Friday, March 2, 2012

LI story: Dah dua minggu di sini

Assalamualaikum semua,

Kabare? Haha.. Dah masuk dua minggu kan. Tak sangka hari ni dah masuk dua minggu berada di bumi skudai. Well, cuaca di sini agak mendung dan hujang setiap petang. Sejuk sebab kat sini kawasan bukit. Saya dah mula masuk lab dan melakukan analisis bagi sampel makanan dan juga sampel-sampel yang lain. Best jugak.. ada office dan bestnya ada wifi yang laju. Okay.. sambil2 boleh download cerita time makan tengah hari. Hehe

Hurm.. nak cakap banyak pun tak guna kan.. Lagipun minggu lepas baru sahaja pergi ke Jusco taman Universiti. Saja nak lepaskan tension duduk dalam ni. Dan minggu ni cadangnya nak ke giant atau skudai parade. Tengoklah mana yang sempat. Lagipun, saya dan kawan dah declare yang hari sabtu adalah untuk outing dan hari ahad adalah untuk jogging.. yang lain-lain..
Banyak cakap pulak kan.. jom tengok beberapa gambar ok..

laluan masuk ke dalam kawasan makmal... Macam jambatan.. kiri kanan tu tanaman herba..

kawasan luar IBD.. ade kebun jagung kat bawah tu.. hehe

pandangan dari atas...IBD

Dalam IBD

bukit dalam kolej kediaman ... Boleh jogging .. hehe

masjid UTM

2 comments: