Friday, April 13, 2012

Review novel; Kuseru Rindu itu by Hanni Ramsul

Assalamualaikum. 


Malam ni tiba-tiba terasa nak review novel pulak. Entahlah.. bersemangat sedikit hendak menaip.Adakah mungkin disebabkan terlalu banyak baca pasal soil dan fertilizer untuk mini project tadi. Ha-ha...Sebenarnya dah lama saya habiskan baca novel tu. Tapi.. mungkin kesibukan yang melanda .. ehem...menyebabkan saya tidak aktif mengupdate blog. Ehem...

Kita mulakan dengan sinopsis ok..

Perkahwinan itu tiada kekurangan langsung.Hisyam bahagia menjadi suami kepada Idayu dan Idayu sepuluh kali bahagia bergelar isteri kepada lelaki yangdicintai sepenuh jiwanya itu, walau perkahwinan mereka bukan berlandaskan perasaan cinta pada mulanya. Kebahagiaan hampir menjadi sempurna dengan kehadiran seorang anak lelaki yang cukup keletah.
Namun di pihak Hisyam, bagai ada satu kekosongan di hatinya. Kekosongan yang dia rasakan perlu diisi dengan kehadiran seorang gadis manis bernama Maisara. Maisara mengajarnya erti rindu. Maisara juga berjaya membawa debar di hatinya apabila mata saling bertaut. Yakin, itu adalah cinta yang dia cari, Hisyam nekad mahu bersama dengan Maisara.
Namun… satu hakikat yang mula dia sedar, desakan demi desakan daripada Maisara agar Idayu disingkirkan di antara mereka, telah membuka satu dilema baru. Walau dia yakin hubungannya dengan Idayu hanya berlandaskan rasa tanggungjawab, satu kenyataan yang perlu dia hadapi… dia tidak mampu untuk berpisah dengan Idayu.
Lalu, benarkah ada cinta yang mekar di hatinya untuk Maisara, dan benarkah juga hubungannya dengan Idayu hanya kerana tanggungjawab semata-mata? Mampukah dia menerima hancur sekeping hati milik Idayu dengan kecurangannya dan mampukah Maisara terus membawa bahagia di jiwanya? Siapakah sebenarnya yang benar-benar dia cinta?(www.kakinovel.com)
Lebih kurang macam tulah sinopsisnya. Saya tak boleh nak cerita 100% sebab nanti mesti korang tak beli novel tu. Tapi, untuk novel yang sudah dicetak sebanyak tujuh kali ini (saya baca cetakan ke -7 Mac 2012), novel ini mampu membuatkan saya rasa sebak sebab ayat-ayat dia tacing gitu.
Bagi peminat novel genre cinta dan sedih, novel ini adalah salah satu novel yang boleh dijadikan sebagai salah satu koleksi. Tak rugi pun nak beli sebab jalan cerita pun best dan ada nilai-nilai moral. Ini bukan kisah cinta semata-mata. 

Bagi saya pembinaan watak dan karekter mantap. Setiap watak diberikan ruang untuk berbicara, dan juga diterangkan sedikit sebanyak latar belakang mereka. Oleh kerana novel ini ditulis dari sudut pandangan orang ke-3, perasaan dan kejadian-kejadian yang berlaku pada watak-watak lain jelas diketahui oleh pembaca berbanding novel yang ditulis dari sudut pandangan orang pertama.

Secara keseluruhannya, bahasa dalam novel ini baik, dan juga mampu memikat hati si penggemar novel cinta versi sedih. Semua details mengenai novel ini saya sertakan di bawah tau..

Tajuk: Kuseru Rindu Itu
Penulis: Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Muka surat: 729
harga: RM26.00

No comments:

Post a Comment