Wednesday, June 29, 2011

Fyp cases: a journey to remember..

Salam ceria semua..

Saya cuma nak share gambar la.. konon nak buat wordless wednesday tapi macam dah lewat sangat kan.. huhu.. Lagipun dua tiga hari ni asyik berkampung di lab je.. Jadi tak boleh nak blogwalking dan singgah baca entri kengkawan di alam maya ni.. 

nanti bila dah grad mesti ingat susah senang buat fyp...
Hari ni just buat plating dan kira microbe semalam je.. actually nak tunjuk plate tu kat sini.. hurm.. tapi tak pe la.. kang korang tak lalu nak makan sandwich pulak kan.. So, saya simpan je la untuk dijadikan tesis nanti..Tak sabar nak amik result plate count esok. harap semua plate sihat .. kah3..

Oh okay.. nak tido.. esok masih perlu ke lab..

P/s: buffered peptone water dah habis.. kena la buat yang baru...

Tuesday, June 28, 2011

FYp cases: Lab... and microbe

Oh, hai..

Hari ni just nak cerita pasal aktiviti lab yang saya rasa akan berterusan sampai la bulan 9 ni kot.. Almaklumlah..dengar kata awal bulan 9 ni dah start progress presentation Fyp yang 80 % siap. Entah kenapa nak buat cepat-cepat hurm..

Saya harap tu hanyalah khabar angin sebab mana boleh buat macam tu.. Projek saya baru nak mula.. hurm.. banyak lagi yang nak kene buat.Tapi kan..hurm..saya dah start terasa kestressan menyiapkan FYP.. entah la.. maybe sebab lab ada peraturan yang baru dan saya rasa peraturan tu agak membebankan saya sebagai seorang pengguna tetap lab berkenaan.

Lepas tu kan.. tadi ada agar yang saya bancuh untuk buat medium enterobactericeae contaminated with other microbe.. Habis rosak plate.. tensen.. tensen.. nasib baik plate count agar dan EMB agar still okay..So buat dua test je la tadi..

saya harap esok akan baik-baik sahaja.. peace..

Dah lama tak masuk lab microbe, rasanya dah berkarat kepala sebab tak belajar microbe.. kene buat revision dulu la before masuk.. Saya kena berusaha lebih keras lagi la.. huhu.. Oh ok..Supervisor sekarang semakin advance, sebab my dearest SV tu nak buat pop kuiz every two weeks.. Haiya.. dasat..dasat..Dan kena  update literature review every time jumpa dia.. Still kena jurnalwalking.. Blog walking best.. jurnal walking.. not best at all..

Dah mengarut ni.. nak prepare masuk lab lagi esok.. ok tata..

Monday, June 27, 2011

FYp cases: Clueless Monday


Salam semua.. 

Saya tak nak cakap banyak.. Just nak beritahu apa yangs saya buat kat lab hari ni.. Sila rujuk gambar kat bawah.. Ok.. ok nak prepare nak bukak pose pulak.. peace...

hhaha

Sunday, June 26, 2011

FYp cases: Am I on the right path?

Salam ceria semua,

Hari ni, hurm.. saya berjumpa dengan supervisor FYp yang disayangi. ahaks.. Oh okay.. nampaknya saya langkah kanan kali ni sebab sebaik sahaja saya menjejakkan kaki ke bilik supervisor  ,cenderahati dari bangkok sudah menunggu. Best betul dapat supervisor macam ni, time dia pergi Geneva, Switzerland, dapat souvenir jugak.. Kalau macam tu, seronok la kan.. haha

Oh okay.. Lepas tu, surat dari Institute Bioproduct Development dah sampai. Johor, here i come.. haha.. So, siap dah ada tarikh lapor diri lagi.. hurm..

so, sekarang just nak tumpu kaw kaw kat final year project ni.Esok dah officially masuk lab.. Entah sempat berupdate ke tak blog ni.. huhu... Kalau update tu.. maknanya kerja lab tak penat la tuh.. haha..
Ah tambahan pulak, saya maybe akan bermalam erm.. maybe 3 days for sure kat lab.. kahkahkah.. 
Eh pesal saya bergumbira ni..? konfius..



Selepas jumpa supervisor, ok la.. usai tempah lab nak guna esok, saya termenung dalam kereta. Adakah saya dalam landasan yang betul? Sebab dah obvious saya ke arah food microbiology.. Kalau ikutkan supervisor, memang la dia galakkan untuk terus buat food microbiology but. seperti yang saya katakan pada entri lepas saya nak kerja dalam bidang yang lain. Bidang yang lebih berjiwa halus.

Oh okay, saya tahu la microbe tu halus.. maksud saya halus macam seni.. aaaa.. baru best.. but bila fikir-fikir.. hurm.. maybe biarlah masa menentukannya.. hurm.. Okay la ..

Nak keluar makan nanti.. Erm esok kalau saya free, saya update ok. huhu

Saturday, June 25, 2011

FYp cases: you are part of me..

Salam ceria banyak semua.. huhuhu

Biarlah saya mulakan entri ini dengan secebis ayat jiwang yang dipetik dari kamus hati saya ini.. Kahkahkah.. Mood hari sabtu yang Er.. should I say.. tenang.. haha..
Minggu ni terasa nak buat Quote yang pelik-pelik.. haha.. Saya rasa nak naik upgrade status FYP saya dari teman biasa kepada Bf.. huhuhu

Oh, kenapa saya rasa diri ni dah pelik semacan.. Adakah ini bermakna simptom kestressan telah berlaku?.. haha
Btw, junior Dip Ikan hensem-hensem woo..Cik dayah meh la pulang UMT.. kita usha budak dip ikan.. hahaa..Oh okay.. saya mengarut saja..

Hasil karya bersama special quote for.. ehem...


Friday, June 24, 2011

Cita-cita saya.. dulu dan kini..

Salam tak berapa nak ceria semua.

