)
    Okay.. Dah lewat sangat ni.. Good nite..

    Friday, May 20, 2011

    Tak salah bagi pendapat.. Tapi..

    Olla semua..

    Saya baru sahaja buka satu group kat facebook tadi. Macam-macam hal kan? Cuma sedih je la dengan sikap segelintir orang yang bagi pendapat kat situ. Bukan apa, kata mahasiswa, jadi cakap la elok-elok sikit. Nak bagi pendapat tapi mengaibkan orang lain. Kenapa nak aibkan orang lain? ish.. ish tak baik..

    Perlukah mengeluarkan satu statement yang mengundang kontroversi? Hurm.. nak cari populariti ke? Dan saya terfikir, perlukah bahasa-bahasa kasar digunakan untuk menyatakan pendapat. Dah la guna caps lock. Kalau dalam dunia penulisan ni, penggunaan caps lock untuk seluruh ayat tu menandakan biadap tau.. or ayat lembutnya tak sopan.. Ia seperti menjerit kepada pembaca. Hurm.. tak patut.. tak patut.
    Sebab tu kot kat sekolah kita diajar supaya menggunakan huruf besar pada awal ayat, nama orang dan tempat.
    sumber: google

    Lagi satu, saya cukup tak berkenan menimbulkan isu pandai dan tak pandai ni. Kalau dia tak dapat dekan pun, masalah ke? Sebab kalau kat luar pun, pointer tu akan dilihat last sekali. Yang penting penglibatan, softskills dan juga.... Adab..
    Kalau dalam dunia maya kita tak mampu nak bersopan dan beretika.. inikan pula dalam dunia realiti. Saya pun bukan la sempurna sangat, cuma perlian, makian yang telah ditukarkan ke dalam bentuk ayat sangat tidak menyelesakan saya sebagai pembaca group itu.


    Semua isu nak dibangkitkan. Dan kadangkala saya rasa isu itu langsung tak relevan. Nak bangkang namun bangkangan itu langsung tak berasas.. Kita hanya boleh cakap-cakap kat belakang, namun nak ke depan.. Mampukah?

    Pendapat peribadi saya, tak salah nak bagi pendapat tapi buatlah elok-elok. Ada cara dan etikanya. Takut nanti dikatakan orang ulu dari mana tah, tak tahu tamadun. Kan tak sedap nak dengar tu. Orang cakap mahasiswa ni, cakapnya pakai otak.Jadi, fikir-fikirlah sendiri.

    Sudah cukup membebel.. Nak siapkan kerja lain lagi..
    Tata

    Thursday, May 19, 2011

    Dari kedai cermin mata sampailah ke supermarket..

    Hye all.

    Seharian tak buka blog. HUHUHU.. Rindu pulak kat Blog saya ni.  Well, semalam saja je tak buka blog. Sibuk temankan mama pergi Shopping kat bandar kuantan.

    tak shopping sangat pon, sebab niat asal nak setelkan pasal glasses.. Dah teruk sangat mata saya ni. Naik lagi power mate ni.. huhu.. Hebat.. Rase macam power rangers la pulak. HUHU..
    So, sebabkan doktor takde.. Jadi kami pun merayap la ke tempat lain.. Actually tak rancang pun nak bershoppingan, so sempoi je la saya pakai selipar jepun belang-belang, jeans (bukan skinny ok..) dan T-shirt lengan panjang..

    Lepas tu, mama ajak beli kain buat baju kurung kat Kamdar.. So, kami pun pergi la kamdar.. belek sane, belek sini.. Last-last tak beli jugak.. Tak puas hati lagi.. Mama nak jugak beli kain, so, pergi la Megamall.. masuk Nagoya.. belek punya belek.. jumpela yang berkenan.. okay beli la.. pastu nak tengok langsir and bla..bla.. bla..
    saya ternampak kedai buku Popular.. 

    Dulu kalau pergi kedai buku, maknenye nak cari buku rujukan SPM, PMR, UPSR.. sekarang ni.. hurm.. apa lagi.. nak cari novel la.. Mula-mula nak cari novel ' Pergilah air mata' karya Hanni Ramsul tapi tak jumpa pulak.. Dah abis stok kot..

    Pastu saya pergi la kat bahagian novel Inggeris. Nak cari novel best seller dari Sara Shepard. Pretty Little Liars.. Tapi tak jumpe jugak.. Kesian.. Tengok jugak novel lain.. Tapi macam kurang menyengat la.. Novel alaf 21 sekarang pun macam terlalu dewasa sangat untuk saya. Sebab  konflik sangat. So, jangan baca nanti sakit jiwa..


    Last-last keluar dari Popular tanpa beli ape-ape novel. HUHU. Takpe la.. novel online kan ade? (ayat nak sedapkan hati.)

    On da way nak keluar dari Mega tu, ternampak la kedai pak cik tua janggut putih a.k.a KFC. So, tetiba terasa nak menambahkan kalori dalam badan. Jadi saya pun terbeli la KFC tuh.. HUHUHU.. Okay sebab dah makan KFC, terpaksalah buat aktiviti fizikal yang banyak. Contoh menemani mama ke supermarket dan jadi tukang angkat barang.. Berat Wooo..

     Tak abis lagi..  kali ini dah naik kereta menuju ke rumah. Tengah-tengah jalan tu, mama kate nak gi supermarket Tunas Manja. So, jangan banyak alasan.. Buat je.. Tak cukup kat Tunas manja  pergi pulak kat LYC.. supermarket baru buka tu. Giler sejuk Macam peti sejuk tempat sayur-sayuran die. Sampaikan pekerja kat situ pakai sweater yang ade bulu2 tuh.. Oversea,, huuhuu

    Okay.. Last-last.. saya sampai di rumah dengan selamat plus letih. Dan laptop pun tak terbukak. kaki? mujurlah tak pakai high heel.. kalau tak.. mesti sakit kaki. heehehe.. peace..

    P/s: Penat giler ikut mama pergi shopping. Sekarang baru tahu perasaan lelaki kalau teman GF pergi shopping.. huhu
    tahniah kepada saya, sebab kulit dah gelap sket.. yes!!! kena sapu krim nivea lagi la ni..

    Tuesday, May 17, 2011

    U vs Home

    Hai all..

    Saat saya menulis entri ni, maybe ada rakan-rakan sekos yang sedang bermati-matian menyiapkan fyp. eh, berbalik kepada FYP ni, saya sedang bersenang lenang tahap gaban di rumah.Makan cukup, tidur cukup dan yang penting.. hiburan pun cukup. Hehe... 

    Kawan saya cakap, duduk kat umt time cuti sem ni, payah benar nak makan. Kesian kan ? Saya tengah terbayang time duduk sane nanti.. ?Tak cukup makan.. Ohhh.. tidak!!! Kampus ni , time cuti macam ni, memang merayap la nak makan..Last-last.. hanya megi la jadi peneman. Kalau dekat dengan tempat makan ok la jugak ataupun asrama ade dapur.. kan ok.. huhu.. Macam la saya rajin sangat masak.. kui3

    Terfikir pulak pasal FYP ni. Hope boleh siapkan dalam masa 2 bulan.. Sebab nak balik puasa dan beraya di rumah. Bulan 6 ni, budak diploma masuk kan? Hope ade la kedai-kedai mak cik kat belakang tu bukak.. Ade la makanan untuk disumbat ke dalam perut. Yang paling penting sekali adalah... kena sediakan stock makanan banyak-banyak.. seperti megi, roti, biskut marie.. nescafe, milo dsb.

    Maybe time saya duk gila siapkan FYP, ramai kawan-kawan sudah pulang beraya di rumah.. tak dapat nak bayangkan kalau semua itu berlaku.  uhuhu.. Tabahkan hati ek.. 

    Dah mengarut banyak sangat ni. Ape yang penting enjoy dulu kat rumah... Rehat secukupnya dan bila kat kampus nanti.. everything akan ok rite?

    ok tata


    Monday, May 16, 2011

    16 Mei- Happy cikgu day!!!

    Hai all.

    Pagi yang hening ini, saya ingin mengucapkan Happy cikgu day kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya. Of coz entri ni khas saya tujukan kepada cikgu pertama saya iaitu Cikgu Mona yang telah mengajar saya cara nak baca ABC .. huu... Erm cikgu mona ni cikgu tadika saya .. Tadika Woodlands, Singapore.. huhu..

