Sunday, July 31, 2011

Bulan Ramadhan, Fend dan Contengan Jalanan

Assalamualaikum,

Mood sekarang masih lagi hurm, murung plus terkejut sebab experiment tu kena hold dulu sampai satu masa yang diberitahu. Okay, yang sudah tu sudahlah. Malas nak fikir. Kalau ikutkan hati, nak je kemas barang dan balik Kuantan on the spot. Tapi deadline dah dekat. So, kena siapkan kerja. Oh ni bukan FYP. Ni kerja dan tuntutan lain yang hanya difahami oleh sesetengah golongan sahaja. Kena siapkan at least 80% progress dalam masa seminggu. Kalau tak habislah.

Esok, dah start berpuasa. Bila time puasa-puasa ni, semua jadi lemah. HEHE.. betul ke? Agak-agaknye bumper puasa APO? dan Ujang dah keluar ke belum? Suka baca komik melayu especially time puasa dan raya. Suka sangat.

Tapi puasa kali ini, terasa lain. Entahlah, mungkin hormon tak stabil sebab fyp ataupun sebab sendirian di hostel. Biasanya, mesti ada roomate yang sudi teman bila bersahur dan berbuka. Kalau kat rumah, pagi-pagi  simbah air kat abang, suruh bangun sahur.. haha.. ok gurau je. Liat benar nak bangun sahur.


sumber: sini

Bulan lepas, saya dah abiskan novel contengan jalanan karya Hlovate. Sebab latar cerita adalah bulan puasa, jadi bila nak masuk bulan puasa ni, terus teringat kepada Fend dan K square iaitu hero dalam cerita tu. Dah la time naik komuter hari tu, saya terjumpe lelaki sebijik macam Fend.


Lebih kurang la, mata sepet, lepas tu pakai glasses stail old skool. Rambut style korea sket-sket ..(erm.. tak reti nak describe rambut dia).. kulit gelap (bukan hitam legam ok  tapi ala-ala sawa matang).. Yang penting, kat telinga dia terselit earphone. Maybe dengar lagu. Sekejap-kejap tukar lagu. perhaps. Saya tengok dia bukan sebab hensem, tapi bila pandang dia terus teringat kat Fend. haha.. Tapi dia nampak pendiam. Lupa plak nak snap gambar dia. haha.. ok..ok..

Ok kita lupakan pasal 'Fend' yang saya jumpa dalam komuter. Lepas baca contengan jalanan, memang rasa lain. Contengan jalanan bukan novel cinta jiwang-jiwang.. euw.. euw. Ia bukan novel melayu yang tipikal. Ia lebih kepada novel mencari tuhan. Bukan macam novel ayat-ayat cinta yang ditulis oleh habiburahman el shirazy tu, yang berkisar mengenai dunia dakwah dan Al-azhar. Bukan. Ia lebih kepada budak jalanan, hurm bukan merempat ok. Budak yang kaki jamming, berjiwa seni, suka X-games dalam perjalannya mencari Tuhan.

Sebab novel ni berkisarkan bulan puasa, saya rasa korang try la baca. Erm, takde ayat jiwang-jiwang pun dalam tu. Novel tu memang banyak hadis yang dia selit kena pada tempatnya. Bulan ramadhan bukan berkisar mengenai makanan. Semua orang sibuk dengan bazaar, semua tv sibuk dengan rancangan masakan, semua pasaraya sibuk dengan sale.

Mungkin betul kata Hlovate yang bulan Ramadhan di Malaysia ni dah hilang ertinya.

Okok.. selamat menyambut Ramadhan AL mubarak.

Saturday, July 30, 2011

Hostel, rumah sewa dan unit beruniform..

