Thursday, February 9, 2012

FYp cases : Final touch up..

Salam mi amor,

Entri kali ini saya selitkan dengan kisah FYp yang memang sudah sampai ke penghujungnya. Yelah, setelah setahun saya melalak-lalak kat blog ni mencurahkan susah senang menjalani FYp ni. Dan hari ni, saya dengan bangganya telah menyerahkan thesis berserta CD kepada penyelaras untuk penjilidan thesis. 

Perasaan?
Lega sangat-sangat. Rasa nak menangis macam dalam drama pun ada. Bila terserempak dengan lecturer dekat fakulti mesti nak tersengih-sengih menandakan sudah siap dan hantar thesis untuk dijilid. hehe....
Walaupun semalam saya tidak tidur untuk memprint thesis, tapi puas hati bila siap dan diberi kepada penyelaras.

Niat dalam hati nak menunjuk-nunjuk thesis yang sudah siap diprint, tapi mungkin sebab terlalu letih, kamera entah ke mana, thesis pun entah ke mana. So, memang tak snap pictures pun. Maybe lepas jilid la nanti, baru pergi bergambar sambil buat fotoshoot.

Okaylah, nak kemas-kemas barang ni. Malam ni nak bertolak balik ke Kuantan. Next week dah bertolak ke Skudai, Johor. Ade masa, saya update pasal praktikal pulak. Okay.. tata


2 comments: