Tuesday, August 14, 2012

Murah Rezeki :)

Assalamualaikum.

Dah masuk fasa ketiga Ramadhan kan.  Sudahkah anda bersedia memulakan misi mencari Lailatulqadar? Hurm... Atau sibuk mencari baju-baju raya di Bazaar serta shopping-shopping complex? Sentap pulak mak. Haha

Entahlah, dua tiga hari ni, terasa murah rezeki. Bukan sebab elaun dah masuk atau apa, cuma terasa hidup ni senang. Rezeki kan datang dalam pelbagai bentuk. Dapat beraya bersama mama dan abah tahun ini, itu rezeki. Dapat baju raya tahun ni, itu pun rezeki. Dapat makan sedap-sedap, itu pun rezeki. Dapat solat terawih tiap-tiap malam, itu pun rezeki. Dan sangat terasa murah rezeki jika dapat berjumpa dengan malam istimewa Lailatul qadar. Hurm.. itu rezeki yang paling besar tu. 

So, kalau rasa rezeki tu macam sempit je nak masuk. Janganlah malas-malas mengaji. Bacalah surah Al-Waqiah kerana Rasullulah pernah bersabda:
"Sesiapa yang membaca Surah AL-Waqiah tidak akan jadi miskin buat selama-lamanya"
Okaylah. Selamat menjalani ibadah puasa yang semakin ke penghujungnya. Semoga kita semua bertemu dengan Lailatulqadar itu ya. Amin. :)

P/s: Sedih bulan Ramadhan akan meninggalkan kita. :(

6 comments:

  1. countdown..tinggal 4hari lagi nak puasa..

    ReplyDelete
  2. Amin..akan rindu ramadhan..lepas ramadhan diet akan jd xteratur balik..sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. itu perkara biasa bila bulan-bulan biasa. Makan.. makan.. makan.. :)

      Delete
    2. dan aktiviti makan akan meningkat bila tibanya bulan syawal..hehe..selamat hari raya..=)

      pastinya kita akan merindui bulan ramadan..=)

      Delete
    3. ya itu sudah pasti. Biskut raye dah sepuluh jenis.. rendang, ketupat... hehe.. amboi gemuk la nanti..

      Delete