Hai,

Beberapa hari lepas, ada la seorang hamba Allah ni tanya satu soalan cepu emas kat saya. Sebelum ni dah ada yang tanya soalan yang sama tapi saya just senyum je. Malas nak jawap. Tapi selepas ditanya berulang-ulang kali, saya akhirnya jawap soalan tu dengan beberapa hujah bernas. Oh okay, skema sket ayat di sini... huhu

Soalannya berbunyi begini,

Kau tak nak cuba duduk rumah sewa ke? Best tau duduk rumah sewa.
Okay, tu soalannya. Well, bukan saya tak nak duduk rumah sewa, tapi kalau  saya dah dapat asrama.. buat apa duduk rumah sewa kan.

First, kalau duduk rumah sewa, perkara pertama yang perlu ada ialah, kenderaan pergi dan balik kuliah. Oh okay.. Mungkin ada kawan sekos yang ada kenderaan yang sudi menumpangkan saya but sampai bila?  Mugkin hari tu, hanya saya je ade kelas elektif, takkanlah saya nak mengada-ngada suruh dia hantar kan? Hish macam tak senonoh je. Erm.. maybe kene cari boyfriend yang ade kete yang boleh amik dan hantar. huhu.. Okay itu mengarut...

Second, Kalau duduk rumah sewa mostly kita akan pilih kosmate sendiri. Payahlah. Sebab kalau hal remeh-temeh gaduh-gaduh mesti akan di bawa ke kelas. Hish tak syiok langsung. Kalau duduk asrama mesti dapat roomate lain-lain kos. Jadi tak payah la, nak mengadap muka kosmate setiap hari dari bangun tidur sampai la nak tidur. haha.. Lagi satu, kalau dah tinggal dengan lain-lain kos, bolehlah menambahkan networking. Macam saya, sem lepas roomate saya budak kaunseling dan marketing. So, sekarang ni, saya dah ada kawan dari kos marketing dan kaunseling. Okay, networking tu penting. Takkan nak kawan sekos je. Hurm.. tak berkembang langsung.

Roomate.. 
Third, Saya kan masuk unit beruniform. Penat je la saya kawad tetengah panas. Naik bukit turun bukit.. Tidur atas jalan tar.. Guling-guling atas jalan tar yang well agak panas..and then saya tak apply asrama. Hurm.. tak berbaloi langsung. Jadi saya gunakan aktiviti tambahan ko-k tu untuk apply asrama. Baru berbaloi sket. Lagipun asrama ada katil, meja study, dan almari dua pintu (B1). hehe.. suka-suka..

Forth, lastly sebab sem depan adalah sem last. Jadi cam membazir je nak duduk rumah sewa. takpela  satu sem je lagi di sini. Hurm.. nanti keje kene duduk rumah sewa jugak kan. Tapi bila dah keje mane nak duduk hostel lagi kan. huhu.. Ok Ok.. dah banyak mengarut ni..

Nak dapat asrama susah, kalau dapat just duduk je la. Jangan nak komplen.. komplen ..

Ok..tata

Thursday, July 28, 2011

Bangkok Trip: A journey to remember.

Sa wat dii kha..

Dah seminggu blog ni tak diupdate. Kesian blog ni, dah kurang kasih sayang dari tuannya. haha.. Okay, mood saya sekarang masih lagi dalam mood bangkok. Actually banyak benda nak cerita waktu pergi bangkok but kalau cerita banyak-banyak kan, ada pulak yang menyampah kan.. huhu.. hehe..

Seminggu di Bangkok. Memandangkan saya berada di UMT, terpaksalah saya memulakan perjalanan ke bangkok dari Kuala terengganu menaiki bas express menuju ke hentian putra. Dan dari hentian putra, kami ke KL sentral menaiki komuter dan akhirnya ke LCCT menaiki Airbus. Nampak macam smooth je kan. Tapi dalam hati, penat weh. Dah la sampai bangkok terus berjalan sampai ke malam. haish,...

Kalau nak cerita pasal bangkok, hurm.. rasanya boleh buat beberapa entri susulan la kot. Just nak cerita pasal bangkok but saya rasa takpelah, saya buat kesimpulan sahaja mengenai bangkok.


