Wednesday, March 21, 2012

LI story : Minggu ke-lima

Assalamualaikum,

Minggu ni dah masuk minggu ke-lima. Setelah empat minggu bertukar-tukar lab kat sini. Akhirnya, saya kembali kepada tujuan utama saya buat praktikal di sini. Ya... mikrobiologi. Sekali lagi saya berada dalam makmal untuk buat mikrob. Setelah hampir dua bulan tidak memegang plates, tiba-tiba minggu ni pegang plates, rindu pula time buat Fyp dulu. Haha

spread plate method. credit to pak cik google

Cuma kali ini, saya bukan isolate mikrob dari makanan. Saya lari bidang sikit. Tak buat makanan tapi lebih kepada baja dan tanah. Haha.. okaylah... belajar benda-benda yang baru. So, mini project on da way. Harap-harap mini project ni siap sebelum habis praktikal. Maklumlah, bila buat berkaitan dengan mikrob, kena expect the unexpected. hehe..

dicilok dari laman web cepp

Saya bahagia kat sini. Of coz la. Sebab duduk dalam office, bila kena buat lab sahaj turun ke lab. Kalau takde nak buat lab, saya duduk kat office je ataupun tolong-tolong menyibuk dekat lab lain. Sambil-sambil menyibuk, belajarlah benda lain. Lagipun kat sini, bukan belajar mikrob je.. Lab sensory pun ada. Ada banyak benda yang boleh belajar. Seronok dan tak penat pun..

Yang bestnya, kerja ikut office hours 8 sampai 5 petang, isnin sampai jumaat sahaja. Jadi sabtu dan ahad boleh jalan2 dekat Johor ni. Haha..

Okaylah.. nak prepare untuk esok. Lagipun esok nak kena prepare agar. Haha.. okay.. okay.. nak salin buku lab kejap. review method untuk esok.

Okay tata...

No comments:

Post a Comment