Thursday, January 26, 2012

Random Talk:

Tak tahu nak mulakan macam mana. Rasanya macam dah kering idea nak menulis. Tapi disebabkan perasaan malas nak mengadap buku dan membaca modul keselamatan makanan, saya gagahkan diri juga menulis satu entri yang hurm... bolehlah dikatakan mengarut.

Serius, sekarang susah dah nak bergelak ketawa bagai orang gila. Tak macam zaman sekolah dulu. Kalau gelak mesti sampai terduduk-duduk. Sekarang nak gelak pun macam terpaksa. Hurm.. saya rasa ini adalah salah satu simptom penuaan kot.  Mungkin disebabkan usia makin menginjak ke umur ehem.. matang. Haha Ok... sila abaikan...

Sekali lagi saya ingatkan ya, entri ini ditulis dalam keadaan separa sedar. Sekarang ini saya sedang berfikir bagaimana hendak menggunakan baucer buku satu malaysia tu. Semester terakhir.... dan memanglah tak pakai buku. Jadi baucer buku yang bernilai RM 200 tu saya cuma nak gunakan untuk membeli A4 paper double A untuk print thesis. Terfikir jugak nak jilid thesis guna baucer tu. Tapi persoalannya... adakah baucer buku diterima? Hehe...

Antara novel yang sedang disurvey. Hehe
Niat di hati nak sahaja habiskan RM 200 untuk beli 10 biji novel. Baru masyuk. Penuh satu rak buku dengan novel. Tapi rasa macam tak best la pulak bila guna buat beli novel. Maybe nak cari buku motivasi kot. Hehe.. Tahlah tengoklah apa yang berlaku nanti. Mungkin akan menghabiskan baucer buku dalam masa yang terdekat ni... Yang pastinya, nak beli kertas A4. 

Gunakan kertas berkualiti untuk jilid thesis. Baru puas hati.




5 comments:

  1. budak microbe mmg kena borong a4 paper banyak2 sbb tesis korang kn tebal

    ReplyDelete
  2. wooo.. beli je ketas A4 bebanyak.. selian boleh digunakan utk thesis.. ia juga boleh digunakan utk mmbuat kapal terbang kertas.. [merepek dah]

    ReplyDelete
  3. kak nourel: haha.. memang tebal la sangat kak.. appendix saje dah masuk 30 pages.. thesis pula dalam 70 pages.. hehe
    mr line: buat kapal terbang kertas? best jugak tu.. hehe

    ReplyDelete
  4. mcm ade lagu pasal kapal terbang kertas ni.. ape ek.. lupe ar..

    ReplyDelete
  5. iye ke? Lagu tadika ke..? rasa macam ade band nyanyi lagu kapal terbang kertas.. hehe

    ReplyDelete