  1. Susah nak cari makanan halal kat bangkok. Dah la saya  ni pemakan nasi tegar. Ok. orang melayu sejati la katakan. mane-mane nak jugak cari nasi untuk mengenyangkan perut. Tapi yang sedih bila tak jumpe tempat makan halal. So, hanya biskut dan air milo dalam kotak je jadi makanan ruji di sana. huhu.. sedih
  2. Mostly perempuan and lelaki cantik dan hensem. Ok, bolehla cuci mate kat sane. Yela, lelaki dia dah putih, mate sepet (okay walaupun saya tak minat lelaki mate sepet ni) dan fashionable. Kalau perempuan, mest pakai yang skirt stok singkat-singkat bagi nampak kaki. Nasib baik slim-slim orang kat sane. Mungkin berkat makan pulut kot.
  3. Undergraduate student pakai uniform. Time ni, saya pergi la kat kasetsart university. Kebetulan hari tu hari Isnin, so, dapatlah tengok student dia sekali kat sana. Baju kemeja putih dengan seluar warna hitam/dark blue (tak sure la kaler dia) untuk lelaki dan untuk perempuan, kemeja dan skirt kembang/ skirt ketat bawah lutut. Kasut?  boleh je pakai kasut ape-ape.. janji pakai uniform. 
  4. If you're hot enough please wear the shortest skirt but if not, please don't. Waktu kat kasetsart university tu, mostly ada 2 jenis golongan student (perempuan ) yang hot dengan skirt pendek sendat atas lutut dan yang kurang hot (stail budak baik-baik) yang pakai skirt kembang bawah paras lutut. Agaknya perempuan Thai memang suka fashion kot. Sebab dari rambut sampai la ke kasut mesti pakai yang cantik dan kadang-kadang cute. 
  5. Kasetsart university. Sebabkan saya pergi atas lawatan sambil belajar,  university kasetsart merupakan salah satu unversity yang wajib dikunjungi. Memang besar lebar la university dia. Dan yang paling mengagumkan, alatan untuk tujuan pengajaran dan research diasingkan. Lab berlambak dan diorang ada lab untuk buat sensory. Ala yang macam kite belajar dulu.  huhu.. Memang terlopong la tengok. Yang best, semua lab asing. Lab microbe, lab chemical.. ala semua jenis, asing.. Desicator berlambak-lambak, incubator pun sama. Jalan-jalan, tersepak freeze drier, jalan-jalan tersepak vacuum drier.
Ada banyak lagi yang saya nak cerita tapi rasa nak tido la plak.  ok ok.. nak tido..tata

Thursday, July 21, 2011

Sa-wat dii kha...

Sa-wat-dii kha.

Di-chan chue nik.  haha.. Opps khaw thot kha. Well, saje je nak test cakap siam kejap. oh okay jangan rasa menyampah. Well ni entri syok sendiri. So, saya mintak maaf la pada yang sudi duk bace entri ni..
huhu..

Opss.. hurm.. hari ni baby microbe tak nak grow la.. tah la ape lagi la yang die nak. Dah bagi kasih sayang tapi tak nak tumbuh pulak. So, okay saya nak pergi menenangkan fikiran jap. Forget about baby microbe. Hey bangkok, here I come. haha

So, hanphone dah fully charged. Kamera pon sama.. Okay mungkin tak sehebat kamera DSLR tu.. but still boleh guna la kan. Hurm.. baju tak habis kemas lagi.. tak boleh exceed 15 kg.. Well kasut sahaja dah setengah kg.. campur losyen , pencuci muka, minyak wangi, ... megi (okay wajib bawak ni.).. dah berape la berat semua..

Check list..
Blazer hitam, seluar slack, kemeja.. kasut tumit tinggi hitam.. okay.. cukup. Baju wajib pergi lawatan tu. Mesti nak jugak pakai blazer tu. Macam budak law la plak. haha.. So, saya dengan rajin buat travel guide. Preparation tuh.. Mane la tau boleh ngorat mamat bangkok sorang.. eh.. eh.. tak nak.. tak nak.. gurau je.