    Cikgu Mona... Hurm..apa yang saya suka pasal cikgu mona ni adalah.. dia sempoi.. everyday bila gi kelas boleh main-main.. hehe.. kan tadika lagi time tu.. mesti la nak main kan..betul tak.? waktu paling suka bile kelas yang kita boleh nyanyi2.. haha.. lagu baba black sheep, twinkle2 little star.. hurm.. ape lagi ek...? spider tu.. err.. dah tak ingat dah.. Ini menandakan tanda lanjut usia. Kihkih kih...

    Waktu sekolah rendah, hari guru disambut, of coz dengan meriah.. Dah jadi tradisi, perhimpunan pagi.. pastu ucapan.. bla bla bla... lepas tu nyanyian guru.. ala lagu kami guru malaysia tu.... persembahan pelajar.. persembahan guru.. ...
    Masuk je aktiviti padang.. Persembahan pancaragam  sebagai pembuka tirai.. Pancaragam ni wajib la buat persembahan.. haha tu yang nak tengok tu.. Pastu perlawanan bola sepak antara cikgu perempuan dengan murid.. pertandingan bola jaring antara cikgu lelaki dengan murid... dan lastly masuk kelas dan bagi hadiah.. huhu..
    ingat lagi time perlawanan bola antara cikgu perempuan dengan murid..Ade seorang cikgu tu, excited tendang bola sampai tercampak kasut masuk pintu gol.. klakar betol cikgu tu.. tapi ok la die main bola.. not bad..

    Waktu sekolah menengah.. hari guru disambut dengan meriah la jugak.. macam Biasa perhimpunan pagi, perasmian. time tu akan ada upacara menaikkan bendera yang diketuai oleh kadet laut sekolah..bla bla..bla.. Persembahan guru.. nyayian lagu kami guru malaysia. persembahan pelajar.. Time ni la ade deklamasi sajak la.. nyanyian akustik.. Sesedap rasa la sape nak buat persembahan.. huhu.. Lepas tu.. biasanya pelajar-pelajar akan menyemak kat bilik guru sebab nak bagi hadiah la.. nak buat ucapan la.. Macam-macam..


     Dan biasanya saya akan lepak dalam kelas sambil menunggu waktu balik.. Time-time macam ni, best la layan novel dalam kelas.. Sebab kalau perhimpunan habis pukul 10.30 pagi.. Nak tunggu pukul 1 ptg baru nak balik.. Kan bosan.. So, lepak je la dalam kelas sambil layan novel.. tak pun bergosip dengan kawan-kawan.. huu.. best kan..?

    Tu je la kenangan hari guru.. Untuk cikgu-cikgu yang dok ajar saya yang kurang pandai ni.. thanx.. bebanyak.. Especially kepada cikgu biologi dan add  math saya.. Subjek-subjek yang tak pernah-pernah dapat A1.. huhu..

    Akhir kata...

    HAPPY CIKGU DAY.. peace

    Friday, May 13, 2011

    How to reduce the R syndrome?

    R syndrome? apekah itu?
    R syondrome itu adalah Syndrome rindu.. haha gotcha..

    Ceh, dah macam entri cintan-cintun pula kat blog ni kan. Takde apa-apa, just nak share apa yang kita perlu lakukan bila kita rindukan seseorang.

    Jangan kata tak pernah rindukan seseorang. Entri ni bersifat universal ok, tak semestinya rindu kat kekasih, boleh juga dipraktikkan kepada mama, abah, dan juga kawan-kawan.


    Ok, bila rindukan seseorang, bolehla mencuba cara-cara di bawah:

    1- boleh jerit kat tepi pantai atau bukit. ini bergantung kepada kawasan kita tinggal. Ok, anda faham?
    2-kalau dah jerit tapi still rindu juga, buat-buat la tulis surat menyatakan kerinduan anda dan gulung-gulung letak dalam botol dan lempar kat dalam kolam, paya, pantai, atau taman tasik titiwangsa. Erm.. dramatik tak? hehe
    3- tapi kalau still rindu juga, hurm..cuba try buat aktiviti yang lain, contohnya skipping kat kompleks sukan ke, buat aerobik dalam bilik ke, atau jogging. bila penat mungkin kurangla rindu tu sket.
    4- tapi kalau tu pun tak jadi juga, try la gunakan teknologi, hantar la emel, mesej, facebook, call.. ape-ape je asalkan dapat berhubung dengan orang yang tersayang.
    5-tapi kalau rindu jugak.. hurm.. ape kata naik je flight terus pergi jumpa dengan yang tersayang.
    6- Tapi... kalau dah buat semua tu tapi still rindu jugak...  

