Friday, March 30, 2012

Random Talk: Deco-deco dunia maya

Assalamualaikum.

Malam ni terasa nak mengupdate blog pulak. Mungkin sebab badan masih lagi segar sebab jogging pusing kolej kediaman tadi. Petang tadi dah senaman kaki dan tangan. Malam ni pula senaman jari-jemari yang tak berapa runcing ni.

So, hari ni saya nak berkongsi software yang best. Ada sesiapa yang suka deko-deko rumah tak? Kalau yang suka deko-deko rumah, mesti excited dengan software ni. Meh sini saya kenalkan, ni sweet home 3D software. Ini adalah salah satu interior design software yang boleh download dengan free di internet. Okay, ini freeware okay. 

Okay, jom kita proceed ke bahagian dalam software ni. Gambar kat bawah ni, sofware tu la.. Ada 4 bahagian... iaitu... Bahagian pelan 2D, pelan dalam bentuk 3D, furniture used dan furniture list.

Ini pelan rumah yang saya design... Pelan suka-suki...
First time buat rumah. Saya buat rumah kecil je.. Senang nak letak dan susun perabot. Ini ada beberapa contoh penyusun perabot amatur yang memang tak belajar langsung hal deko-deko rumah atau interior design ni.. Main hentam je.. haha


Ruang tamu yang kecik.. hehe
Dah nama budak foodservice.. kitchen tu bahagian yang penting tau.. hehe

bilik tidur....

ruang makan yang mesti ada set kutleri atas meja.. haha..Kaler pink tu mesti  ada.. haha
 Sebenarnya ada je lagi dua bilik tidur dengan bilik mandi.. tapi terasa diri ini malas pula nak snap. Cukuplah dengan gambar-gambar ni ok.. Yang best pasal software ni, kalau perabot yang nak letak dalam rumah tak cukup, boleh download furniture library atau search saja image 3D yang dalam format .3ds, .dae dan .obj... Konfem boleh masukkan dalam sweet home 3D ni... so? Nak try tak? hehe

P/s: nak tido ni.. Esok masih ada benda yang perlu diselesaikan.. hehe

No comments:

Post a Comment