Okay.. nak siapkan barang-barang nak pergi esok. Hope sampai sane dengan selamat. Doakan saya selamat sampai dan selamat pulang. Ceh, ayat tacing di sini.


Sekarang tengah dengar lagu price tag. Suka lirik dia.  Okay, saya bukan shopaholic tau. 




Seems like everybody's got a price, 
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first, 
And the truth comes second,
Just stop for a minute and
Smile
Why is everybody so serious? 
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can't even have a good
Time.



Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right
Can you feel that yeah?
We're paying with love tonight.... 

Chorus:
It's not about the money, money, money
We don't need your money,money,money
We just wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag.
Ain't about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Ain't about the (yeah) Bl-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance, 
Forget about the Price Tag.


Verse 2.
(Listen,)
We need to take it back in time, 
When music made us all UNITE! 
And it wasn't low blows and video hoes, 
Am I the only one gettin... tired?
Why is everybody so obsessed?
Money can't buy us happiness.
Can we all slow down, enjoy right now?
Guarantee we'll be feelin
Alright.

Everybody look to their left ( yeah! )
Everybody look to their right
Can you feel that ,yeah?
Wer're paying with the love tonight....

Chorus


Bridge:
Lala-Lala-Lalala ay! 
Lala-Lala-Lalala ay! 
Lala-Lala-Lalala ay! 
Price Tag! 

Lala-Lala-Lalala ay! 
Lala-Lala-Lalala ay! 
Lala-Lala-Lalala ay! 
Price Tag! 


Chorus


Break it Down

M-m-money, m-m-money, m-m-money (same with verse beneath)
Money, money, money
World dance
Forget about the price tag (yeah)

Ain't about the uh Cha-ching, cha-ching
Ain't about the yeah Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance
Forget about the price tag yeaaaaaahh


Lebih suka versi maddi jane compared to jessie j..

Tuesday, July 19, 2011

Saya rasa macam _____________________.

Hai.

Dah lama tak update blog. Tak tahu nak cerita ape.Huuhu.. Takkan la setiap kali nak cerita pasal baby microbe yang macam tak growth2 tu? Hurm tak sesuai..

Hari tu, saya jalan-jalan kat bangunan HEPA baru. Saje je nak survey tengok book garden UMT yang dah macam ala-ala MPH. And then, saya jumpe buku yang dah lama saya cari... Akhirnya jumpa jugak, tapi tengok harga.. mak aii.. kopak duit nak beli. So, buku tu saya hold dulu.. Next time la beli. Sadisnye tak dapat buku tu. Err.. takde sape2 nak hadiahkan ke? Buat hantaran pon ok.. kahkahkah.. Eh dah mengarut.

Actually, hari ni rasa macam annoying sket. Tah la, maybe tak cukup tido kot. Entah la.. well muka kat luar duk gelak-gelak tapi dalam hati sape la yang tahu kan.. huhu.. eh ni bukan entri tacing tau. haha..

Dah la, nak pergi merehatkan minda. 


Saturday, July 16, 2011

School days: Mee Chalong

Hai...

sumber: sini

Just nak cakap, rasa nak makan mee chalong tetengah hari buta ni. entah la, bila balik kuantan tak sempat pulak nak makan mee chalong tu. Nak buat? hehe.. malas la pulak.
Hehe..

