Friday, June 22, 2012

Kad wangi-wangi, jangan lupa pos

Assalamualaikum.

Officially saya dah menamatkan semester terakhir dengan jayanya apabila report dan presentation LI telah berakhir minggu ni. Hurm.. yay!! tak sabar menanti detik bergraduasi...
Oleh kerana, dah nak grad.. Ramai yang dah ada cik abang berkat dari latihan industri tempoh hari. Jadi isu nikah, kahwin, sanding, hantaran memang hebat diperkatakan.

Boleh kata semua la dah ada cik abang. Hehe.. tahniah.. tahniah.. Dan tanpa disedari istilah kad wangi-wangi pun muncul. haha.. Eh takkan tak tahu? Kad kahwin la. Kan biasanya wangi.
Jadi jangan nak gatal-gatal just invite pakai facebook sambil scan gmbar kad kahwin tau... Saya nak yang hantar kat umah. Baru rasa nak pergi. Haha..

Rasanya tahun depan ramailah yang akan menamatkan zaman bujang sebab dah ada yang ura-uranya tahun depan nak kahwin. Haha.. Apa-apa pun saya masih lagi menanti kad kawin kalian ya...

Kalau saya?
Haha just wait and see...

4 comments:

  1. haha..suka istilah ni..kad wangi2

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kene berterima kasih kepada kosmate2 yang menerbitkan istilah kad wangi2.. haha

      Delete
  2. haha..thanx jugak kat rumate anda pasal kad wangi tu..aiyak, ak terasa bila sebut perkataan scan kad kahwin tu..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Scan kad kawin.. haha..opps sori kalau terasa tau.. haahaaha

      Delete