Sunday, December 16, 2012

Random talk: Tahun baru dan environment baru..

Assalamualaikum...

Dah lama tak berbicara di sini. Cewah nik.. Klas kau jah.. hehe.. Ingat lagi tak entri saya yang lepas? Entri yang bertarikh 9 Oct 2012 tu. Ya, saya cerita mengenai ujian. Tak semua yang kita nak kita akan dapat on the spot. 
              
             "Setiap dari kita diuji dengan pelbagai jenis ujian yang kita mampu tangani."

Dan saya selitkan kata-kata di atas pada permulaan entri. Hurm.. Ada sebab mengapa saya ulang balik apa yang saya tulis pada entri yang lepas. Cuba teka.. Hehe.. Eh.. tergedik plak di sini. 

Sebenarnya, saya akan mengundurkan diri dari kerja sekarang. Ya, kerja sebagai Front Desk Assistant di sebuah resort di pahang tu.. Hehe.. Lagipun, tahun baru hampir tiba kan.. So, saya nak mulakan hidup baru di tahun baru.. ** bunyi macam patah hati je kan.. Haha**

Sebenarnya, berat hati juga nak tinggalkan kerja tu, tapi panggilan kerja baru ni membuatkan saya rasa saya perlu pergi.. Ceh... macam nak tinggalkan pakwe je.. Hehe..Sepatutya esok dah kena lapor diri kat tempat baru, tapi... Saya mintak dalam masa seminggu untuk clearkan kerja-kerja di resort sebelum ke tempat baru. 

Mungkin sebab kerja baru ni, lebih kepada bidang yang saya belajar dulu di UMT... So, saya memang terima kerja tu, cuma mintak masa dengan  bos baru untuk clear kerja kat resort. So, saya kena ingat balik la.. GMP, GHP.. SOP... HACCP dan sebagainya.. Dan saya minta untuk ditrain semula sebelum saya train anak buah.. huhu..

Okay la...apa-apa pun saya akan rindukan suasana kerja di resort.. Ya, rindu untuk dimarah-marah guest.. rindu untuk bergelak tawa bersama rakan sekerja.. 

Kenangan berhari raya di Resort tempoh hari... Bersama Senior yang sporting... hehe

P/s: Bos... Anda terbaik.. Thanx sebab ambil saya berkerja walaupun saya tak ada kemahiran dalam bidang tourism dan hospitality tu ya.. Thanx sangat...



Wednesday, December 5, 2012

Random Talk: Graduation

Assalamualaikum.

Hurm.. Dah lama saya tak merapu kat blog. Rindu pun ada. Nak kata sibuk, tak adalah sibuk sangat pun. Cuma... Mungkin kehabisan idea hendak menulis. Ya, habis idea.

Okay, cuma saya nak kongsi berita gembira kepada kalian semua. Saya dah bergraduasi dengan jayanya di UMT pada 24 nov 2012. Okay.. untuk makluman semua, saya grad sidang satu tau.. Diulangi.. SIDANG SATU.. Erm.. dapatlah merasa bersalam dengan tuanku canselor haha... Hurmm.. memang cantik tuanku canselor tu.. hehe...

Tak sangka dah habis dah belajar. Dan.. dah grad pun. Kepada rakan-rakan semua, thanks tau.. Hurm.. buat Kak nourel.. thanx sebab hadiahkan bunga. Surprise sangat cuma agak terkilan sebab tak dapat bergambar sama-sama. Hurm... but anyway.. thanx...

Sekarang ni, saya masih sibuk bekerja. Ya.. kerja.. kerja.. kerja... hopefully dapat apply cuti hujung tahun ni.. Seperti biasa, setiap 31 disember, family akan buat gathering kat restoran ikan bakar. Ya.. bila lagi nak berkumpul  kan. So, nak apply cuti cepat-cepat. Tak nak kerja hari tu. Haha..

Okay la.. dah takde idea dah ni.. Nanti kalau ada masa saya update lagi ya... Ya.. KALAU ADA MASA DAN IDEA.. haha.. tata semua

lots of love,
nik aziemah ^^v

Tuesday, October 9, 2012

Random Talk: Ujian :)

"Setiap dari kita diuji dengan pelbagai jenis ujian yang kita mampu tangani."
Hai. Dah lama jari-jemari saya tak menari atas keyboard laptop ni. Entahlah kenapa. Mungkin kesibukkan kerja kot. Alahai, macamlah kerja executive kan.. hehe

Ya. Saya dah melangkah masuk ke alam pekerjaan. Walaupun tak kerja dalam bahagian yang saya ambil kat universiti. Kerja di sebuah resort tepi laut di suatu daerah dalam negeri yang dipanggil Pahang darul Makmur. Tapi, saya suka kerja di sini. Tenang dan damai. Walaupun gaji tak semahal mana. Dah nama tempat percutian. Mood kerja pun masih lagi mood cuti.. eh?

Ya, saya kerja part time sebagai Front Desk Officer. Okay.. jangan gelak. Saya tahu memang lari bidang kan. Haha.. Okay jom gelak ramai-ramai. Entah macam mana boleh dapat position tu, sebetulnya nak masuk bahagian F & B atau kitchen, tapi disebabkan pengalaman kerja lepas saya dah pernah bekerja sebagai front desk officer, jadinya.. hurm.. dapat la position itu.

Skop kerja? Ya... selain senyum dengan muka yang tak pernah lekang dengan mekap setebal yang mungkin, saya juga perlu menangani masalah-masalah yang diadukan oleh guest dan juga meng'check in' dan meng'check out' kan guest dari resort. Okay, ini lebih kepada bidang customer service. Buat masa ini, saya suka dengan kerja ni. Memang menguji tahap kesabaran dan kemampuan berkomunikasi saya. Hurm... cuma part yang mekap tebal tu saya tak berapa nak suka sangat. Haha

Dan di sini jugak saya belajar mengenai kehidupan. Betul kata orang, jangan menilai seseorang dari luaran sahaja. Siapa sangka pekerja housekeeping yang selalu bersihkan bilik itu, ada bachelor in civil enginneering tau. Kelas kau jah!! Mungkin rezeki dia di bidang housekeeping. Ya, rezeki masing-masing kan. Dipandang rendah oleh guest tu adalah perkara biasa bagi saya. Siapalah saya berbanding mereka kan. Mungkin saya dipandang sebagai budak baru lepas SPM yang tak lepas nak pergi mana-mana. Hikhikhik. alah... Biarkan saja pandangan orang. Hanya HR department sahaja yang tahu saya ni qualification ape.. yang lain.. sume ingat saya ni budak lepas SPM je.. HEHE

P/S: Jangan rasa sedih kalau kerja tak sepadan dengan qualification yang kita ada. Sebab setiap kerja yang kita lakukan itu, membantu kita mengenali kehidupan. Pengalaman tu takkan dicetak dalam transkrip peperiksaan tau. Okay.. :)


Saturday, September 1, 2012

Random talk: Selamat Tinggal awak...