Kalau ingat-ingat pasal mee chalong ni, dulu selalu la jugak makan mee chalong. Time sekolah sebab gerai yang jual mee chalong ni ada kat belakang sekolah je. Jadi, kepada yang suka nak lompat pagar, dipersilakan. Boleh makan mee chalong. Saya? hehe.. saya budak baik, mana ada main lompat-lompat pagar sekolah ni. takde thrill haha

Baik lompat tinggi time hari sukan sekolah. Hurm walaupun palang tu selalu jatuh.. Oh ok.. saya bukan atlet ok.. haha.. Sekarang ni adik kate ade CCTV dah belakang sekolah. Bagus betul siap ada CCTV.. huhu Sekolahku dah maju. Jadi atlet-atlet haram semua, sila lupakan niat anda untuk makan mee chalong time cikgu duk mengajar dalam kelas. haha Kesian junior ku.. huhu

Arghh nak makan mee chalong.. mee chalong.. mee chalong... Dah la kat sini xde mee chalong.. nak makan mee chalong.. mee chalong.. mee chalong.. hurm.. kalau xde mee chalong.. GCB pon ok jugak.. haahaa

Ok, nak craving for sumthing to eat la.. haha

Thursday, July 14, 2011

Fyp cases: agar-agar lapis

Hai,

Erm... baru je lepas jumpa dengan Sv kesayangan tadi. Okay.. minggu ni masuk lab but sadly baby microbe macam merajuk tak nak membesar dengan baik. Mengada-ngada betul. Dah siap saya bagi medium yang sesuai untuk growth, taknak growth pulak. hish.. geram.

Kalau dalam makanan  nak tumbuh dengan jayanya pulak. hish tak paham.. tak paham... Result cam tak valid je. Hurm and guess what.. Saya kene buat aar guna TAL method which is agar lapis. huish ingat kuih melayu je ke ade berlapis-lapis? media untuk microbe pun ada jugak tau. huish.. ahad ni nak buat kuih lapis buat microbe listeria and enterobactericea la.. huhuhu


Wednesday, July 13, 2011

Zaman sekolah yang riang

Hye..


Dah lame tak jumpe dengan bebudak nih..So, saje nak letak gambor diorang  haha.. (muka sengaja dikaburkan)

eh korang kalau kawin jemput nik tau. huhu.. ok tata

Monday, July 11, 2011

FYp cases: A lovely day

Hello,

Hari ni saya masuk lab lagi. Tapi lab dah tak sama macam dulu. Dulu kalau masuk lab, saya rasa macam ni.. (sila perhatikan gambar di bawah)

lovely day versi riang gembira..

Perasaan yang tenang dan gembira bila boleh masuk lab. hehe.. Eh, tak tipu.. tak tipu ni betul ni. Perasaan tulus ikhlas.
Tapi sekarang ni, saya rasa macam ni... (sila perhatikan gambar di bawah)..

lovely day versi horror.. huhu

 Inilah perasaan saya bila berada di lab. Eh tak tipu.. tak tipu.. Esok masih perlu ke lab.Okay, tabahkan hati. Esok saya lukis lagi ek.. kalau badan tak penat.. Nak tido. I'm off.

Wednesday, July 6, 2011

Saya bukan teletubies...

Salam semua,

Hurm, dah beberapa hari kot.. (erm yeke?) saya tak mengupdate blog. Bukan apa, saya kalau duduk kat rumah ni, macam malas sket nak online walaupun rumah ada streamyx yang lebih laju dari broadband tu. Hurm banyak benda lain lagi yang boleh nak dibuatnya. haha..

contohnya, tengok tv. Well seperti yang saya pernah cakapkan dalam entri sebelum ni, best kalau boleh duduk depan tv sambil tekan-tekan remote tv sampai adik rasa irritate and blah tak mahu tengok tv dah.. haha.. Well, saya memang kakak yang baik. Tambah lak, abang saya dari KL pun dah balik rumah. So, memang kecoh la umah ni.

So, basicly, saya balik kuantan ni just nak siapkan passport and then, saje nak trim rambut. Macam dah panjang benar, haha.. saje je nak buat style sket.. Eh kalau saya highlight dengan warna pink, tak jadi hal kan.. kan? haha. owh just joking...

Well, lepas trim rambut, ada ke abang saya komen macam teletubbies? Oh My Prada.. Kejam betul, tak sama betul dengan teletubbies..

teletubbies..

