Sunday, August 28, 2011

Bangkok Trip: Edisi Merdeka.

Assalamualaikum semua,

Memandangkan bulan ni bulan 8 yakni bulan kemerdekaan, sengaja saya menghadiahkan satu entri khas sempena hari merdeka ni. Hurm.. entri raya saya hold dulu. Mood tengah berkobar-kobar nak menyambut merdeka sebab baru saja tengok Majalah 3 pasal Raya Banzai. Kuikuikui.. Best woo.. Saya kalau bab patriotik ni, memang semangat sket. Hurm.. Mungkin sebab abah Tentera kot.. kehkehekeh.. tersampuk dengan abah. okay.. dah mengarut ni..

Macam yang saya war warkan.. hujung bulan lepas saya telah ke bangkok. Erm.. bukan bercuti ok.. Tapi sebagai lawatan sambil belajar. kuikuikui.. Pengalaman kat sana, Hurm..apa yang boleh saya cakap, Malaysia konfem lagi best. Sebab makanan halal bersepah dan boleh makan dengan banyak. hehe. Lagi satu, kat sana kebanyakkan tempat menarik adalah berkisarkan temple dan bangunan lama. 

yang ni tak ingat la ape.. rasanya green curry kot.. tak sure.

tomyam versi bangkok.. kuat giler rasa udang.. taubat dah saya tak makan.. sengsara kot.. hirup kuah sket  terus je alergik menjadi-jadi.. huhu

stri fried chicken with cashew... lebih kurang la.. sedap.. dan harganya pun.. alahai.. memang best...

Mula-mula sampai kat sana, memang la rasa excited.Yelah.. first time pergi bangkok. Okeh... ada la sedikit ke'ulu'an di situ. Semua tempat nak amik gambar. Rasanya, kalau memori setakat 4/8 GB tuh, alahai.. tak cukup nak menampung gambar yang diambil kot. hehe..

yang ni briyani mende tah.. yang saya makan.. 160 bath termasuk taxes. haish..tapi sedap.. hehe

suvarnabhumi airport..

Lama-lama, terasa rindu kat negara sendiri. Terutamanya time makan. Ade ke makan nasi goreng daging dengan cili potong, sampai 140 bath atau RM 14 ? tu nasib baik minum air kosong. Sadis.. Sadis.. Sadis.. Lagi kesian bila time nak membeli belah. Completely speaking kot. Hehe..Saya ni bukan la terror benar speaking, tapi kat sana tetiba macam dah berpuluh tahun makan keju je gaya speaking. kahkahah..

Kalau jumpa orang cakap dalam bahasa melayu, rasanya macam nak melompat kot kat situ. Punyalah excited. Hehe.. Kat sana, saya belajar la jugak cakap bahasa Thai sikit-sikit. Yalah, tak semua orang Thai reti speaking kan.. So, at least tahu nombor dan bahasa asas seperti makan, minum dan sebagainya. 

teksi thailand yang striking kaler dia.. hee

Kalau nak dikira pembangunan, rasanya Malaysia lebih maju dan terancang. Sebab kat Thai, wayar kabel elektrik tu, memang bersepah dan agak serabut. Jalan raya? tak payah nak cakap la.. Traffic light tu hanya hiasan sahaja tau. Pemandu teksi bawak kereta macam nak racing sahaja. Memang boleh semput la kalau sape-sape yang jenis penakut tuh. heehe..

Hurm.. Time duduk kat sana memang la terasa nak makan macam-macam especially nasi lemak dan teh tarik. Walaupun saya bukanlah peminat tegar nasi lemak, tiba-tiba time duduk kat sana boleh pulak nak makan nasi lemak. Hehe..

Suvarnabhumi Airport

And then, trip yang mengambil masa seminggu tu tamat. Bila naik flight Airasia ke Malaysia, rasa terharu bila tengok pramugari tersenyum sambil cakap selamat datang dalam bahasa melayu. Rasanya dah lama benar tak dengar orang cakap bahasa melayu.. Bila dah sampai kat LCCT lagi la, nampak je mak cik pakai tudung, dah rasa excited. Tah la kenapa. Rasa sayang sangat kat Malaysia ni. 

Apabila kaki saya melangkah masuk ke KL sentral, tiba-tiba ada background music. Lagu keranamu Malaysia berkumandang. Ceh... Memang rasa macam saya-dah-ada-di-Malaysia. Susah nak describe perasaan tu. Suka, terharu? Erm.. maybe.

Betullah pepatah orang dulu-dulu kate.. ape ek? Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.. Erm.. korang sambung la sendiri okeh. kehkehekhe..

Dah la, saya nak mengalih perabot ni.. Esok abang dari KL balik. Dah sediakan to do list kat dia. Hahaha.. Siaplah dia nanti. haha

Selamat hari merdeka yang ke-54...
Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. yeah..

Monday, August 22, 2011

Hobi : Novel


Saya suka baca novel. Suka sangat. Entah bila benda ni menjadi hobi pengisi masa lapang pun saya tak tahu. Yang saya ingat saya start baca novel sejak dari sekolah menengah. Saya kalau dapat novel, makan pon tak kisah. Pakwe hensem lalu depan mata pun tak pandang. Kira novel tu dah boleh membuatkan saya 100% berada dalam alam lain.


Erm kalau baca journal macam tu kan bagus. hehe.. Dulu saya suka baca novel cinta. Well, waktu tu hormon tak stabil kot. Ala novel-novel karya Alaf 21 memang ngetop la. Tapi lama-lama novel cinta dah jadi macam boring. Klise sangat. Tak ada variety. Yalah, asyik-asyik kisah cinta zaman sekolah. Laki gaduh dengan perempuan pastu jatuh cinta. But in reality mana ada kan macam tu. Ye tak?

Lepas tu ada pulak stail cinta kontrak la, kawin paksa la. Ikut amanat orang tua la. Mula-mula dulu layan la jugak tapi lama-lama jadi bosan. Entah, macam tak mencabar minda jep. Sampailah satu hari selepas Exam PMR. Kawan saya bagi saya pinjam buku karangan Ramlee Awang Murshid. Tajuk dia Mandatori. Well, novel Thriller tau.


Yelah, lepas PMR kan banyak giler masa terluang. Dari duduk layan bergosip atau main dam haji.. Erm budak lelaki selalu main chess.. Baik saya baca novel kan.. hehe..


Lepas dah baca Mandatori, saya baca ADAM a.k.a aku darah anak Malaysia. Novel thriller jugak dan hasil karya penulis yang sama. Lepas tu terbawa-bawa dengan tombiruo dan lain-lain.


Masuk U, lama juga la stop baca novel. Lepas tu, ada kawan beri novel Bagaikan Puteri karya Ramlee Awang murshid. Yang ni genre Epik Thriller. Siap ada sequel lagi..Saya baca habis sequel dia kecuali yang last sebab tak sempat nak pergi PBAKL hari tu. hehe..


Dan yang latest saya baca Mikhail dan Sembilan Nyawa. Boleh tahan la cerita dia. Tapi setakat ini saya tak berpeluang lagi baca novel Pei Pan. Novel yang menang anugerah itu. Hurm.. Maybe kat library ada kot.
Semalam saya baca balik novel cinta. HEHE.. Karya Siti Rosmizah tajuk Lafazkan Kalimah Cintamu.
Adess.. ayat nak jiwang. Tapi hakikatnya, tahap kejiwangan novel itu takde la sangat. Sebab novel tu lebih berkisar pasal kasih anak kepada bapa. Ahh.. lebih kurang macam tu la.