    SILALAH JUMPA PAKAR SAKIT JIWA.. 

    sebab anda ni dah kronik gamaknye..

    P/s: kalau anda merindui orang yang telah tiada di dunia ini, sedekahkanlah Al-Fatihah. Mungkin itu lebih bermakna buat mereka.. Peace...v(^_^)v

    Wednesday, May 11, 2011

    Pancaragam atau pancagaram?

    Hye all.

    Tahu tak pancaragam? Hah! tak tahu? Ala takkan la tak tahu. yang main alat muzik kar tengah padang tuh la.. kan ade time sekolah dulu.

    Zaman-zaman saya sekolah dulu, group pancaragam ni quite famous la. Semua nak join sebab sangat versatil kui3.. Yela boleh main alat muzik tengah padang dengan kapten yang duk hayun-hayun tongkat ikut rentak muzik.. Macam dah jadi tradisi sekolah je.. bile ade Hari-hari bersejarah atau program ko-k, pancaragam akan membuat persembahan. Siap masuk pertandingan lagi..


    best nye zaman sekolah dulu.. TAPI....
    Tak tahulah sebab ape, group pancaragam sekolah dah dibubarkan sebab PIBG tak suke ade aktiviti macam tuh. huhu.. Tak sporting langsung. ape la salahnye nak enjoy sket.. bukan buat aktiviti tak sihat pun kan. Mesti takut anak diorang prestasi jatuh sebab asyik leka main alat muzik.. pendapat saya je tuh.

    Tadi, time keluar jejalan kat Kuantan lalu la depan Methodist Girl School (MGS), elok je diorang tengah hari bute , (pukul 1 ptg) duduk berlatih pancaragam. Mula-mula ingat diorang tengah buat cheerleading, alih-alih bila tengok betul-betul , pasukan pancaragam tanpa alat muzik.

    huhu.. Agaknye, ape la yang akan berlaku kalau sekolah saya dulu buat cheerleading? huhu.... tak sempat nak bagi cadangan , terus kene reject. Pelajaran itu penting.. (kate cikgu sekolah saya).

    ok.. selamat malam..


    Tuesday, May 10, 2011

    Drama.. Drama.. Drama..

    Hye All...

    Sape pernah tengok drama? Tak pernah? jangan nak tipu.. tak baik.. berdose tau..
    hurm.. saje je nak ulas pasal drama melayu yang saya tengok tadi.. Boleh sakit kepala sebab tengok drama.. Mane taknye.. Aiseh.. kejap2 pasal cinte.. huish bosan la plak..

    First tengok kisah korparat.. huhu.. pasal komplot la.. (ceh kisah orang kaye. yang tamak).. pastu tengok kisah drama Dia  bukan Maryam.. Sakit jiwa tengok citer tuh.. ade ke dah nazar bagi anak kat kawan die.. pastu sebab dah tak leh mengandung sanggup datang balik nak rampas anak die..
    pastu terjerit2 macam orang sasau.. sebab nak anak tuh,.. huhu
    (sumber: google)

    ape2 hal Eja ngan lisdawati berlakon memang menjadi sampai sakit ati tengok citer tuh.. huhu
    Pastu tadi pulak tengok citer asmara 2.. tu lagi la.. kisah orang jahat2.. ish3.. banyak benar orang jahat kat malaysia ni..
    (sumber:google)


    Dah jadi drama queen kat umah ni.. remote control tuh.. jangan harap orang lain pegang.. haha.. Sorry.. rampasan kuasa.. Almaklumlah.. nak qada' tengok tv.. huhu

    ok.. nak check Fb pulak.. huhu
    tata

    Sunday, May 8, 2011

    Thanx mama.. huhu

    Salam semua...

    Sempena hari IBU ni, saje je nak buat entri special untuk mama saya..

    Erm.. macam mane nak cakap ek..?
    Segan la plak **** blushing ni.. kui3..

    Ade beberapa perkara yang saya nak berterima kasih pada mama selama membesarkan saya.. hurm dah 22 tahun dah.. hurm...

    1- waktu  umur tujuh tahun, mama hadiahkan buku cerita fairy tale - the little mermaid-. buku tu masih lagi elok tersimpan sampai sekarang. Ade lagi atas rak buku dalam bilik. hehe.. thanx mama..