Assalamualaikum.

Rasa macam dah lama tak update blog ni. Hurm.. rindu nak menaip laju-laju atas keyboard ni. rindu... Rindu..RINDU!!
Ahh.. macam meroyan pun ada kan.. haha.. Entah semenjak menjadi penanam anggur yang berjaya ni, terasa laptop tak berapa digunakan. Yalah, selalu bangun pagi benda pertama yang dibuat adalah onkan laptop... dan biarkan loading and then baru mandi. Tapi sekarang, laptop hanya dibuka bila perlu sahaja.

Hurm.. Facebook? Of coz memang la selalu on tapi kan... Entah.. bukan ade apa sangat pun kat facebook tu. Haha.. Tapi saya masih penuh dengan aktiviti. Ada benda yang saya masih berhutang dengan orang tu. Adooi. ni yang nak kena langsaikan cepat-cepat.

Hurm.. 
Apa yang saya nak tulis ni kan.. haha.. tah ape-ape kan. Hehe.. Tu baru mukadimah. Panjang kan mak jemah.

Sebenarnya saya ada banyak benda nak cakap. Ingat lagi tak hanpon kaler pink sony ericsson w595 dulu? Iye yang kaler pink tu. Hanpon tu telah selamat diletakkan di dalam kotak kenangan. Alahai. Iye, hanpon pink yang menemani saya selama ini telah rosak. Kalau sikit-sikit, saya sanggup je baiki, tapi kalau dah memang dia mahu pergi, saya relakan dan cari pengganti. Oh My.. nampak sangat tak setia... ** background sound- teman pengganti oleh black.**

hanpon pink yang telah merakam banyak gambar  dan berjasa pada saya..huhu
Dan 28hb Ogos, 2012 pukul 3.37pm. Hanpon pink itu telah mengalami komplikasi wayar dalam badan dan meninggalkan saya sendirian terkontang-kanting menanti panggilan dari pihak interviewer. Adoi.. time pihak interviewer nak call la dia rosak. Sabar je mak jemah.

Dan tepat 2.15pm, 29hb Ogos 2012. Saya telah mendapatkan pengganti bagi hanpon pink tu. Yay, and yang ni pun pink jugak. Ah.. tak kisahlah phone jenis apa, janji pink. Lagi satu nak kena jaga bajet sebab saya kan penganggur lagi. So jangan nak mengada-ngada nak pakai Samsung Galaxy Note ke SIII ke.. Haha
Saya sayang awak jugak laptop oren (kaler sispa) haha.. Sila abaikan 2 biji novel tu.. haha
Buat hanpon saya yang telah pergi.

Walaupun awak dah pergi.. awak tetap dalam hati saya. Saya akan simpan awak dalam kotak kenangan saya. Terima kasih kerana berjasa kepada saya sepanjang hampir 3 tahun ni tau. Saya sayang awak sangat-sangat.

Buat hanpon yang baru berkhidmat,

Awak yang ke-tiga hadir dalam hidup saya. Saya akan jaga awak sebaiknya. Awak ada keistimewaaan tersendiri. Saya harap awak dapat berkhidmat dengan baik dan berjasa kepada saya. Saya sayang awak jugak. <3

P/S: sayangilah mereka seadanya. Eh apa ni? Haha.. Saya sayang hanpon-hanpon saya. Love you...




Saturday, August 25, 2012

Random Talk: Raya 2012

Assalamualaikum semua. 

Selamat hari raya ya. Rasanya masih tak terlewat nak ucapkan selamat hari raya. Lagipun kita kan masih lagi dalam mood raya. Kan.. kan.. kan.. hehe

Okay, dua tiga hari ni saya masih lagi batuk. Inilah penangan minum air sejuk. Erm.. sebab saya dah lama pantang tak minum air sejuk. Hehe.. Dah kalau pergi beraya dan orang hidangkan minuman sejuk, takkanlah saya nak demand mintak air nescafe suam kurang manis satu? Nampak sangat tak sopan kan.. haha. Mahu kena pelangkung atas kepala dengan cawan jenama vantage tu.. haha

Erm.. macam mane ye nak cakap? Raya tahun ni macam berbeza sedikit daripada tahun-tahun lepas. Erm.. mungkin sebab dah tamat belajar.  Yelah, dulu raye je sibuk dengan assignment. Ada lecturer-lecturer baik hati yang sudi bekalkan secupak assignment sebagai hadiah raya. haha tapi raya tahun ni, herm.. dah tak dibelenggu dengan assignment-assignment. Yay!

tahun lepas saya berpuasa dan beraya dengan fikiran yang kusut memikirkan benda hijau di atas. haha
Dan raya tahun ni, terasa lebih dewasa sebab dah ade mak cik-mak cik yang bertanyakan soal jodoh. Ahaks. Adoooi.. saya baru je habis belajar, takkan nak kawin lagi kan. Haha.. gatal! Ehem.. pastu kan.. tahun ni beraya tanpa ada ketegangan sangat. ehem.. disebabkan saya masih lagi menjadi seorang petani ladang anggur yang berjaya, saya punya cuti unlimited tau. So, memang berhappy-happy duduk rumah. haha... Gemuk la saya lepas ni.. hee

And lastly rasanya macam nak tukar status je tahun ni. Mungkin sebab in the heart, got garden (Miss Aya, 2012). Haha... Okay.. okay kita skip kisah ni. haha..


P/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Pada yang berkahwin dalam musim perayaaan ini, selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga ke akhir hayat ya. Err.. pada yang baru nak plan nak kawin tu, hurm.. kad wangi-wangi jangan lupa pos tau. 

Tuesday, August 14, 2012

Murah Rezeki :)

Assalamualaikum.

Dah masuk fasa ketiga Ramadhan kan.  Sudahkah anda bersedia memulakan misi mencari Lailatulqadar? Hurm... Atau sibuk mencari baju-baju raya di Bazaar serta shopping-shopping complex? Sentap pulak mak. Haha

Entahlah, dua tiga hari ni, terasa murah rezeki. Bukan sebab elaun dah masuk atau apa, cuma terasa hidup ni senang. Rezeki kan datang dalam pelbagai bentuk. Dapat beraya bersama mama dan abah tahun ini, itu rezeki. Dapat baju raya tahun ni, itu pun rezeki. Dapat makan sedap-sedap, itu pun rezeki. Dapat solat terawih tiap-tiap malam, itu pun rezeki. Dan sangat terasa murah rezeki jika dapat berjumpa dengan malam istimewa Lailatul qadar. Hurm.. itu rezeki yang paling besar tu. 