Sampai sekarang, saya masih suka novel cuma sedih bila tengok atau baca enovel online, banyak unsur-unsur barat diterapkan dalam novel tu. Dan agak terkejut budak berusia 13-16 tahun mengarang novel yang mempunyai unsur 18sx. Rendah moral. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya internet.. Segalanya di hujung jari anda. Yeah.. hehe

Okay la.. Nak sambung key in data untuk FYp. hehe.. Esok udah mau berangkat pulang ke rumah. yihuuu.. hehe

Sunday, August 21, 2011

FYp cases: kisah Saya, Supervisor dan Water activity.

Salam ceria,

Sedar tak sedar dah masuk 21 hari kan kita semua puasa. Maknanya semakin dekatlah nak raya dan kenapa ye saya masih bertapa di UMT yang tersayang ni? Why? Why?Arghhh.. I tak faham. i tak faham.. hehe

Ya, saya masih di UMT dan sedang bertungkus lumus menyiapkan FYp yang semakin bertambah beban kerjanya. Why? Ingat dah buat banyak-banyak boleh la at least 50% siap. Alih-alih bila check balik, macam tak 50% pun. Haish.


Minggu lepas, sewaktu saya nak mengambil sampel kat MPM a.k.a Kitchen, tiba-tiba saya terserempak dengan supervisor saya dekat Cold room. Haish... Tetiba je sakit kepala. Hish tak baik betul kan saya ni.
Well, macam biasa la My dear sv tanya pasal FYp. Saya cakap okay je sebab nak kejar masa ke lab MSM pulak. Maklumlah, sampel saya memang terikat dengan masa. So, seminit tu amat berharga. Dan saya memang penatlah kalau nak kekalkan sampel 0 hours. Memang payah.

Dan tiba-tiba conversation yang pendek itu telah menambahkan lagi beban kerja yang sedia ada. Elok-elok tak payah buat test Salmonella, alih-alih kena buat pulak. Elok-elok sampel storage simpan seminggu je, terus extend jadi dua minggu. Alamak, memang haru dah rasa ni. Rasa kaki ni nak laju-laju je melangkah keluar dari bilik sejuk. Bilik sejuk pun dah tak terasa sejuknya.

Itu cerita minggu lepas. Tadi saya buat sampel sandwich. Kali ini saya tak buat microbe dah. Sebab hari selasa ni dah nak berangkat pulang ke kuantan. So, saya just check pH dan water activity bagi sampel sahaja. Oleh kerana hari ni presentation bagi pelajar LI Unpad di restoran, jadi sv saya pun ada sekali.
So, conversation di bawah pun berlaku,

Sv: Aziemah, macam mana FYp? Okay?
Sv saya suka panggil nama belakang.. hurm tak tahu la kenapa.

Saya: Okay je Dr. 
Sambil sengih-sengih pikir nak lari ke mana.

Sv: Awak buat apa hari ni?


Saya: Hari ni saya buat sampel, check pH dan water activity je Dr.


Sv: Tu je?


Saya : a'ah. Tu je. Sebab selasa ni dah nak balik. Kalau buat microbe tak sempat nak tengok.


SV: okay.


Aqualab water activity meter yang boleh didapati di MTKM..

Lepas tu Sv terus berlalu keluar dari lab. Saya pelik dengan ayat 'tu je'. Sadis tau. Ikutkan hati, 18/8 hari tu lagi saya balik. Tak payah nak stay buat water activity dan ph  ni.. huhu. Takpe... takpe.. Lagipun hari ni saya bukan buat empat sample, saya run 10 sample sekali tau.. esok lagi 4 sample dan lusa iaitu hari selasa saya run lagi 4 sample. So total up 18 sample minggu ni sahaja. Minggu sebelum ni dah 23 sample dan sebelum tu dah 17 sample. See. tengok la punya la nak kejar masa sampai  berbelas sample dalam seminggu saya run.

Kalau boleh nak buat 7-8 agar sekali gus tapi kan incubator tu kan bukan saya seorang je guna. Takkan la nak pentingkan diri. Penuhkan plates saya sahaja dalam incubator tu. Bukan saya sahaja yang buat microbe kan. .. hehe..

Tah la nak kira pasal FYp ni tak tahula beraya ke tak tahun ni. Eh, tak boleh. raya tetap raya. Fyp kita tolak tepi dulu. Dah la.. nak key in data yang minggu lepas pulak. Mana la tahu boleh buat slide untuk progress terus.. haha.. berangan.. Hurm.. slides untuk progress kena ada ape ek? Esok nak tangkap gambar banyak-banyak.. Senang nak masukkan dalam slides. heh.. Ini tanda saya buat kerja tau. Perlu ke masukkan gambar buku lab MSM untuk buktikan saya guna lab? hehe.. oh okay idea mengarut je tu.. hehe




Friday, August 19, 2011

Perfume dan saya.


Saya suka perfume. Suka sangat sampai selalu je tukar perfume every sem. Habit buruk ni berlaku sejak dari sekolah menengah lagi. hehe.. Erm.. payah nak ubah. Malah kadang-kadang saya rasa saya lebih kenal bau perfume berbanding kenal orang. Erm.. macam mane ek? Hurm.. contohlah kalau ada seorang hamba Allah ni, lalu sebelah saya dengan perfume Hugo boss ( erm.. suka bau dia)... Saya akan ingat hamba Allah tu kalau terbau hugo boss. 
Ya, saya sangat sensitif dengan bau. Tapi ada sesetengah bau perfume yang saya tak pernah bau. Jadi bila saya jumpa bau yang sama, saya akan cepat teringat dengan si pemakai perfume itu.
Entahlah.
Dunhill Desire Blue

Waktu keje kat resort dulu, saya pernah terbau satu perfume yang best sangat. Tapi bukan Dunhill Desire Blue. Last-last waktu saya window shopping, baru saya tau yang perfume tu intimately beckham. Well, bau dia takde lah sampai sakit hidung. So, sekarang ni kalau ada orang pakai perfume intimately beckham, saya biasanya akan cepat save dia dalam otak. hehe
Intimately beckham

Kalau perfume for women, Waktu sekolah dulu, kawan saya suka pakai perfume dari Avon, Far Away. Ramai yang cakap perfume tu wangi tapi saya rasa macam sakit hidung. Entah, bila terbau perfume tu rasa macam nak pengsan dan pening. 
Jadi saya lebih prefer bau Georgie On Ice Pink dan Georgie on Ice Gold. 

Georgie On Ice Gold

Perfume jenis ni, saya pakai time form 3 sampai la habis sekolah. So, kalau terbau perfume georgie on ice ni mesti teringat zaman sekolah. HEHE..
Zaman matrix, saya pakai perfume Haiku from Avon. Yang ni saya tak beli. Ada orang hadiahkan. So, dah orang bagi. Pakai je la kan.. Jangan banyak songeh. hehe

Masuk UMT ni, banyak jenis perfume yang saya pakai. Tapi yang last sem, saya pakai Silky Girl Stunning. ALa yang kaler bottle dia warna pink. Setakat ni still pakai perfume yang sama. Tapi tak tahu la kalau saya tukar lagi. Hehe..
Walaupun ramai yang selalu nak mempromote one drop perfume, tapi saya tak rasa nak pakai one drop tu. Maybe sebab tak boleh spray kot. hehe.. 

Tapi walau apa pun keadaan, minyak atar yang paling best kan? saya paling suka bau minyak atar yang abah pakai time nak pergi surau atau pagi raya. Memang syahdu la. Ni la terasa nak balik. hehe..
Semalam anniversary abah dan mama yang ke-25.

So, happy anniversary. Saya dah belikan hadiah wallet dan purse couple untuk abah dan mama waktu gi bangkok ari tu . Sweet tak? hehe.. Okay saya tahu saya sweet. Sila menyampah. hehe


Tuesday, August 16, 2011

School days: Mr Bola

Salam ceria semua,

Minggu ni tak terasa nak menulis kehidupan di universiti. So, saya just nak mengimbau kenangan lalu which is zaman sekolah rendah.

Okay, timeline di sini berlatar belakangkan tahun 1999 which is saya darjah empat. See.. i've grown up men.. kihkihkih
Saya tak tahu mengapa waktu zaman sekolah dulu, cikgu selalu memasang-masangkan pelajar. Pelajar lelaki mesti duduk sebelah pelajar perempuan. Tempat mesti disusun oleh cikgu. Hurm nonsense.

Alasannya,
"Nanti perempuan merajuk, lelaki boleh tolong pujuk."
Oh okay.
Tapi tipulah. Sebab budak lelaki kan selalu mengusik dan buli budak perempuan. No way diorang akan pujuk kan? lagi nak buat budak perempuan menangis ada la. hehe


Alkisahnya, ya. Saya kena duduk sebelah budak lelaki. Hurm.. biar saya bagi nama dia Mr bola sebab dia pemain bola sekolah. Okay stop. Well, waktu kene ubah tempat memang la muncung panjang sedepa. hish. Yela, mestilah nak duduk dengan kawan baik kita kan.. kan..kan.. Ala lagipun tak best la duduk sebelah lelaki. Bukan diorang tahu pun pasal perempuan.  Kalau cakap pasal bola boleh la. Cuba cakap pasal benda lain, gosip artis ke, sailormoon ke? Hurm sure diorang tak tahu. hehe

Yes, Mr bola tu suka benar main bola. Dan quite annoying sebab bila pensel patah, sesuka hati je ambil pensel saya. Pemadam takde, sesuka hati je nak kongsi. Kalau mintak izin dulu boleh la diterima ni sesuka suki je amik. Lepas tu buat muka tak bersalah. Time tu geram sangat. Nasib baik kerja sekolah dia siapkan sendiri. hehe..

Tu mula-mula la. Beberapa bulan selepas tu, kami okay je la. Nak buat macam mana kan. Dah 5 kali seminggu kena mengadap muka dia kat sekolah. Redha je la. Lagipun abang dia hensem. Kihkihkih.. gatal. Sila abaikan.

Paling tak tahan apabila ada kawan sekelas yang suka benar suruh hantar surat cinta kat dia. Hehe.. Eh apasal saya jadi posmen pulak kan. tak patut.. tak patut... Yang jeles pun ade jugak. Tah ape yang dijeleskan pun saya tak tahu. Tapi satu persamaan kiteorang yang paling ketara ialah kiteorang paling suka pendidikan seni dan tak suka matematik. haha..


Saya ingat lagi, hari last cikgu praktikal mengajar kat sekolah. Kami sekelas mengadakan sedikit jamuan makan-makan sempena hari terakhir dia mengajar di situ. Mr. bola senyap saja. Makan pun sikit. Biasanya dialah yang riuh. Last-last, saya perasan dia nangis. Hehehe.. hello tak macho la bro nangis. Nasib baik saya je perasan. Kalau orang lain? Jatuh saham beb! hehe.. Saya pun dengan baik hati bagi la tisu. Suruh dia kesat hingus tu.  Buruk menangis. hehehe..

Lepas tu, kehidupan kami seperti biasa. Bertekak? Itu satu kebiasaan. Dan bila dia tak datang sekolah sebab demam, sunyi je meja sebelah sebab tak de partner yang nak gaduh hari-hari. Hahaaha..Dan tak pasal-pasal jadi kaunter pertanyaan kepada peminat dia. Haish ingat saya ni PA ke?hehe

Tapi tu semua zaman sekolah dulu. Sekarang? Hehe.. Mintak jauh okay.. 


Sunday, August 14, 2011

School days: Drama Queen

Tiba-tiba di petang hari yang hening ni terasa nak mengupdate something yang retro. Well, zaman sekolah-sekolah dulu. Aish, rasa macam dah ___ sangat bila cakap pasal zaman sekolah ni.

Since, saya memang budak baik zaman sekolah dulu. Ehem.  Saya taklah terlibat dengan gejala sosial yang merosakkan akhlak remaja. Well, walaupun bilik kaunseling tu merupakan salah satu tempat lepak terunggul di alam semesta sebab ada sofa dan boleh lepak-lepak sambil baca brochure kerjaya dan bla. bla.. bla.. tapi saya bukanlah pengunjung tegar bilik tuh. hehe Erm well I kan budak baik you. (nada gediksss sikit.)

Oh, berbalik kepada kisah drama Queen ni. Mari kita imbau kembali kenangan zaman sekolah rendah. Waktu itu, tak salah saya darjah empat. Yup. Darjah empat. Saya tak berapa ingat mengapa cikgu kelas saya a.k.a cikgu BM telah mengusulkan agar pertandingan drama dibuat. Mungkin kerana hendak mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam murid-murid tika itu.  Oh okay, kesimpulannya satu kelas kena berlakon. What? Saya dah la pemalu. hehe.. Kena pula berlakon. So, rasa macam tak sesuai la pulak.

Dipendekkan cerita, hari yang indah itu berlangsung juga. Hari itu hari Jumaat. Disebabkan saya sesi petang, jadi group saya telah melakukan rehearsal. Semua wajib datang awal untuk menyediakan prop dan kelengkapan lain. Tang watak dan dialog, saya cuba untuk mendapatkan watak yang tak bercakap sepatah haram tapi penulis skrip tu bijak, semua watak ada dialog. So, tak boleh lari. 


Watak utama disandang oleh kawan saya yang gojes dan girlish. Okay, she's rule the class. Dia bawak watak Puteri Hati Pecah yang nak masuk meminang Putera Cempiang. I'm not sure siapa yang tulis skrip ni tapi yang pasti skrip drama tu bukan dari cikgu. Tapi jalan cerita macam peminangan puteri gunung ledang but lebih humor.

Watak bendahara dan hulubalang pun ada. Saya? hurm.. tak mahu la cakap jadi apa. Segan. kihkihkih.. Tapi scene yang paling tak boleh dilupakan ialah scene dimana bendahara yang hendak masuk meminang tu berteduh di bawah pohon melaka dan tiba-tiba pesan pizza hut melalui telefon bimbit yang besar gedabak. Memang kelakar. Waktu tu, pizza hut punya no telefon still lagi 7552525. So, penghantar pizza pun nyanyi lagu tu. Kelakar.

Banyak lagi watak lain, nenek kebayan ditukar jadi nenek cyber. Tapi putera cempiang tu memang tak ada pun. And it was a great experience.

Tapi tu zaman sekolah dulu. Kalau di beri peluang sekarang nak berlakon lagi ke tak . Rasanya tak mahu la. Cukuplah hanya sekali.


Friday, August 12, 2011

Hampa plus kecewa.

Salam kurang ceria semua,

Tatkala ini saya sedang mengalami batuk dan selesema yang masih lagi dalam tahap terkawal. Ok petang ini, buka puasa tak bolehlah nak membeli minuman ais yang memang menggoda jiwa raga di bulan puasa ini. Tak boleh. Say no to ice!

Hari ini pagi-pagi morning lagi saya dah ke lab. Ambil data untuk microbe semalam. Hurm.. data masih dalam kawalan okay.. Satu set experiment dah buktikan teori yang saya tulis dalam proposal tu betul. hehe gumbira. So dengan senang hati saya mengayuh basikal yang dah berkurun tak dikayuh. Thanx kepada jiran sebelah bilik yang baik hati sebab sudi pinjamkan basikal untuk ke lab di hari jumaat yang indah ni. hehee

Sampai bilik, tiba-tiba terasa ada mood nak melukis ditambah pula hari ni  macam ada bau-bau nak hujan, so mood nak melukis tu berganda-ganda. hehe..Oh okay. saya memang pelik. Sebab kalau tidur pun, bukannya boleh lelap pun. Lagipun jam baru menunjukkan pukul 9 pagi. Dan langit pun semakin gelap dan hujan pun turun. Saya memulakan proses melukis menggunakan microsoft paint yang budak tadika pun reti pakai.


