Tuesday, February 14, 2012

Review novel: aA +bB

Salam semua.

14 Februari 2012.

Tiba-tiba hari ni macam rajin je nak buat review novel. So, sebab saya baru menghabiskan novel karya Hlovate yang berjudul aA+bB, jadi biarlah saya buat review sikit. Saya mulakan review dengan sedikit ringkasan novel ini.


aA+bB merupakan kisah cinta antara Addin Shah dan Benz Alif yang memang tak ngam sejak dari sekolah lagi. Addin merupakan seorang doktor dan Benz merupakan seorang jurutera. Atas sebab-sebab tertentu, Addin terpaksa berkahwin dengan Benz. Jadi bermulalah kehidupan mereka yang macam anjing dan kucing di dalam rumah. 

Nak tahu kesudahannya? Sila baca sendiri okay...

Keseluruhan novel ini santai. Kalau dikira gaya bahasa yang digunakan, memang santai dan tak berbunga-bunga. Cuma ada sesetengah part dalam cerita ini yang amat teknikal. Mungkin sebab dunia Hlovate. Contohnya, ada part dalam novel ini yang bercerita mengenai zaman remaja Benz dan Addin. Dan bahasa remaja yang digunakannya... hurm.. agak kurang difahami oleh golongan berusia seperti saya. Hehe...

Malah ada sesetengah lagu yang dipetik di dalam novel ini, tak pernah saya tahu.. Contohnya... lagu Schubert's Serenade... Okay itu muzik klasik yang digubah oleh Franz Schubert. Ada banyak lagi terms yang saya tak faham dalam novel Hlovate, tapi still saya baca sampai ke muka surat yang terakhir.

Novel aA+bB ini banyak menggunakan istilah sains. Macam keras kepala...diumpamakan sebagai kepala diamond... dan beberapa lagi istilah sains yang saya rasa kalau budak sastera baca, takkan faham. Kadang kala saya rasa laras bahasa yang digunakan dalam novel ini lebih kepada laras bahasa sains. haha..

Dan untuk perhatian semua, ini adalah novel islamik versi moden ok. Dan kalau sesiapa yang berminat novel stail islamik, bolehlah beli novel aA+bB ni. Sebab... bagi saya novel ni santai dan penuh mesej. Mungkin ada yang bertanya, kenapa nak beli novel yang stail kahwin paksa macam ni.. Dah klise sangat. Haha

Saya suka cara Hlovate menyampaikan dakwah. Sebab latar belakang cerita adalah Malaysia dan hero dan heroinnya bukanlah sempurna sangat. Maksud saya, hero dan heroin dalam novel ini tidak digambarkan begitu sempurna. Mereka hanya manusia biasa yang mencari jalan untuk berubah ke arah lebih baik. Dan dalam novel ini juga diselitkan hadis-hadis yang bersesuaian dengan situasi dan babak dalam novel.

Novel ini diterbitkan oleh Jemari Seni publication, dan berharga RM 20.00 (semenanjung Malaysia) dan RM 23.00 ( sabah dan sarawak).

Okaylah... Selamat membaca semua dan semoga kita semua mendapat manfaat dari novel ini.



3 comments:

  1. sebelum bce novel ni,better bce novel Tunas dulu...novel Tunas pasal life addin and benz masa kat kolej..sebab kenapa addin benci benz and nape benz suka addin..sgt best!semua ni sebenarnya novel online..saya da pernah bace novel ni masa form 2..skrg saya da 21 tahun..=)

    ReplyDelete
  2. Owh.. novel tunas.. memang sedang dalam pemerhatian. hehe...

    ReplyDelete
  3. Saya dah habiskan kedua-dua novel. Tunas dan Aa+Bb. As I expected, memang terbaiklah Hlovate nihh. Terasa macam santai dan rileks bila baca novel dia. So sekarang saya tengah mencari-cari lagi novel yang lain. Nak buat koleksii..

    ReplyDelete