Pernah tak anda semua buat karangan mengenai cita-cita saya? Pernah tak? huhu.. Alah, dulu time sekolah rendah kan selalu cikgu suruh tulis, takkan dah lupa kot. haha..
Tapikan berapa ramai cita-cita yang dulu tu, menjadi kenyataan? Entah lah. lagipun life is unpredictable. Yang kita tak nak yang tu lah yang kita dapat kan..

Dulu, waktu darjah satu, cikgu saya selalu tanya.. besar nanti nak jadi apa? So, sorang-sorang kena bangun dan cakap nak jadi apa. Jawapan klise bagi budak tahun satu biasanya..

  1. Doktor
  2. Cikgu
  3. Bomba
  4. Polis
  5. Jururawat
  6. Angkasawan
Dah la tu, kalau kawan kita tu dah bagi tau nak jadi polis, kita tak boleh nak jadi polis jugak. nanti dia tak nak kawan. Huish apa-apa je la. budak-budak ni..haha
Tapi time saya kecik-kecik dulu, kalau orang tanya nak jadi apa, biasanya saya takkan jawab nak jadi doktor.. Sebab saya nak jadi pelukis. huhuhu.. jiwa seni la konon.. haha Tu darjah satu..

Lepas tu, nak dekat UPSR, kan selalu cikgu suka buat kem motivasi la, apa la.. yang tiap kali duk ulang benda yang sama je.. studi kena pakai peta minda.. bla..bla..bla..kena ingat mak ayah.. balas jasa.. 
Soalan tu kedengaran lagi.. time tu, soalan dia dah berubah sedikit..Lebih kurang macam ni la,
Ke manakah arah tuju hidup anda selepas ni? Matlamat hidup anda selepas belajar? 
So, waktu tu cita-cita saya dah berubah sedikit... Saya nak jadi Fesyen designer. haiya.. Glamer tuh.. huu..Oh,masih lagi melibatkan seni tau.. huhu .. Sebab nya.. saya suka lukis baju dan suka la nak letak benda-benda seperti ropol-ropol la.. kain lace la.. suka sangat..

Naik sekolah menengah, saya still nak jadi pereka fesyen. So, bila abah tanya nak jadi apa.. Saya dengan bersemangat cakap nak jadi pereka fesyen.. But sadly, abah cakap kerjaya tu tak menjamin. Well, abah lebih suka kalau saya cakap nak jadi cikgu atau nurse dan kerja-kerja lain yang klise...hurm.. tak seni betul..

And then, saya pun belajar la.. But kali ni, saya nak jadi psikologist.. So, saya cakap dengan abah and mama, and then.. guess what.. mama kata nanti saya yang jadi psiko.. sebab tertekan.. Oh please la...
But saya still continue nak jadi psikologist..

And then pmr menjelma..naik je form 4, saya ingat nak amik seni.. Well nak amik sebagai subjek elektif.. but still abah tak bagi.. Dia kata tak guna nak amik seni.. huhu.. sadisnya hidup.. So, sebab nak pujuk saya yang mogok sebab tak boleh nak amik seni.. abah belikan sketchbook plus crayon buncho, watercolour, pensel warna luna, dan alatan melukis lain.. So, saya hanya melukis untuk suka-suka je.. haish sedih je..

But at least, sebab saya amik biologi, boleh la jugak melukis jantung, peparu dan sistem pernafasan dalam laporan makmal.. haha.. still boleh lukis jugak kan.. lepas gian..
Salah satu karya seni saya hahaa


Lepas habis SPM... masuk matrix.. and then bila time masuk u pulak saya terambil sains makanan..Oh okay la kot.. ingat boleh la jadi nutritionist.. sebab foodservice and nutrition.. but then.. hurm.. saya sendiri tak pasti hala tuju kehidupan..

Ni, Fyp buat microbe, adakah saya akan terjerumus dalam bidang food microbe?Hopeless.. But kadang-kadang saya terfikir nak cari kerja yang lari je dari bidang ni.. Maybe yang lebih dekat dengan jiwa seni saya ni.. huhuhu...

But sekarang ni, kalau orang tanya nak jadi apa.. Saya nak je cakap.. Saya terima je kerja apa yang SPA bagi.. Janji bukan jadi CEO ladang anggur udah la.. huhu

Tu saya.. Anda pula? nak jadi apa?

Thursday, June 23, 2011

FYp cases: ayat kuatkan semangat..

Salam semua,

Kehampaan semalam kerana tak dapat nak berjumpa dengan supervisor membuatkan saya menulis pepatah di bawah.. uhuhu..
Ok, hayatilah sendiri.. huhu



Sorry lukisan saya pakai paint je, agak buruk sebab saya tak biase lukis pakai paint.. biasa lukis pakai pensel 2B je.. huhu
Ok.. nak buat keje lain..

Wednesday, June 22, 2011

FYp cases: Hampa

Salam kurang ceria sedikit semua...

Sekali lagi saya bercerita mengenai FYp. Maaf la ye, maybe sampai ke tahun depan saya akan terus mengupdate entri mengenai FYp. Okay la.. berbalik mengenai entri bosan FYp saya ni.
Tadi ingat nak jumpe supervisor, ye la.. next week dah officially masuk lab.. walaupun dah ramai yang berebut-rebut masuk lab, dan yang dah siap pun dah ada..
Slow-slow la sket.. biar lambat asalkan tak kene repeat experiment. huish.. ada jugak yang saya dengar kene buat formulation semula.. Kan sadis tu.. tapi hopefully yang saya tak jadi macam tu..

Okay berbalik kepada kisah saya tadi, nak jumpa Supervisor but... sadly, supervisor tak ada kat u.. Nasib baik call dulu, kalau tak.. penat saje la pergi kampus. Hurm.. so, bukak la facebook. check apa yang patut.. Rupa-rupanya.. Supervisor dah tulis kat status dia, yang dia tak ada sampai jumaat ni. Haish.. Tu la tak bukak Fb sape suruh kan.. huhu

So, tak jadi nak jumpe.. kena la tunggu ahad ni.. hampa lagi.. Last-last buat perbincangan sendiri dengan miss debat. haish.. Saya jeles dengan orang yang dah masuk lab dah.. hope  lab MPM tu tak penuh lagi.. huhu..
Lepas tu, supervisor saya cakap ahad ni boleh jumpe.. So, ada beberapa hari untuk buat persediaan kaw-kaw.. dan sediakan list of question yang musykil.. haha..

So, dah kena start dari sekarang ni.. huhu
okay lah.. maaf kepada yang bosan baca entri ni.. Fyp is part of me.. rite now.. haha

Tuesday, June 21, 2011

Saya suka melukis.. FYp cases

Salam ceria semua,

Hari ni dan semalam saya bertungkus lumus membuat draf method... haha.. bertungkus lumus la sangat. Tambahan pulak, saya tak berapa sihat ni. uhuk uhuk.. batuk..dan nak demam..Ni draf yang saya  buat dalam buku log.. haha


haha.. highlight oren tu penting.. cantik tak lukisan saya? haha.. mesti supervisor sayang..kah kah kah


Buku rujukan yang sentiasa menemani saya.. encik Yousef.. terima kasih tulis buku ni.. senang nak rujuk..


Saya pinjam buku kat library je.. huhuhu... 

Listeria identification.. haha.. microbe kesukaan saya. 
Tak sabar nak masuk lab.. nak buat cepat-cepat nanti boleh habis cepat.. haha 

Okay.. nak berehat jap..tata

Monday, June 20, 2011

Baldi merah.. wanted!!

Salam ceria sedikit...

Pagi ni bangun terus terasa lenguh-lenguh badan. Mungkin disebabkan peristiwa mendaki gunung semalam. Gila ah.. punya la penat..

Okay, saya bukan mendaki gunung everest, banjaran titiwangsa atau gunung itik.. haha opps.. bukan.. bukan.. Just saya mendaki gunung di bilik tv. Erm.. budak  Umt tahu la kot pasal kewujudan gunung tu kan.. haha.. Okay, semalam, kawan saya hendak mencari baldi dia yang ditinggalkan di stor di bilik tv. so, baldi dia warna merah. So, kami pun berpakat la mencari baldi merah. Oleh kerana bilik tv berkunci, So, kami terpaksa memanjat masuk ke bilik tv melalui tingkap. Kira macam perompak pun ada.. Mujurlah pak guard tak buat rondaan.

sumber : google

Sebab nak mencari baldi merah, abis satu bilik kena redah. Erm.. kiteorang siap susun lagi barang dalam bilik. haish.. Tapi kan.. baldi merah kawan saya tu takde kat tempat yang dia letak dulu. so, kami terpaksa la mencari baldi tu. Yang tambah masalahnya, banyak pulak baldi merah. Haish..satu.. satu check.. lama jugak la misi mencari baldi merah tu. nampaknya, naik sem nanti.. budak-budak yang tinggal barang kat stor konfem pening kepala sebab kena daki gunung nak cari barang.. haish..

last-last jumpa jugak baldi merah tu.. nasib baik jumpa.. Ingat dah hilang.. hhaa
sebab bilik stor tu ada habuk.. So, sekarang saya merana dengan selesema plak.. haish.. takpe la janji baldi dah jumpa.. haha

Sunday, June 19, 2011

Kelab anak jutawan, nak join jugak boleh?

Salam semua,

Saya mulakan dulu entri kali ini dengan ucapan Selamat Hari bapa kepada semua bapa-bapa sekalian terutamanya kepada abah saya yang berada di rumah sekarang.

Tadi baru sahaja saya menjenguk ke arah Fyp checklist. Hurm masih banyak kerja yang harus dilakukan. hajatnya hari ni nak ke library, tapi lupa pulak hari ni kan terengganu cuti sebab menag bola itu hari. Kalau nak buat kerja dalam bilik, hurm.. alamatnya jadi kerja lain la.. Kalau duduk kat library okay sket. At least boleh jalan kat rak-rak buku kalau bosan.

Dua tiga malam ni, asyik hujan je kat terengganu ni. Semalam lagi la, siap dengan guruh lagi. Hujan lebat toksah nak kata la. Nak on laptop pun pakai bateri. Mujurlah bateri penuh, boleh jugak on laptop semalam.

Hari ni buka surat khabar metro, erm bukak surat kabar online je la.. jimat kertas .. sayangi pokok!!! yihaa..
Keluar berita pasal keab anak jutawan. Fuyoh!!!.. Anak jutawan pun ada kelab.
Muda-muda lagi dah pakai kereta mewah. Ish-ish dasat. Kalau saya? haha.. alamat pakai kereta lembu pun tak mampu. Err.. lembu kan mahal.. haha

Tapi okay la, at least diorang belajar urus duit lebih. Tapi kan yang pelik, kenapa semua perempuan? kalau ada yang lelaki konfem saya nak mengorat haha.. Opps.. okay.. okay.. tak buat dah.. Tapi kan mostly yang diinterview oleh pihak metro ni kan, umurnya dalam 21-24 tahun. Still muda lagi.

Tapi kalau saya la, takut nak dedahkan status diri anak jutawan ke tak. Cukuplah kalau orang label anak orang senang.. Sebab pendedahan oleh media kadang kala, boleh  sebabkan kes-kes culik mintak duit tebusan. Err.. sori dah macam dalam novel la pulak. haha but serious.. kalau dah masuk surat khabar, erm.macam mendedahkan diri kepada bahaya la kan. 

Well, orang kurang baik pun dah semakin ramai. So berhati-hati la..Ceh, tetiba buat iklan pulak.. haaha
Okay tata..

sumber: sini

Dan untuk kesekian kalinya..

Salam ceria banyak semua,

Dan hari ni, saya nak umumkan blog aku yang telah berwajah baru Oleh kerana saya berada dalam zaman kegelapan, Erm.. zaman FYP. Dan mengikut contoh dan teladan senior saya cik nourel cahaya punya blog, saya pun telah memilih layout yang kaler dark iaitu hitam.