Hurm, rasanya sabtu ni kot baru balik. Ingatkan nak balik jumaat, tapi tiba-tiba ada kabinet baru yang mama nak alih. Owh okay, kerahan tenaga sebelum pulang ke umt. Well, baju raya still tak beli lagi.. tema tahun ni kaler purple.. huhu...nak kene teman mama beli kain buat baju raya la ni.. Maybe esok atau lusa.. Ada sale ke? kalau ada sale pun boleh.. jimat duit..

Oh okay.. nak tengok tv pepuas.. Balik umt nanti, bila la pulak boleh tgk tv.. hehe

Monday, July 4, 2011

Kuantan here I come!!

Salam semua,

Disebabkan saya tak boleh nak buat lab minggu ni, maka dengan jayanya saya nak balik kuantan. I don't care.. and I just want to go home.. Sebab maybe saya akan menghabiskan bulan ramadhan di dalam lab dengan menternak baby microbe yang tumbuh dengan jayanya atas plate agar. Aish.. but don't worry I'll be back  this saturday.. Ala sekejap je.. nak settlekan hal sikit...

And saya dapat ke bangkok this 22 julai ni.. hahaa that's why kene buat passport and settlekan beberapa perkara sebelum 22 julai. Hurm.. saya sanggup jadi guard kat  lab beberapa minggu sebelum ke bangkok. Hurm.. Actually banyak mende yang nak buat ni.. Hurm.. hope fyp saya setel more than 80% by this september ni.. janganlah lab asyik nak tutup je.. tak jadi nak tumbuh la microbe saya..

Hope everythings going smooth..
 P/s: dayah.. nak gajah putih ek?... huhu.. maybe nik snap picture pastu edit buat poskad.. Erm okay tak? haha

FYp cases: lab..


Salam semua..

Just nak upload gambar kat lab hari tu. HUHU.. ni bukti ok yang saya masuk lab.. haha tu duk khusyuk kira plate tuh.. haha


Suasana lab memang menyeramkan kan? Gelap and gloomy je.. huhu.. Dah tu semua pakai lab kot warna putih. bila nampak orang lalu pakai baju warna hijau pucuk pisang mesti rasa nak tengok.. haha..Oh saya  bukan pervert.. huhu..

Lepas ni boleh tak saya nak bawak lampu lip lap yang kita pasang kat majlis hari raya tu.. ceria la sikit lab ni.. haha.. Oh okay.. Going to sleep.. tata

Saturday, July 2, 2011

FYp cases: that person

Salam ceria sedikit semua,

Dah lama tak buat blogwalking, erm.. apa cerita ye di sini? Dua tiga hari tak blogwalking rasa macam ketinggalan zaman la pulak. Almaklumlah minggu ni dah start masuk lab walaupun orang lain dah berkampung di lab tu berbulan-bulan. 

Niat di hati saya next week nak masuk lab lagi. Konon tak nak berhenti buat lab sampai bulan 8 ni. Herm sebab nak siapkan cepat dan boleh la balik rumah bersenang lenang. Makan mama masak.. tidur atas katil sendiri (bukan hostel ok), boleh pegang remote tv sambil tukar-tukar channel sampai adik rasa irritate. haha.. haish bahagianya waktu itu.

Namun..jeng jeng jeng.. bayangan indah tu terus pecah berderai. Sebab lab.. akan tutup satu minggu.. So, next week tak boleh masuk lab. huhuh...
kesian.. Nasib baik saya tak buat agar lagi.. kalau tak.. rosak la jawapnye... tu. incubator yang isi micorbe tu, semalam saya jenguk, kosong.. tak ada petri dish pun..biasanya, banyak giler petri dish sampai nak letak 36 plates pun semput.. huhu.. sekarang ni kosong je.. kesian..

Perlukah saya pergi bercuti dulu kat cameron highland? cik dayah sila beri komen.. 


the real culprit still out there..