haa.. ni hasilnya. Kerja tangan budak microbe.. ececeh.. Just guna brush dan spray je tau. Eh.. eh.. jangan riak. 
Lepas tu, terasa macam nak jadikan lukisan ni sebagai header blog la pulak. So, saya pun mengedit lukisan ni dalam microsoft power point untuk dijadikan sebagai saiz banner. touch up sikit. Letak nama blog, url dan kata-kata semangat dan beginilah hasilnya.
taraaa...



Tiba-tiba terasa kekurangan sesuatu. Terasa header ni macam ringkaslah sangat. Walaupun ade budak comel yang menyorok belakang pokok dengan rambut ala-ala ooyuki tu, saya tetap merasakan yang header ni banyak kekurangannya. Haish.
So, saya telah mentouch up dengan menggunakan dreamlight photo editor supaya nampak lebih errrr.. vouge?  Eh tak.. tak.. lebih ceria.. erm mungkin. So hasilnya seperti di bawah 
jeng jeng jeng..


Dan dengan muka riak dan gembira saya pun pergilah mengupload header agar boleh diletakkan di blog. Dan ia menjadi sebegini..


Okay saya tahu memang tak padan pun. So, saya removekan dan kecewa. Tak dapatlah nak lawan header encik hoi hoi dan mr line putih line hitam tu. Siap boleh gerak-gerak lagi. hish.. tu la sapa suruh jeles dengan diorang kan. hehe

Arghh.. lupakan semua peristiwa tragis ini. Ceh drama seposen dua. Dah la. nak main feeding fenzy la. huish Biarlah beta bawak jiwa kecewa dan duka lara ini. huhuhu.. Erk..?
morale of the story:
time buat header tu tengok dulu kaler layout blog. hurm..

Thursday, August 11, 2011

FYp cases: Puasa, microbe dan ais.

Assalamualaikum,

Hurm.. sedar tak sedar dah 11 hari kan puasa, adik asyik duduk tanye bila nak balik. Amboi, dia ingat kita duduk sini makan angin ke ape.. hehe... Maknanya la.. sempat ke siapkan FYp yang masih berlambak-lambak kerjenye? Setakat ini,  data yang beberapa hari lepas, okay la.. memuaskan. Takdelah sampai no growth dan result pelik-pelik.. Okay, at least ada data untuk present nanti progress fyp. At least...


Minggu depan last buat lab dan saya dengan bangganya akan berangkat pulang ke Kuantan. Sahur makan nasi kat umah dan bukak puase dengan juadah yang penuh semeja. Haish best.. best..Walaupun dah ramai yang sudah pun berangkat pulang.. takpe.Jangan jeles-jeles. hehe..


Macam biasa la, bila puasa ni, mesti gatal nak minum ais, sunquick la.. bandung la.. semua nak sejuk-sejuk je time bukak puasa and then suffering... padan muka kat diri sendiri sebab dah berjaya sakit tekak dan batuk.. well done.. Dua tiga hari lagi ni, demam la tu. On the way. Dah la Ahad ni masuk MPM yang panas. HEHEE.. tengok je la nanti muke pucat lesi macam zombi.. hehe

Okay la dah mengarut sangat ni. HEHE.. ok.. tata


Saturday, August 6, 2011

bangkok trip: Edisi gambar..

Assalamualaikum semua,

Hari tu saya malas nak isi gambar kat bangkok. SO, kali ni saya just nak letakkan gambar trip ke bangkok ok.. are u ready?

kita mulakan dengan chatuchak weekend market.. hehe

Chatuchak weekend market

erm.. kalau ikutkan hati nak je letakkan gambar banyak-banyak.. tapi.. kang berat pulak blog ni.. hehe
lepas tu golden Royal Palace...





