Saturday, March 24, 2012

Random: Praktikal, Johor dan Nasi Ayam penyet...

Hai,

Baru terasa nak mengupdate blog. Bukan apa, tiba-tiba tangan rasa macam gatal nak menaip. Tah la.. Lagipun duduk kat sini tak selalu menaip. Yalah masuk lab... mana nak menaip kan. Overall kehidupan kat sini still okay.

Saya baru lepas makan nasi ayam penyet. Tadi tiba-tiba je kawan kat sini ajak makan nasi ayam penyet dan sorry, saya memang tak tangkap gambar sebab rasa macam ulu je kalau tangkap gambar time makan. Haha padahal dulu selalu je buat. Hehe..

lebih kurang macam ni la nasi ayam penyet. Credit to google
Sedap nasi ayam penyet dia cuma pedas la yang sambal belacan dia tu. Sampai sekarang pijar rasa tangan ni. Harga ? Okay la.. sepinggan baru dalam RM 5. Lagipun, kat sini banyak kedai jual nasi ayam penyet. Sebulan lepas, waktu mula-mula makan kat johor ni, benda yang first saya makan adalah nasi ayam penyet cuma kedai lain-lain. Sekarang ni tengah adapt dengan makanan Johor yang boleh tahan pedas. Okay fine, saya tak tahan makanan pedas. Tapi sekarang ni boleh la... ceh.. ceh.. dah boleh makan pedas sikit-sikit sebab terpaksa. 

Minggu ni dah masuk minggu ke 5... Dah sebulan lebih. Hurm...saya pun dah memulakan project microbe untuk praktikal. Okay la... tempat-tempat kat johor dah mula teroka. Dah pandai naik public transport kat sini. Hurm.. tak lama lagi tu lepas la ke Singapore tu.. Hari tu pergi city square.. dah nampak JB sentral dah.. Nasib baik tak bawa passport.. Kalau tak... lepas ke Singapore la jawabnye.. hehe


City square JB, credit to google
Hurm... Kenyang sangat ni, sampai dah rasa nak berlingkar atas katil. Sebab malam ni makan banyak, maknanya esok kena la jogging. Haha.. Kat sini ramai student yang jogging. Selalu je nampak orang jogging. Maklumlah, bakal engineer kena la jaga shape.. Kalau tak macam mane nak panjat bangunan kat site kan... Sumber maklumat ini dari student tahun akhir civil engineering. Haha

Okay.. sekian.. Tata

P/s: sedang menanti parcel. Tak sabarnya ... ngee ^^v

No comments:

Post a Comment