Friday, June 1, 2012

Random talk: Edisi hari lahir!

Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat dalam hidup.
Kadang-kadang benda yang kita tak nak itulah yang kita dapat.
Jadi? Nak tak nak kenalah sesuaikan diri dengan benda yang kita tak nak tu kan.

Sepanjang saya hidup selama 23 tahun ni. Ehem... (Okay birthday saya 28 mei hari tu. Cepat! sila ucapkan selamat hari lahir. ha-ha.. ) Saya rasakan tak semua benda yang saya nak, saya dapat. Contohnya la, nak straight A's dalam exam... Erm.. tak dapat. Okay.. saya bukanlah top scorer dalam sekolah dulu. But then, still masuk universiti kan? haha.. Dan saya tak expect langsung kos yang saya pilih tu akan ada masak-masak. Saya just ingat pasal nutrition dan food science sahaja. Tak terfikir langsung akan belajar masak. Tapi kan... bila fikir-fikir balik, kemahiran memasak saya dah okay. Dulu, sebelum masuk U, abang saya selalu kutuk masakan saya tak boleh nak dihadam la.. Macam-macam komen. Sekarang ni, hehehe... dia dah tak komen dah. Dia akan duduk diam-diam dekat meja dan makan. Yes!

Macam final year project juga. Memang saya tak sangka akan buat pasal mikrobiologi. Memang tak sangka langsung. Dahlah subjek mikrobiologi tu saya ambil waktu  semester 3 dan tak berapa nak cemerlang sangat. tup.. tup.. fyp buat mikrob. Haha.. life is unpredictable kan? 

Bila fikir-fikir balik kan, semua yang berlaku ini ada banyak hikmah kan?  Yalah, kalaulah saya tak pergi matrik negeri sembilan dulu, saya takkan makan pedas. Haha.. Okay saya memang tak tahan pedas. Even sos cili kimball pun saya dah rasa pedas. Inikan pula nak makan masak lemak cili api daging salai masakan cik bedah yang jual kat Kafe C kat matrik dulu. Haha..

Dan disebabkan itu, seminggu saya tak makan nasi dan saya mengalami weight loss yang agak kronik. So, muka yang tembam dah jadi kurus. haha.. Dan perkara ini berlanjutan sehinggalah masuk ke U. Berat badan maintain 40 lebih je.. haha.. Hurm.. Kalau saya tak masuk matrik, mesti saya dah jadi tembam atau mengalami ke'chubby'an yang kronik. Mungkin memakai kebaya nyonya hanya dalam angan-angan sahaja. Haha..

Erm.. apa la yang saya mengarut ni kan? haha... Dan bila saya fikir-fikir balik sepanjang hidup saya ini, benda yang saya tak dapat tu hanya beberapa percent sahaja dalam hidup saya. Jadi, saya rasa tak perlulah saya nak menghentak-hentak kaki apabila tak dapat apa yang saya nak kan? haha...

Okay la, sebenarnya saya pun tak tahu apa yang saya mengarut ini. Saja nak memeriahkan blog saya yang dah lama tak berupdate. ^^v\

P/s: Saya rasa, saya telah mengalami ketidakseimbangan hormon pada hari ini. Mungkin disebabkan pengambilan kafein yang banyak atau ion-ion negatif dan positif tak seimbang dalam badan saya. Haha



4 comments:

  1. y pasal course tu mmg setuju sgt..manalah tahu kena pkai chef coat segala masuk kitchen..and yes... skill memasak improve walaupun product selalu x jdi

    ReplyDelete
  2. haha.. betul2.. walaupun product selalu kena kutuk kaw2, masih lagi improve teknik masak.. hahaa

    ReplyDelete
  3. sy sokong kak nourel...dulu sy langsung tak reti masak..tp at least sekarang tahulah jugak walaupun resepinya merepek2x sedikit..haha..

    nik...jum improve masakan ..=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. improve? jomlah.. nik pun nak try jugak masak sosej masak merah, sup scallop dan daging burger masak kicap.. haha

      Delete