So, kalau rasa rezeki tu macam sempit je nak masuk. Janganlah malas-malas mengaji. Bacalah surah Al-Waqiah kerana Rasullulah pernah bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah AL-Waqiah tidak akan jadi miskin buat selama-lamanya"
Okaylah. Selamat menjalani ibadah puasa yang semakin ke penghujungnya. Semoga kita semua bertemu dengan Lailatulqadar itu ya. Amin. :)

P/s: Sedih bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. :(

Monday, August 6, 2012

Random: Kuih raya dan Kek raya

Sekarang saya sedang merenung skrin laptop.
Mungkin sedang berharap akan ada raksasa ajaib yang hulur kuih raya dan sekaligus tak payahlah saya nak menyibukkan diri untuk buat kuih raya. ahh.. dasar pemalas anak dara seorang ni. Harap je ambil kos foodservice, nak buat biskut raya dua tiga keping pun malas. Haish.

Serius. Saya tak suka buat biskut raya. Penat kot. Dah la pakai oven.. Huhu.. Panas.. Panas. But then, kalau saya tak buat biskut raya, siapakah yang akan buat biskut raya tahun ni? Dah lah adik saya yang rajin buat biskut raya tu, tercampak jauh di Sabah. HUHU  Dear sis, please come back home.. I miss ur cookies.. huhu

So, saya telah menjalankan beberapa plan terhebat iaitu.. taraaaa.... dengan menempah biskut raya from KL. Haha.. So, tart gulung dan Almond London is on the way turun Kuantan. So, biskut raya punya hal dah setel.  Dan tiba-tiba mama cakap, tahun ni nak buat kek raya. What? kek raya?

Sebab mama cakap tak cukup dengan dua tiga jenis biskut je. Jadi mama dengan senang hati nak suruh buat kek. Jadi bila budak-budak datang rumah, bolehlah diorang makan kek. Dan tak payahlah diorang asyik fikir pasal duit raya. Erk? Duit raya? Haha..

Entahlah.. Kalau kek.. ehem.. biasanya kek coklat la kan. Atau nak buat kelainan dengan Red velvet? Pavlova pun nampak macam best. Tapi..... saya malas nak buat. Hehe... Lagipun tahun ni beraya di Kelantan. So, takpayah nak sibuk-sibuk sangat kat sana. Just prepare baju raya dan ngap juadah di pagi raya. Haha.. Well balik kampung bagus jugak. haha.. Again.. malasnye anak dara sorang ni.

Tah, la... sekarang ni saya tengah membelek recipe coklat moist cake tu.. ala yang selalu jual kat by'u restaurant. Haha.. Hurm.. malasnye.. boleh tak kalau just beli kek pisang dan hidangkan time raya.. Tak payahlah nak beli coklat van houtten sangat la.. haha..

P/s: Kemalasan melanda diri. Hurm.. apa nak jadi dengan saya ni. xoxo...

Wednesday, August 1, 2012

Random talk: Kad raya

Assalamualaikum.

Hari ini entah mengapa saya terbuka hati hendak menaip entri mengenai kad raya. Puasa pun dah masuk tahap kedua kan. Alahai, sekejap je kan.. Erm.. saya dah malas nak buat mukadimah panjang-panjang ni. Moh le kite ke tajuk entri yang sebenar-benarnya.. hehe..

Kad Raya. Dah lama rasanya saya tak dapat kad raya ni. Yalah, sejak zaman internet dan facebook bagai ni.. rasanya hanya segelintir sahaja yang akan hantar kad raya ni. Orang-orang retro la katakan. 

credit to google

Sekarang ni, kad raya elektronik lebih mendapat sambutan kan. Just ambil pictures kat google and then tag nama kawan-kawan di facebook. Dan siap!.. Penghantaran kad raya tanpa setem. Tak la menyusahkan abang posmen nak menghantar kad raya ke rumah serta menjimatkan wang untuk kad raya dan setem.
Erm.. maklumlah.. satu kad raya kena lekat setem 50 sen. Dulu time saya muda-muda dulu.. ehem.... satu keping kad letak setem 20 sen je.. hehe

Semalam, saya buka kotak kenangan.. Ehem.. dalam tu berlambak kad-kad raya zaman sekolah dulu. Yalah, dulu zaman sekolah, mane la kenal lagi facebook. Zaman tu masih lagi orang gilakan friendster dan myspace. Lagipun, dulu internet bukanlah berlambak macam sekarang. So, nak ucap-ucap selamat hari raya pakai kad jelah...

Erm.. tapi tu yang excitednye.. Sebab boleh bertanding dengan adik-beradik yang lain.. siapa dapat kad raya yang paling banyak and then boleh buat pokok kad raya di rumah. Haha.. retro la sangat kan. Hari-hari akan duduk tunggu abang posmen hantar kad raya.. dan lepas habis raya, sibuk duduk mengira berapa keping kad raya yang dapat tahun ini.

Dan soalan-soalan yang biasa ditanya dalam kad raya adalah seperti berikut:
  1. Baju raye kaler ape?
  2. Baju raye berape pasang?
  3. Buat kuih raye tak? Kalau buat berape jenis?
  4. Tahun ni raya kat mane?
Lepas tu akan diakhiri dengan ucapan bermaaf-maafan dan jemput beraya di rumah. Haha.. padahal rumah bersebelahan je pun.. tu pun still nak pakai kad raya jugak.. haha... Kelakar betol zaman muda-muda dulu. Haha..

Petang tadi, tiba-tiba terasa nak menghantar kad raya. Sempat lagi pesan kat mama supaya belikan beberapa keping kad raya.. Tiba-tiba nak jadi retro la pulak.. And then mama tanye.. nak bagi untuk sape ni? Sahabat atau buah hati...? erk.. mama ni.. Haha...

Maybe kalau hantar sekarang.. kad raya konfem akan sampai lepas raya nanti.. So, pada siapa-siapa yang berkenaan.. tunggulah kad raya dari saya ya.. hehe..

P/s: Walaupun terasa awal lagi.. saya nak ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin... okay.. :)


Sunday, July 22, 2012

Salam ramadhan

Assalamulaikum semua.

tak sangka kan dah masuk bulan ramadhan. Dan sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menikmati nikmat berpuasa dalam bulan yang mulia ni. kalau baca balik entri-entri ramadhan tahun lepas, ya... tahun lepas.. saya asih lagi sibuk menyiapkan labwork di makmal kan. yalah.. dah anak-anak mikrob buat hal tak nak growth on agar yang penuh dengan nutrien tu. hurm.. geram je la..

but tahun ini. saya menyambut bulan puasa ni dalam suasan penuh kekeluargaan.. amboi mak jemah.. propa la sangat. haha..Well, ramadhan tahun ini lebih meriah kot. Mungkin disebabkan kurang stress dengan fyp. Yalah kan.. buat junior-junior yang sedang sibuk buat fyp.. tabahkan hati ya.. kejayaan pasti menanti kalian di  sana. :-)

oh.. cukup sudah membebel...
sekarang pun dah nak masuk waktu berbuka.
okay... saya pun  nak berbuka ni..

Selamat berbuka puase dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak ya.. :)

Saturday, July 7, 2012

Weekend: Sebab perempuan kena pandai masak.