Tapi saya selitkan jugak kaler pink. Pink itu pasti. Warna feveret tu. Mana boleh tinggal. Satu hari ni dah banyak layout saya try, tapi yang ni lah terbest.. Mula-mula nak letak yang cute-cute.. but macam tak best je letak layout yang ada shining-shining super duper cute kaler pink. Klise.. dah biasa sangat..

Lagipun, kalau perasan kat header ada rama-rama punya motif. So, Saya rasa layout blog ni, girly versi darkness sket..
patut ke saya pakai eyeliner kaler gelap.. menandakan zaman kegelapan telah bermula? haha.. Okay dah mengarut. Okay nak tidur ni.. penat duk cari layout blog. haha

Ok tata and  gud nite..

Saturday, June 18, 2011

kesunyian lagi..

Salam kurang ceria semua,

Di sini, saya sendirian lagi. Kawan-kawan yang seFYP telah pun pulang ke rumah masing-masing. Ada yang yang pergi collect data kat Cameron highlands, ada yang collect data kat hospital.. arggh  yang penting diorang tak duduk dalam UMT ni lagi..

Tadi, sorang lagi rakan sebilik saya telah pulang ke kelantan.. maybe akan ke kuala lumpur untuk collect data untuk FYP.. Dan saya masih di sini. Owh, sadisnya entri kali ini.

Insyaallah ,maybe next week dah mula masuk lab.. Bermakna payah sikit la nak update entri.. Harapnya semua berjalan lancar..
Tu, blok sebelah ( blok lelaki) asyik memekak je. Karaoke la konon. Suara kalau sedap boleh la layan.. ni sakit kepala saya dengar. hish.. dah la tengah layan sedih ni.. tiba-tiba blok sebelah ni memekak je. huish.. tak suka.. tak suka.. haha

Dah la, buat kisah sedih kat entri kali ni.. Miss Semut api cepatlah pulang temankan saya di sini.. Cik dayah.. I miss you.. cepatlah collect data.. haha

Ok dah mengarut.. tata

Friday, June 17, 2011

Broadband dah sembuh..

Salam ceria banyak semua,

Saya just nak cakap yang...
Broadband dah hidup dan bernyawa semula.
Haha,, gembira..tadi lepas bangun tidur.. saya pun mencuba la broadband.. saja je nak try mana la tau.. menjadi kan.. haha.. dan yang bestnya.. broadband  dah boleh pakai dan menjad sangat laju.. yihaa..

Saya ingat nak bukak youtube, but tak jadi la.. nanti exceed the limit kene turun kafe kusza lagi.. hurm.. tak best.. So, just nak taip entri sket.. dan bukak fb.. boleh la survive kot.. hhaa

Thursday, June 16, 2011

Library, novel cinta...dan..

Salam ceria sedikit semua,

Seperti yang saya katakan semalam, hari ni saya berjumpa dengan supervisor kesayangan namun apakan daya, my dear supervisor tak ada kat bilik dia.. Ada urusan yang perlu dia selesaikan di luar. So, saya dan miss debat menapak ke library.

Saja je saya car buku berkaitan dengan FYP. boleh lah menambah pengetahuan. Ok.. Dari sudut microbiology, kaki saya gatal ke sudut Sains sosial. Bukan nak cari buku tambah motivasi diri. Namun saya saja suka berjalan-jalan di celah-celah rak buku. Ehmm.. tah kena sampuk apa. Tapi habit time sekolah ni memang tak dapat nak dikawal lagi. Memang saya suka berjalan di antara celah-celah rak buku.

Dan sedang berjalan-jalan tu, mata saya terpandang sudut novel. Yeah, kawasan yang saya paling suka. So, screening session pun bermula. Okay rak pertama... novel cinta.. okay skip.. lagi.. novel cinta..
novel cinta.. novel cinta versi islamic.

Nove cinta lagi? huh  bosan. Tak ada novel genre lain ke? So, screen punya screen jumpa la satu novel kisah adik-beradik kembar yang berdendam.. eh macam best pulak..
Tambahan pulak novel Hlovate-contengan jalanan telah selamat aku habiskan tadi. So, tak ada masalah nak tambah novel baru kan.?
So, novel karya nass alina noah saya ambil dan bawa ke kaunter layan diri- mesin.. untuk dipinjam.


Time saya tulis entri ni, hurm..ada satu kumpulan tengah meeting ka kafe kusza ni. Ala macam tak biasa buat  meeting malam-malam.. So, takde la bising sangat walaupun ada gelak-gelak.. haha...Ada juga yang hensem tu, but tetiba malas nak usha. Menjaga pandangan mata. haha.. Sejak bila tah saya jadi baik ni.
Myabe sebab baca novel Hlovate ni.. hurm.. at least berubah la jugak kan?

Tah mengapa rasa mengantuk pulak.. Mungkin sebab saya pergi Giant kot tadi. So, agak letih..
Dah la tak nak sambung lagi.. nak kemas dan balik bilik.. haish.. broadband bila la kamu nak sembuh ni.

salam tata

Wednesday, June 15, 2011

FYP, broadband dan kafe kusza..

Salam tak berapa ceria semua,

Tak tahu nak tulis apa. Sekarang ni saya kat Kafe kusza sebab broadband celcom dah exceed the limit Arghhh.. time nak buat kerja time ni la broadband buat hal. Kalau kat rumah tak pulak bengang macam.. almaklumlah, kat rumah ada streamyx. Nak update blog pun kena pandang-pandang. haha.. Macam ada benda yang tak elok je saya buat. haha

memandangkan esok nak jumpa supervisor yang disayangi, terpaksalah kena bertungkus lumus malam ni. Err kerja last minit adalah kepakaran saya. haha.. Eleh semua orang pernah buat kan kerja last minit. Jangan cakap tak pernah. Hurm.. bosan nye buat FYp ni.. cuba buat blogwalking.. konfem saya no satu. haha

dah la.. ada yang pandang pelik kat sini. err... salah ke saya tulis blog..tah-tah saje je nak usha url blog..kahkah.. giler perasan. Ok..
nak buat keje lain ni.. sayonara..

Tuesday, June 14, 2011

Lelaki-lelaki hensem satu malaysia

Salam satu Malaysia semua.

Saya just nak straight to the point je la hari ni. Tak ade masa nak buat intro panjang -panjang sebab saya nak habiskan novel Hlovate- Contengan Jalanan.  peace..

sumber: volkswagenmerah



hurm, ada apa dengan laki-laki hensem satu malaysia ni. hahaa.. okay mari kita mulakan cerita di sini ye..
Pada satu malam yang hening lagi indah.. Opps.. dah terlalu mengarut ni. haha..

sumber: limkokwing

Okay serius.. Semalam, saya dan rerakan pergi la menghantar cik dayah  ke terminal bas. okay cik dayah nak balik ke kL meninggalkan saya dan teman-teman yang masih tinggal di UMT bagi menghabiskan FYP. So, disebabkan bas dijadualkan bertolak pada pukul 10 malam, so kami semua decide untuk makan dulu kat restoran yang berdekatan terminal tu.

Okay, mula-mula, sesi mengorder makanan. Actually segan jugak nak masuk ke restoran tu, sebab ramai lelaki dari perempuan but disebabkan perut yang lapar, kami pun masuk je la. Muka buat selamba je. haha..
Usai order, hurm.. duduk la bersembang-sembang.. Macam-macam cerita keluar. Sesekali keluar cerita, illuminasi la.. palestine la.. haish macam-macam...

Dan ketika saya rancak berborak isu-isu semasa.. hurm.. betul kami bercakap mengenai isu-isu semasa ditambah pula dengan kehadiran cik debat a.k.a bakal wakil rakyat masa hadapan.. memang boleh pecah meja makan tu dibuatnya.
dan seketika, makanan pun sampai.. Eh.. asyik cerita pasal kami je bila nak cerita pasal lelaki hensem kan?

saya makan nasi goreng ayam..

Bila dah lama-lama duduk.. ada beberapa orang lelaki masuk ke dalam restoran tu. Saya pandang sekilas. Sekali je tau.. sebab dua kali pandang dah jatuh haram.. Wah.. wah.. wah.. cik nik dah pandai.. haha
Masuk-masuk je, terus geng-geng mereka menegur couple chinese yang memang dah lama makan kat meja depan diorang. Oleh kerana, cik semut api, cik debat dan cik pink duduk membelakangkan mereka, so, hanya saya dan cik dayah je boleh menikmati pemandangan indah.. Erk.. kami bukan stalker tau.. haha

Tapi yang peliknya, mereka semua duduk sekali. So, saya usha diam-diam.. Erm.. saya layan jugak diorang cakap tapi mata tu jeling-jeling. kahkahkah.. well, ada melayu, cina dan india. Dan agak tak terketerlaluan kalau saya cakap, mereka agak good looking. haa..

kamo juga cerita pasal piramid melayu yang ada dalam laut jepun.. sumber: sini

Saya pandang cik dayah dengan muka flirt.. haa miang.. but sebelum ni saya selalu cakap iklan kat TV pasal satu malaysia tu hanya sekadar iklan semata-mata.. but.. semalam saya dah tengok sendiri.. Memang nampak harmoni.. ketawa sama-sama.. Sebab diorang cakap kuat.. okay.. macam-macam bahasa saya boleh dengar.. kejap melayu, kejap cina.. err.. yang bahasa tamil.. tak kedengaran la pulak..

haha.. okay.. sebab masa semakin suntuk.. terpaksalah kami semua keluar dari restoran.. haha.. okay bye-bye Lelaki hensem satu malaysia..

Actually banyak bende nak cerita, but err novel Hlovate asyik terbayang-bayang di minda.. so.. mintak diri dulu.. okay..

till next time.. tata

Saturday, June 11, 2011

Novel atau Drama adaptasi?

salam ceria semua..

Sihat? haha.. Okay just straight to the point je la. Saya just nak cakap mengenai fenomena Nora Elena ni. Huhu.. Even kat formspring pun ada orang tanya pasal drama Nora Elena yang ditayangkan di TV3.  Semua cakap seth tan tu jahat la, romantik la.

Tapi kan.. keromantikkan Seth Tan tu agak melampau kan. Macam fake je. Ada ke laki macam tu dalam dunia ni? Sebab terlalu bersabar dengan kerenah Elena. Kadang kala saya terfikir, adakah rasa bersalah yang membuatkan Seth tu, tahan dengan Elena? haa.. itu kita tak tahu.

Seperti yang kita tahu,  Nora Elena adalah adaptasi dari novel Kasih yang suci karya Meen Zulaikha. Tapi seriously, saya lebih prefer novel dia compared to the drama. Maybe, sebab saya dah baca novel tu beberapa tahun yang dulu. Actually novel ni dah lama la. haha

Perbezaan antara novel dan drama amatlah ketara :

Drama Nora elena:

  1. Seth Tan adalah mixed blood Malay + chinese yang tak mengamalkan ajaran Islam yang sebetulnya.
  2. Eid tu tak nak kawin dengan Elena sebab salah sangka dengan Elena ada hubungan sulit dengan bos.
Novel Kasih yang Suci:
  1. Seth Tan adalah muallaf dan after convert, dia menjadi Islam yang sejati. Dan banyak baca buku agama. 
  2. Eid tak nak kawin dengan Elena lepas dapat panggilan misteri yang mengatakan elena tak suci lagi.
hurm.. Tapi kan Yvonne tu memanng annoying giler even dalam novel pon.. 
But still, drama tak mampu kalahkan novel dia. haha...



Tapi kan ada juga novel-novel lain yang diadaptasi contohnya drama Trilogi Cinta yang diadaptasi oleh novel Tak seindah mimpi, Tak semanis impian  dan Tiada lagi mimpi. Saya suka novel-novel ni. Novel Trilogi yang memang best. Saya suka ceritanya. haha..

Tapi saya tak tengok dramanya.. peace..



Ada lagi novel yang didramakan.. Yang ni namanya Cinta pertama. Novel juga. Tapi saya frust sangat sebab dalam novel, heroin tu bertudung litup okay.. Tapi in drama.. hurm.. tak pakai tudung dan rambut kerinting dan pendek. Err.. memang weird. Satu lagi sebab hero dalam novel adalah kacukan malay + sepanyol, So mata hero patutnya hijau. Tapi dalam drama, tak nampak sangat kaler mata tu.. huhu.. Frust..


Okay, nak baca drama online la.. but kan.. bagi saya peminat novel ni. drama adaptasi tak berapa best. haha.. saya lebih suka mengadap patah-patah perkataan itu sendiri. Susunan ayat lebih indah dan tersusun. haha.. berbanding just tengok drama.. hurm.. takde feel langsung.. haha

Ok till next time.. tata

Thursday, June 9, 2011

Dalam meniti hari-hari terakhir di sini.

Salam ceria semua..

Saya mulakan entri kali ini dengan perasaan yang ceria dan  erm.. gembira? Sedar tak sedar dah tiga tahun berada di UMT ni. Hish.. Dah nak masuk tahun keempat.


FYI, bukan FYP tau..For your info, sem depan adalah sem akhir. HUHU.. lepas tu kena menjalani latihan industri. Surat untuk menjalani latihan industri telah pun selamat dihantar dan disahkan oleh pegawai sana. Dalam entri sebelum ini, saya dah maklumkan untuk menjadikan KLAS sebagai pilihan pertama selepas prosedur pihak JPA tak benarkan saya buat latihan industri di luar negara.. huhu.. sadisnya hidup waktu itu..

Dalam selepas di timbang dan di fikirkan semula.. Akhirnya saya menukar keputusan di saat akhir apabila Supervisor saya mencadangkan saya untuk membuat latihan industri di UTM, iaitu research centre kat sana kursus dalam bidang food microbiology. Haish..


Bonus buat saya sebab final year projek saya berkisar mengenai microbe. So, basic skills dah ada sebab duduk mengadap microbe hari-hari.. Pagi tadi, saya telah berjumpa dengan pembantu makmal, selepas dilihat prosedurnya, hurm.. alamatnya, lab itu rumah kedua saya la lepas ni.

Sebab ada prosedur yang menyebabkan saya bermalam di lab. Welcome to the club..Tak kisah la, janji lab work siap dan saya nak siapkan thesis dengan cepat. haha..

Bakal meninggalkan UMT dan melangkah ke alam yang penuh dugaan.. huhu.. Err.. SPA simpan satu kerja kosong kat saya.. Kan kita dah janji.. errr....??? haha

Wednesday, June 8, 2011

Ingat senang ke nak kahwin?

Salam semua..

Saya masih lagi dalam mood kenduri-kendara rumah orang kahwin.Dua tiga hari tak update blog, terasa rindu pulak kan. Tapi saya bukan sengaja. Betol, tak tipu ni. Saya pergi menolong rumah orang kenduri kahwin. Ceh padahal sebelum ni kalau mama ajak, liat jek... haha

Meh sini saya ceritakan kronologinya... Mula-mula sehari sebelum nikah, saya dan rerakan datang la buat mis en place( pre-preparation before cooking)  wah.. speaking london gitu. Macam biasa la kenduri, kupas bawang tu perkara WAJIB.  Kalau tak, gulai hanya tinggal dalam kenangan je la. Takde bawang, mana boleh buat gulai. Anda faham.

Time kupas bawang tu, ramai la yang menitiskan air mata. Ada yang kupas bawang putih pun menitis-nitis air mata. Macam kisah bawang putih bawang merah. Kene dera dengan mak tiri.. haha.. Saya ? Of coz la tak menitis air mata. ada bau-bau riak di sini ye.. haha.. Macam-macam cara diorang guna bagi tak menitis air mata. Contohnya cara cucuk bawang hujung pisau la bagi tak pedih mata. hurm.. tak sure menjadi ke tak.. tu kene tanye yang mempraktiskannya.

Selesai sesi kupas bawang yang berguni-guni.. Saya pergi menolong menyiang ayam. Kawan yang lain, potong lada kering. Okay ada 100 ekor ayam tau.. diulangi 100 ekor. Rasanya nak patah pinggang kot, buat ayam tu. Mujurlah ramai jugak yang siang ayam tu..


Ahh.. tak nak cerita panjang-panjang.. yang penting kami balik pukul 10 malam selepas habis menolong.. 12 jam kot..balik semua dah berbau ayam, bawang, cili,  halia..semua dah lekat kat baju dan tangan haha

Semalam pulak, hari nikah. So kami semua siap-siap pakai baju cantik. So, mula-mula siapkan hidangan pengantin..head chef forever and ever dari FSC telah menyumbangkan bakti bagi menghias hidangan meja pengantin. Ceh cayalah.. yang lain pun membantu jugak..

Lepas tu, pengantin sampai.Okay.. makan beradap pengantin telah diserve oleh dua orang gadis cantik dari food serve.. haha.. Diorang kan dah berpengalaman dalam meng'serve' orang ni.. huhu..So biarkan mereka. Dan yang lain, ada yang menolong kat dapur (mengalahkan tuan rumah) dan yang bagi door gift kepada tetamu. Okaylah...

And last-last saya dan rakan-rakan ke dapur bagi mengurangkan beban kerja. Lap pinggan dan gelas sebab dah ramai sangat orang ni. Takut tak cukup pinggan nak makan. Dari lap pinggan, kami basuh pinggan, sebab orang yang bauh tu, pergi makan kejap. Hish takkan la tak nak bagi makan. Pengsan pulak.. haha..