    2- thanx mama sebab belikan alat mekap.. (eye liner and etc) yang ade lagi atas meja solek kat dalam bilik tuh.. tapi maaf mama sebab tak pakai alat solek yang mama beli.. tapi.. gune jugak eye liner tu.. untuk melukis.. erm still gune jugak kan?

    2- time kene alergik sebab makan udang ( hehe gatal nak makan jugak walaupun mama dan abah dah marah).. Mama teman pergi klinik swasta memalam bute.. thanx mama.. (sakit kene suntik 2 batang jarum...)

    3- Time form 2, ligat sangat main panas kat pantai sampai demam 3 hari tak makan.. terima kasih mama sebab carikan lauk kesukaan .. thanx mama

    4- Waktu kene gastrik sampai guling-guling atas lantai, thanx mama sebab masakkan bubur...
    haha..

    5- first time dinner, Thanx mama sebab belanje beli high heels yang mahal tuh.. haha... kesian kasut tu kan mama.. ade je  telah selamat disumbat ke dalam kotak.. haha

    6- thanx mama sebab ajar masak.. walaupun amik kos food service kat UMT ni..Stail mama masak still the best.. haha

    Walaupun mama selalu berleter, tapi itu yang paling special kan.. semua mak suke berleter kan..
    Kadang-kadang ade jugak buat mama marah.. kecik ati.. so, maafka ok.. kire 0-0 la.. haha

    Sampai sini dulu.. Selamat hari ibu semua... haha

    Penangan Sukanun

    Salam satu malaysia semua..

    entri kali ini saja saya buat sempena Sukanun yang sedang berlangsung di UMT. Eh? tak tahu sukanun tu ape?
    sukanun tu sukan badan berkanun. Actually ia event yang gah la.. popular la UMT sebab handle event tuh..
    tapi kisah disebalik Event sukanun ni, hanya pelajar UMT je yang merasainya..hhehe.. betol tak?

    dulu, UMT pernah  juga jadi host untuk event sukan iaitu Sukan staff atau pun orang panggil SUKUM. ala yang time tuh, popular sebab stadium runtuh? ingat lagi tak.?
    tapi dulu time UMT handle Sukum.. takde la havoc macam Sukanun sekarang ni. Mungkin sebab sukum tuh, buat akhir bulan 5( awal bulan 6 la macam tuh).. Sebab tuh ak kecoh sangat macam sekarang.. Sebab time tuh maybe budak-budak dah lame habis exam dan yang Final year project pun dah beransur-ansur pulang ke rumah. itu andaian saya je ek..

    Saya bekas sukarelawan sukum dulu. Biasa la, dulu jadi sukarelawan seronok la jugak.. dapat pengalaman dan juga duit $$$$ haha... tapi dulu tak semua atlet tinggal kat UMT. Ade jugak atlet yang tinggal kat Unisza. macam tuh la kire2 nye..

    lagi satu, dulu.. time buat SUKUM.. makan konfem cukup.. siap.. ade yang boleh ambil lebih lagi.. kui3...(kalau makanan masih banyak orang tak ambil)
    perihal makanan ni, tak payah nak cakap la.. katering kan.. kadang2 tak sedap.. tapi dah takde pilihan.. kena la telan.. paling2 tak pun makan la kat selera melaka  sebab tu je kedai yang bukak time tuh.

    tapi tak tahu la kes sukanun ni macam mane... huhu..sebab nak cakap lebih2 lak.. sebab saya bukan salah seorang sukarelawan sukanun..jadi tak tahu nak cakap ape.. yang penting.. enjoy ok.. Lagipon sukanun seminggu je pon.. SUKUM dulu 2 minggu.. lagi lama kot dari SUKANUN.

    ok.. ok.. nak chaw dulu.. esok saya update lagi.. huhu
    tata

    Saturday, May 7, 2011

    Kembali ke rumah!!!

    Hai all!!

    Hurm hari ni second day duduk kat rumah. Memandangkan hari ni hari Sabtu, so, rumah agak havoc sedikit. Ramai orang kat rumah. tadi baru je habis layan hindustan kat TV. Best layan hindustan sambil makan tengah hari. haha.. Teringat zaman sekolah dulu. hurm...