Olla.. Olla semua.
Tengah hari sabtu ni, saya rasa nak berkongsikan sesuatu di blog. Yalah, sambil-sambil merangka-rangka dalam kepala nak masak apa untuk tengah hari ni, eloklah saya mulakan dengan mengupdate blog dulu kan. Haha

Oh okay, kemain lagi mukadimahnya... Kebelakangan ni dalam facebook dan blog selalu jugak la saya baca pasal kalau perempuan kena pandai masak, lelaki kena pandai jadi imam. Ala.. banyak kan kat facebook especially. 

Dan hari ni, saya rasa terpanggil untuk mengupas soal perempuan kena pandai masak ni. Tipikal masyarakat Melayu, perempuan memang kena pandai masak. Kalau tak pandai masak tu, hish memang tak boleh nak dibuat menantu langsung ** ini kata mama saya lah ok**

"Perempuan kalau tak pandai masak rugi."

Tu kata mama sayalah. Dulu saya selalu argue dengan mama pasal masak-memasak ni. But then apabila dah berusia ni *ehem*... Saya totally agree dengan apa yang mama saya cakap. Kenapa? Mari sini kita bincangkan secara teliti.
even artis k-pop pun tahu masak. Haha..

1. Ikhtiar hidup di tempat orang/ hutan rimba

Saya rasa pandai memasak itu satu kelebihan sebab kalau kita dicampak ke luar negara ke atau tempat-tempat yang susah nak cari makanan halal, kita boleh memasak. Lagipun memasak adalah satu skill ikhtiar hidup kan? Even kalau masuk hutan pun, kena pandai masak juga. Bukan maksud saya, masak ala-ala chef dekat hotel, tapi cukuplah tahu basic masak macam goreng telur, cara nak balance rasa garam dan gula dan benda-benda simple.

2. Develop multitasking

Saya rasa pandai memasak tu develop skill multitasking dalam diri. Kenapa? Sebab sambil-sambil masak tu, mesti kita akan basuh pinggan, setkan meja makan dan bila hidangan terakhir diletakkan di atas pinggan, semua sudah siap dihidang dan sedia untuk dimakan. Kalau tak percaya, try tengok emak-emak kita kat rumah. Sambil-sambil goreng ikan, sempat lagi basuh pinggan dalam sinki. Kalau tak percaya, sila tengok emak masak kat dapur nanti.

3. Develop planning skill

Saya rasa pandai memasak itu develop skill planning yang hebat. Contohnya la kan, kalau menu hari itu adalah nasi putih, kari ikan dan sayur campur. Jadi, biasanya kemahiran planning sangat diperlukan supaya semua hidangan masih panas ketika dihidangkan. Dalam kes ini, nasi putih perlu dimasak dulu, kemudian boleh sediakan bahan untuk masak kari ikan dan sementara menunggu kari ikan masak, boleh siapkan bahan dan masak sayur campur. At the end, bila kari ikan sudah masak, sayur campur pun sudah siap digoreng dan nasi pun sudah siap. So, boleh makan kan.

4. Jimat
financial planning.
Saya rasa pandai memasak itu satu kelebihan apabila ia boleh menjimatkan duit. Haha... Kenapa? Betul ke jimat. Okay, mari kita buat calculation here. Satu hari biasanya kita akan masak at least 2 atau 3 kali sehari. Well, kan ade orang yang jenis skip breakfast kan.. Kalau pagi, mungkin kita akan makan roti dengan jem bersama milo 3 in 1. So, kita abaikan breakfast. Proceed to lunch. Biasanya kalau makan kat luar, sekali makan untuk lunch adalah sampai RM 5 termasuk air (tarif berbeza mengikut negeri dan tempat makan). Tu tak masuk dinner lagi. Kalau dinner, adalah sampai Rm 6-7 mengikut apa yang anak tekak nak makan kan.. So, dalam sebulan kita akan menghabiskan dalam anggaran RM 300++ untuk makan sahaja. Itu untuk satu orang, tapi kalau dah berkeluarga? Haha.. bayangkan je la ok.. That's why perempuan kena pandai masak. Lagipun, beras 10 kg kan boleh pakai sebulan. Jadi memang boleh berjimat pun.

 Lastly, saya rasa perempuan kalau pandai memasak disayangi semua orang tau. Yalah, dah dia yang jaga perut orang lain. Mestilah kena sayang, kalau tak alamatnya semua orang lapar. Ini yang orang kata ikat perut dengan masakan? Ah.. tah apa-apa kan. 

Tapi.. kalau awak tak pandai masak, takpe ...  Janji rajin dan bersemangat untuk belajar masak tu ade oklah. Kalau dah tak pandai masak lepas tu, nak belajar masak pun malas. hurm.. tak tahulah nak cakap ape. Haha...

Okaylah.. sampai di sini la saya membebel. Jumpe lagi lain hari. Tata.


Monday, July 2, 2012

Random Talk: Ex-roomate saya...

Entri ini saya tujukan khas kepada ex-roomates saya yang bernama Ajeerah Grah yang mungkin sedang bergembira di UMT kala ini. Haha

Amboi.. kemain lagi ayat intro.

Yep.. tah nak taip apa ni.. Tadi kemain lagi ayat dan idea-idea datang bagai mencurah-curah ke ladang gandum, tapi saat jari-jemari ini start menaip.. haha terus hilang... haha Ah.. Alasan kemain je kan.. haha

oh, since ini adalah entri untuk ex roomate saya yakni Grah... Meh kita letak sikit muka Grah di blog sekupang saya ni.. haha  Kasi Glamer sikit..

Diambil dari FB... Opps sori terstalk pulak.. hahaa
Oh G-rah ni sangat penyayang orangnye.. sebagai bukti, lihatlah cara dia bergambar dengan kucing itu. Manis kan. hahahaa

Lagi satu nak habaq, G-rah ni ambil degree in Environmental technology.. So, sape2 yang berkenan nak ambil budak ni bekerja.. silalah ye.. contact number? hahaha...Sila tanya tuan badan sendiri.

Okay la... sampai di sini sahaja entri kali ni.. Ada masa, saya update lagi ok..

Salam sayang...

P/S: haha.. dah glamerkan grah di blog sekupang nik ni.. haha..


Friday, June 22, 2012

Kad wangi-wangi, jangan lupa pos

Assalamualaikum.

Officially saya dah menamatkan semester terakhir dengan jayanya apabila report dan presentation LI telah berakhir minggu ni. Hurm.. yay!! tak sabar menanti detik bergraduasi...
Oleh kerana, dah nak grad.. Ramai yang dah ada cik abang berkat dari latihan industri tempoh hari. Jadi isu nikah, kahwin, sanding, hantaran memang hebat diperkatakan.

Boleh kata semua la dah ada cik abang. Hehe.. tahniah.. tahniah.. Dan tanpa disedari istilah kad wangi-wangi pun muncul. haha.. Eh takkan tak tahu? Kad kahwin la. Kan biasanya wangi.
Jadi jangan nak gatal-gatal just invite pakai facebook sambil scan gmbar kad kahwin tau... Saya nak yang hantar kat umah. Baru rasa nak pergi. Haha..

Rasanya tahun depan ramailah yang akan menamatkan zaman bujang sebab dah ada yang ura-uranya tahun depan nak kahwin. Haha.. Apa-apa pun saya masih lagi menanti kad kawin kalian ya...

Kalau saya?
Haha just wait and see...

Wednesday, June 13, 2012

LI story: Report dan Slide

Saya pelik. 
Dalam sibuk-sibuk nak siapkan report dan slide presentation, boleh lagi nak luangkan masa mengupdate blog. Kalau tengah free-free tu, tak pernah nak update blog. Tapi time banyak kerja bertimbun-timbun tulah, tangan saya menggatal nak update blog. Haha...

Nak buat review novel? Ada dua lagi novel yang saya hold dulu. Satu dah habis baca dan satu lagi saya tak sentuh lagi. Sebab kalau dah start baca, payah nak berhenti. Haha...

Report dah buat separuh. Tapi tiba-tiba rasa macam malas nak buat report. Rasa nak buat slide presentation dulu. Baru best. Oh lupa pulak nak bagitau. Saya memang akan siapkan slide dulu dan baru report akan menyusul. Perkara ini memang telah diamalkan sejak saya masih di tahun 2. Haha.. skill terpendam.
Even, waktu FYP pun, memang slide yang siap dulu sebelum thesis yang sebenar ditulis. Kalau nak tulis report dulu, macam takde idea. Dan .. semua analisis data akan diletakkan di dalam slide dulu before masuk ke dalam report atau thesis. Haha...

Dan sekarang, buat kali terakhir, saya akan berbuat demikian. Nak siapkan slide dulu and then baru siapkan report. Hehe.. Doakan saya berjaya present dengan baik ya. 

P/s: Sedang mengumpul semangat untuk buat slide dan report. Kerja sekarang asyik nak tengok TV dan alih perabot je. Bukak laptop pun malas. Haha

Friday, June 1, 2012

Random talk: Edisi hari lahir!

Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat dalam hidup.
Kadang-kadang benda yang kita tak nak itulah yang kita dapat.
Jadi? Nak tak nak kenalah sesuaikan diri dengan benda yang kita tak nak tu kan.

Sepanjang saya hidup selama 23 tahun ni. Ehem... (Okay birthday saya 28 mei hari tu. Cepat! sila ucapkan selamat hari lahir. ha-ha.. ) Saya rasakan tak semua benda yang saya nak, saya dapat. Contohnya la, nak straight A's dalam exam... Erm.. tak dapat. Okay.. saya bukanlah top scorer dalam sekolah dulu. But then, still masuk universiti kan? haha.. Dan saya tak expect langsung kos yang saya pilih tu akan ada masak-masak. Saya just ingat pasal nutrition dan food science sahaja. Tak terfikir langsung akan belajar masak. Tapi kan... bila fikir-fikir balik, kemahiran memasak saya dah okay. Dulu, sebelum masuk U, abang saya selalu kutuk masakan saya tak boleh nak dihadam la.. Macam-macam komen. Sekarang ni, hehehe... dia dah tak komen dah. Dia akan duduk diam-diam dekat meja dan makan. Yes!

Macam final year project juga. Memang saya tak sangka akan buat pasal mikrobiologi. Memang tak sangka langsung. Dahlah subjek mikrobiologi tu saya ambil waktu  semester 3 dan tak berapa nak cemerlang sangat. tup.. tup.. fyp buat mikrob. Haha.. life is unpredictable kan? 

Bila fikir-fikir balik kan, semua yang berlaku ini ada banyak hikmah kan?  Yalah, kalaulah saya tak pergi matrik negeri sembilan dulu, saya takkan makan pedas. Haha.. Okay saya memang tak tahan pedas. Even sos cili kimball pun saya dah rasa pedas. Inikan pula nak makan masak lemak cili api daging salai masakan cik bedah yang jual kat Kafe C kat matrik dulu. Haha..

Dan disebabkan itu, seminggu saya tak makan nasi dan saya mengalami weight loss yang agak kronik. So, muka yang tembam dah jadi kurus. haha.. Dan perkara ini berlanjutan sehinggalah masuk ke U. Berat badan maintain 40 lebih je.. haha.. Hurm.. Kalau saya tak masuk matrik, mesti saya dah jadi tembam atau mengalami ke'chubby'an yang kronik. Mungkin memakai kebaya nyonya hanya dalam angan-angan sahaja. Haha..

Erm.. apa la yang saya mengarut ni kan? haha... Dan bila saya fikir-fikir balik sepanjang hidup saya ini, benda yang saya tak dapat tu hanya beberapa percent sahaja dalam hidup saya. Jadi, saya rasa tak perlulah saya nak menghentak-hentak kaki apabila tak dapat apa yang saya nak kan? haha...

Okay la, sebenarnya saya pun tak tahu apa yang saya mengarut ini. Saja nak memeriahkan blog saya yang dah lama tak berupdate. ^^v\

P/s: Saya rasa, saya telah mengalami ketidakseimbangan hormon pada hari ini. Mungkin disebabkan pengambilan kafein yang banyak atau ion-ion negatif dan positif tak seimbang dalam badan saya. Haha



Sunday, May 20, 2012

Random: Maaf

20 May 2012

Hari ini ahad. Dan sekarang jam menunjukkan pukul 10.09AM pada saat jari-jemari saya menaip entri ini. Dua tiga minggu kebelakangan ini, saya agak sibuk dengan urusan latihan industri. Maklumlah, kalau dah namanya mini projek, bermakna macam kembali membuat final year project versi kecil-kecilan. Tambahan pula, kali ini ada dua mini projek yang dijalankan secara serentak. Haha... Tapi saya tak kisah, sebab saya memang suka buat eksperimen dan duduk lama-lama dalam lab.

Cuma... saya terasa seperti telah mengabaikan orang-orang yang tersayang. Hu-Hu.. Maaflah awak-awak sekalian. Kesibukkan saya ini akan berterusan sehinggalah saya menyiapkan report untuk dihantar bulan June nanti. Sekarang ini saya tengah gila meneroka kembali alam data analisis menggunakan Minitab dan SPSS. Dah lama saya tinggalkan semua ini. Dan sekarang datang kembali menjengah notebook saya. Plan untuk berjalan-jalan pun terpaksa saya batalkan lantaran kesibukkan yang melanda. Tapi tak apalah, janji ada benda yang nak diceritakan dalam report LI nanti. 

Hurm.. keputusan FYP dah keluar. Ha-ha. Saya puas hati dengan result FYP. At least apa yang saya usahakan dulu berbaloi dengan result yang saya dapat. Tinggal nak aim result LI sahaja. Harap-harap dapat yang terbaik untuk LI ini. Sebab saya rasa, saya dah berikan banyak komitmen untuk mini projek ini. Miss Meow pun sama. Dia pun dah berikan yang terbaik untuk semua projek-projek yang diberikan kepada kami berdua. Haha...

Harap semua akan berakhir dengan baik. 

P/s: Dalam sibuk-sibuk tu, sempat lagi saya, Miss Z dan miss Meow makan steamboat ala Korea. Kenyang wooo.. sampat tak boleh nak bangun. hahaa

Thursday, May 17, 2012

Fyp cases: Surat buat thesis




credit to google


Penulis Thesis        
307-02, Taman Universiti,
81300 Skudai, 
Johor.

17 Mei 2012

Ke hadapan keputusan thesis yang bakal keluar,

Saya harap kamu baik-baik sahaja di sana. Dulu, hati saya gundah-gulana menanti kehadiran kamu. Ya, saya bukanlah insan yang berani mengambil tahu khabar beritamu di laman web mynemo UMT.  Tadi jiwa saya kembali gementar dan tidak keruan tatkala ada notification di facebook yang menyatakan kamu sudahpun kembali di mynemo. Alangkah terkejutnya saya sehinggakan data analisis untuk mini project saya pun tidak mampu saya teruskan angkara terbayang-bayangkan kamu. Oh kejamnya kamu. Tahukah kamu wahai thesis, data analisis itu harus saya hantar esok pagi pada supervisor latihan industry saya. Kamu kejam! Kamu kejam!

Terketar-ketar tangan saya ingin menaip mynemo di carian google, namun apa kan daya saya yang lemah ini, saya tidak mampu menghadapinya lagi. Bolehkah saya tinggalkan kamu sementara menunggu kekuatan muncul dalam diri ini? Bolehkah? Jadi, izinkan saya pergi buat sementara waktu menenangkan diri dengan data-data yang berpanjangan perlu dianalisis sebelum pulang ke UMT. Saya janji akan segera mencari kamu apabila hati ini tenang. Saya harap kamu bersabar.


Salam sayang dan rindu,
Penulis thesis

Saturday, April 28, 2012

Random: Trip cancel.. bye-bye PBAKL

28 April 2012

Saya duduk di depan tingkap pagi tadi. Sedang menikmati pemandangan alam yang indah dengan fikiran dan hati yang bercelaru. Macam manalah boleh terlepas pandang pasal tu? Kenapa? Kenapa?
Tangan pantas menekan butang on di notebook usang yang terlalu banyak berjasa. Berita-berita mengenai BERSIH 3.0 menjamah mata saat skrin notebook terpampang di mata.

Ya, memang seperti yang dijangkakan. Kebanyakkan jalan utama masuk ke Kuala Lumpur ditutup. Kalau ada yang dibuka pun mesti ada pemeriksaan polis. Nasib baik naluri saya mengatakan tak payah meneruskan niat untuk ke KL minggu ni. Kalau saya pergi jugak, tak tahulah apa yang terjadi.

Plan asal nak pergi meronggeng dengan cik Dayah sambil tengok wayang cerita baru di Times Square dan lepas tu berjalan-jalan di jalan TAR ke atau masjid jamek ke.... Huhu.. Dan rancangan itu hanya tinggal rancangan apabila perhimpunan tu diadakan. Okay, saya stress.

Melawat Zoo mungkin boleh menenangkan jiwa. Huhu

Dan kini, saya duduk di depan notebook usang sambil menaip entri yang penuh kesyahduan ini. Plan nak pergi berjalan juga, tapi entahlah. Hati tak berasa ke arah itu. Tapi tangan sudah mula menaip di carian google. Mahu menaip 'tempat-tempat menarik di Johor'... Mungkin saya perlu duduk diam-diam di Johor sehingga semuanya reda. Tapi bila semua dah reda.. maknanya.. Pesta buku dah habis.. huhu..
Okay.. saya memang sedih ni (sambil mengunyah kerepek pisang dan meneguk segelas nescafe panas.)

Sudahlah, dah malas nak pikir pasal semua ni.. Mungkin saya patut siapkan report latihan industri. Haha.. Hurm mungkin itu yang patut saya lakukan.
Okay..
Nak taip report...
Tata..

Sunday, April 22, 2012

Random Talk : Pre-trip to PBAKL 2012

Hai.

22 April 2012
Saya baru sahaja beli tiket ke KL hujung minggu depan. Terlanjur berjanji dengan Miss dayah yang beria-ia mahu saya ke sana.. * ehem... sebenarnya saya pun nak ke sana jugak..* Okay set, 28 April 2012, pukul 8 pagi, saya akan ke KL. 

Owh, lupa pula nak beritahu. Tujuan utama saya ke sana adalah untuk berpoya-poya di pesta buku antarabangsa di PWTC. Sebagai peminat novel dan pembaca novel tegar, semestinya saya tidak akan melepaskan peluang untuk ke pesta buku tahun ini. Tambahan pula, ada geng yang sekepala yang sudi nak pergi meronggeng bersama-sama. Lagipun, dah lama saya nak ke pesta buku ni, cuma bila duduk belajar dekat terengganu, harapan nak ke KL tu hancur sikit sebab jauh dan... banyak kelas nak kena hadir. 

Saya dah start ambil mood novel. Dan sekarang ni, saya masih berusaha menghabiskan novel terbitan Karya Seni, Sebenarnya Saya Isteri Dia karya Zura Asyfar.

(sumber gambar)
So, nantilah saya update aktiviti dekat KL. * Macamlah orang nak baca sangat* Ha-Ha.. Cuma sedih sikit bila tengok jadual penulis dekat booth syarikat penerbitan, penulis yang saya nak jumpa tu, tiada pada hari yang saya nak pergi tu. Jadi tak bolehlah nak bergambar ke, atau ambil autograf.. Ehem.. Dan.. rasa macam nak borong novel banyak-banyak pulak. Ha-ha...

Ok.. ok semua selamat hari ahad dan selamat berkerja dan ke kuliah esok. 

Tata

Saturday, April 21, 2012

LI story: Jalan-jalan malam sabtu

Hai,

Semalam saya dan teman-teman ke Bazaar karat yang berhampiran dengan City Square. Entah apa yang merasuk kiteorang pun tak tahu. Idea asal adalah untuk ke pasar malam yang berhampiran dengan masjid jamek dan pulang ke bilik dan meneruskan aktiviti biasa iaitu melayari internet dan juga menonton kartun. Ha-ha

Tapi disebabkan sesuatu telah berlaku, kami semua telah membatalkan niat untuk meneruskan aktiviti melayari internet dan menonton kartun. Bila-bila masa pun boleh buat kan? haha
Jadi, perancangan awal lepas ke pasar malam, nak ke balai cerap yang berlokasi di dalam UTM ni. Kawan saya  cakap balai cerap dalam UTM ni cantik, nanti boleh tengok satu UTM dari atas bukit. Dan kereta pun dipandu ke menghala ke balai cerap yang berada di atas bukit. Sepanjang perjalanan ke balai cerap dalam pukul 10 malam dah waktu tu, tiba-tiba rasa seram. Sudahlah lampu jalan sudah tiada sepanjang perjalanan ke balai cerap dan ketiga-tiga kami adalah perempuan. Jadi, kami membuat keputusan untuk patah balik ke bilik sahaja. 
Pemandangan UTM dari balai cerap. (sumber gambar)

Tiba-tiba, kawan saya yang merupakan pelajar UTM ni mencadangkan untuk ke Bazaar karat yang dibuka setiap malam. Oleh kerana, saya pun memang kaki jalan. Oklah, plan untuk ke balai cerap ditukar kepada bazaar karat.