Sudahlah baju moden yang saya pakai semalam kain dia ketat sket. huish payah benar nak jalan. Tu la selalu sangat pakai baju kurung, pakai kain lipat batik sket pon dah terkial-kial.. haha
Selipar? tak payah cakap la.. Kami semua sepakat pakai selipar jepun jek.. Bayangkan tudung dan baju dah meletup... alih-alih pakai selipar jepun jek.. haha.. klakar...eh mujur saya beli selipar jepun yang fancy sket kalau tak.. hurm.. tak tahu la..

Akhirnya, majlis kahwin berakhir dengan selamat dan badan saya dah sengal-sengal. haha.. Dalam hati saya terfikir, payah benar nak kahwin ni. Persiapan kahwin pun dah pening kepala. Apa lagi tengok pengantin perempuan yang sangat sibuk, kejap pergi kat khemah, dapur, atas rumah.. Huish payah benar..
So, buat siapa yang senang-senang je nak bercerai tu, fikir-fikirkan lah.. ingat senang ke nak kawin lagi.. Satu majlis perkahwinan dah melibatkan ramai orang.Dah ramai berpenat lelah untuk majlis kahwin, jadi kalau ada masalah, jangan sesenang hati je nak cerai.. tak berbaloi usaha orang yang menolong time kenduri kendara tau..

Okay, apa-apa hal. Selamat pengantin baru.. semoga bahagia selama-lamanya.. haha

Sunday, June 5, 2011

Selamat pengantin baru Puan pengantin!!

Salam semua.

Tak tahu macam mana nak mulakan entri kali ni. Almaklumlah, entri kahwin-kahwin ni.. agak tak sesuai dengan saya yang masih bawah umur kan..(erkk yeke?)

Saya buat entri ni khas buat kawan saya yang telah pun selamat berkahwin semalam. Hai selamat dah sorang kahwin yang lain bila lagi nak belanja saya makan nasi minyak? haha.. jawab sendiri.

Sepanjang perjalanan ke rumah orang kahwin tu, (kami konvoi 4 buah kereta ye) macam-macam yang saya fikirkan. Yelah, kawan-kawan ramai yang nak tunang, ada jugak la yang dah sampai seru. Saya? haa.. duduk siapkan Final year project sampai pening-pening.

hurm.. saya buat fyp microbe.. haha


Orang lain, muka bahagia senyum. Almaklumlah seri pengantin. Saya? pucat lesi sebab buat FYP dan tak cukup vitamin C. haha..

Bercakap mengenai kahwin ni, saya nak mengimbau kembali perkenalan dengan kawan kosmate yang telah pun menaikan pangkatnya dari cik kepada puan. Eh saya pun orang panggil puan jugak.. Tapi bukan puan sebab kahwin tapi sebab puan pangkat.. wakakaa.. hurm gila kuasa sikit di sini.. haha

Erm.. biar saya ceritakan sedikit macam mana saya kenal puan pengantin ni ok.. Hurm of coz la saya kenal sewaktu menjejakkan kaki ke UMT nan indah ni. Okay?
First impression saya terhadap dia? Puan pengantin ni agak fashionable and boleh kata up to date. Sebab muka dia agak matang dan tubuh dia tinggi, saya nampak dia macam bukan sebaya dengan saya. haha..

Okay tu first impression, lepas tu semua budak kosmate mengalami kerunduman perasaan yang tertekan sewaktu tahun 2, sebenarnya kami lebih memahami antara satu sama lain. haha..
Sweet kan pengantin dengan rakan-rakan kosmate nye.. haha

Mengenai majlis kahwin semalam, rasanya kecoh rumah pengantin time kami datang. Almaklumlah empat buah kereta. Tempat makan pun kena serbu dengan askar-askar. Agaknya kalau kami datang sorang-sorang, mesti buat malu-malu kucing tapi sebab ramai kan, jadi tak berapa nak malu sangat la. haha


err.. macam ni la bebudak ni . pantang nampak kamera.. haa


Ada kawan saya yang komited, tengah-tengah duk makan pun sibuk cerita pasal FYP.. haha.. Maaf puan pengantin, majlis kahwin anda tak mampu menenggelamkan mood FYP kami haha..
Okay la.. ada juga la saya selitka sedikit gambar-gambar kami di sini.. Gambar encik pengantin saya tak letak.. saje je.. hahaha

bergambar dengan pengantin haha
Buat puan pengantin..
SELAMAT PENGANTIN BARU.. 

Friday, June 3, 2011

Got a secret?

Sebabkan saya tak boleh nak tengok pretty little liars this week.. terpaksalah post lagu tema pretty little liars je.. Sedihnya.. agaknya apa la yang berlaku episod minggu ni.. 

Secret by the pierces





Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it, in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you
Won't tell what I said
Cause two can keep a secret
If one of the m is dead…

Why do you smile 
Like you have told a secret
Now you're telling lies
Cause you're the one to keep it
But no one keeps a secret
No one keeps a secret
Why when we do our darkest deeds
Do we tell?
They burn in our brains
Become a living hell
Cause everyone tells
Everyone tells…

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it, in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you
Won't tell what I said
Cause two can keep a secret
If one of the m is dead…

Look into my eyes
Now you're getting sleepy
Are you hypnotized
By secrets that you're keeping?
I know what you're keeping
I know what you're keeping

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it, in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you
Won't tell what I said
Cause two can keep a secret
If one of the m is dead…

[spoken]
Alison?
Yes, Katherine.
I have something I want to tell you, but
you have to promise to never tell anyone.
I promise
Do you swear on your life?
I swear on my life

[end spoken]

You swore you'd never tell…
You swore you'd never tell…

You swore you'd never tell…
You swore you'd never tell…

Got a secret
Can you keep it?
Swear this one you'll save
Better lock it, in your pocket
Taking this one to the grave
If I show you then I know you
Won't tell what I said
Cause two can keep a secret
If one of the m is dead…
(chorus x 3)

Yes two can keep a secret
If one of us is…. Dead.



P/s : this is a creepy song.. 

Suka masuk forum?

Hai semua.

Kebosanan berada di hostel dan kemalasan membuat FYP membuatkan saya menulis entri kali ini. Ceh.. giler skema ayat.. haaha.

Okay berbalik kepada topik.. Anda suka berforum? ataupun anda ada masalah tapi segan nak cerita dengan kawan-kawan mahupun kakak/ abang dan yang sewaktu dengannya? Tapi kalau anda tak luah, anda rasa nak meletup. Haaaaa...

Meh sini saya tunjukkan jalan penyelesaiannya. Dengan ini saya perkenalkan MYLOT. Mylot ini adalah salah satu forum worldwide la. Korang boleh la berceritakan masalah atau kutukan atau meminta pendapat mengenai sesuatu isu kat situ.

Dan korang juga boleh la meningkatkan lagi grammar, sebab forum tu adalah fully english okay. Mengenai nama, ala jangan risau. Nama sebenar takkan direveal dan hanya user name saja akan terpapar di situ.
Dalam mylot ni, korang takkan boleh agak yang si pengomen tu dari mana. Sebab susah nak bezakan antara mat saleh, dengan yang bukan mat saleh.

Sekarang ni saya jadikan Mylot sebagai tempat membebel untuk menghilangkan stress FYP.. haha..

Ok.. kalau anda suka.. Boleh klik and sign up...

Haa.. satu lagi yang best..

Actually,
ANDA DIBAYAR UNTUK MEMBERI DAN DIBERI KOMEN DI FORUM ITU OK.. HAHA

tapi tak pasti la.. just check sendiri la dengan terma dan syaratnye.. ok..

selamat berforum..

Thursday, June 2, 2011

Tangan kasar sebab masak?

Hi all.

Entri kali ni berkisar mengenai dapur dan masakan. Memandangkan saya budak foodservice, isu masak-memasak ni adalah satu isu yang BESAR dan agak la sensitif.
Suatu hari yang hening, saya balik ke kuantan. Saya memerhatikan adik bongsu saya yang asyik duk buat manicure tangan. Naik pelik sebab sebelum ni tak pernah tengok dia buat manicure tangan. Nak suruh basuh tangan  guna sabun pun malas, ni kan pulak nak buat manicure , pedicure ni. Aish jauh panggang dari api.


Saya pun tengok la, kejap-kejap tengok kuku. Kejap-kejap tengok jari.. Aish macam-macam. Then, saya tanya.
" buat apa?"
Dia jawab.
" tangan dah kasar. kuku dah rosak."
Saya tunjuk muka pelik. Sambil-sambil tu tengok kuku dan tangan sendiri.
" sebab apa jadi kasar? bertukang ke? Buat rumah? angkat bata? ke kena tekan tubi?"
Dan jawapan yang dia berikan amat mengejutkan
" Sebab masak la ni. Habis kasar. Terhakis."
Reaksi saya..
" ERk? Macam tu ek?"

Saya terfikir.Kalau la masak boleh kasarkan tangan, ini satu isu besar. HAHA.. tapi saya rasa masak takkan kasarkan tangan. Yang jadi kasar tu sebab kena basuh pinggan mangkuk.. lap dapur.. dsb.. Sebab pakai detergent. tu yang terhakis.


Tak de hal la.
Dah lepas basuh pinggan tu, cepat-cepat la apply losyen nivea.. konfem lembut..
Takde nivea extra moisturising ? Pakai Vaselin (lotion tau) tak pun johnson baby.. Lepas ni lembut la kot tangan tuh.. haha

Wednesday, June 1, 2011

Budak sekarang.. hurm

Salam ceria semua.

Baru je tadi saya buka facebook kenalan saya. Hish budak sekarang. Advance. Takut pula saya tengok facebook dia. Padahal waktu zaman sekolah dulu, span  sopan habis. Oh lupa! Sekolah saya diWAJIBkan bertudung. Jadi tak ada isu free hair di sini okay..

Sebab dia dah tukar profile pictures kat facebook, saya pun mengeklik la dia punya page. Saje nak tahu perkembangan.Tapi, loading je gambar. Mak aii.. baju dia. Seksa mata memandang. Saya kalau isu free hair tu, tak ada la nak pandang serong sangat, tapi kalau baju dah dedah-dedah. Erm peratus untuk berfikiran negatif  dah jadi lebih 50 %. 

Okay, saya tahu tak baik berfikiran negatif tapi kan kalau dah macam tu gayanya, saya memang la tak dapat nak  elak dari fikir benda-benda tak elok.Okay..

Tapi kan saya rasa budak sekarang lagi advance dari zaman kita dulu. Saya buat la spotcheck akaun facebook adik-adik saya yang tercinta tu. Okay, saya mengaku memang saya kakak yang baik. So, saja je nak tengok apa yang diorang buat kat facebook. So, check la kawan-kawan. Mak aii..banyaknye kawan.  bila buka friend list, penuh perempuan (yang cute-cute and seksi meksi). Ini profile adik laki saya la.

Bila tanya,
" amboi, ramai nye perempuan. Kenal ke ni?"
adik jawab
" Orang hensem, ramai la add."

Teeeeeeet... terkedu tak tahu nak jawab apa. Adik oh adik..
Maybe dah memang macam tu. Kalau adik perempuan pula, ramai laki-laki yang LEBIH TUA dari adik saya ada dalam friends list. Kalau setakat tua 2-3 tahun, still boleh terima. Ni kalau umur dah sebaya abah saya, tapi guna panggilan 'ABANG', ape kes?

Jadi saya tolong me'remove'kan PAK CIK itu dari fb adik saya. Hurm.. payah betol nak jaga adik perempuan ni. Lepas tu, check gambar, takut adik upload gambar free hair ke, pakai singlet la.. kita tak tahu pemikiran bebudak sekarang.. kat luar punya la pakai tudung, tapi bila gambar fb free hair.. So, check punya check... Ok clear. 

Betul la kata mama, payah nak pantau anak perempuan ni. (anak lelaki pun sama jek). So, sebagai kakak.. saya kena la selalu buat spotcheck. Ingat tak penat ke jadi KAKAK yang mithali ni. Penat tau.