Lastly, floating market.. 


Lebih kurang macam ni la floating market.. hehe.. tapi ade jugak yang jual dalam sampan jugak.. air kelapa dia best..
mencapup kejap.. hehe
haa.. lastly kat kasetsart university.. Gambae beramai-ramai adalah wajib kalau pergi lawatan ilmiah macam ni.. hehe

smile.. ^^

Thursday, August 4, 2011

Mercun dan puasa

Assalamualaikum..

Hurm.. tak paham betul dengan budak laki blok sebelah ni, asyik nak main mercun je keje.. Bangun sahur bunyi mercun, tengah hari rembang bunyi mercun, nak buka pose bunyi mercun.. nak tido pun siap bunyi mercun lagi.. Kalau setakat first day puasa nak main mercun okay la jugak.. diterima.. takpun main nak dekat-dekat raya nanti.. ni tah la.. memang budak-budak..


Dah la bakar mercun tu bergema.. Erm.. saya punya prediction macam diorang letak mercun dalam tin biskut .. sebab tu kalau meletup.. memang bergegar la bunyi die..
hehe.. eh.. eh.. saya tak pernah buat tau.. pernah tengok jer.. Sejak dari first puasa lagi.. bunyi mercun ni ade.. Memang la.. tau la diorang adik-adik lagi.. jiwa remaja.. tapi.. haish.. nak marah pun tak tahu sape punya keje..

Jangan ada yang kene hantar gi hospital udah la..Dah la bilik saya betul2 mengadap dengan blok budak laki tu.. bila diorang bakar mercun.. hish.. rase menyirap darah..buatlah benda yang berfaedah sket.. ngaji ke. solat sunat dhuha ke.. tak pun buat la esemen ..ni tak main mercun.. agak-agak la der.. Kalau dah free sangat meh tolong saya baca jurnal and thesis.. ade jugak faedahnye.. eh.. eh.. dan.. dan je.. hehe

Eleh setakat bunyi mercun korang.. memang tak leh lawan la, bunyi guruh.. hehe.. cer try..cer try.. hish.. kurang dah pahala pose saya..Sape-sape yang main mercun tu, agak-agak la ek.. Jangan nanti beraye tak bertangan, berkaki.. Elok-elok muka dah hensem.. segak pakai baju melayu.. kaki dan tangan tergantung kat katil pesakit.. Nak ngorat anak dara orang pagi raye pon tak lepas.. hehe

Tengoklah usop sontorian..hehe..

Tuesday, August 2, 2011

Hadis palsu?

Assalamualaikum..

Okay, saya sangat free hari ni. So, disebabkan terlalu banyak masa terluang. Erm tipu.. banyak keje tapi malas nak buat. Saya menyibukkan diri membaca blog-blog yang telah saya follow. Sebabkan bulan puasa baru sahaja berlalu satu hari, ramai blogger post entri-entri pasal bulan ramadhan ni.
 Dan entri yang paling popular adalah entri pasal fadhilat solat terawih, solat witir dan niat puasa. Of coz la ini semua melibatkan hadis.

Saya? tak nak la buat entri macam ni. Bukan apa, saya tak rasa ilmu agama tu cukup untuk buat satu entri yang melibatkan hadis Kalau sumber tu sahih, ok la.. but kalau sekadar kopi and paste. huhuh.. Payah. Sebab tak pasal-pasal dapat dosa kering kalau ada yang baca dan percaya bulat-bulat.

Ada beberapa post yang saya baca, agak meragukan. SO, sebab ragu-ragu.. saya pon google la. Mana la tau jumpe laman web JAKIM  ke.. So, saya jumpa link ni:

http://mufti.islam.gov.my/terengganu/?subid=10&parent=06

Try la baca. Sebab link tu memberi tahu pasal hadis palsu yang diwar-warkan oleh semua orang. Siap ada penerangan lagi. Jangan risau ok.. ni valid punya.