Tuesday, January 24, 2012

Random Talk: Homesick

Saya tengah bermalas-malasan di rumah. Memang rasa malas nak buat kerja lain. Entah, esok dah nak balik kampus. Kalau ikutkan hati, malas nak balik.  Tapi sebab dah tinggal sikit lagi, jadi tahanlah. Lagipun hujung minggu depan balik semula ke rumah dan duduk beberapa hari dan pergi ke Johor untuk praktikal. Ok done...


Tak sabar nak menamatkan pengajian.. Hope takde ape2 yang sangkut. Risau juga sebenarnya. Lusa kena pergi kursus selama empat hari. Ok... lepas tu nak siapkan final touch untuk thesis dan cepat-cepat pergi meninggalkan kampus. Mujurlah perbentangan praktikal tak dibuat di kampus... tapi bila fikir-fikir balik, result exam dan thesis still kena ambil kan? So, student kena juga balik kampus dan merempat di mana-mana tempat yang diorang boleh tinggal. 


Ini tengah fikirkan cara nak cari tempat tinggal di Johor. Rasa menyesal pun ade sebab minta di Johor. Kan bagus kalau duduk kat Kuantan je... Senang. Tak payah fikir banyak-banyak.. Empat bulan nak duduk sana tu. Hurm.. 


Harap-harap thesis sudah siap disemak. Boleh terus betulkan thesis dan boleh pulang ke rumah dengan cepat. I miss my home...


P/S; sedang cuba bertahan untuk sedikit masa lagi. 

4 comments:

  1. wah nak cepat keluar kmpus.. nnt rindu.. haaa baru tau..

    ReplyDelete
  2. haha.. sedang mengalami proses kerinduan yang teramat sgt lepas bergambar buat kali terakhir. huhu

    ReplyDelete
  3. dah habis untuk di kampus.. sekarang ni tinggal buat LI satu sem kat johor. hehe

    ReplyDelete