    Ape khabar agaknye UMT. Bila bukak group bicara mahasiswa UMT... mesti ade je isu panas. kadang-kadang kelakar jugak bila bace komen-komen kat situ. Dari situ baru nampak macam mane budak umt ni berfikir sebenarnye. (hehe)Tapi saya hanya silent reader je. Malas nak komen atau letak kate2 kat wall BMU. Suke jadi pemerhati.

    Okay lah.. berbalik kepada kisah UMT tadi. Apa khabar universiti kesayangan saya ni? Sihat? kan Ramai yang akan mengunjungi UMT. mesti meriah UMT.Takpe la kita biarkan dulu UMt dengan event sukan yang gah dan saya nak jalani kehidupan yang tenang di rumah. huhu...

    Orang cakap, tempat yang paling selesa adalah rumah. So, saya nak habiskan masa berkualiti kat rumah sebelum balik UMT semula bulan 6 ni. haish...  Harap2 dapat siapkan FYP cepat2 and then balik berpuasa di  rumah. Erm bila la progress presentation...

    Ok.. ok.. nak gi tengok tv pepuas.. saya nak manfaatkan masa yang ade ni bersama keluarga sebelum pulang ke umt. haish..
    ok All sayonara..

    Wednesday, May 4, 2011

    Sem 6 tamat officially!!

    Yay!!!
     Akhirnye sem 6 dah tamat. Ini bermakne.. tamatlah tahun 3.Maknenye lagi satu sem untuk duduk di UMT dan ke latihan industri.
     Tadi saya dah buat keputusan mengenai latihan industri.. hurmmm.. macam mane nak cakap ek? Saya dah buat keputusan untuk pergi buat latihan industr di UTM, skudai.. buat under lab research microbe.. Macam tak percaye jek.. tapi saya dah bagi persetujuan untuk ke sane.. dan that's it. I'm going to UTM.

    as long kak atin ade.. maybe boleh survive.. kate orang sorang2 is not good. So, sorry mama.. i'm going to skudai.. actually ingat nak gi Sepang. buat LI kat KLAS.. but.. suddenly it's appear to be like this.. ok la...

    so, FYP microbe saya kene la buat bebetol.. haish.. lepas2 final exam nak cerita pasal FYP.. macam tak best pulak.. haaa

    ok..ok.. dah habis paper.. nak maraton movie sambil kemas barang.. hehe.. esok balik.. next month i'm coming back.. nak siapkan FYP.. nak siapkan chapter 1, 2 and 3 balik.. ade rombakkan balik la.. so, i have one month to do my FYP...

    final dah abis.. so i'm in happy mood!!! toink3 ^^

    Monday, May 2, 2011

    part time job..kui3

    Tinggal dua paper lagi. tak sa so sbar rasanya nak balik ke rumah. Well, baru-baru ni, ada la saya gi kerja part time. Cari duit supaya takdela kocek tu kosong je... well, atas ajakkan salah seorang coursemate..so saya pun berada la di Pulau duyong.
    so? kerja ape ek?
    saya jadi waitress.. serve vip.. sempena majlis turun padang PM kat Pulau Duyong tuh. kebetulan petang tu, serve hi tea je.. ok la..
    khemah vvip and vip


    PENGALAMAN?
     hurm.. mula-mula tu takut jugak.. well serve vip tuh.. dah la PM ade.. tapi kan saya tak kenal pun siape yang saya serve tuh.. Saya panggil diorang encik je.. tah-tah.. tan sri ke.. datuk ke.. hurm.. tak pasti.. huhu.. Maaf ye..
    bila lame-lame.. jadi ok je..yang penting.. jangan cepat melenting.. senyum.. dan sabar dengan kerenah orang ni.. Ape2 hal pun.. service is okay.. hehe.. hurm.. bayaran die pon agak la berbaloi untuk sehari.. peace^^

    lepas dah kerja penat2.. kebetulan ade lagi kerja untuk jadi waitress kat dataran syahbandar.. kali ni majlis jamuan rakyat.. so sebab mate dah bling bling dengan duit.. so, kiteorang teruskan kerja sampai la pukul 12 tenga malam.
    kali ni penat lagi kot.. sebab banyak meja nak kene handle.. walaupun ade lebih kurang 30 orang.. tak cukup sebab ramai rakyat terengganu yang datang makan. hurm.. meriah-meriah.. lagi2 ade misha omar datang buat persembahan...

    ok..ok.. perlu study.. waa... esok dan lusa ade paper.. hurm.. tabahkan atu ok.. (pujuk diri sendiri)