Perjalanan pun bermula... seronok juga berjalan malam di johor ni. Banyak lampu dan pemandangannya sangat cantik. Kami lalu di Danga Bay, dan bolehlah juga mengerling ke arah Singapore yang cantik waktu malam. Sejujurnya, nak juga menangkap gambar, tapi.... setakat kamera telepon yang 3.2 megapixel tu, apalah gambar yang boleh ditangkap. Hurm.. so cancel.

Jadi rakamkan memori guna mata dan minda sendiri je la di samping air cond kereta yang agaknya mencecah suhu takat beku. Sejuk gila sudahlah jam waktu itu dah menghampiri pukul 11 malam. HA-ha..
Berpusing-pusing jugak la di bazaar karat tu sebab nak cari parking. Adalah dekat 3 kali pusing sebelum jumpa tempat parking. Kaki dan tangan saya pun dah beku dalam kereta tu. Haha
Bazaar karat ataupun bazar JB (sumber gambar

Okay macam biasa, pusing satu bazaar karat tu, sampai lenguh kaki. Mujurlah saya pakai selipar jepun je. Takdelah rasa macam nak tercabut kaki ni. Dan di bazaar karat ni ramai orang singapore dan mereka agak stylist la. Haha.. So, saya pun jalan-jalan di kawasan bazaar. 

Basically, bazaar karat ni menjual, kasut, baju, aksesori, dan barang-barang perhiasan. Bazaar karat tu agak besar tau. Dan pilihan barangan pun pelbagai. Ada juga yang menjual barangan bundle yang berjenama macam Dr Martin, Gucci, Prada...

Selepas berlegar-legar di bazaar dan melihat jam pun sudah mencecah pukul 1 pagi, kami pun beredar pulang ke UTM. Dan macam biasa pak guard UTM sedang menanti di pondok guard.. Ha.ha.. nasib baik saya bukan budak UTM.. hehehe selamat..

Dan .. dalam banyak-banyak berjalan dekat bazaar tu, saya hanya beli kerepek pisang, kerongsang.. dan 2 biji getah rambut kaler pink.. hehe.. Ok

Next time ingat nak singgah danga bay time malam dan ambil gambar banyak-banyak. Nanti kena spare kamera at least 12 megapixel dalam poket seluar. Ha-ha...

Okay, salam sayang...
bye

Friday, April 13, 2012

Review novel; Kuseru Rindu itu by Hanni Ramsul

Assalamualaikum. 


Malam ni tiba-tiba terasa nak review novel pulak. Entahlah.. bersemangat sedikit hendak menaip.Adakah mungkin disebabkan terlalu banyak baca pasal soil dan fertilizer untuk mini project tadi. Ha-ha...Sebenarnya dah lama saya habiskan baca novel tu. Tapi.. mungkin kesibukan yang melanda .. ehem...menyebabkan saya tidak aktif mengupdate blog. Ehem...

Kita mulakan dengan sinopsis ok..

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?(www.kakinovel.com)
Lebih kurang macam tulah sinopsisnya. Saya tak boleh nak cerita 100% sebab nanti mesti korang tak beli novel tu. Tapi, untuk novel yang sudah dicetak sebanyak tujuh kali ini (saya baca cetakan ke -7 Mac 2012), novel ini mampu membuatkan saya rasa sebak sebab ayat-ayat dia tacing gitu.
Bagi peminat novel genre cinta dan sedih, novel ini adalah salah satu novel yang boleh dijadikan sebagai salah satu koleksi. Tak rugi pun nak beli sebab jalan cerita pun best dan ada nilai-nilai moral. Ini bukan kisah cinta semata-mata. 

Bagi saya pembinaan watak dan karekter mantap. Setiap watak diberikan ruang untuk berbicara, dan juga diterangkan sedikit sebanyak latar belakang mereka. Oleh kerana novel ini ditulis dari sudut pandangan orang ke-3, perasaan dan kejadian-kejadian yang berlaku pada watak-watak lain jelas diketahui oleh pembaca berbanding novel yang ditulis dari sudut pandangan orang pertama.

Secara keseluruhannya, bahasa dalam novel ini baik, dan juga mampu memikat hati si penggemar novel cinta versi sedih. Semua details mengenai novel ini saya sertakan di bawah tau..

Tajuk: Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Muka surat: 729
harga: RM26.00

Random Mood: Jom balut buku!!!

Hai

Rasanya sudah lama tak update blog kan. Erm ye la tu. Haha... So, sebab tak lama lagi lecturer nak datang melawat dan tengok buku log dan benda-benda lain yang saya buat di sini, terpaksalah saya mencantikkan sedikit buku lab saya ni. Buatnya lecturer nak tengok? Habislah. Segan pulak nanti nak tunjuk kan... so... jom balut buku.

Ini buku lab original ya. Warna hijau tu dan dah buruk. Sebab ni buku lab Final year project dulu. Disebabkan saya still lagi masuk lab dan buat microbe so, buku lab FYP ini memang sangat berguna. Lagipun banyak lagi ruang kosong. Dah namanya buku lab.. konfem kondisi luarnya agak teruk. Maklumlah.. inilah buku yang saya duk usung setahun time buat final projek.
 Ini pula bahagian dalam.
Okay.. mula-mula gunting sugar paper yang kaler hitam itu bersesuaian dengan saiz buku. Saya pakai sugar paper je.. Sebetulnya nak beli kertas pembalut hadiah.. tapi rasa tak berkenan pula coraknya.. So, senang.. pakai je kertas kaler hitam dan kelebihannya .. memang tak cepat kotor. Lagipun sugar paper ini murah je.. RM0.60 je.

Balut dengan penuh kasih sayang tau.. Macam ni..

Sambil-sambil membalut tu boleh juga makan kerepek pisang. Haha.. Sedap tau..

Lepas dah balut.. jangan lupa bancuh nescafe pula.. Haha.. ye la tercekik makan kerepek.. minum nescafe satu mug pun ok.. hehe..

Bagi tak nampak sangat gelap dan kosong... Boleh lah letakkan hiasan... macam yang saya buat kat atas ni.. Ala.. Kalau nak kreatif lagi.. bolehlah letak bunga-bunga kering ke.. reben ke.. ikut suka korang la.. janji jangan over ok..

Lepas tu saya, tulis la nama seposen dua.. senang nanti kalau hilang.. orang tau buku ni buku siape.. Haha.. Kalau nak letak nombor telefon, emel, atau nama facebook pun boleh.. tak kisah.. tak kisah.. terpulang pada korang la ok..

Lastly... balut dengan plastik bagi mengelakkan kemalangan/ ketumpahan air tidak mencacatkan buku lab suatu hari nanti. Sebab berdasarkan pengalaman saya.. buku lab akan mengalami banjir.. akibat tertumpah air suling atau bahan-bahan kimia di kulit buku.. so, sebagai langkah awal.. balut dengan plastik.. Selamat..kalau tumpah.. boleh lap je...

tadaaaa... siap sudah...  Akhirnya buku lab saya mendapat wajah baru.. Yeay.. 
Okay teman-teman.. selamat membalut buku ok...

Wednesday, April 4, 2012

LI story: Minggu ke-7


Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari Rabu. Esok Khamis dan lusa Jumaat. Dan Minggu ke-7 dah tamat untuk praktikal kali ni. Makin lama, makin rasa sayang dekat tempat LI ni. Hurm.. dan maybe orang-orang di sini. Ehem...

Tak lama lagi, pensyarah sudah nak datang melawat. Rasanya dalam minggu ke-10. Risau. Ya, saya memang risau. Mungkin sebab yang datang melawat tu bukan pensyarah yang pernah mengajar saya sewaktu di U. Entah...kalau ikutkan mestilah nak pensyarah yang pernah mengajar saya datang melawat. Sebab mereka lebih mengenali student. Tapi, takpelah. As long ada pensyarah yang datang melawat.. tu pun dah cukup baik.

Entah apa yang aku merepek pun aku tak tahu.. hehe

Minggu ni, aktiviti seperti biasa. Biasakan saya akan turun ke lab awal pagi sebab tak nak berebut dengan orang lain. Lagipun, pagi-pagi tak ramai yang turun lab... Jadi memang ada privasi di situ. Malas nak beramai-ramai di lab. Bila dah setel kerja, boleh naik ke office dan buat kerja-kerja lain seperti mengupdate log book dan juga menaip sebaris dua report LI. haha .. Advance..

Nak letak gambar.. tapi rasa macam tak elok pulak. Lagipun saya LI dekat research centre yang semuanya controlled copy. Jadi tak boleh nak dedahkan. Lagipun lab tu ada ISO. SO, tak boleh main snap picture dan publish kat Fb atau blog. So, tengok je la... tulisan-tulisan yang panjang ni. Okay.. haha

Sebenarnya, ada banyak lagi luahan tapi.. entah rasa macam tak berapa elok nak diluahkan di sini. Cukuplah benda-benda ni. Apapun, saya rasa tak menyesal langsung sebab LI kat sini. Staff baik dan rasa gembira di sini.. 
Okay la.. setakat ni sahaja. 
Sekian, wasalam.

Saturday, March 31, 2012

Segmen: Lets Be Friend by Sandra

Assalamualaikum,

Sudah lama tak blogwalking blog kawan-kawan maya sehingga tidak sedar diri ini telah ditag. Oh my... terima kasih kepada cik Aya Aris.. hehe kerana sudi mengetag diri ini. Maaf kerana lambat menjawab tag anda. Agaknya masih valid lagikah segmen ini? Oleh kerana saya tidak mahu menghampakan permintaan cik aya.. ehem.. saya dengan riang gembiranya menyertai segmen 'Lets Be Friend by Sandra'.



Berbalik kepada segmen ini. Ada beberapa soalan yang dikemukan dalam segmen ini. Biarlah saya menjawab satu demi satu soalan ini okay.

1. Nama paling femes
Hurm... Paling femes? Rasanya semua orang panggil saya nik. Tak ada apa yang menarik pun. Just nama family je. Nama penuh panjang sangat nak panggil so, paling senang patah perkataan yang paling depan. Nama belakang jarang digunakan sebab.... semua kawan panggil guna nama depan. Ada sesetengah orang sahaja yang panggil Azie atau Zie dan kadang kala panggil penuh.. Aziemah.. haha...

2. Umur
Hurm.. umur ya...? Kalau mengikut i/c, umur saya dah boleh mengundi dah ni. So, faham-faham je la.  

3. 5 perkara yang digemari
Ada banyak benda yang saya gemar ni. Tak tahu nak mulakan yang mana satu dulu.

i) Masak
Saya suka masak dan bagi orang makan. Entah, memang naturally kot. Dah jadi habit dalam diri. Kalau masak dan takde orang nak makan mesti terasa dan ugut tak mahu masak dah. Haha.. punye la buruk perangai.

ii) Buku
Saya suka buku. Novel? Sudah semestinya. Saya kalau baca novel, memang dah tak pandang orang keliling dah. Tapi sejak akhir-akhir ni, buku sejarah Melayu pun saya bantai sekali baca. Entah terasa seronok pula baca buku sejarah. Oh ya, hikayat malim deman pun saya dah khatam. Tak sangka boleh khatam buku prosa tradisional yang guna ayat-ayat klasik.

iii) Minyak wangi
Saya sangat suka perfume. Mungkin sebab hidung saya sangat sensitif pada bau. So, saya memang selalu tukar-tukar perfume every semester. Kalau semester lepas saya pakai silky girl stunning, semester ni saya pakai perfume Imari. Saya suka buat koleksi perfume.

iv)Melukis dan mewarna
Melukis dan mewarna ini memang tak dapat dipisahkan dalam hidup saya. Sebab saya tak dapat nak ambil subjek pendidikan seni sewaktu SPM dulu, saya jadi frust. So, bagi mengubati hati saya yang lara, saya pun terus melukis walaupun hanya dalam buku amali kimia atau biologi. Kalau dulu melukis menggunakan pensel, sekarang ni dah gunakan software. Ada improvement la kan.

v)Pink
Saya suka kaler pink. Sebab warna pink tu boleh menyembunyikan keganasan diri haha.. Eh tak lah. Saya suka pink, sebab dari kecil lagi memang mama selalu belikan barang untuk saya warna pink. Baju, kasut atau klip rambut pun mesti warna pink. Sampai saya besar bila beli baju kurung pun warna pink. Even first hanphone saya pun, abang saya belikan kaler pink. Sebab abang kata, perempuan nampak sweet kalau pakai kaler pink. So, pink tu dah jadi sesuatu yang biasa bagi saya. Sampai saya beli second phone pun, still kaler pink. Mama pun dah tahu.. pink tu warna saya. So, yang lain jangan usik. Haha..

Rasanya saya dah menjawab semua soalan kan? Oleh kerana saya perlu mengtag.. saya pun tak tahu nak tag siape. Lagipun segmen ni dah tamat tempoh kan.. hehe.. So, saya tak tag siapa-siapa la. Kawan-kawan lain dah lama tak aktif blog. Ok terima kasih kepada yang menjalankan segmen ini dan terima kasih juga kepada yang sudi mengetag saya.

Ok sekian... :)